keushawanan

Upload: jamhari-hafiz

Post on 22-Jul-2015

146 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Dia bukanlah seorang yang terkenal seperti Rozita Che Wan , dia juga bukanlah semasyhur seperti Siti Nurhaliza. Tetapi beliau amat terkenal di kalangan pelanggan yang sukakan assesori wanita terutamanya keronsang.Wanita yang dimaksudkan ialah pemilik kedai Afnan Collection iaitu Puan. Idarah Nafisah bt Zainal Abidin Mustapa. Beliau dilahirkan di Pengkalan Baharu , Pantai Remis Perak. Kemudian telah merantau mencari rezeki di tempat orang. Seterusnya membuka permis perniagaan.

Puan. Idarah Nafisah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ida mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang perniagaan. Beliau telah membuka Afnan Collection dengan dibantu oleh suaminya Encik Azman b Abdul Manaf. Kedai ini beroperasi di Kawasan Rawat dan Rehat Tapah arah Utara dan Selatan.Wanita yang dilahirkan pada 6 Jun 1971 ini telah menjangkau umur 40 tahun dan tidak pernah mengenal erti penat dalam hidupnya.

Kedai yang diberi nama Afnan Collection menjual pelbagai jenis keronsang .Harga yang ditawarkan di kedai ini semuanya berpatutan. Dari harga yang murah hinggalah yang mahal. Mengikut kemampuan pelanggan. Selain daripada reka bentuk keronsang yang menarik. Susun atur kedai ini juga sangat menggamit pengunjung ke kedainya. Kombinasi warna merah dan putih menambahkan lagi daya tarikan pengunjung mengunjungi kedai ini. Lokasi yang bersesuai iaitu di kawasan lebuh raya utara selatan menambahkan lagi bilangan pengunjung ke kedainya.

Ibu kepada 4 orang cahaya mata, iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan ini telah mendirikan rumahtangga dengan Encik Azman b Abdul Manaf pada 24 Disember 1994. Encik Azman juga merupakan seorang pendidik. Ini bermakna kedua-dua mereka adalah penjawat awam. Ibu bapa kepada Aiman Indah Puteri Azman, Aiman Putra Azman, Aiman Qistina Balqis Azman dan Aiman Iskandar Putra Azman sangat beruntung mempunyai anakanak yang memahami kerjaya orang tua mereka.

Bagi memperincikan lagi maklumat mengenai Afnan Collection. Saya berkesempatan menemu bual Puan.Idarah Nafisah bt Zainal Abidin Mustapa. Ikutilah perbualan antara saya dengan beliau.

Boleh terangkan sejarah penubuhan Afnan Collection ini?

Sejarah Afnan Collection bermula dengan penubuhan syarikat oleh adik ipar saya. Afnan merupakan gabungan nama Adnan dengan Haflida. Adik ipar iaitu adik suami yang mula-mula membuka kedai ini di Tesco Hipermarket Klang. Seterusnya mereka membuka Afnan Collection di Tesco Hipermarket Ipoh dan Tesco Hipermarket Taiping. Kedua-dua syarikat ini merupakan syarikat hak milik mereka . Seterusnya semasa mereka ingin membuka kedai di Kampar, adik ipar telah mengajak suami untuk turut serta dalam bisnes ini.Jadi suami saya pun berminat dan menyertai mereka dalam perniagaan ini.

Bermula pada

2008,

kami telah bergabung dengan adik ipar. Semua urusan

perniagaan dikongsi bersama dari segi suntikan modal dan keuntungan di bahagi 50-50.Kami tidak mempunyai sebarang perjanjian kerana bergantung kepada kepercayaan masing-

masing dan menganggap perniagaan ini adalah perniagaan keluarga. Jadi urusan di bahagi 2 iaitu segala urusan pembelian barangan dikendalikan oleh Adnan dan Haflida. Manakala urusan pekerja dan akaun syarikat dikendalikan oleh saya dengan suami.

Oleh itu, pada penghujung tahun 2008 iaitu pada bulan Disember kami telah membuka Afnan Collection di Kawasan Rawat dan Rehat hala Utara dan Selatan. Setelah hampir 2 tahun membuka kedai keronsang ini permintaan amat menggalakkan.

