kesultanan melayu melaka dan pentadbiran kerajaannya

19
Kesultanan Melayu Melaka dan Pentadbiran Kerajaannya Zaman kesultanan Melaka merupakan zaman kegemilangan kepahlawanan dalam tradisi kesultanan di Tanah Melayu khususnya dan di Nusantara amnya, pemerintahan kesultanan ini kekal selama lebih kurang satu abad iaitu dari 1400-1500 di Melaka. Sungguhpun terdapat percanggahan pendapat tentang tarikh pembukaan negeri Melaka tetapi kebanyakan ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa Melaka di buka sekitar 1400-an. Selepas abad ke-15, kesultanan Melaka ini tidak terhenti begitu sahaja kerana telah diwarisi oleh Johor dengan beberapa kejayaan lain. Kesultanan Melaka sebenarnya telah diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Raja dari Pelembang yang kemudian mengundurkan diri ke Singapura dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka. Pemerintahan kesultanan Melayu Melaka dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu tahap pembukaan sekitar 1400-1424 yang diperintah oleh Parameswara dan anaknya Mahkota Iskandar Syah. Tahap kedua ialah tahap pengukuhan iaitu pada tahun 1424-1446 dibawah pemerintahan Sultan Muhammad Syah seterusnya pengganti baginda manakala tahap ketiga ialah tahap kegemilangan (1446- 1488) dibawah pemerintahan sultan mansur Syah dan tahap kejatuhan (1488-1511) dibawah pimpinan Sultan Mahmud Syah. [1] Kegemilangan Melaka telah dapat dicapai ekoran daripada langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi mengukuhkan negeri tersebut oleh raja-raja dan pembesar selepas pengasasannya. Salah satu caranya adalah dengan melaksanakan pentadbiran dengan cara yang cukup baik. Sejarah Melaka Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang juga berketurunan Majapahit. Sebelum membuka Melaka merupakan

Upload: rubieybiey

Post on 10-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sumber

TRANSCRIPT

Page 1: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

Kesultanan Melayu Melaka dan Pentadbiran Kerajaannya

Zaman kesultanan Melaka  merupakan  zaman kegemilangan

kepahlawanan dalam tradisi  kesultanan di Tanah Melayu  khususnya dan

di Nusantara amnya,  pemerintahan kesultanan ini kekal  selama lebih

kurang satu abad iaitu dari 1400-1500 di Melaka. Sungguhpun terdapat

percanggahan pendapat tentang tarikh pembukaan negeri Melaka tetapi

kebanyakan ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa Melaka  di buka

sekitar 1400-an. Selepas abad ke-15, kesultanan Melaka ini tidak terhenti

begitu sahaja  kerana telah diwarisi oleh Johor dengan beberapa kejayaan

lain. Kesultanan Melaka sebenarnya telah diasaskan oleh Parameswara,

seorang putera Raja  dari Pelembang  yang kemudian mengundurkan diri

ke Singapura  dan seterusnya menubuhkan  sebuah kerajaan  di Melaka.

Pemerintahan kesultanan Melayu Melaka dapat dibahagikan kepada

empat tahap iaitu tahap pembukaan sekitar 1400-1424 yang diperintah

oleh Parameswara dan anaknya Mahkota Iskandar Syah. Tahap kedua

ialah tahap pengukuhan  iaitu pada tahun 1424-1446 dibawah

pemerintahan Sultan Muhammad Syah seterusnya pengganti baginda

manakala tahap ketiga ialah tahap kegemilangan (1446-1488) dibawah

pemerintahan sultan mansur Syah dan tahap kejatuhan (1488-1511)

dibawah pimpinan Sultan Mahmud Syah.[1] Kegemilangan Melaka telah

dapat dicapai ekoran daripada langkah-langkah yang telah dilaksanakan

bagi mengukuhkan negeri tersebut oleh raja-raja dan pembesar selepas

pengasasannya. Salah satu caranya adalah dengan melaksanakan

pentadbiran dengan cara yang cukup baik.

Sejarah Melaka Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan

Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang

juga berketurunan Majapahit. Sebelum membuka Melaka merupakan

sebagai raja Palembang menggantikan ayahandanya Raja Sam Agi. Beliau

diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill akibat menggelarkan dirinya

Page 2: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

sebagai ' Mjeura' ( orang yang berani). Ekoran daripada itu, beliau

melarikan diri ke Singapura.

Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, beliau menjadi

pemerintah palsu tersebut selama 5 tahun. Oleh kerana bimbang

diserang oleh Raja Siam, beliau dengan 1,000 orang pengikut melarikan

diri ke Muar. Beliau menetap di sana selama 6 tahun iaitu ketika itu

orang-orang Seletar mendiami Melaka. (Tome Pires ,Suma Oriental)

Parameswara merupakan pemerintah Melaka yang pertama beliau

merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Sebagai contoh sewaktu

percubaan menjadi raja di Palembang dan Temasik walaupun percubaan

itu gagal. Beliau juga seorang yang berpandangan jauh sebagai contoh

memerintah rakyat bercucuk tanam kerana hasil pengeluaran beras dan

tebu tidak mencukupi. Tindakannya menyusun satu pasukan laut yang

cekap untuk memberi perlindungan kepada pedagang telah menjadikan

Melaka sebagai pelabuhan entrepot yang penting ketika itu. Tindakan

Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting

bagi survival ekonomi dan keutuhan Melaka.[2] Pasukan laut terbabit

terdiri daripada orang Laut di sekitar selat Melaka yang menjadi tulang

belakang kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan

"kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di

beberapa tahap awal abad ke-15.[3]

            Pemerintah Melaka kedua ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah

ataupun Megat Iskandar Syah yang juga merupakan anakanda

Parameswara. Baginda memerintah dari  tahun 1414-1423 M. Disebut

dalam Sejarah Melayu sebagai 'memerintah istiadat takhta kerajaan

baginda'.[4] Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah

mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di

Balairung, melantik  para bentara yang bertugas di balairung dan

melantik para biduanda.

Page 3: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

            Megat Iskandar Syah kemudian digantikan dengan Raja Kecil

Besar dan dinobatkan sebagai Sultan Muhammad Syah 1424-1444M.

Baginda telah berkahwin dengan Tun Wati anak Seri Nara Diraja atau

Tun Pepatih Besar.[5] Beliau telah banyak melakukan pembaharuan dalam

pemerintahan Melaka. Antara pembaharuan yang dilakukan oleh beliau

ialah menerangkan dengan terperinci beraneka jenis peraturan,

tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-bagaib bidang

kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka,

memformalkan amalan adat istiadat yang berhubung dengan peraturan

kerajaan dan penentuan protokol.[6] memeluk agama islam melalui

mimpi. Pengislaman baginda dilakukan oleh Nabi Muhammmad. Selepas

memeluk agama Islam Raja Kecil Besar telah belajar tentang islam

seperti sembahyang dan tuntutan agama yang  lain.

            Pemerintah Melaka keempat pula ialah Seri Parameswara Dewa

Syah ataupun Sultan  Abu Syahid (1444-1446).Tempoh pemerintahannya

sangat cepat dan dikatakan masih belum banyak perubahan yang mampu

dibawanya.

Menurut sesetengah sumber, Walaupun Melaka adalah negeri Islam

yang agak muda masa itu, baginda dikhabarkan masih kuat berpegang

dengan amalan dan pengaruh agama Hindu. Baginda memakai gelaran

Raja Sri Parameswara Dewa Shah. Sultan Syahid Shah selepas hanya 17

bulan memerintah Melaka mangkat dibunuh oleh satu konspirasi istana

oleh kumpulan India Muslim Bendahara di kepalai oleh Tun Ali. Namun

ada juga yang mengatakan Sultan Abu Syahid masih kanak-kanak ketika

baginda dinobatkan sebagai Sultan, bahkan matinya pula dalam

dukungan Bendahara.

Raja Kassim  (1446-1456)  pula merupakan  Sultan Melaka yang ke-

5 dengan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah. Baginda

mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-

Page 4: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu 

seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia

Tenggara pada ketika itu beragama Hindu Semasa pemerintahannya,

pihak Siam membuat serangan pertama (semuanya tiga kali dan tewas)

ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewaskan tidak jauh dari Muar. 

Semasa pemerintahan baginda Melaka berada dalam tahap

kegemilangan.

