kertas konsep karnival pra 2011 (1)

13
KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011 KERTAS KONSEP KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR 2011 1. Pendahuluan Pendidikan Prasekolah merupakan satu agenda pendidikan yang utama selain daripada agenda besar pendidikan yang lain. Pelaksanaannya menjurus kepada pembangunan insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran separa formal. Lantaran itu, pendekatan pedagogi yang sesuai harus dititik beratkan dan konsep ‘mudah ubah’ menjadi kunci kepada pelaksanaan pendidikan prasekolah. Kertas konsep ini mencadangkan supaya dianjurkan Karnival Prasekolah Peringkat daerah Muar bagi membantu dan memberi peluang kepada murid di peringkat ini untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka serta menyediakan satu pasukan atau kontijen karnival prasekolah ke peringkat negeri Johor. 2. Objektif 2.1 Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. ( jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial ). 2.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani, bertangunggungjawab dan berketrampilan. 2.3 Menggalakkan murid-murid agar dapat berinteraksi sesama mereka serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. 2.4 Mendidik murid-murid supaya mempunyai kematangan emosi dan sosial. 2.5 Membentuk daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. 3. Penyertaan Penyertaan adalah dari kalangan murid prasekolah daerah Kulaijaya (prasekolah KPM) berumur 5 hingga 6 tahun.Acara pertandingan dibahagikan mengikut kekuatan sekolah ( rujuk lampiran A) 4. Strategi Pelaksanaan 4.1 Melantik Pengerusi Jawatankuasa Pengelola merangkap tuan. 4.2 Mengenal pasti lokasi yang sesuai sebagai ‘venue’ pertandingan. 4.3 Merangka dan melantik Jawatankuasa kecil pertandingan. 4.4 Merangka aktiviti bagi pelaksanaan karnival. 4.5 Menjalankan mesyuarat teknikal. 4.6 Menyedia dan mendapatkan peruntukan. 4.7 Melaksanakan karnival. 5. Sumber / Kos Peruntukan JPNJ / Kokurikulum Prasekolah ( Anggaran Belanjawan Mengurus rujuk PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR 1

Upload: mohd-fawaz

Post on 13-Aug-2015

185 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ape1 aje

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Konsep Karnival Pra 2011 (1)

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011

KERTAS KONSEP KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH

DAERAH MUAR 2011

1. Pendahuluan

Pendidikan Prasekolah merupakan satu agenda pendidikan yang utama selain daripada agenda besar pendidikan yang lain. Pelaksanaannya menjurus kepada pembangunan insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran separa formal. Lantaran itu, pendekatan pedagogi yang sesuai harus dititik beratkan dan konsep ‘mudah ubah’ menjadi kunci kepada pelaksanaan pendidikan prasekolah.Kertas konsep ini mencadangkan supaya dianjurkan Karnival Prasekolah Peringkat daerah Muar bagi membantu dan memberi peluang kepada murid di peringkat ini untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka serta menyediakan satu pasukan atau kontijen karnival prasekolah ke peringkat negeri Johor.

2. Objektif

2.1 Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. ( jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial ).

2.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani, bertangunggungjawab dan berketrampilan.

2.3 Menggalakkan murid-murid agar dapat berinteraksi sesama mereka serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

2.4 Mendidik murid-murid supaya mempunyai kematangan emosi dan sosial.2.5 Membentuk daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan

budaya.3. Penyertaan

Penyertaan adalah dari kalangan murid prasekolah daerah Kulaijaya (prasekolah KPM) berumur 5 hingga 6 tahun.Acara pertandingan dibahagikan mengikut kekuatan sekolah ( rujuk lampiran A)

4. Strategi Pelaksanaan4.1 Melantik Pengerusi Jawatankuasa Pengelola merangkap tuan.4.2 Mengenal pasti lokasi yang sesuai sebagai ‘venue’ pertandingan.4.3 Merangka dan melantik Jawatankuasa kecil pertandingan.4.4 Merangka aktiviti bagi pelaksanaan karnival.4.5 Menjalankan mesyuarat teknikal.4.6 Menyedia dan mendapatkan peruntukan.4.7 Melaksanakan karnival.

5. Sumber / Kos

Peruntukan JPNJ / Kokurikulum Prasekolah ( Anggaran Belanjawan Mengurus rujuk lampiran A ).

6. Tempat dan Tarikh Pertandingan September 2011 Tempat :

7. Jadual pertandingan

TARIKH : SEPTEMBER Masa Acara / Pertandingan Tempat

8.00 - 8.30 pagi Pendaftaran

8.30 pagi - 12.00 tengahari

12.00 tengahari Penutupan rasmi Dewan Terbuka SK Pasir Raja12.00 tengahari Penyampaian hadiah

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

1

Page 2: Kertas Konsep Karnival Pra 2011 (1)

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

DAN BERCERITA BAHASA INGGERIS

1. PengenalanDalam pendidikan prasekolah, bahasa dan komunikasi merupakan teras kepada pembelajaran murid. Dengan penguasaan kemahiran asas bahasa, murid boleh memahami konsep, menerima maklumat, berfikir, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Penguasaan kemahiran ini boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan mengembirakan seperti aktiviti bercerita. Kesepaduan aktiviti berteraskan kepada pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema akan menjadikan matlamat Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dapat dicapai. Aktiviti bercerita ini merupakan asas amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP).

2. Objektif2.1 Membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid prasekolah.2.2 Mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat dan potensi.2.3 Melahirkan insan yang berketrampilan dan berkeyakinan.2.4 Mengetahui dan menyemai nilai-nilai murni daripada cerita.2.5 Membina minda yang sihat dan cerdas.