Untuk pengetahuan saudari, pada mulanya kami berniaga di R& R Tapah hanya lah di tapak promosi. Dimana pihak PLUS telah menyewakan khemah kepada kami untuk berniaga dengan sewa RM 6150 sebulan. Setiap bulan kami akan perbaharui sewa tapak . Jadi kami terpaksa mengeluarkan modal sebanyak RM 12300 untuk menyewa khemah promosi untuk dua hala iaitu Kawasan Rawat dan Rehat arah Utara dan arah Selatan.

Memandangkan perniagaan yang berkembang pada waktu itu, kami pun memohon kepada pihak PLUS untuk membuka lot komersial di situ tanpa perlu menjual di bawah khemah lagi. Pihak PLUS memberi keizinan tetapi dengan syarat kami perlu membina bangunan sendiri. Jadi kami hanya perlu sebanyak RM 70 ribu untuk membina lot komersial arah selatan dan RM 80 ribu untuk lot komersial arah utara.

Sekarang ini kami sedang menunggu kelulusan daripada pihak PLUS untuk membuka outlet di Kawasan Rawat dan Rehat Rawang dan Semanggol. Kami perlu mendapatkan permit daripada PLUS. Urusan dengan pihak PLUS ini agak merumitkan kerana pihak pengurusan PLUS perlu meneliti kedudukan kawasan dan sebagainya. Untuk dua projek ini kami membelanjakan RM 22 ribu. Untuk pengetahuan, kami mengeluarkan wang sendiri tanpa membuat pinjaman daripada mana-mana syarikat kewangan. Jadi pembukaan Afnan Collection di Kawasan Rawat dan Rehat Rawang dan Gunung Semanggol dalam proses. Jika semuanya urusan selesai kami akan beroperasi di sana tidak lama lagi.

Untuk makluman saudari Afnan collection ini beroperasi di banyak tempat dan setiap outlet yang kami buka semuanya bergabung dengan adik beradik yang lain. Afnan Collection di Tesco Hipermarket Ipoh dan Tesco Hipermarket Taiping adalah hak milik mutlak Adnan dan Haflida kerana mereka yang merintis perniagaan ini. Outlet di Rawang kami bergabung dengan adik ipar iaitu Roslan. Sementara Outlet di Sarawak pula kami bergabung dengan

kakak ipar kerana suaminya bekerja sebagai anggota marin di Sarawak. Jadi kami membuka cawangan di sana. Di Tapah diuruskan oleh saya dan suami.

Jadi, jika anda berkunjung ke tempat-tempat yang saya sebutkan tadi singgah lah di Afnan Collection pasti memuaskan hati anda. Kami menjual pelbagai jenis keronsang kerana permit kedai ini ialah menjual keronsang. Disamping itu, kami juga ada memnjual pelbagai barangan perhiasan wanita yang lain seperti tudung, cincin gelang, cekak rambut dan sebagainya.

Boleh ceritakan sedikit apakah yang mendorong anda untuk membuka kedai ini? Sebenarnya saya ni adalah peminat tegar keronsang. Saya amat sukakan keronsang. Sampaikan suami saya pernah berkata, ibu ni kalau letak dekat Maidin satu hari suntuk pun tak pa. Saya kalau dapat pergi ke kedai keronsang rasa amat bahagia sekali. Semasa adik saya mula-mula membuka Afnan Collection ini saya lah pembeli setia beliau. Jadi apabila, beliau tawarkan diri untuk saya dan suam sertai syarikat Afnan Collection ini saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Jadi itulah dorongan saya untuk membuka Afnan collection ini. Jika kita berminat terhadap sesuatu kita akan berusaha untuk dapatkannya.Sebelum itu saya pun ada menyimpan keinginan untuk membuka kedai keronsang.

