kertas_penyelidikan_kredibiliti_bahasa dalam berita tv saluran suria

16
JBEA 1103 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR ROHAIDAH BINTI HARON TAJUK : KREDIBILITI PENGGUNAAN BAHASA DALAM SIARAN BERITA DI SALURAN TELEVISYEN SURIA (SINGAPURA) HASIL TUGAS NO. MATRIK NAMA JEB 120701 MUHAMMAD AIDIL BIN ISHAK TARIKH HANTAR : 15 Ogos 2013 Akademi Pengajian Melayu

Upload: letbox

Post on 29-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

JBEA 1103 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR ROHAIDAH BINTI HARON

TAJUK : KREDIBILITI PENGGUNAAN BAHASA DALAM SIARAN BERITA DI

SALURAN TELEVISYEN SURIA (SINGAPURA)

HASIL TUGAS

NO. MATRIK NAMA

JEB 120701 MUHAMMAD AIDIL BIN ISHAK

TARIKH HANTAR :

15 Ogos 2013

Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Kuala Lumpur

2012/2013

Page 2: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan.......................................................................................................................1

2.0 Sorotan Literatur.............................................................................................................2

3.0 Permasalahan Kajian.......................................................................................................4

5.0 Batasan Kajian.................................................................................................................4

6.0 Subjek Kajian...................................................................................................................5

7.0 Kepentingan Kajian.........................................................................................................6

8.0 Teori.................................................................................................................................6

9.0 Metodologi Kajian............................................................................................................6

10.0 Kajian Rintis..................................................................................................................7

11.0 Definisi Operasional.......................................................................................................7

12.0 Penutup..........................................................................................................................7

Bibliografi...............................................................................................................................1

Page 3: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

1.0 Pengenalan

Meskipun pada era teknologi ini, komunikasi telah berkembang dan bercambah dengan

bantuan media teknologi telekomunikasi yang pelbagai, namun televisyen masih mengekalkan

profilnya sebagai peneraju pemasyarakatan bahasa Melayu di Singapura. Saluran Suria

merupakan satu-satunya saluran perdana dalam bahasa Melayu dan dianggap masyarakat

sebagai wadah pemekaran dan pemasyarakatan bahasa ibunda. Namun, persoalannya ialah

sejauh manakah kredibiliti bahasa yang digunakan oleh saluran itu sebagai pelopor penggunaan

bahasa Melayu yang baik dan betul. Istilah kredibiliti yang dimaksudkan dalam kajian ini

melampaui maksud ‘boleh dipercayai’ dan ‘boleh diharap’ (seakan maksud perkataan ‘reliable’

dalam bahasa Inggeris). Kredibiliti yang dimaksudkan dalam kajian ini lebih cenderung kepada

pemerian sesuatu yang diiktiraf cekap dan diyakini sebagai pegangan umum. Peranan Suria

pernah ditegaskan oleh Encik Masagoes Zulkifli, Setiausaha Kanan Kementerian Pendidikan

Singapura sebagai saluran Melayu tempatan Suria memainkan peranan yang penting dalam

menyokong pembelajaran dan penggalakan penggunaan bahasa Melayu di Singapura. Ini selaras

dengan dasar dwibahasa pemerintah’

Harus juga diakur bahawa agak mustahil bagi saluran tersebut untuk menghasilkan dan

menayangkan sejumlah rancangan yang benar-benar patuh kepada  acuan pembakuan kosa kata

dan istilah dalam bahasa Melayu. Dalam menepati kehendak audien, rancangan bersifat hiburan

dan lakonan sememangnya menampilkan degradasi dan ketidakseragaman bahasa, atau lebih

dikenali sebagai bahasa pidgin /bahasa rojak. Namun siaran berita dan beberapa dokumentari di

saluran Suria merupakan antara rancangan yang cuba mengekalkan penggunaan bahasa baku

secara konsisten. Berita Jam 8 di saluran Suria merupakan suatu inisiatif pembasmian kerancuan

bahasa. yang sejak kebelakangan ini begitu ketara di dalam media cetak seperti akhbar Berita

Harian (Singapura) , Berita Jam 8 di Saluran Suria merupakan satu-satunya indikasi bahasa

yang berpotensi menepati fungsi,laras dan penggunaannya secara baku.

