kesan jaringan pengangkutan di malaysia

25
Kesan2 Perkembagan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar Nama:________________________________ ___________ Kelas: ___________________ Sekolah: _____________________________

Upload: fatima-fadli

Post on 27-Jan-2017

2.248 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

Kesan2 Perkembagan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar

Nama:___________________________________________Kelas: ___________________Sekolah: _____________________________Guru Subjek: _______________________________Tandatangan Guru Penilai: ____________Tarikh Penilaian: / /

Page 2: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

Kod Evidens: PBS _______________

Penghargaan Setinggi- tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah SMK Putra Perdana, Tn Hj Amin Bin Sulaiman kerana memberi kami, murid tingkatan dua peluang untuk menulis folio ini dan memberi semangat kepada kami untuk menjayakan folio ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Mazzura Bt. Mohamed kerana membantu kami, murid tingkatan 2 untuk melengkapkan folio ini.

Ibu bapa saya, Fadli Ab Razak dan Siti Nurbaya Bt Ab Karim turut memberi kata-kata semangat supaya saya dapat menyiapkan folio ini selain daripada rakan-rakan saya, iaitu

Page 3: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

Farisha, Izzati, Aina, Farzana dan Fatihah yang telah membantu saya dari awal hingga akhir untuk melengkapkan folio. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka semua dan kepada yang telah membantu saya secara tidak langsung.

Isi kandunganBIL TAJUK M/S

1 PENGHARGAAN 1

2 SISTEM PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

2

3 SISTEM PENGANGKUTAN DI LEMBAH KLANG

8

4 KESAN2 PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI

9

Page 4: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

MALAYSIA5 LANGKAH2 MENGURANGKAN

KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

13

6 RUMUSAN 16

Sistem Pengangkutan Di MalaysiaPengangkutan Darat

Jalan Raya

-Faedahnya:

*Tahap ketersampaian penduduk semakin tinggi.

*Meningkatkan ekonomi penduduk luar Bandar.

*Penerokaan sumber lebih mudah.

Page 5: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

-Kemajuan teknologi membolehkan jalan raya dibina di kawasan tanah tinggi melalui genting yang sempit. Cth

Lebuhraya Karak:-

-Lebuh Raya bertingkat dibina di bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Persimpangan Perling yang merupakan pertemuan Lebuhraya Skudai (laluan bawah) dengan Lebuhraya Pasir Gudang (laluan atas).

-Terdapat Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) – alat pengesan kenderaan yang pertama di lebuh raya Bandar- ITS melibatkan alat pengesan susunan kenderaan, rangkaian maklumat & video.

Page 6: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

Jalan Kereta Api

-Pada zaman penjajah. tujuan pembinaan kereta api adalah untuk mengangkut bijih timah dari kawasan perlombongan & pelabuhan.

-GEMAS sempadan Negeri Sembilan & Johor merupakan stesen persimpangan kereta api antara pantai barat & pantai timur Malaysia.

- Tiada pengangkutan kereta api di Terengganu & Sarawak.

-Faedahnya:-

*mengangkut barangan & penumpang.

*meningkatkan hubungan dengan kawasan pedalaman.

*membangunkan ekonomi dengan kawasan pendalaman.

-Kini, landasan berkembar elektrik sedang dipanjangkan ke Rawang & Ipoh.

Page 7: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

Stesen Kereta Api Gemas

Cth perkhidmatan rel bersepadu- MONOREL

Cth transit aliran ringan-STAR-LRT

-Diperkenalkan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, masa perjalanan dipendekkan & masalah pencemaran udara dapat dikurangkan.

Pengangkutan Air

Terdapat tiga jenis pengangkutan di Malaysia:-

*pengangkutan di sepanjang sungai

*pengangkutan laut

Page 8: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

*pengangkutan di pesisir pantai

Pengangkutan di sepanjang sungai

-Menjadi pengangkutan penting di Sabah & Sarawak kerana keadaan bentuk muka bumi yang begunung-ganang, hutan tebal serta pengangkutan darat yang terhad.

-Pengangkutan sepanjang sungai di semenanjung Malaysia kurang penting kerana keadaan sungai yang sempit.

Pengangkutan Laut

-Pengangkutan laut sangat penting untuk perdagangan antarabangsa.

-Terdapat Beberapa pelabuhan kontena yang menguruskan urusan perdagangan antarabangsa seperti:-

Page 9: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

*Pelabuhan Pulau Pinang

*Pelabuhan Klang

*Pelabuhan Bintulu

-Pelabuhan Pasir Gudang mempunyai tempat membaiki kapal & terminal minyak kelapa sawit.

Pengangkutan Pesisir Pantai

-Sangat penting bagi mengangkut barang pukal seperti hasil pertanian & kayu balak dari pelabuhan kecil ke pelabuhan utama.

Pengangkutan Udara

Fungsi:-

* Menghubungkan bandar2 utama dalam negara.

*Menghubungkan kawasan pedalaman di Sabah & Sarawak.

*Menghubungkan Malaysia ke seluruh dunia.

Page 10: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

Syarikat Penerbangan di Malaysia:-

*MAS (MALAYSIA AIRLINES)

*AIR ASIA

*FIREFLY

-Kepentingannya:-

*Dapat mengangkut barangan yang mudah rosak & perlu dihantar segera seperti komponen computer & perubatan.

*Memajukan sector pelancongan negara.

-KLIA adalah lapangan terbang serantau di Malaysia. 36 lqpangan &padangan terbang di Malaysia diuruskan oleh Malaysia Airport Holding Berhad di Sepang.

Page 11: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

-Cth Penerbangan Antarabangsa-Lapangan Terbang KLIA di Sepang.

-Cth Penerbangan Domestik-Bintulu, Sarawak.