Pada itahun 1456 Sultan Muzaffar Syah diganti pula dengan Raja

Abdullah  ataupun Sultan Mansur Syah sehingga tahun 1477. Semasa

pemerintahan Sultan Mansor Syah dakwah islamiah telah berkembang

dengan meluas ke seluruh Asia Tenggara terutamanya ke gugusan

Kepulauan Melayu. Pendakwa dari Melaka telah pergi ke Pulau Jawa,

Pulau Borneo dan sebahagian Selatan Filipina untuk menyebarkan agama

islam. Terdapat pedagang yang datang ke Melaka turut mempelajari

agama islam semasa berdagang, kemudian menyebarkan pula ke negeri

masing-masing. Dasar perluasan kuasa juga membantu mengembang dan

menyebarkan agama islam keseluruh semenanjung tanah Melayu dan

negeri di Sumatera seperti Johor, Pahang, Rokan dan inderagiri. Disini

dikatakan kebanyakkan penduduknya beragama islam

Kemudian,  Sultan Alauddin Riayat Syah   atau nama sebenarnya Raja

Hussin mulai menggantikan tahta kesultanan Melayu Melaka pada  

tahun 1477 sehinggalah 1488. Sultan Alauddin Riayat Shah menaiki

takhta pada usia 15 tahun. Baginda adalah seorang yang tegas dalam

melaksanakan tugasnya. Sultan Alaudin Riayat Shah 1 yang pernah

memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar.

Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda

meninggal dunia semasa datang untuk bersiar-siar manakala ada pula

yang menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga dikatakan

berdarah putih dan mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi, ada

Page 5: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

juga sumber yang mengaitkan Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh.

Walaubagaimanapun kesahihannya masih belum dipastikan oleh pengkaji

sejarah. Baginda  diganti oleh Sultan Mahmud Shah.

            Sultan Mahmud atau  Raja Muhammad meneruskan tradisi

kesultanan Melaka dan  memerintah dari  tahun 1488 sehingga  1511.

Baginda merupakan anakanda kepada sultan Alaudin Riayat Syah. Di

sekitar tahun 1500, Melaka masih berada di kemuncak kekuasaan dan

kegemilangannya. Kota Melaka menjadi pusat empayar Melayu yang

unggul dan juga pusat perdagangan bagi kain dari India, tembikar dan

sutera dari China dan rempah ratus dari kepulauan Melayu, serta markas

aktiviti pengembangan Islam di kepulauan Melayu.  Namun, pada tarikh

11 September 1509 semasa pemerintahan Sultan Mahmud dan Tun

Mutahir sebagai Bendahara, satu angkatan Portugis yang terdiri daripada

lima buah kapal besar yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira telah

mendarat di pelabuhan Melaka. Kedatangan orang-orang Portugis ini

membawa petanda buruk kerana sejurus kemudian bermulalah

keruntuhan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

 Kemudian, dipercayai Raja Ahmad  dengan gelaran Sultan Ahmad

Syah yang memegang tahta kerajaan Melaka dari tahun  1511 sehingga

1516, iaitu ketika Melaka diambang kejatuhan. Dipercayai selepas

kematian sultan AhmadSultan Mahmud mengambil kembali tahta   dan

menjadi sultan Melaka semula sehingga tahun 1528.

Pada kurun ke-15  dan 16 Masihi melaka telah menjadi pusat

kegiatan politik di Alam Melayu, ekoran diripada sistem pentadbiran yang

sistematik. Hal ini juga  kerana sistem pentadbiran di Melaka mampunyai

susun lapis pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan iaitu tergolong

daripada golongan yang pemerintah dan golongan yang

diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau

Sultan,kerabat diraja dan para pembesar, manakala golongan yang

Page 6: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

diperintah pula terdiri daripada artisan,para pedagang, rakyat biasa dan

hamba. Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan

peranan yang paling penting. Sultan menduduki heiraki teratas yang

berkuasa mutlak, hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa

dalam semua perkara. Contohnya Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja

hukuman terhadap pesalah dan penderhaka. Pelantikan Sultan adalah

bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan

Sultan dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan. Kemudian,

setelah ditabalkan menjadi sultan, seseorang Sultan dianggap berdaulat.

Dalam pertabalan selalunya diakhiri dengan pengakuan dan

pengikhtirafan oleh rakyat untuk  mengikut dan menjalankan titah taat

setia dengan Raja. Sesiapa yang  ingkar dianggap menderhaka dan akan

ditimpa tulah kerana Sultan memiliki pelbagai keistimewaan seperti

penggunaan bahasa, hak istimewa raja, iaitu penggunaan warna dan

perhiasan rumah dan perahu, alat kebesaran diraja dan penggunaan

nobat diraja, secara tidak langsung menunjukkan  kedaulatan seseorang

Raja.

Kestabilan politik Melaka pada peringkat awal dikatakan bermula

daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak

yang memerintah dan mentadbir politik Melaka. Hal ini kerana

parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir, iaitu

pengalaman semasa menjadi Raja di Palembang dan Singapura yang

membolehkan Parameswara marancang untuk memajukan Melaka.