1

Page 4: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

Penyampaian berita di televisyen yang bersifat audio visual berserta sari kata (subtitle)

memberikan impak yang lebih mendalam kepada audien. Menurut Van Lommel, Laenen dan

d’Ydewalle (2006), sarikata yang terdapat dalam program di kaca televisyen membantu

penonton untuk menguasai kosa kata bahasa asing. Hal ini berlaku kerana program di televisyen

mengandungi urutan gambar, kesan bunyi dan sari kata. Dalam kajian tersebut, didapati bahawa

penonton meluangkan lebih banyak masa membaca sari kata meskipun sari kata itu ditulis di

dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Ini menunjukkan betapa berkesannya penggunaan sari kata

dalam meningkatkan penguasaan bahasa seseorang dan potensinya sebagai bahan pengajaran

yang berkesan.Sehubungan itu, makanya segala penggunaan bahasa yang terdapat pada

keseluruhan rancangan berita haruslah dipantau agar menepati fungsi pengajaran tersebut.

Justeru , kertas ilmiah ini bertujuan untuk meneliti dan mengesan sejauh mana kredibiliti

pengunaan bahasa yang terdapat dalam suntingan berita Jam 8 di Saluran Suria, dari segi

tatabahasa dan larasnya, sejajar dengan iltizam sebagai pemerkasa penggunaan bahasa Melayu

di Singapura. Adalah menjadi suatu harapan agar dengan maklumbalas yang terdapat dalam

kajian ini, berita Bahasa Melayu di Saluran Suria dapat membimbing pengguna bahasa dengan

wacana yang kredibel di Singapura dan serantau.

2.0 Sorotan Literatur

Dalam jana mengekalkan kewibawaan dan keberkesanan dalam mencerminkan

penggunaan bahasa yang baik , Berita Jam 8 Suria harus menepati unsur-unsur penting

dalam bahasa seperti sebutan baku dan betul dalam penggunaan bahasa semasa

penyuntingan isi berita. Pitchay Abdul Ghani mengatakan bahawa: “Masyarakat harus yakin

akan keperluaan penggunaan bahasa(yang betul) dan sebutan baku di Singapura. Sebaliknya

jika wadah ini dieksploitasi untuk menyampaikan mesej penggunaan bahasa Melayu Baku yang

baik dan betul , ia pasti mendapat sambutan daripada para pengguna bahasa Melayu yang kini

2

Page 5: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

lebih yakin bahawa usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah penggemblengan semua

lapisan masyarakat” (Pragmatik Bahasa Melayu Baku di Media Massa Singapura)

3.0 Permasalahan Kajian

Para audien di Singapura didedahkan kepada penggunaan bahasa Melayu melalui media massa

tempatan khususnya akhbar Berita Harian, saluran TV12 Mediacorp Suria, siaran radio Warna

94.2FM dan siaran radio RIA 89.7FM. Setiap daripada media massa tersebut menampilkan

program-program dan rancangan yang memperlihatkan penggunaan bahasa secara bertulis

ataupun lisan. Apabila diteliti sumber penggunaan bahasa Melayu dalam media-media massa

tersebut, rancangan berbentuk dokumentari dan berita merupakan sumber bagi audien

mendapatkan contoh penggunaan bahasa yang baku dan betul. Pengaruh bahasa Melayu dalam

ayat-ayat yang disunting dan disebut secara lisan dalam sesebuah rancangan berita bukan sahaja

memperlihatkan laras bahasa berita tersebut, malah dapat menunjukkan kredibiliti penggunaan