Justeru, apakah yang anda lakukan seterusnya? Pada masa sekarang saya sudah mempunyai empat cawangan iaitu di Kawasan Rawat dan Rehat Tapah arah Utara dan Selatan. Satu cawangan di Kampar dan satu lagi di Kuching Sarawak. Kami sedang menunggu kelulusan daripada pihak PLUS untuk membuka outlet baru kami di R&R Rawang dan Gunung Semanggul. Ini merupakan cawangan baharu kami yang dibuka pada 11 Mei 2011 di Kawasan Rawat Dan Rehat Tapah arah ke utara.

Insan yang terdapat di dalam gambar ini merupakan orang kuat Afnan Collection di kawasan itu.

Apakah anda berpuas hati dengan hasil yang dicapai ketika itu? Saya amat berpuas hati dengan kejayaan saya sekarang. Tetapi kalau boleh saya ingin membuka lagi banyak cawangan. Kalau boleh saya ingin membuka cawangan di setiap negeri agar Afnan Collection bertambah maju. Saya ingin mneyeru kepada semua wanita di Malaysia untuk bangun dan kita mulakan perniagaan kerana dengan berniaga kita boleh mendapat keuntungan yang berganda berbanding dengan makan gaji. Walaupun saya seorang yang makan gaji. Dari hobi kini telah menjadi kerjaya nombor dua saya selain daripada penjawat awam. Saya juga seronok kerana sekarang saya mempunyai ramai kawan untuk berkongsi

kegembiraan ini. Saya ingin mengajak sesiapa yang berminat ingin menjadi agen saya di tempat anda bolehlah menghubungi saya atau pergi ke outlet-outlet saya yang berhampiran. Anda tentu akan mendapat pulangan yang lumayan kerana semua wanita sukakan perhiasan dan sekarang keronsang ini sudah menjadi trend dan assesori wanita yang paling digemari.

Apakah cabaran yang anda hadapi dalam kerjaya ini? Setiap apa yang kita lakukan mesti ada cabaran yang akan dihadapi. Cuma dugaan yang saya hadapi ialah untuk mendapat kelulusan daripada pihak PLUS. Ini disebabkan mereka terlalu teliti dalam pemberian kontrak untuk membina lot komersial. Jadi proses ini agak lambat sedikit untuk mendapat keputusan. Insyaallah kalau rezeki tak ke mana. Selain itu,saya juga amat bersyukur kerana saya berurusan dengan pihak PLUS. Untuk pengetahuan saudari, berniaga di kawasan rawat dan rehat ini tidak mempunyai banyak saingan kerana prinsip PLUS ialah mereka hanya akan membenar satu cabang perniagaan sahaja di tempat mereka maksudnya sepanjang perjalanan lebuh raya utara

ke selatan Cuma ada satu sahaja kedai menjual keronsang. Ini merupakan prinsip pihak PLUS. Jadi saingan tak ada la. Ibu kepada 4 orang cahaya mata yang berumur antara 16 tahun hingga 3 tahun ini bahagia dengan 2 orang putera dan 2 orang puteri berkata kedai ini di lesenkan atas nama menjual keronsang tetapi kami menjual pelbagai keronsang dan assesori wanita termasuklah tudung, cekak rambut, cincin, rantai, gelang dan sebagainya. . Bagaimana pula dengan operasi Afnan Collection ini? Afnan Collection beroperasi selama 24 jam sehari dan dibuka pada setiap hari. Tenaga pekerja terdiri daripada 18 orang yang bekerja tetap dan seorang sebagai separuh masa. Pekerja bekerja mengikut shif iaitu 8.00 pagi hingga 8.00 malam dan 8.00 malam hingga 8.00 pagi. Bekerja selama 12 jam. Setakat ini para pekerja telah memberikan komitmen mereka dengan jitu sekali. Untuk pengetahuan saudari, barang-barang yang terdapat di Afnan Collection ini diambil disekitar bandaraya Kuala Lumpur. Pemborang-pemborong yang dapat menawarkan harga yang terendah kami akan ambil lah daripada mereka. Urusan pembelian barangan ini diuruskan oleh adik ipar saya iaitu Adnan dan Haflida. Sementara urusan pekerja iaitu kebajikan pekerja dan mencari pekerja baru diuruskan oleh saya.Saya juga menguruskan bahagian kewangan syarikat. Memandang syarikat ini adalah milik bersama jadi kami perlulah saling menpercayai antara satu sama lain. Kejujuran amat penting untuk memajukan sesebuah syarikat. Tanpa kejujuran sesuatu yang kita lakukan akan musnah. Begitulah nasihat Puan. Idarah Nafisah kepada saya. Syarikat Afnan Collection maju setapak lagi apabila mereka mula menempah sendiri barangan terus daripada kilang. Barang tersebut ialah butang baju. Kilang tersebut terletak di negeri China. Ini kerana mereka mempunyai sahabat yang tinggal di sana dan sanggup menolong mereka menguruskan tempahan di situ.