Selain menjalankan sistem pemerintahan beraja, iaitu raja atau Sultan

mempunyai kuasa mutlak. Konsep  ini sebenarnya dipengaruhi oleh unsur

Hindu  sebelum mendapat  pengaruh Islam. Bahkan  pemerintahan

Melaka terpengaruh dengan sistem dari Srivijaya juga. Hal ini  dapat

dilihat apabila Melaka dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu

peringkat pentadbiran diraja, peringkat ketenteraan dan peringkat

Page 7: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

daerah. Kekuasaan Raja Srivijaya dengan Sultan Melaka juga hampir

sama, iaitu baginda berkusa mutlak dan baginda bertindak sebagai  ketua

kerajaan dalam pemerintahan. Pada zaman kerajaan awal juga  raja

digelar `devaraja', iaitu raja yang memerintah dianggap luhur dan suci.

Namun selepas kemasukan pengaruh Islam, pemerintah  berkuasa

mutlak dalam pemerintahan  dan ketua agama Islam. Ketua negara dan

pemerintah tertinggi dan  mengetuai pentadbiran pusat dan wilayah serta

dibantu oleh pembesar-pembesar. Selepas kedatangan Islam raja

menggunakan gelaran `Sultan' dan dianggap sebagai Amirul-Mukminin 

yang bererti pemimpin orang mukmim. Pada Zaman Kesultanan Melayu

Melaka, Sultan disebut `Zulliahifil`Alam' yang bermaksud Sultan yang

memerintah di dunia adalah wakil Allah di bumi.  Sultan juga mempunyai

cop mohor yang melambangkan kuasa dan pengesahannya.

Sultan dibantu  oleh pembesar-pembesar, untuk mentadbir di luar

wilayah yang dipanggil pegangan yang merupakan anugerah Sultan

kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka. Bagi mengukuhkan

lagi perjalanan pentadbiran ini, sistem perlembagaan telah diperkenalkan

yang mana ianya diketuai oleh Sultan, Orang Besar Berempat, Orang

Besar Berlapan, Orang Besar Berenam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh

Dua. Sistem ini dipelopori oleh Sultan Muhammad Syah. Tulang belakang

bagi sistem pentadbiran Melaka terdiri daripada Orang Besar Berempat

iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

Selain itu terdapat juga jawatan-jawatan lain yang menyokong ke arah

pentadbiran yang lebih baik dan lancar di Melaka.

Selain itu, jawatan lain seperti Datuk dan Pemungut Cukai, dan

Saudagar turut diadakan dan ini menunjukkan terdapat sistem

pentadbiran yang tersusun dan teratur di Melaka. Pembesar Empat

Lipatan ialah gelaran empat pembesar utama di peringkat pusat di negeri

Melaka, iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari,

Page 8: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

dan Syahbandar. Mereka ini juga digelar `Orang Kaya Berempat'.

Pembesar Empat Lipatan  dibantu oleh pembesar 8, 16 dan 32.  Biasanya

mereka yang menjadi pembesar daerah dan pusat biasanya terdiri

daripada kalangan keturunan Raja atau mereka yang ada kaitan dengan

golongan kelas pembesar yang memerintah.

Adakalanya, pembesar-pembesar ini juga mempengaruhi pentadbiran

raja ataupun Sultan. Sebagai contoh, di Melaka peranan Bendahara Tun

Perak sebagai “The King Maker”. Jarang sekali seorang rakyat biasa

bolehmenjadi pembesar kecuali yang benar-benar menunjukkan

kebolehan yang luar biasa. Sebagai contoh Hang Tuah dan sahabat-

sahabatnya.Pengaruh Srivijaya dapat juga dilihat dalam bidang daripada

pemerintahan yang dibantu oleh majlis pembesar. Sejarah Melayu

dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura,

Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah

bagi menjalankan dasar kerajaannya Pembesar berperanan sebagai orang

perantaraan antara raja dengan rakyat.

            Namun dalam pentadbiran di Melaka terdapat siitem pembesar

yang sangt  membantu kepada kecemerlangan Politik Melaka. Pembesar

terutama di Melaka adalah Bendahara yang juga dikenali sebagai Menteri

Utama Melaka dan menjadi orang kedua terpenting selepas kedudukan

Sultan. Bendahara ialah orang kedua selepas Sultan. Beliau ibarat

sebagai Perdana Menteri dan Penasihat Sultan bermakna Bendahara

boleh juga menjadi Sultan jika tiada pengganti bagi keturunan

Sultan. Tugas Bendahara adalah  menasihati Sultan dalam soal

pentadbiran negara dan perhubungan luar. Beliau juga boleh memberi

arahan tanpa perintah daripada Sultan jika untuk kepentingan negara.

