kesihatan terapi awal - sgh.com.sg · dalam talian dalam jurnal menopause. dr elsa-grace giardina,...

1
BERUS gigi pun boleh berfungsi sebagai perkakas urut. Itulah yang boleh dijangkakan daripada berus gigi urut ‘tiga dalam satu’ Owell. Ia berfungsi dengan penggunaan bateri AAA yang boleh memberi- kan kesan gegar dan gosokan 30,000 kali dalam seminit. Ini bertujuan membolehkan gigi dibersihkan dengan lebih berkesan, mencegah penyakit gusi dan men- jadikan seluruh gigi dan mulut sihat. Berus gigi ini ringan dan boleh dibawa ke mana-mana. Selain itu, ia juga boleh bertindak sebagai pembersih lidah kerana boleh mengeluarkan bakteria dan sel-sel mati di permukaannya. Harga sebatang berus gigi ini ialah $39.30. Putus haid: Rasa panas Oleh DEWANI ABBAS [email protected] D ISERANG angin ah- mar adalah antara pengalaman yang pa- ling ditakuti. Namun, ada sebahagian orang yang diserang penyakit itu tidak sedar mereka mengalami- nya atau menyangka ia adalah masalah sakit lain yang mereka hadapi. Lantas, mereka tidak menda- patkan rawatan secepatnya yang amat bermanfaat untuk seseorang yang diserang angin ahmar atau strok. Bagaimanapun, kini pesakit angin ahmar dijangka mempu- nyai peluang jauh lebih baik un- tuk mengatasi strok yang dialami jika mereka mendapatkan terapi pemulihan awal yang lebih inten- sif dalam tempoh 24 jam. Tetapi, hasil pendekatan ini belum dapat dikenal pasti. Justeru, untuk mengetahui se- jauh mana terapi pemulihan awal ini berkesan, Hospital Be- sar Singapura (SGH) telah me- mulakan program percubaan di- namakan ‘Percubaan Pemulihan Awal’ atau A Very Early Reha- bilitation Trial (Avert) untuk pe- sakit strok yang datang awal ke hospital itu dalam tempoh 24 jam. Di bawah program itu, pesa- kit strok yang datang ke SGH dalam tempoh tersebut dan berkeadaan mantap diberikan se- naman-senaman khusus secepat mungkin oleh kumpulan pakar fi- sioterapi, doktor dan jururawat. Ini diharapkan membantu pemulihan awal pesakit dan mengurangkan tempoh pengina- pan mereka di hospital, se- bagaimana kajian-kajian ter- dahulu pernah menunjukkan. Sejauh ini 29 pesakit telah di- terima menjalani program itu daripada lebih 500 pesa- kit yang ditapis untuk melihat kesesuaian mereka. Le- bih 50 peratus tidak dapat dilibatkan kerana tidak da- tang ke hospital dalam tempoh 24 jam dan ada pula tidak mahu menyertainya. SENAMAN LEBIH INTENSIF “Program percubaan ini melibatkan terapi senaman sahaja yang lebih intensif berbanding dengan sena- man-senaman yang dijalani pesakit sebelum ini. Ia tidak melibatkan pemberian ubat dan adalah selamat,” kata Dr Mohammed Tauqeer Ahmad, Pendaftar Jabatan Neurologi, Institut Sains Neuro Nasional (NNI)-SGH, dan pengkaji utama bagi program percubaan tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan butir-butir terapi itu atau bagaimana senaman itu di- jalankan, bentuk atau intensitinya atas alasan hasilnya belum terlihat. Avert merupakan satu program ujian rambang yang bertujuan melibatkan lebih 2,000 pesakit strok di pu- sat-pusat kesihatan di beberapa buah negara. SGH merupakan pusat kesihatan Asia pertama yang menyertainya dan bercadang melibatkan 120 pesakit dalam tempoh dua tahun. Program itu merupakan inisiatif Institut Kajian Strok Nasional di Melbourne, Australia, yang mempunyai pu- sat-pusat di Australia, New Zealand, Scotland dan Wales. Dr Mohammed Tauqeer menambah: “Pada masa la- lu dipercayai bahawa pesakit strok tidak boleh segera bersenam sebaik saja diserang angin ahmar kerana ia disangka boleh membahayakan. “Bagaimanapun, kajian-kajian baru menunjukkan bahawa terapi senaman yang menjurus kepada pergera- kan badan, boleh dimulakan jauh lebih awal bagi pesa- kit