Bagaimana cara Afnan Collection mempromosikan keronsang? Buat masa sekarang Afnan Collection mempromosikan barang dengan menggunakan laman sosial Facebook. Kami telah memuat turun gambar-gambar keronsang yang terkini dan juga meletakkan harga untuk setiap barangan. Pembeli juga boleh membeli barangan kami secara online. Peminat-peminat keronsang boleh menjadi rakan kami di Facebook untuk mengetahui produk-produk terbaharu keronsang keluaran kami. Pada bahagian info di laman facebook kami telah memaparkan outlet-outlet kami berserta nombor telefon untuk dihubungi dan juga cara pembayaran jika menggunakan khidmat penghantaran secara pos.

Ini merupakan profile untuk Afnan Colection di laman sosial facebook

Bagaimanakah cara anda membahagikan antara masa bekerja dengan berniaga? Soalan yang diajukan ini memang tepat sekali. Memang agak sukar untuk saya membahagikan masa pada permulaan kedai ini beroperasi hinggakan saya tidak mempunyai masa untuk urusan keluarga. Tetapi saya amat bersyukur kerana suami dan anak-anak memahami situasi ini. Ini kerana suami pun seorang yang bekerja.

Tapi sekarang sudah hampir dua tahun lebih, saya rasa pengurusan masa saya sudah mula terancang dan saya dapat membahagikan masa antara kerja, berniaga dan urusan rumah tangga,Lebih mesra dengan panggilan Kak Ida, dia menjelaskan, pada hari Isnin hingga Jumaat beliau bekerja seperti biasa sebagai kerani di Sekolah Kebangsaan Cina Hwa Min, Tapah. Iaitu bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Memandangkan suami hanya bertugas pada waktu pagi sahaja di sekolah jadi beliau akan pergi ke kedai pada waktu petang untuk menguruskan apa yang perlu dilakukan. Jika beliau mempunyai aktiviti sekolah pada waktu petang urusan akan dilakukan pada waktu malam . Ini kerana kedai ini beroperasi 24 jam sehari.

Bagi saya pula, hari Sabtu dan Ahad merupakan hari untuk saya menjenguk kedai maksudnya berada lama sedikit la di situ.Walaubagaimanapun tugas saya menguruskan akaun syarikat memerlukan saya pergi ke kedai setiap hari iaitu pada waktu malam. Saya perlu mengambil tahu tentang perjalanan syarikat. Pengiraan perlu dilakukan pada setiap hari supaya wang keluar dan masuk dapat diselaraskan.Dalam perniagaan ini kita perlu teliti dalam pengiraan wang syarikat. Kami perlu menjaga reputasi syarikat kerana ini adalah usahasama kami adik-beradik.

Bagaimana pula dengan prestasi jualan setakat ini?

Setakat bulan Julai 2011 ini Alhamdulillah. Syarikat ini sedang berkembang pesat. Kalau saudari perasan untuk bulan Julai ini kami ada menjual keronsang-keronsang yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Gambar-gambar keronsang boleh dimuat turun melalui laman sosial face book Afnan Collection.

Untuk pengetahuan saudari prestasi jualan kami setakat ini amat menggalakkan terutama daripada pengguna-pengguna lebuhraya yang berhenti di kawasan rawat dan rehat ini. Oleh sebab itu lah kami sekarang mengembangkan perniagaan kami bukan sahaja tertumpu kepada perniagaan keronsang sahaja tetapi juga pelbagai barangan assesori wanita seperti tudung, gelang .cekak rambut dan sebagainya. Permintaan pun amat menggalakkan.

