kesan sampah sarap

17
Kesan –kesan pencemaran pembuangan sampah adalah sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa- sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih- lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih- lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air

Upload: gwen-wen-jing

Post on 26-Oct-2015

3.841 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kesan sampah sarap

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Sampah Sarap

Kesan –kesan pencemaran pembuangan sampah

adalah sampah yang mengandungi kimia atau bahan

organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang

secara berterusan ke dalam kawasan air boleh

menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien

yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan

berlakunya proses “eutrophication” dimana nutrien-

nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-

lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang

mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan

mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga

menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup

kerana kekurangan oksigen.

Kesan yang seterusnya ialah pembuangan sampah

merata-rata tempat akan menjejaskan kesihatan

masyarakat sekeliling alam sekitar serta memberi impak

kepada negara kita . Sisa-sisa pembuangan sampah boleh

membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi,

Page 2: Kesan Sampah Sarap

keracunan makanan dan sebagai. Misalnya, pembuangan

sampah di dalam air boleh menyebabkan nyamuk Aedes

membiak di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit

deman denggi kepada orang sekeliling serta boleh

membawa maut. Selain daripada itu, memberi kesan

visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej

sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran bahawa

penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya

disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja.

Tambahan pula, kesan pembuangan sampah boleh

menwujudkan pencemaran udara di alam sekeliling.

Sampah sarap yang membuang rata-rata atau tidak

menguruskan dengan baik akan berbau busuk serta dapat

nyamuk Aedes membiak di situ, lalat, dan menjadi tempat

makanan ternakan. Ini akan menyebabkan tempat

pembuangan sampah semakin kotor dan busuk. Maka

bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan sekeliling

perumahan itu.

Page 3: Kesan Sampah Sarap

Sampah sarap (municipal solid waste) dianggap sebagai bahan

yang tidak berguna dan tidak mendatangkan sebarang faedah,

malah boleh mendatangkan mudarat jika disimpan. Dengan itu,

selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di

tempat-tempat pembuangan sampah sama ada menggunakan

teknik pembuangan yang betul atau sebaliknya. Sampah boleh

dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah

bukan domestik (Ridwan Lubis, 1994). Sampah domestik adalah

bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur.

Contohnya seperti botol, kaca, tin aluminium, beg plastik,

kertas, pakaian buruk dan juga sisa makanan. Sampah bukan

domestik pula adalah bahan-bahan buangan yang terhasil dari

industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat.

Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada pelbagai jenis

termasuklah sisa jualan, sisa pembuangan dan sisa daripada

proses pengilangan.

Di Malaysia, terutamanya kawasan penduduk bandar

menyumbang sekurang-kurangnya 1.5 kilogram pembuangan

Page 4: Kesan Sampah Sarap

sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk

luar bandar. Angka ini terus meningkat dengan pertambahan

penduduk dan tahap kehidupan rakyat yang semakin baik.

Pembuangan sampah sesuka hati bukan sahaja akan

menjejaskan kesihatan manusia bahkan juga turut mengancam

hidupan laut. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu

mencari jalan penyelesaiannya dengan secepat mungkin

sebelum masalah ini menjadi semakin serius.

Rakyat Malaysia sering membuang sampah tidak kira

tempat, asalkan ada kesempatan. Natijahnya, kita dapat

melihat di mana-mana sahaja ada sampah tidak kira di rumah,

pejabat, kedai, tepi dan dalam sungai dan seumpamanya. Ini

demikian kerana adanya sikap tidak bertanggungjawab

sesetengah masyarakat yang membuang sampah di merata-

rata tempat. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam

sekitar dan jika dibiarkan ia akan menyebabkan keadaan

sekeliling berbau busuk dan seterusnya menarik perhatian

haiwan perosak seperti tikus dan lalat di mana haiwan ini turut

Page 5: Kesan Sampah Sarap

merupakan pembawa penyakit seperti Taun. Tambahan pula,

takungan-takungan air seperti di tempat pembuangan sampah

telah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Keadaan ini

mendorong kepada penyebaran penyakit Deman Denggi yang

boleh membawa maut kepada manusia.