strok. “Maka itu, program percubaan ini mungkin boleh memberi manfaat kepada pesakit strok kerana ia berpo- tensi mengurangkan risiko pesakit menjadi tidak ber- upaya selepas strok.” Kajian-kajian lalu menunjukkan pesakit strok meng- habiskan sehingga 50 peratus masa mereka berehat di katil tanpa melakukan apa-apa. Hanya 13 peratus daripada masa mereka menghabis- kan masa sehari dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu pemulihan mereka. Pakar fisioterapi utama SGH, Cik Dawn Tan May Leng, berkata bahawa jika pesakit strok berehat terlalu lama di katil, mereka boleh mendapat jangkitan seperti jangkitan paru-paru. “Terapi lebih intensif itu boleh diberikan mungkin se- lama seminggu hingga dua minggu. Pada ketika itu, tia- da ubat-ubatan diberikan kecuali yang biasa mereka gunakan untuk penyakit mereka. “Apa yang kami ingin elakkan ialah pengulangan penyakit strok pesakit,” ujar Cik Tan. ENCIK Phang Boon Chong tidak dapat bangun daripada katil hospitalnya dan berdiri selepas diserang angin ahmar pada April tahun lalu. Beliau juga perlu dibantu untuk berjalan. Tetapi, selepas menjalani terapi pemulihan dengan bimbingan pakar-pakar fisio- terapi di bawah program A Very Early Rehabilitation Tri- al (Avert), Encik Phang, 66 tahun, memiliki kembali daya tenaga kaki dan tangannya. Beliau juga boleh berjalan agak jauh dengan bantuan. Bekas kelasi kapal ini, se- belum diserang angin ahmar, menikmati kesihatan yang lebih baik selepas mengikuti program percubaan itu. Beliau dapati sesi terapi di bawah program Avert sangat membantunya dan terdorong meneruskan senaman. Selepas keluar hospital, En- cik Phang meneruskan rawa- tan fisioterapi dan terapi per- gerakan yang dijalani sebel- umnya bagi meningkatkan ke- upayaan fizikalnya. Kini, beliau semakin pulih dan sedang mencari kerja. Encik Phang adalah antara pesakitt strok yang menyertai program Avert di Hospital Be- sar Singapura (SGH). Menurutnya, sesiapa saja boleh mendapat strok, tetapi yang penting ialah menjalani rawatan awal kerana pesakit boleh menjalani kehidupan seperti biasa walaupun sete- lah diserang angin ahmar. TANDA-TANDA ANGIN AHMAR Dr Mohammed Tauqeer Ahmad, Pendaftar, Jabatan Neurologi di Institut Sains Neuro (NNI)-SGH, pula mem- berikan tanda-tanda strok se- perti berikut: E Lengan, kaki atau/dan muka tiba-tiba terasa lemah. E Sukar berjalan, mengim- bangi dan menyelaraskan badan. E Tiba-tiba menjadi keliru dan susah bercakap atau me- mahami percakapan orang. E Tiba-tiba sakit kepala atau mabuk tanpa sebab yang diketahui. Angin ahmar merupakan punca keempat paling lazim yang menyebabkan kematian di Singapura dan punca terbe- sar yang membawa kepada ketidakupayaan fizikal pesakit. Ribuan penduduk Singapu- ra dimasukkan ke hospital se- tiap tahun kerana strok atau komplikasi-komplikasinya. Pengalaman pesakit Berus gigi ‘tiga dalam satu’ LEBIH CEPAT, LEBIH BAIK: Pakar neurologi, Dr Mohammed Tauqeer, dan pakar fisioterapi, Cik Dawn Tan, menunjukkan contoh senaman yang boleh dilakukan seorang pesakit strok di bawah program Avert. – Foto TAUFIK A. KADER Kesihatan STROK: KELEBIHAN TERAPI AWAL Pengelola: DEWANI ABBAS [email protected] SEPERTI ALAT URUT: Berus gigi ini memberikan kesan gosokan 30,000 dalam seminit. – Foto OWELL Berita Harian 11 Rabu, 2 Mac 2011 11

Upload: hangoc

Post on 28-Oct-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesihatan TERAPI AWAL - sgh.com.sg · dalam talian dalam jurnal Menopause. Dr Elsa-Grace Giardina, pakar penya-kit jantung wanita daripada Universiti Columbia, bagaimanapun, berpendapat

BADAN yang tiba-tiba terasa panasyang dialami wanita yang baru putushaid mungkin sesuatu yang baik untukmereka.