Malah apabila seseorang Sultan mangkat beliaulah yang

bertanggungjawab menjaga alat-alat kebesaran diraja dan selepas tujuh

hari menjemput Raja untuk ditabalkan. Bendahara juga bertindak 

Page 9: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

sebagai ketua hakim dan ketua seluruh pentadbiran  Untuk menjadi

Bendahara perlu menjadi Penghulu Bendahari dan Temenggung terlebih

dahulu. Jawatan Bendahara adalah seperti seorang Perdana Menteri ada

masa kini.

Malah, Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu

Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi

tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini

ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara

Singapura yang pertama.Bendahara juga adalah bapa mentua Raja.

Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar Seri Wak

Raja. Antara gelaran-gelaran bagi bendahara ialah Paduka Raja, Paduka

Tuan, Seri Maharaja, Seri Wak Raja dan Seri Amar Diraja. Pada zaman

pemerintahan Parameswara, pentadbirannya dibantu oleh Bendahara,

Tun Pepatih Besar dan Bendahara Seri Wak Raja. Manakala semasa

pemerintahan Seri Maharaja ataupun Sultan Muhammad Syah baginda

telah dibantu oleh Bendahara Seri Amar Diraja. Wilayah pegangan

Bendahara ialah Sungai Ujong dan memegang gelaran Seri Nara Di Raja.

Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu

ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu

memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta

corak pentadbiran Melaka yang semakin kompleks. Oleh sebab keamanan

Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan

Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal

perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai

tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi

menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja

sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.

Temenggung-pula di kenali sebagai Menteri Keselamatan dan

bertanggungjawab melaksanakan peraturan dan keselamatan negeri

Page 10: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

terutamanya mengenai keselamatan. Sebagai Ketua Polis Negara, beliau

boleh menangkap orang yang bersalah, memasung dan menghukum

mereka. Dalam majlis adat istiadat istana, Temenggung bertugas sebagai

ketua protokol dan mengatur tempat duduk mengikut pangkat masing-

masing. Diantara gelaran temenggung adalah Seri Maharaja dan Setia

Awadana. Dibawah jawatan Temenggung terdapat dua jawatan tentera

iaitu Hulubalang Besar dan Laksamana. Apabila raja berangkat dengan

menaiki gajah, adalah menjadi tugas Temenggung mengepalai gajah

itu. Beliau akan menjaga keselamatan dalam negeri. Temenggung akan

menentukan timbangan dan kes jenayah kecil. Temenggung

bertanggungjawab menentukan timbangan dan sukatan yang betul dan

mengawasi saudagar- saudagar daripada kepulauan Melayu

Selain itu, pembesar penting lain ialah, Penghulu Bendahari.

Penghulu Bendahari ialah orang kedua selepas Bendahara dan

merupakan menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada

kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara

Diraja. Penghulu Bendahari juga  bertangunggjawab ke atas Bendahari

raja di negeri naungan. Beliau juga bertindak selaku setiausaha kerajaan

dan  sebagai  ketua pemegang khazanah dan harta kerajaan.

Bahkan, Beliau juga menyimpan daftar hamba raja bertepatan dengan

tugasnya sebagai ketua seluruh hamba. Penghulu Bendahari juga akan

mengurus kelengkapan dalam istana, mengurus makanan, menjemput

tetamu dan memegang kepala usungan di sebelah kanan apabila raja

berangkat pada Hari Raya.

Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang

penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan

perdagangan dan entrepot. Syahbandar akan menyelia hal-ehwal

pelabuhan yang semakin rumit dengan urusniaga. Syahbandar juga

Page 11: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

ditugaskan mengutip cukai dari pedagang-pedagang dan pembesar .

Selainitu,  meguruskan hal berkaitan  dengan pedagang asing

serta mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan gudang untuk

menyimpan barang.Syahbandar turut memainkan peranan penting

dengan  menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan

Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf

Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.

Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan

Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya dimulakan

oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah.

Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah.

Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja

kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh

yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan

tugas Seri Bija Diraja. Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin

kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula

didapati semakin menurun. Laksamana ibarat ketua angkatan laut. Beliau

akan menentukan keselamatan dan keamanan di perairan Melaka. Secara

tidak langsung urut bertangungjawab menjaga keselamatan Negara.

Selain itu, Laksamana akan menjadi pengawal peribadi Sultan. Beliau

juga merupakan ketua utusan ke seberang laut.