bahasa dalam rancangan tersebut. Berita Jam 8 di saluran Mediacorp Suria dijadikan sampel

kajian kerana, ia dapat menampilkan berita yang tidak diringkaskan dan diberitakan secara

penuh . Terdapat juga ‘subtitle’ bagi berita yang disampaikan dan dapat digunakan sebagai

transkrip bagi meneliti bahasa yang dapat digunakan.Permasalahan pertama yang ingin

diterapkan oleh kajian ini tertumpu kepada analisis bahasa yang yang digunakan semasa berita

itu disampaikan.Sebagai peneraju penggunaan bahasa yang baku dan betul, kajian berkenaan

kredibiliti penggunaan bahasa dalam penyampaian berita ,dapat memberi indikasi sejauh mana

penyuntingan berita tersebut mengikut nahu dan tatabahasa yang sewajarnya.

Permasalahan kedua yang seringkali bangkit daripada persekitaran pengguna bahasa di

Singapura ialah kaedah ‘direct translation’ atau terjemahan langsung yang disebabkan oleh

interferensi atau gangguan yang hadir daripada penggunaan bahasa Inggeris. Terdapat

penterjemahan istilah secara terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris yang dapat

dihuraikan semasa kajian ini.

3

Page 6: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

Para audien yang menonton berita di saluran didedahkan dengan pelbagai ragam bahasa

Melayu. Berita Jam 8 Suria sewajarnya menyajikan penggunaan bahasa yang baik .Atas dasar

tersebut, maka adalah sewajarnya analisis kredibiliti penggunaan bahasa dijadikan kayu ukur

ketepatan dan kebolehpercayaan bahasa yang digunakan dalam rancangan berita tersebut.

Anggapan dasar yang dapat dibuat terhadap kajian ini ialah kemungkinan terdapatnya kesalahan

penggunaan bahasa dalam penyampaian berita di Saluran Suria. Kesalahan tersebut secara

umumnya dijangka akan mempengaruhi kredibitili penggunaan bahasa dalam penyuntingan

berita untuk siaran televisyen). Justeru, media penyiaran seperti Saluran Suria, perlu sentiasa

memastikan penggunaan bahasa Melayu yang baku dalam siaran berita dan wajib terus

memantau serta sentiasa membetulkan kesilapan bahasa sekiranya ada. Aspek pencemaran

bahasa, penggunaan bahasa rojak, serta kesalahan tatabahasa dan sisipan bahasa asing dalam

siaran berita haruslah diberi perhatian.

4.0 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, objektif umum adalah untuk mengenalpasti krebiliti penggunaan bahasa

Melayu dalam siaran berita. Sehubungan itu, objektif khusus adalah meneliti penggunaan

bahasa yang betul berdasarkan aspek kesantunan,nahu.Penelitian tersebut juga mengesan

dapatan yang merujuk kepada percampuran bahasa ,sebutan dan penggunaan bahasa bahasa

(kolokialisme).

Menganalisis bentuk bahasa (morfologi dan sintaksis) yang dihasilkan dalam siaran berita

selama sebulan.

Meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan dan  bahasa rasmi dalam

media penyiaran di stesen televisyen awam dan swasta daripada aspek kuantiti dan kualiti.

4

Page 7: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

Mengemukakan cadangan penambahbaikan untuk pemantapan penggunaan 

bahasa Melayu yang baik dan betul dalam media penyiaran berita di stesen 

televisyen awam.

5.0 Batasan Kajian

Kajian ini memfokus kepada penggunaan bahasa semasa penyampaian berita yang dinilai dalam

dua ragam, iaitu lisan dan tulisan dalam rancangan di saluran televisyen Suria (Singapura),

Ragam lisan merujuk kepada bahasa pengacaraan, penyampaian berita dan ulasan selari yang

dinilai daripada lima aspek kebahasaan, iaitu sebutan,bahasa kolokial (bahasa basahan),

percampuran bahasa,kesantunan,dan nahu. Ragam tulisan merujuk kepada penggunaan bahasa

Melayu dalam bentuk sari kata yang ditayangkan semasa siaran berita tersebut.