Sistem Pengangkutan di Lembah Klang-Mempunyai rangkaian jalan raya & lebuh raya yang tercanggih di Asia Tenggara dan merupakan jalan raya yang paling padat di Malaysia.

-Kerajaan telah menyediakan perkhidmatan rel bersepadu yang moden dan canggih spt. Komuter & transit aliran ringan spt. STAR-LRT. Ini bagi membantu penduduk Lembah Klang berulang- alik dari bandar ke bandar.

Page 12: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

-Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Damansara-Puchong & Lebuh Raya Lembah Klang Utara (NKVE) dibina untuk menghubungkan Kuala Lumpur dgn Klang dan memendekkan perjalanan ke tempat tersebut serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Kesan2 Perkembangan Sistem Pengangkutan di MalaysiaPencemaran -Pencemaran udara berlaku apabila gas spt. Nitrogen oksida, Karbon diksida dan sebagainya

Page 13: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

terhasil daripada kenderaan bermotor yang mencemarkan udara dan mengancam kesihatan manusia, haiwan & tumbuhan.

-Pencemaran bunyi berlaku apabila kenderaan bertambah dan boleh terhasilnya bunyi bising yang mengganggu penduduk yang menetap berhampiran jalan raya.

-Pencemaran bunyi juga berpunca daripada pembinaan lapangan terbang yang berhampiran dengan perumahan penduduk yang mengganggu ketenteraman penduduk.

Mengubah Landskap-Pemandangan alam sekitar berubah apabila banyak pembinaan jalan raya dilakukan yang menyebabkan kekurangan hutan & lain-lain.

Page 14: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

-Kejadian jerebu meningkat apabila habuk terampai yang berpunca daripada asap2 kereta dihasilkan. Ia menyumbang kepada kejadian jerebu.

Suhu Meningkat-Kandungan oksigen berkurangan & kandungan karbon dioksida meningkat akibat daripada penebangan hutan.

-Penggunaan kenderaan yang banyak di jalan raya menyebabkan pengeluaran karbon dioksida & nitron oksida yang memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu.

Page 15: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

Haiwan & Tumbuhan Terancam-Pembinaan jalan raya menyebabkan haiwan & tumbuhan kehilangan tempat tinggal & terancam kepupusannya.

-Asap2 daripada kenderaan bermotor boleh membahayakan haiwan2 spt. kucing & tumbuhan2 spt. bunga melur.

-Bukan sahaja di darat, kehidupan di laut & udara juga terancam kerana kapal laut & kapal terbang yang mengganggu keamanan haiwan2 tersebut.

Kejadian Tanah Runtuh, Gelongsoran Tanah dan Hakisan Tanah-Kejadian tanah runtuh, gelongsoran tanah dan hakisan tanah boleh berlaku disebabkan oleh pembinaan lebuh raya di kawasan tanah tinggi yang memerlukan cerun bukit dipotong.

Page 16: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

Kesihatan Manusia Terancam -Penebangan hutan untuk pembinaan sistem pengangkutan menyebabkan penebangan hutan. Ini menyebabkan kekurangan oksigen dan mengancam kesihatan manusia.

-Risiko Kanser adalah tinggi disebabkan oleh peningkatan suhu disebabkan oleh haba2 yang terperangkap & memanaskan bumi yang boleh menyebabkan kanser kulit.

-Risiko kanser paru-paru juga adalah tinggi & berbahaya kerana asap2 yang dikeluarkan oleh asap2 kereta menyebabkan habuk2 terampai terhasil. Habuk2 ini boleh membahayakan paru-paru manusia.

Page 17: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

LANGKAH2 MENGURANGKAN KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI MALAYSIAMemasang alat catalytic converter-Alat catalytic converter dipasang pada ekzos kereta & berupaya menukarkan gas beracun spt karbon monoksida kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan spt karbon dioksida.

Pengurusan trafik yang lebih efisien-Usaha2 spt menggalakkan penggunaan pengangkutan awam spt. LRT, komuter, bas pengantara, & bas di waktu puncak.

-Perkhidmatan pengangkutan awam perlu ditingkatkan supaya lebih efisien & dapat menarik ramai penumpang menggunakannya.

Page 18: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

-Hal ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas & pencemaran udara & bunyi dapat dikurangkan.

Pengurusan Alam Sekitar-Usaha2 penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu diperketatkan.

-Cth Undang2-Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin diesel & Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin petrol.

-Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) & Polis Diraja Malaysia perlu meningkatkan penguasaan untuk mengurangkan pelepasan asap hitam (diesel).

Menggalakkan Kempen-Kempen digalakkan di kalangan masyarakat supaya menyedari masalah yang dialami oleh seluruh dunia.

Page 19: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

-Kempen menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumpum telah meningkatkan kualiti udara secara keseluruhannya.

-Kempen ini dapat mengurangkan masalah kesihatan & juga pencemaran alam sekitar.

Menanam rumput, Membina Longkang & Sebagainya-Bagi mengatasi masalah hakisan tanah, gelongsoran tanah dan juga tanah runtuh:-

*menanam rumput di cerun

*membina dinding penahan hakisan

Page 20: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia

*membina longkang-mengelakkan air bertakung.

Rumusan Kesimpulannya, Sistem Pengangkutan bukan sahaja membawa kesan positif, tetapi juga kesan negatif.Sistem pengangkutan menyebabkan negara Malaysia maju & ke hadapan. Kita harus berfikir dahulu sebelum bertindak. Langkah2 yang dicadangkan harus dilakukan supaya Malaysia menjadi lebih baik daripada sebelum ini dan menjadi negara yang maju & dikunjungi.

Page 21: Kesan jaringan pengangkutan di malaysia