 Manakala, di peringkat kampung pula, Penghulu atau Penggawa

pula mentadbir peringkat kampung. Pembesar akan memastikan

penduduk di bawah jajahannya sentiasa taat setia terhadap Sultan dan

kerajaan. Pembesar akan membekalkan tenaga ketenteraan untuk

mempertahankan negara dan juga sebagai tenaga tentera

untuk  ekspedisi memperluaskan empayar.Pembesar daerah atau

penggawa juga berperanan untuk  memungut cukai di kawasannya.

Pembesar pusat pula mengutip cukai dari kawasan pegangannya.

Page 12: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

            kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang menjalankan

pelbagai perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik,

hamparan, bulu burung, cengkih, kayu dan cendana. Melihat kepada

kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka telah menyediakan pelbagai

kemudahan dengan tujuan untuk menarik minat lebih banyak lagi kapal

dagang berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan ini akan di kenakan

cukai 6 peratus dan perahu peribumi hanya 3 peratus.

Melaka juga terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan

keselamatan, pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam mengendalikan

pasar kosmopolitan. Menurut laporan China,  Peraturan dan peruntukan

kemudahan yang baik seperti gudang berkunci ada pengawal dan ada

loceng untuk memberitahu jika ada kecemasan atau kekecohan. Apabila

bersama dengan wakil-wakil perdagangan antara negara yang datang

berdagang, raja menyediakan pasukan pengawal dengan hebatnya demi

menjaga keamanan, kayu diikat dan menempakan keempat-empat pintu.

Pada waktu malam ada orang mengawal. Hal ini membuktikan

pentadbiran terhadap hal perdagangan turut berjalan dengan penuh

sistematik.

Sultan bertanggungjawab untuk mewujudkan hubungan baik

dengan kawasan-kawasan yang boleh mendatangkan sumber ekonomi

(kawasan pendalaman). Sultan menguasai bidang ekonomi dengan cara

mengutip hasil-hasil pertanian, cukai, perkhidmatan buruh dan hamba-

menjana pendapatan  dengan hasil cukai.

Pentadbiran akan berjalan dengan baik apabila mempunyai

pembentukan sistem undang-undang yang mantap. Sultan mempunyai

daulat dan kesaktian untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti 

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diketuai

olehnya. Raja berkuasa menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa

yang dikatakannya pesalah. Selain itu, Raja turut berkuasa menggubal

Page 13: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

undang-undang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak

boleh mempertikaikannya. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah yang

bertanggungjawab menyusun semula undang-undang Melaka semasa

pemerintahannya.

Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk

menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik  mahupun kekecohan dalam

masyarakat sama ada antara sesama induvidu  ataupun kelompok. Di

Melaka, dalam memastikan kestabilan politik dan Negara. Kerajaan

Melaka pada masa tersebut telah mengubal undang-undang yang

bertujuan untuk melancarkan pentadbiran.Terdapat dua buah teks

undang-undang tradisional di Melaka pada waktu itu, iaitu Undang-

undang yang pertama dikenali sebagai hukum kanun melaka iaitu

undang-undang darat Melaka yang merangkumi peraturan yang harus

diikuti oleh semua masyarakat di melaka dengan  meliputi tentang semua

tanah, sungai, dusun dan tanah jajahan Melaka.

 Penubuhan undang-undang ini bertujuan untuk mengawal

keselamatan dan keamanan negeri Melaka pada waktu itu.Pada mulanya

Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat.

Namun, semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah,

Hukum Kanun Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat

dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun Melaka ; Adapun

jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda

akan dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang

mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya”.

Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka

pada ketika itu. Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga

keamanan dan keselamatan rakyat di Melaka termasuklah bangsa asing

yang tinggal dan singgah di Melaka. Namun begitu, undang-undang Islam

hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan dihukum

Page 14: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

mengikut agama atau adat masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang

lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina. Lelaki

tersebut akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam dan

perempuan tersebut akan dihukum mengikut adab dan agamanya.

Peraturan umum seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan

dilaksanakan untuk semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing.

Ini menunjukkan sikap Sultan-sultan Melaka yang bertoleransi dan adil

dengan rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat yang benar-benar

melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah menarik bangsa lain seperti

pedagang dari China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai lagi untuk

datang dan menetap di Melaka.

Manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai Undang-undang

Laut Melaka atau adat pelayaran Melaka. Teks ini diterjemah sebagai

“the maritime laws of Malacca”. Undang-undang Laut Melaka yang

dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan

Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang Laut Melaka mengandungi

peraturan dan tatatertib berniaga, hukum-hukum jenayah di kapal,

larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, cara berjual beli, kiwi

serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka ditulis untuk melancarkan

urusan pedagangan di Selat Melaka. Hal ini telah menggalakkan

kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka.