Selanjutnya, data kajian ini dikumpulkan daripada transkripsi daripada penyampaian berita yang

disiarkan di antara bulan Jun dan Ogos 2013. Data yang terkumpul dalam tempoh tersebut

digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri laras bahasa media, tatabahasa dan analisis bahasa secara

umum.

6.0 Subjek Kajian

Subjek kajian merupakan siaran Berita Jam 8 yang dirakam sepanjang sebulan lamanya. Setiap

rakaman berita adalah selama 20- 23 minit diselangi iklan dan berita cuaca. Premis

penyeledikan ini tertumpu kepada data/sampel yang dikumpul daripada penyampaian berita

dalam kadar masa yang telah ditetapkan. Data tersebut dipilih berdasarkan prinsip persampelan

bertujuan untuk mengesan ciri-ciri tertentu yang terdapat sekumpulan subjek itu.

7.0 Kepentingan Kajian

Setiap laporan berita pada hakikatnya dapat dibezakan dan digolongkan berdasarkan

jenis atau ciri bahasa yang digunakan dalam penyampaian berita tersebut. Pendengar

5

Page 8: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

berita tentunya melalui proses mengenal pasti kaedah atau cara penggunaan bahasa

dalam penyampaian laporan berita tersebut. Penggunaan bahasa memberi kesan

langsung terhadap isi kandungan laporan berita yang diperoleh di siaran berita tersebut.

Maka, analisis laporan berita merupakan suatu kajian yang mustahak seperti mana yang

didakwa oleh Werner Konitzer (1999:79)

“ Media merupakan sistem yang berupaya mempengaruh cara kita

melihat semantik. Memahami maksud yang terbit dari perilaku yang

tercakup dalam media tersebut merupakan sebahagian daripada

memahami bahasa” (Werner Konitzer)

Meskipun dakwaan tersebut memperlihatkan kepentingan laras bahasa media secara

khusus, namun hasil penelitian ini sememangnya berhubung kait dengan kajian-kajian

dalam bidang yang sangat akrab dengan bidang pengajian bahasa.

Kajian ini dijalankan kerana kepentingan-kepentingan berikut:

1. Hasil penyelidikan ini dapat menjelaskan kredibiliti, yang merujuk kepada kekuatan dan

kelemahan penggunaan bahasa dalam penyiaran berita di saluran Suria. Dengan demikian

kajian ini dapat membantu pihak Mediacorp dan penyunting berita merancang piawai

yang dapat memastikan bahasa yang disiarkan adalah baik dan betul.

2. Kajian ini dapat menolong pihak-pihak tertentu di kalangan pengamat bahasa, aktivis

bahasa, terutama pihak yang terlibat dengan penyusunan bahan berita dalam kajian dan

laporan yang bakal mereka lakukan kelak.

6

Page 9: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

3. Kajian ini dapat bertindak sebagai laporan penjaminan kualiti penyampaian berita agar

berita jam 8 terus menjadi nadi pelestarian dan pemerkasaan bahasa di Singapura.

8.0 Teori dan Metodologi Kajian

Kerangka kerja teoretis bagi tujuan kajian ini cuba mengelak daripada terjebak dalam

sesuatu analisis yang tidak menyakinkan, terutama sekali apabila analisis bahasa tersebut

dilakukan dengan kaedah kajian yang tidak sesuai atau lemah. Hakikatnya, sesuatu analisa

terhadap bahasa dalam media sering menimbulkan kekeliruan atau bersifat stereotaip.Ini

merupakan fenomena kajian yang amat sukar untuk dielakkan.Namun bagi menghasilkan

suatu dapatan yang bermanfaat ,adalah wajar pendekatanan statistik diterapkan dalam

proses perbandingan terhadap perbezaan hasil atau keputusan daripada analisis data

yang diperolehi .