Selain itu, masalah pembuangan sampah turut

mencemarkan keindahan dasar laut dan seterusnya

menjejaskan kehidupan hidupan laut. Menurut laporan

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau

dikenali sebagai UNEP telah menyatakan bahawa berlakunya

kematian di kalangan hidupan laut seperti penyu, ikan, burung,

ikan lumba-lumba dan anjing laut adalah disebabkan oleh

tertelan barangan plastik. Mereka juga telah menganggarkan

bahawa di seluruh dunia sebanyak seratus ribu ekor mamalia

laut dan penyu mati setiap tahun disebabkan oleh sampah

plastik. Kejadian ini telah mengganggu keseimbangan

ekosistem akuatik.

Page 6: Kesan Sampah Sarap

Pembangunan yang serba moden kini telah menyebabkan

masyarakat hilang nilai rasa tanggungjawab terhadap alam

sekitar sehingga sanggup membuang sampah sarap ke dalam

sungai. Keadaan ini merupakan salah satu punca pencemaran

sungai yang berlaku pada masa kini. Sungai-sungai yang ada

berdekatan dengan kediaman penduduk dijadikan sebagai tong

sampah dengan membuang sampah secara besar-besaran

tanpa mengendahkan kesan yang akan berlaku akibat daripada

perbuatan tersebut. Walaupun tong sampah telah disediakan

oleh pihak-pihak yang berwajib bagi memudahkan penduduk

membuang sampah namun ia tidak digunakan dengan sebaik

mungkin. Kebanyakkan sampah sarap yang dicampakkan ke

dalam sungai adalah seperti tin kosong, kertas, plastik dan

pelbagai sisa makanan. Sampah sarap tersebut mempunyai

pelbagai bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti air sungai

di samping mendatangkan bau yang kurang menyenangkan

kepada persekitaran. Perlonggokkan sampah sarap yang terlalu

banyak di sungai boleh menyebabkan aliran sungai disekat oleh

Page 7: Kesan Sampah Sarap

sampah tersebut dan seterusnya akan menyebabkan

berlakunya banjir pada masa akan datang.

Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah

sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa buangan

domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan

yang buruk kepada sungai. Hal ini kerana, pembuangan sampah

sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi

plastik-plastik sampah dan bahan-bahan terbuang yang

terapung pada permukaan air. Selain itu, warna sungai akan

bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-

hijauan. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita lihat

sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawsan

kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah

boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan

akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar

serta menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu,

pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyumbangkan

kepada pencemaran sungai.

Page 8: Kesan Sampah Sarap

Sampah sarap punca pencemaran di pulau

pelancongan - Joseph Kurup

KOTA KINABALU 12 Jun - Penduduk di sekitar bandar raya ini khususnya berhampiran tebing sungai dan persisir pantai diminta tidak membuang sampah ke dalam air kerana perbuatan itu mengakibatkan bahan buangan hanyut ke pulau-pulau pelancongan berdekatan sekali gus mencemarkan persekitarannya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang sudah berlarutan sejak sekian lama itu perlu dihentikan segera.

''Semua sampah dan sisa buangan datang dari tiga batang sungai sekitar Kota Kinabalu dan masuk terus ke laut. Ini merupakan punca utama berlakunya pencemaran alam sekitar di pulau-pulau di sini.

''Mereka yang tinggal berdekatan sungai dan laut menjadi penyumbang utama kepada masalah ini," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pejabat Taman-Taman Sabah di Pulau Manukan, dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas masalah sampah sarap dari tanah besar yang masih menjadi masalah utama di beberapa pulau pelancongan yang jaraknya kira-kira lima batu nautika dari sini.

Kurup berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memang ada mengenakan kompaun kepada orang ramai yang melakukan kesalahan itu tetapi masih tidak berkesan.

Katanya, ramai yang tidak sedar bahawa dengan menjaga pulau-pulau berkenaan secara tidak langsung mampu untuk menggalakkan pembiakan hidupan marin di situ.