Sebenarnya undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan

hukum syarak iaitu pengaruh kemasukan islam. Dengan adanya undang-

undang tersebut,melaka telah berjaya manjadi sebuah negeri yang aman

dan selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di nusantara. Secara

tidak langsung telah membuktikan satu system pentadbiran yang baik

dan cekap dari kesultanan Melayu Melaka.

Kerajaan Melaka terkenal di Alam Melayu dengan  kejayaannya

dalam menguasai tanah-tanah jajahan. Bagi mengukuhkan lagi kuasanya

Page 15: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

Melaka telah menjalankan dasar penaklukkan, kerajaan Melaka telah

menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menambah kekuatan

pengaruhnya.Hal ini dapat mengukuhkan lagi politik dan system

pentadbiran  Melaka. Dengan adanya pengaruh yang banyak, malah pada

masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain, yang

sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung.

Selain itu, terdapat juga negeri-negeri yang secara sukarela

meminta untuk  menjadi sebahagian dari jajahan takluk Melaka seperti

Kedah, pattani dan lain-lainnya seterusnya menerima dan memeluk islam.

Bahkan, Melaka juga telah berjaya menakluki negeri-negeri dikepulauan

Asia Tenggara. Penaklukan dibantu oleh orang laut, angkatan laut

Melaka dengan wawasan ahli-ahli politik dan pentadbir Melaka seperti

Seri Nara Diraja, Bendahara Tun Perak dan Tun Mutahir. Tujuan

penaklukan  adalah untuk mendapatkan hasil perdagangan, terutamanya

dari kawasan yang kaya dengan sumber-sumber seperti Kelang, Kelang,

Selangor, Bernam, Manjung, Beruas,Selangor dan kedah yang kaya

dengan Bijih Timah. Bijih timah dicairkan dan dijadikan kepingan

Jongkong untuk dieksport. Manakala  Siak pula dikuasai bagi

membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emasnya untuk dibawa ke

Melaka bagi tukaran bahan perdagangan dengan saudagar asing yang

lain. Selain itu,  penaklukan terhadap Kampar dan Rokan  juga penting

untuk mengawal eksport lada dan emas yang dikeluarkan oleh daerah

pedalaman Minangkabau. Manakala penguasaan Melaka ke atas Riau-

Lingga pula mempunyai matlamat perdagangan secara tidak langsung,

iaitu supaya bahan-bahan keluarannya dapat dieksport ke Melaka di

samping dapat membekalkan kepada Orang Laut sebagai pendayung

kapal perang tentera laut Melaka untuk tujuan penaklukan.

Walaupun Melaka menakluk banyak kawasan-kawasan yang berada

di sekitarnya, Melaka tetap membiarkan Negara jajahannya itu

Page 16: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

menajalankan sistem pemerintahan sendiri. Hal ini termasuklah Raja atau

sultan di negara tersebut masih berhak bertahta, Cuma kerajaan Negara

tersebut diwajibkan membayar ufti perlindungan pada waktu-waktu

tertentu dan dengan kadar tertentu.

 Melaka juga telah menakluk kawasan Aru, Rokan, Siak, Kampar,

Inderagiri dan Tungkal yang merupakan kawasan di pantai Timur

Sumatera. Kawasan ini membentuk bahagian Zon Barat dan

dilengkapkan dengan Zon Bahagian Timur seluruh Semenanjung Tanah

Melayu dan seluruh Kepulauan Kecil menganjur sehingga ke Brunei

untuk membentuk bahagian Selatan. Penaklukan ketiga-tiga zon ini

membolehkan Melaka mengawal sepenuhnya kapal-kapal yang

menggunakan Selat Melaka sebagai jalan perhubungan di antara Timur

dengan Barat.

            Melaka di beri jaminan oleh jajahan takluknya dari segi

keselamatan pelayaran melalui Selat Melaka, mata wang untuk

urusniaga, pelaut untuk perkapalan, askar bagi keselamatnnya dan

bekalan makanan untuk penduduknya. Dengan menguasai hasil bumi

jajahan takluknya membolehkan pemimpim Melaka menubuhkan kuasa

politik dan pentadbiran istana terhadap golongan pembesar Melaka, dan

membina empayar Melaka melalui kuasa tentera serta memperkukuhkan

pengaruh politik Melaka. Hal ini telah membuktikan Melaka mempunyai

strategi yang tersendiri dalam mentadbir negaranya.