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis teks atau analisis

kandungan. Transkripsi siaran berita dikumpul dan didaftarkan sebagai data kajian. Teknik

analisis kandungan digunakan untuk meneliti kuantiti dan kualiti tahap penggunaan bahasa

Melayu dalam siaran berita di saluran televisyen yang terpilih. Tempoh penelitian dibuat dalam

tiga fasa bermula dari Jun 2013 sehingga Ogos 2013. Fasa pertama melibatkan perancangan

dan penyediaan alat/sampel, fasa kedua pula melibatkan kerja-kerja pengumpulan data

manakala fasa terakhir melibatkan kerja-kerja penganalisisan dan penyediaan laporan.

Analisis dijalankan menggunakan kaedah pengumpulan dan analisis data melalui korpus.

Menurut Hartman dan James (1998:30) , korpus merujuk kepada ” koleksi sistematik yang

mendokumenkan ciri-ciri penggunaan sesuatu bahasa atau variasi bahasa”. Kennedy (1998 :1)

pula mengatakan bahawa korpus merupakan ’satu badan teks bertulis atau ucapan bertranskripsi

yang boleh berfungsi sebagai asas untuk analisis dan deskripsi linguistik. Kajian ini akan

menggunakan teks-teks berita daripada media dalam 1.6 sebagai korpus.

7

Page 10: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

Peringkat-peringkat kajian yang dijalankan ialah seperti berikut

1. Kajian Kepustakaan

2. Pengumpulan dan pemilihan data yang terkumpul

3. Klasifikasi data yang telah dipilih

4. Analisis tatabahasa

5. Rumusan hasil kajian

Sampel Kajian

Sampel dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan dan pensampelan gugusan. Ini berdasarkan

kepada pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive Sampling) merujuk

kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu

dipilih berdasarkan objektif kajian. Sehubungan itu , pensampelan gugusan (Cluster Sampling)

pula merujuk kepada prosedur kajian yang tertumpu kepada analisis kelompok. 

Pengumpulan Data

Rakaman 30 minit sehari dijalankan untuk tempoh 30 hari. Data kuantitatif diambil daripada

penelitian kepada transkripsi berita yang disampaikan.

10.0 Kajian Rintis

Satu penilaian kualitatif rintis dijalankan untuk mengumpul datan dan mengesan aras

kepatuhan generik transkripsi penyampaian berita terhadap tatabahasa. Kajian rintis ini

melibatkan sampel rawak yang diambil daripada siaran berita. Indeks ketepatan

digunakan sebagai senarai semak dalam menentukan aras kepatuhan generik. Apabila

dianalisa transkripsi berita tersebut, hasil dapatan menunjukkan aras kepatuhan kepada

nahu dan tatabahasa yang agak tinggi.Melalui kajian rintis ini , pengkaji dapat mengesan

aras kepatuhan tatabahasa yang ada pada siaran berita di saluran Suria.

8

Page 11: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

Meskipun secara zahirnya, soal selidik telah memperlihatkan dapatan yang

memperlihatkan ketepatan penggunaan bahasa, namun kebolehpercayaan instrumen

yang digunakan untuk analisa telah diubah agar dapat menguji keobjektifan dan memberi

keputusan yang tekal dan tepat. Perkara ini dapat dilihat pada acuan analisis yang

diterapkan dan dipaparkan dalam bahagian definisi operasional.

Hasil kajiin ini juga mendedakan persepsi audien juga terhadap kepentingan kajian.

Tinjauan telah dilakukan kepada hampir 100 responden dalam ‘survey’ yang dijalankan

menerusi internet. Tinjauan tersebut mendedahkan bahawa sebahagian besar responden

ingin bahasa yang digunakan dalam siaran berita dianalisa dan diselidik menerusi sebuah

kajian khusus. Pada waktu yang sama, responded melihat kajian seperti ini menjadi

mekanisme penambahbaikan bahasa dalam media televisyen.