Demikian menurut satu kajian pan-jang yang disokong badan pemerintahAmerika Syarikat.

Kajian itu mendapati bahawa wanitayang mengalami rasa badan panas atauhot flush semasa baru putus haid ataumenopaus dan bukan kemudian, mempu-nyai risiko lebih rendah untuk mendapatserangan jantung berbanding wanitayang tidak pernah mengalami rasa badanpanas atau rasa panas itu berlarutan la-ma selepas mereka putus haid.

Di kalangan segelintir wanita yang le-wat mengalami badan panas – sehinggabertahun-tahun selepas mereka putushaid – kejadian serangan jantung di ka-langan mereka pula didapati lebih tinggi,berbanding dengan golongan-golonganlain.

Kajian itu melibatkan lebih 60,000wanita sepanjang tempoh purata hampir10 tahun.

Tujuannya untuk meneliti kaitan an-tara bila gejala menopaus mula dirasai,dengan risiko mendapat serangan jan-tung, kata penulis bersama hasil kajiantersebut, Dr JoAnn Manson, ketua peru-batan pencegahan di Hospital Brighamdan Wanita Harvard.

Sebelum ini beberapa kajian telahmengaitkan rasa badan panas dengan te-kanan darah dan paras kolesterol yanglebih tinggi, lantas membayangkan wani-ta yang mengalami gejala ini berisiko le-bih tinggi bagi menghidap penyakit jan-tung.

Bagaimanapun, hasil kajian baru inimemberikan dapatan yang lebih terperin-ci, kata Dr Manson.

Ketua penulis kajian itu, Dr EmilySzmuilowicz, seorang ahli endokrinologidaripada sekolah perubatan UniversitiNorthwestern, pula menyatakan hasil ka-jian itu harus meyakinkan jutaan wanitayang mengalami hot flush dan berpeluhpada waktu malam bahawa ada unsurpositif di sebalik apa yang mereka laluiitu.

Hasil kajian itu diumumkan secaradalam talian dalam jurnal Menopause.

Dr Elsa-Grace Giardina, pakar penya-kit jantung wanita daripada UniversitiColumbia, bagaimanapun, berpendapatkajian itu ada kekurangan dan lebih ba-nyak kajian perlu dijalankan.

Menurutnya, segelintir saja wanitayang mengalami badan panas lama sele-pas mereka putus haid. Risiko mendapatpenyakit jantung juga boleh meningkatbagi wanita yang memakan pil hormon,tambahnya.

Menopaus terjadi apabila paras hor-mon wanita, estrogen, mula berkura-ngan. Kebanyakan wanita mengalami ge-jala putus haid seperti rasa badan panasyang berterusan selama beberapa tahun.

PUNCA BADAN PANAS

Rasa badan panas ini difahamkan ter-jadi akibat pembesaran saluran-salurandarah sebagai respons kepada turun-naikhormon wanita selepas menopaus iaitusesuatu yang normal, kata Dr Manson.

Tetapi, jika ia dialami lama selepas pu-tus haid, ia mungkin petanda sesuatuyang tidak normal pada saluran darahyang boleh menjejas jantung, jelasnya.

Kajian itu disokong oleh dana daripa-da Institut-Institut Kesihatan NasionalAmerika.

Purata wanita yang terlibat dalam ka-jian itu berusia awal 60-an tahun. – AP.

BERUS gigi pun boleh berfungsisebagai perkakas urut.

Itulah yang boleh dijangkakandaripada berus gigi urut ‘tiga dalamsatu’ Owell.