Sehubungan itu, pihaknya akan melancarkan aktiviti kesedaran mengenai alam sekitar dan kepentingaan penjagaannya bagi memastikan khazanah alam tersebut tidak dicemari.

Langkah itu katanya, adalah wajar supaya sebarang perbuatan atau kegiatan yang boleh mencemar atau merosakkan alam sekitar dapat di cegah untuk jangka masa panjang.

''Sasaran utama kita ialah generasi muda supaya mempunyai kesedaran tinggi mengenai perlunya memelihara alam sekitar, selain itu kita juga mahu penguatkuasaan undang-undang dilakukan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_

%26_Sarawak&pg=wb_05.htm#ixzz2hEUANJP1 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 9: Kesan Sampah Sarap

REFLEKSI

Wong Wen Jing

IPGKG/PPISMP/BM(SJKC)/2012/06/020

940406-12-5816

PPISMP BM/ PJ/ SJH SEMESTER 3

Saya amat bersyukur kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang berkod

PJ 3311 P4 ini. Saya telah menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang

masalah. Saya berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah saya, Encik Hisham

Bin Mohamed untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Setelah menerima kerja kursus ini, saya beranggapan tugasan ini agak sukar dan

berasa keliru tentang tugasan ini pada mulanya tetapi pensyarah, Encik Hisham Bin Mohamed

telah menerangkan secara terperinci mengenai tugasan ini. Setelah tugasan kerja kursus ini

diterangkan oleh pensyarah, saya mendapati bahawa sebenarnya tugasan ini tidaklah begitu

sukar seperti yang saya jangkakan.

Saya mula mengorak langkah menyempurnakan tugasan ini dengan menghabiskan

masa mencari bahan rujukan di perpustakaan dan juga mencari informasi tentang tajuk kerja

kursus ini melalui internet. Hal ini demikian telah memudahkan kami untuk menyempurnakan

tugasan ini. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan agar memperoleh informasi dan

pendapat yang bernas serta berguna terhadap kerja kursus ini.

Dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini, saya juga menghadapi beberapa masalah.

Saya telah mengalami kesulitan dalam mendapatkan bahan saya kerana sumber dari internet

kurang tepat dan juga sumber dari perpustakaan telah banyak dipinjam oleh pelajar yang lain.

Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya tetapi membuatkan saya semakin

bersemangat dan bersungguh–sungguh untuk meyempurnakannya. Segala ujian yang terpaksa

Page 10: Kesan Sampah Sarap

ditempuhi dalam usaha pelaksanaannya saya hadapi dengan tabah dan sabar. Syukurlah saya

mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan pensyarah yang murah hati sudi

menghulurkan bantuan kepada saya.

Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan

pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah meningkatkan kesedaran saya untuk

memelihara dan memulihara alam sekitar. Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang

diamanahkan kepada kita untuk menjaganya kerana kita akan mewariskannya kepada generasi

akan datang. Seharusnya, alam ini perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya, dijaga dengan

teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa

manusia alpa dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk

mengejar kemewahan dunia. Manusia lebih sibuk mengeksploitasi alam sekitaruntuk

kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan tentang kesan akibatnya kepada alam sekitar. Oleh

itu, sebagai pendidik memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk melaksanakan

tanggungjawab ini. Sebagai seorang guru nanti, saya akan memupuk nilai peka terhadap alam

sekitar dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, saya lebih memahami dan menimba ilmu pengetahuan seperti sebab

dan kesan pmbuangan sampah sarap. Sampah sarap bukan sahaja mencemarkan alam

sekeliling , tetapi juga membawa penyakit kepada manusia. Manusia yang berpengetahuan

tinggi seharusnya memikul tanggungjawab untuk menjaga alam sekeliling ini daripada dikotori

dengan sampah sarap. Kesan pembuangan sampah sarap di merata- rata tempat agak

mendalam dan meruncingkan keadaan negara. Jadi, sebagai seorang pendidik seharusnya

menyebarkan ilmu pengetahuan tentang cara menguruskan sampah sarap di samping

meringankan beban ibu dunia kita. Adakah kita mahu menunggu sehingga ibu dunia kita sudah

teruk tercemar, barulah kita hendak mengambil tindakan seperti kata pepatah, sudah terhantuk

baru tergadah?