Kejayaan Melaka dalam menjalin hubungan diplomatik dengan

China juga merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam

perkembangan politik Melaka dan membuktikan satu pengurusan

pentadbiran yang baik. Melaka telah mentadbir hubungannya dengan

Negara China dengan begitu baik sekali, hal  ni dapat dilihat dengan

peristiwa apabila Parameswara telah menghantar utusan ke Peking pada

tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik dengan negeri China.

Page 17: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

Ekoran daripada penghantaran utusan tersebut, Parameswara diberi

pengakuan secara rasmi pada tahun 1406, pengakuan tersebut

disertakan dengan penyerahan cop mohor,persalinan pakaian daripada

kain sutera dan payung kuning. Dengan  terjalinnya hubungan tersebut

dikatakan Melaka mendapat perlindungan negeri yang mempunyai kuasa

yang terkuat di asia.

 Hal dapat menjamin keselamatan Melaka, khasnya daripada

ancaman Siam. Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang

diutuskan oleh kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk

singgah di Siam dahulu yang bertujuan untuk memberi amaran kepada

Siam supaya tidak menyerang dan menancam Melaka kerana Melaka

telah diiktiraf dibawah naungan China

Konklusinya, Keagungan Melaka mulai merosot setelah Melaka

jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan kerajaan Acheh telah

menggantikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam

di rantau Asia Teggara.  Kecemerlangan pemerintahan beraja menjadikan

Melaka muncul sebagai kerajaan yang  gemilang pada abad ke 15  hingga

16. Sistem pemerintahan Melaka memperlihatkan satu bentuk

pemerintahan sistematik dan sangat  teratur, iaitu dari pemerintahan

tertinggi sehinggalah pentdbir di peringkat bawahan . Terdapat pelbagai

bukti  yang telah menunjukkan kehebatan Pemerintahan Beraja

Kesultanan Melayu Melaka, termasuklah dengan  memperkukuhkan

konsep daulat dalam kesultanan melayu  Melaka itu

Kejayaan dan kemajuan Melaka sebagai sebuah kerajaan Melayu

yang berjaya

banyak didokong oleh keupayaan pemerintahnya. Bermula dengan

pengasasan Kesultanan Melayu Melaka oleh Parameswara berjaya

mengukuhkan kedudukan negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang

berdaulat. Tidak dapat dinafikan juga bahawa corak dan sistem

Page 18: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

pemerintahan yang diamalkan oleh sultan-sultan Melaka telah memberi

impak yang besar kepada tampuk pemerintahan Pemerintah-pemerintah

seterusnya. Pada ketika itu, jatuh atau bangun sebuah negara adalah

dipengaruhi oleh  tahap kewibawaan dan kebijaksanaan seseorang

pemerintah di samping dengan bantuan para pembesarnya. Melaka telah

mengalami zaman pengukuhan dan zaman kegemilangan sehingga awal

kurun ke-15 yang mana pada akhirnya terpaksa melalui  zaman

kejatuhannya setelah ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1989). Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara

Tradisional. Kuala Lumpur : Pena Sdn.Bhd.

Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y. (1982). Sejarah Malaysia.  London:

Macmillan Press .

Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu satu kajian daripada Aspek Pensejarahan

Budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid.  (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein.(1996).  Tamadun Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. (1993). Tamadun Melayu jilid satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joginder singh jessa. (1978).Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Jamil Mukmin.(1994). Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Kuala

Lumpur:Nurin 

Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim. (1990). Kesultanan Melayu Melaka,Kajian Beberapa

Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rahmat Saripan.(1983). Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka.Melaka : Marathon

Engraving.

Shellabear, W.G (Diusahakan).  (1975). Sejarah Melayu.  Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti.  

Page 19: Kesultanan Melayu Melaka Dan Pentadbiran Kerajaannya

Shellabear W.G., (1903).  Sejarah Melayu American Mission. (edisi kedua). 

Singapura.

Shellabear, W.G (ed), Sejarah Melayu ( The Malay Annals ). Singapura:

Malaya Publishing House Limited.

 Zainal Abidin Abd Wahid. (1970). Glimpses of Malaysian History. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

[1] Rahmat Saripan. 1983. Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka. Melaka Marathon Engriving. Hal 19

[2] Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka   pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.  139.                                                                                                                                                                                              [3] Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. 1993. Tamadun Melayu jilid satu. Kuala Lumpur:   Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 191[4] W.G Shellabear. (ed) di petik dari Muhammad Yusuff Hashim. op. cit hal. 148[5] Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Shah Alam: Marwilis publisher & Distribute   Sdn Bhd. hal 17[6] Muhammad Yusoff Hashim, loc. cit. hal. 148.