Ia berfungsi dengan penggunaanbateri AAA yang boleh memberi-kan kesan gegar dan gosokan30,000 kali dalam seminit.

Ini bertujuan membolehkan gigidibersihkan dengan lebih berkesan,mencegah penyakit gusi dan men-jadikan seluruh gigi dan mulut sihat.

Berus gigi ini ringan dan bolehdibawa ke mana-mana.

Selain itu, ia juga boleh bertindaksebagai pembersih lidah keranaboleh mengeluarkan bakteria dansel-sel mati di permukaannya.

Harga sebatang berus gigi iniialah $39.30.

Putus haid: Rasa panasmungkin petanda baik

Oleh DEWANI [email protected]

DISERANG angin ah-mar adalah antarapengalaman yang pa-ling ditakuti.

Namun, ada sebahagianorang yang diserang penyakit itutidak sedar mereka mengalami-nya atau menyangka ia adalahmasalah sakit lain yang merekahadapi.

Lantas, mereka tidak menda-patkan rawatan secepatnyayang amat bermanfaat untukseseorang yang diserang anginahmar atau strok.

Bagaimanapun, kini pesakitangin ahmar dijangka mempu-nyai peluang jauh lebih baik un-tuk mengatasi strok yang dialamijika mereka mendapatkan terapipemulihan awal yang lebih inten-sif dalam tempoh 24 jam.

Tetapi, hasil pendekatan inibelum dapat dikenal pasti.

Justeru, untuk mengetahui se-jauh mana terapi pemulihanawal ini berkesan, Hospital Be-sar Singapura (SGH) telah me-mulakan program percubaan di-namakan ‘Percubaan PemulihanAwal’ atau A Very Early Reha-bilitation Trial (Avert) untuk pe-sakit strok yang datang awal kehospital itu dalam tempoh 24jam.

Di bawah program itu, pesa-kit strok yang datang ke SGHdalam tempoh tersebut danberkeadaan mantap diberikan se-naman-senaman khusus secepatmungkin oleh kumpulan pakar fi-sioterapi, doktor dan jururawat.

Ini diharapkan membantupemulihan awal pesakit danmengurangkan tempoh pengina-pan mereka di hospital, se-bagaimana kajian-kajian ter-dahulu pernah menunjukkan.

Sejauh ini 29 pesakit telah di-terima menjalani program itu daripada lebih 500 pesa-kit yang ditapis untuk melihat kesesuaian mereka. Le-bih 50 peratus tidak dapat dilibatkan kerana tidak da-tang ke hospital dalam tempoh 24 jam dan ada pulatidak mahu menyertainya.

SENAMAN LEBIH INTENSIF

“Program percubaan ini melibatkan terapi senamansahaja yang lebih intensif berbanding dengan sena-man-senaman yang dijalani pesakit sebelum ini. Ia tidakmelibatkan pemberian ubat dan adalah selamat,” kataDr Mohammed Tauqeer Ahmad, Pendaftar JabatanNeurologi, Institut Sains Neuro Nasional (NNI)-SGH,dan pengkaji utama bagi program percubaan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkanbutir-butir terapi itu atau bagaimana senaman itu di-jalankan, bentuk atau intensitinya atas alasan hasilnyabelum terlihat.

Avert merupakan satu program ujian rambang yangbertujuan melibatkan lebih 2,000 pesakit strok di pu-sat-pusat kesihatan di beberapa buah negara.

SGH merupakan pusat kesihatan Asia pertama yangmenyertainya dan bercadang melibatkan 120 pesakitdalam tempoh dua tahun.

Program itu merupakan inisiatif Institut Kajian StrokNasional di Melbourne, Australia, yang mempunyai pu-sat-pusat di Australia, New Zealand, Scotland danWales.

Dr Mohammed Tauqeer menambah: “Pada masa la-lu dipercayai bahawa pesakit strok tidak boleh segerabersenam sebaik saja diserang angin ahmar kerana iadisangka boleh membahayakan.

“Bagaimanapun, kajian-kajian baru menunjukkanbahawa terapi senaman yang menjurus kepada pergera-kan badan, boleh dimulakan jauh lebih awal bagi pesa-kit strok.