Dalam pada itu, saya telah meningkatkan pemahaman tentang kepentingan Sukan

Rekreasi dalam kurikulum sekolah. Sukan rekreasi merupakan satu subjek yang harus

dititikberatkan agar murid dapat berkembang dari seluruh aspek. Sukan rekreasi banyak

mendatangkan manfaat kepada murid seperti memupuk nilai kerjasama, menyemai rasa

sayang akan alam sekitar dan sebagainya. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya juga

disedarkan bahawa murid bukan sahaja hanya terkongkong dalam bilik darjah tetapi haruslah

Page 11: Kesan Sampah Sarap

dibekalkan dengan aktiviti sukan rekreasi. Justeru, saya akan mengaplikasikan ilmu tersebut

dalam perkhidmatan sebagai guru pada masa nanti.

Tidak dapat dinafikan bahawa saya juga diajarkan dengan strategi- strategi untuk

menyelesaikan masalah pembuangan sampah sarap. Setiap hari, manusia akan menghasilkan

bilangan sampah sarap yang tidak dapat kita imaginasikan dan perlulah mencari tapak

pelupusan sampah sarap. Dengan mempelajari cara yang dinyatakan dalam buku skrap

kumpulan kami, bilangan sampah sarap akan dikurangkan secara berkesan dan secara tidak

langsungnya melindungi alam sekitar ini. Dengan itu, guru perlulah berfikiran matang dan

berpandangan jauh agar bijak menguruskan sampah sarap.

Pelaksanaan tugasan ini juga memperkaya pengalaman dan pengetahuan tentang ilmu

lain seperti ikatan tali dan cara membina khemah secara tidak langsungnya. Kemahiran-

kemahiran tersebut amat memanfaatkan kepada kita semua. Dengan menguasai kemahiran

tersebut, saya lebih berkeyakinan semasa menghadapi masalah semasa berada dalam hutan.

Ikatan dan teknik tersebut dapat kita pratikkan dan mengharungi kesusahan tersebut. Saya

sebagai seorang guru PJ nanti pasti akan menyalurkan ilmu pengetahuan bidang ini kepada

anak- anak murid.

Kerja kursus ini juga mengkehendaki kami menghasilkan buku skrap dengan tajuknya

tertentu. Dalam usaha menghasilkan buku skrap ini, saya dicungkil daya kreatif dan daya fikiran

yang lebih matang. Buku skrap menghantar mesej yang penting sekali secara ringkas.

Organisasi buku skrap amat penting untuk mepersembahkan idea- idea tertentu. Jadi, saya

memang banyak memperoleh manfaat dan didedahkan dengan cara membuat buku skrap yang

baik. Oleh itu, saya sebagai seorang guru akan mengutamakan keperluan pelajar dan

menghasilkan alat bantu mengajar agak menarik minat para pelajar.

Tambahan pula, saya juga memupuk sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan saya.

Kumpulan kami bekerjasama dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan. Kami telah

memberi komitmen yang tinggi dan menunjukkan sikap kerjasama antara satu sama lain. Kami

saling membantu dan bertukar pendapat agar menghasilkan kerja kursus yang baik. Dengan

itu, saya mempelajari menghormati pendapat orang lain kerana mengelakkan berlakunya

perselisihan faham. Jadi, kerja kursus dalam bentuk kumpulan membantu saya memupuk nilai-

nilai yang positif yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Page 12: Kesan Sampah Sarap

Kesimpulannnya, kerja kursus ini telah dijalankan dengan berjaya dengan bantuan

pensyarah dan ahli kumpulan sekalian. Tugasan ini amat berkesan bagi saya memperdalam

ilmu pengetahuan Sejarah saya di samping memperbaik kelemahan saya selama tempoh

pelaksanaan kerja kursus. Akhir sekali, yang baik itu dari Tuhan, yang lemah itu saya yang

terima.