kg (20)

1
Tajuk : Ibu dan Bapa Di dalam dunia ini semua mempunyai ibu dan bapa. Jika kita tiada ibu bapa, kita tidak akan hidup di dunia ini. Bapa adalah ketua dalam keluarga dan ibu pula merupakan penolong bapa semasa tiada di rumah untuk bekerja. Kita harus menyayangi ibu dan bapa kita kerana mereka telah melimpahkan kasih sayang mereka kepada kita dan mencari rezeki untuk makan dan minum kita serta melengkapkan segala keperluan kita. Nama ayah saya ialah Zakwan bin Fitri. Ayah saya dilahirkan pada 23 Mac 1967 di Kampung Damai, Kluang, Johor. Kini, ayah saya berusia 45 tahun. Ayah saya seorang posmen. Nama ibu saya pula ialah Zakiah binti Nawi. Ibu dilahirkan pada 4 September 1960 di Kampung Baru, Cheras, Kuala Lumpur. Ibu saya berumur 42 tahun. Ibu saya merupakan seorang guru. Ayah saya merupakan seorang yang berbadan kecil dan berkulit cerah. Hal ini berbeza dengan ibu saya kerana ibu saya seorang yang berkulit sawo matang, berbadan kecil dan tinggi. Ayah saya amat menyayangi saya dan adik-adik. Setiap hari selepas pulang dari kerja, ayah akan menghabiskan masa bersama-sama kami dengan bermain badminton. Ayah saya seorang yang tegas tetapi sentiasa menceriakan kami dengan usikannya. Ibu saya pula seorang yang tegas dan berdisiplin. Dia juga seorang yang kemas dan teliti. Ibu saya gemar memasak dan saya sering membantunya di dapur. Saya amat menyayangi ibu dan bapa saya. Saya berazam untuk membahagiakan ibu dan ayah saya dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Upload: hidayah-yah

Post on 27-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TEKS

TRANSCRIPT

Tajuk : Ibu dan BapaDi dalam dunia ini semua mempunyai ibu dan bapa. Jika kita tiada ibu bapa, kita tidak akan hidup di dunia ini. Bapa adalah ketua dalam keluarga dan ibu pula merupakan penolong bapa semasa tiada di rumah untuk bekerja. Kita harus menyayangi ibu dan bapa kita kerana mereka telah melimpahkan kasih sayang mereka kepada kita dan mencari rezeki untuk makan dan minum kita serta melengkapkan segala keperluan kita.Nama ayah saya ialah Zakwan bin Fitri. Ayah saya dilahirkan pada 23 Mac 1967 di Kampung Damai, Kluang, Johor. Kini, ayah saya berusia 45 tahun. Ayah saya seorang posmen. Nama ibu saya pula ialah Zakiah binti Nawi. Ibu dilahirkan pada 4 September 1960 di Kampung Baru, Cheras, Kuala Lumpur. Ibu saya berumur 42 tahun. Ibu saya merupakan seorang guru.Ayah saya merupakan seorang yang berbadan kecil dan berkulit cerah. Hal ini berbeza dengan ibu saya kerana ibu saya seorang yang berkulit sawo matang, berbadan kecil dan tinggi. Ayah saya amat menyayangi saya dan adik-adik. Setiap hari selepas pulang dari kerja, ayah akan menghabiskan masa bersama-sama kami dengan bermain badminton. Ayah saya seorang yang tegas tetapi sentiasa menceriakan kami dengan usikannya. Ibu saya pula seorang yang tegas dan berdisiplin. Dia juga seorang yang kemas dan teliti. Ibu saya gemar memasak dan saya sering membantunya di dapur.Saya amat menyayangi ibu dan bapa saya. Saya berazam untuk membahagiakan ibu dan ayah saya dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.