“Maka itu, program percubaan ini mungkin bolehmemberi manfaat kepada pesakit strok kerana ia berpo-tensi mengurangkan risiko pesakit menjadi tidak ber-upaya selepas strok.”

Kajian-kajian lalu menunjukkan pesakit strok meng-habiskan sehingga 50 peratus masa mereka berehat dikatil tanpa melakukan apa-apa.

Hanya 13 peratus daripada masa mereka menghabis-kan masa sehari dengan melakukan aktiviti-aktivitiyang dapat membantu pemulihan mereka.

Pakar fisioterapi utama SGH, Cik Dawn Tan MayLeng, berkata bahawa jika pesakit strok berehat terlalulama di katil, mereka boleh mendapat jangkitan sepertijangkitan paru-paru.

“Terapi lebih intensif itu boleh diberikan mungkin se-lama seminggu hingga dua minggu. Pada ketika itu, tia-da ubat-ubatan diberikan kecuali yang biasa merekagunakan untuk penyakit mereka.

“Apa yang kami ingin elakkan ialah pengulanganpenyakit strok pesakit,” ujar Cik Tan.

ENCIK Phang BoonChong tidak dapat bangundaripada katil hospitalnyadan berdiri selepas diserangangin ahmar pada Apriltahun lalu.

Beliau juga perlu dibantuuntuk berjalan.

Tetapi, selepas menjalaniterapi pemulihan denganbimbingan pakar-pakar fisio-terapi di bawah program AVery Early Rehabilitation Tri-al (Avert), Encik Phang, 66tahun, memiliki kembali dayatenaga kaki dan tangannya.

Beliau juga boleh berjalanagak jauh dengan bantuan.

Bekas kelasi kapal ini, se-belum diserang angin ahmar,menikmati kesihatan yanglebih baik selepas mengikutiprogram percubaan itu.

Beliau dapati sesi terapi dibawah program Avert sangatmembantunya dan terdorongmeneruskan senaman.

Selepas keluar hospital, En-cik Phang meneruskan rawa-tan fisioterapi dan terapi per-gerakan yang dijalani sebel-umnya bagi meningkatkan ke-upayaan fizikalnya.

Kini, beliau semakin pulihdan sedang mencari kerja.

Encik Phang adalah antarapesakitt strok yang menyertaiprogram Avert di Hospital Be-sar Singapura (SGH).

Menurutnya, sesiapa sajaboleh mendapat strok, tetapiyang penting ialah menjalanirawatan awal kerana pesakitboleh menjalani kehidupanseperti biasa walaupun sete-lah diserang angin ahmar.

TANDA-TANDAANGIN AHMAR

Dr Mohammed TauqeerAhmad, Pendaftar, JabatanNeurologi di Institut SainsNeuro (NNI)-SGH, pula mem-berikan tanda-tanda strok se-perti berikut:

E Lengan, kaki atau/danmuka tiba-tiba terasa lemah.

E Sukar berjalan, mengim-bangi dan menyelaraskanbadan.

E Tiba-tiba menjadi kelirudan susah bercakap atau me-mahami percakapan orang.

E Tiba-tiba sakit kepalaatau mabuk tanpa sebab yangdiketahui.

Angin ahmar merupakanpunca keempat paling lazimyang menyebabkan kematiandi Singapura dan punca terbe-sar yang membawa kepadaketidakupayaan fizikal pesakit.

Ribuan penduduk Singapu-ra dimasukkan ke hospital se-tiap tahun kerana strok ataukomplikasi-komplikasinya.

Pengalamanpesakit

Berus gigi‘tiga dalam

satu’

LEBIH CEPAT, LEBIH BAIK: Pakar neurologi, Dr Mohammed Tauqeer, dan pakar fisioterapi, Cik Dawn Tan, menunjukkan contoh senaman yang boleh dilakukan seorang pesakit strokdi bawah program Avert. – Foto TAUFIK A. KADER

Kesihatan STROK: KELEBIHANTERAPI AWAL

Pengelola: DEWANI [email protected]

SEPERTI ALAT URUT: Berus gigi inimemberikan kesan gosokan 30,000 dalamseminit. – Foto OWELL

Berita Harian 11

Rabu, 2 Mac 2011 11