ketupat

4
Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. ~Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. ~Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut. ~Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya. Ketupat palas Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Upload: micheal-chien

Post on 30-Sep-2015

34 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ketupat

TRANSCRIPT

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang.

~Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

~Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.

~Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.

Ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya.

Ketupat palas

Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.

~Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.

~ Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.

~Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau yang kemudian menyebar pada Melayu bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya.

~Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap

.

~Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya.

~Rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klassik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia adalah masakan Melayu dari Minangkabau sejak 1550-an. (Minangkabau Tahun 1300-an)

~ rendang daging tok dan rendang daging minang

RESEPI

Bahan-Bahan

200 ml minyak masak

4 kuntum bunga lawang

50 gm serbuk jintan manis

2 helai daun limau purut

1 helai daun kunyit

1 camca teh serbuk kunyit

2.5 kg daging

500 ml santan

100 gm kerisik

Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan dikisar: 4 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 2 cm halia, 1 cm lengkuas, 15 tangkai cili kering(yg tahan pedas), 100 gm buah keras

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis.

2. Biar keluar bau hingga garing.

3. Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.

4. Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.

5. Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut.

6. Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati dan api jangan terlalu besar.