Dengan peningkatan ini lah Alhamdulillah kami berjaya membuka cawangan baharu di R&R Rawang dan Gunung Semanggol dengan modal sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana syarikat kewangan. Semuanya ini berkat kerjasama kami adik-beradik.

Sekalung Penghargaan

Saya Puan Siti Zalilah. Pelajar semester 8 kursus BABM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan. Idarah Nafisah bt Zainal Abidin kerana sudi berkongsi pengalaman berniaga beliau dengan saya. Pertemua saya dengan beliau melalui seorang teman sekolah yang juga merupakan sepupu kepada Puan Idarah. Walaupun perbincanagn kami hanya melalui telefon dan facebook kerana faktor jarak yang jauh tetapi beliau amat mesra melayan saya. Saya tahu beliau amat sibuk dengan urusan kerja tetapi tidak lokek untuk berkongsi maklumat dengan saya.

Saya berdoa semoga Afnan Collection akan berkembang setanding dengan syarikatsyarikat besar yang ada sekarang. Walaupun sekarang mereka hanya beroperasi di kawasan rawat dan rehat Tapah arah utara dan selatan sahaja di lot yang disewakan oleh PLUS tidak

mustahil satu hari nanti syarikat ini boleh menjadi syarikat gergasi yang menjual assesori wanita terutamanya keronsang. Ini kerana wanita zaman sekarang merupakan wanita yang mengikuti perkembangan fesyen semasa. Tidak kira golongan pangkat atau darjat.

Jadi selepas ini kita tidak perlulah pergi ke pusat membeli belah untuk membeli perhiasan wanita. Dengan melalui lebuh raya pun kita dapat membeli pelbagai barangan assesori wanita kerana wanita memang sukakan perhiasan. Sebut mengenai Puan Idarah Nasifah ini, kita dapat lihat semangat wanita bermula dengan hanya seorang peminat keronsang sahaja sekarang sudah menjadi seorang tauke menjual keronsang. Dari situ kita dapat katakan bahawa minat yang kita miliki boleh memberikan kita peluangan yang lumayan kalau kita berusaha. Sekalung tahniah diucapkan kepada usahawan muda ini kerana berjaya dalam usaha yang dilakukan.

Rumusan

Rumusan daripada perbincangan yang telah dijalankan dengan seorang usahawan wanita ini, jelas kepada kita bidang perniagaan merupakan salah satu punca pendapatan kita. Dalam Islam ada menyebut 9 daripada 10 rezeki yang diberkan oleh Allah melalui perniagaan. Perniagaan ini merupakan salah satu cabang ekonomi negara kita. Sesiapa yang rajin wan yangberusaha pasti rezeki miliknya.

Bila sebut sahaja usahawan tidak kiralah usahawan yang membuat perniagaan secarakecil-kecilan ataupun secara besar-besaran mereka merupakan golongan yang menyumbang kepada ekonomi negara kita. Pada masa sekarang ramai usahawan yang tumbuh bagaikan cendawan. Ada yang berniaga melalui internet, pergi dari rumah ke rumah dan sebagainya. Perkembangan teknologi terkini membolehkan usahawan ini berniaga tanpa perlu membuka kedai atau menyewa lot kedai. Mereka hanya berniaga secara online. Bukti sudah kita lihat, lahirnya ramai jutawan internet.

Untuk menjalankan perniagaan ini, usahawan perlulah cekal dan tabah serta berani menghadapi risiko dan cabaran kerana berniaga ini ada untung dan rugi. Tidak sama dengan orang makan gaji. Setiap bulan akan mendapat imbuhan daripada hasil kerja mereka. Bagi peniaga, mereka perlu bekerja keras untuk mendapat keuntungan yang berganda. Jadi kita perlulah berusaha bak kata pepatah usaha itu tangga kejayaan.

Lampiran

Di depan Outlet di R&R Tapah

Bersama anak dan suami tercinta

Antara koleksi keronsang Afnan Collection.

Inilah keluarga yang banyak memberi dorongan sehingga Afnan Collection meniti dibibir peminat keronsang yang melalui lebuh raya utara selatan.