11.0 Definisi Operasional

Secara khususnya, analisa kajian ini bertolak menggunakan teori asas analisis laras yang

bersifat sosiolinguistik saranan yang diperkenalkan oleh Ure dan Ellis (1977,1982) . Acuan

analisis tersebut telah diubahsuai untuk tujuan kajian ini agar ia memperlihatkan ketepatan

konsep-konsep bahasa yang digunakan dalam penyuntingan berita untuk siaran Suria. Pada

waktu yang sama , acuan tersebut digabungkan dengan acuan analisa ketepatan tatabahasa, demi

menghasilkan sebuah dapatan yang konkrit.

9

Linguistik

Kosa kata Struktur Ayat

Makna

Situasi

Situasi luaran

Persekitaran

Page 12: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

Meskipun kajian ini menjurus kepada tatabahasa dan nahu, aspek laras penting kerana

berhubung rapat dengan berita yang menyampaikan perihal dimensi masa dan sosial. Oleh

demikian ,kajian ini mendedahkan maksud perkataan yang digunakan dalam siaran berita

berserta situasi penggunaan perkataan tersebut, sama ada ia sesuai ataupun sebaliknya.

12.0 Penutup

Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang penyiaran di Singapura menekankan peri pentingnya

bidang penyiaran Bahasa Melayu sebagai salah satu sektor yang memberikan sumbangan besar

dalam pengukuhan jati diri dan citra Bahasa Melayu. Secara khusus, penyampaian Berita di

saluran Suria tampak yakin penggunaan sebutan Baku . Berdasarkan analisis terhadap struktur

bahasa yang digunakan dalam transkripsi berita,kajian mendapati bahawa berita di televisyen

Suria dapat dianggap sebagai model-model system bahasa. Demi pembaikan jangka

panjang,saranan kajian ini ialah perlu adanya sebuah jawatankuasa pemantau bagi memastikan

penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat di dalam penyiaran secara konsisten.Apatah lagi

dalam bidang kewartawanan dan penyampaian berita,yang meletakkan bahasa sebagai

infrastruktur paling penting. Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) seharusnya mengambil

iktibar daripada Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah melancarkan Buku Garis Pandu

Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Media Mass. Dedikasi dan pencernaan pemikiran dalam

penggunaan bahasa yang tepat akan memastikan bahasa dapat dilestarikan dan digunakan sebaik

mungkindi Singapura

10

Page 13: Kertas_Penyelidikan_Kredibiliti_Bahasa Dalam Berita TV Saluran Suria

Bibliografi

Kothari, Brij (2000). Same Language Subtitling on Indian Television. Rowman & Littlefileld Publishing Group. Lomham, Maryland.

Van Lommel,S., Laenan, A dan d’ydewalle, G. (2006). Foreigngrammar acquisition while wathcing subtitled television programmes in British Journal of Educational Psychology, Britain

Mohd Rajib Ab Ghani dan Faridah Ibrahim.Objektiviti bahasa dalam kewartawanan Universiti Kebangsaan Malaysia

Gaya Dewan Edisi Ketiga, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haslina Hj. Hassan & Ann Wan Seng, 1995. Wanita dan Perkahwinan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Bahasa Pijin Dan Bahasa Kasar dalam Acara TV Indonesia” oleh I Wayan Pastika (2008) dlm Jurnal e-Utama ,Jurnal Elektronik ,Jabatan Bahasa Dan Kebudayaan Melayu, Institut Pendidikan Nasional Singapura.

Halliday, M.A.K., McIntosh, M., & Strevens, P. (1964). The Linguistic Sciences and Language Teaching. London:Longman.

Kennedy, G (1998). An Introduction to Corpus Linguistics. Harlow: Addison Wesley Longman Limited.

Mohamed Pitchay Ghani,Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun Dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Chua Yan Piau, Asas Statistik Penyelidikan ,Pekanbuku, Kuala Lumpur