3. PenyertaanPertandingan ini terbuka hanya kepada murid prasekolah di Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Tema Pertandingan4.1 Pendidikan Awal Kanak-Kanak Menjana Generasi Gemilang4.2 Konsep Tema :

Berteraskan konsep pembinaan modal insan5. Syarat Pertandingan

5.1 Penyertaan5.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.5.1.2 Setiap daerah dikehendaki menghantar seorang peserta sahaja tidak mengira jantina.

- Bercerita Bahasa Melayu - 1 orang- Bercerita Bahasa Inggeris - 1 orang

5.2 Pemilihan Cerita5.2.1 Buku cerita yang terdapat di pasaran.5.2.2 Mempunyai unsur pengajaran.5.2.3 Mesej cerita hendaklah sesuai dengan tahap murid.5.2.4 Cerita tidak menyentuh isu-isu sensitif mengenai agama, ras atau keturunan mana-mana

kaum di negara ini.5.3 Masa

5.3.1 Masa persembahan bagi setiap peserta tidak melebihi 5 minit.

5.3.2 Loceng akan dibunyikan pada minit ke 5 menandakan masa tamat .5.3.3 Markah tidak akan dikira bagi peserta yang melebihi tempoh

masa yang ditetapkan. 5.3.4 Maksima 5 markah akan ditolak jika melebihi masa yang ditetapkan.

5.3.5 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira dalam masa persembahan.

5.4 Tatacara Persembahan5.4.1 Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran berbahasa.5.4.2 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi dilarang menggunakan props dan muzik.

5.5 Pakaian (Bersesuaian dengan tajuk yang dipilih)5.6 Pemarkahan

5.6.1 BahasaGaya Bahasa - 20 markahSebutan jelas – tatabahasa betul - 20 markahPengajaran cerita - 10 markah

5.6.2 Penyampaian

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

2

Page 3: Kertas Konsep Karnival Pra 2011 (1)

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011

Petah / kelancaran - 15 markah Variasi dan Kreativiti - 10 markah Intonasi suara - 10 markah Penghayatan (mimik muka, bahasa) - 10 markah

Kostum - 5 markah5.7 Hal-hal lain

5.7.1 Jika didapati 2 atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, pemenang akan ditentukan dengan mengambil kira siapa yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi sebutan jelas dan kepetahan.

5.7.2 Keputusan hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.5.7.3 Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Induk

TILAWAH MUQADDAM PRASEKOLAH

1. Penyertaan

Setiap daerah akan diwakili oleh satu ( 1 ) orang peserta murid prasekolah KPM.

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

3

Page 4: Kertas Konsep Karnival Pra 2011 (1)

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011

2. Tilawah

2.1 Surah Wajib - Surah Al-Fatihah2.2 Surah pilihan – dua ( 2 ) surah yang dipilih sendiri oleh peserta.

2.2.1 Surah Al-Kafirun2.2.2 Surah Al-Humazah2.2.3 Surah At-Takatsur2.2.4 Surah Al-Qari’ah2.2.5 Surah Al-Adiyat2.2.6 Surah Az-Zalzalah2.2.7 Surah Al-Bayyinah2.2.8 Surah Al-Qadr2.2.9 Surah Al-Alaq2.2.10 Surah At-Tin2.2.11 Surah Asy-Syarh2.2.12 Surah Adh-dhuha

2.3 Tempoh masa tidak melebihi sepuluh ( 10 ) minit.

3. Pemarkahana. Bahagian A ( 40 Markah ) - Tajwidb. Bahagian B ( 35 Markah ) - Fasohah/ Lancarc. Bahagian C ( 35 Markah ) - Suara

4. Penghakiman

4.1 Dihakimi oleh 3 orang panel hakim dan dihakimi oleh seorang ketua hakim.4.2 Keputusan rasmi akan dibuat secara muzakarah hakim.

- Jika berlaku persamaan markah, hendaklah dirujuk kepada markah tajwid, jika masih berlaku persamaan perlu dirujuk kepada markah fasohah. Jika masih berlaku persamaan, ketua hakim hendaklah membuat keputusan setelah berbincang dengan hakim-hakim pertandingan.

4.3 Keputusan hakim adalah muktamad4.4 Pemenang :

i. Johanii. Naib Johan

iii. Ketiga

5. Peraturan Am

5.1 Setiap daerah hanya diwakili oleh seorang peserta sahaja.5.2 Bacaan berbentuk tilawah iaitu terdiri daripada surah wajib ( Al-Fatihah ) dan

2 surah pilihan yang telah ditetapkan.

6. Syarat-syarat pertandingan6.1 Peserta diberi masa tidak melebihi 10 minit sahaja.6.2 Loceng pertama dibunyikan menandakan peserta memulakan bacaan surah Al-

Fatihah.6.3 Loceng kedua dibunyikan setelah masuk bacaan selama lapan ( 8 ) minit.6.4 Loceng ketiga dibunyikan sebanyak 2 kali menandakan tamat tempoh masa

bacaan sepuluh ( 10 ) minit.

TARIAN RAMPAI TRADISIONAL1. Penyertaan Setiap negeri diwakili oleh 8 - 10 orang peserta murid prasekolah.2. Persembahan

2.1 Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan sebuah tarian rampai tradisional.2.2 Setiap persembahan hendaklah mengandungi kombinasi 2 rentak berlainan secara berterusan

(contoh: zapin dan joget).

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

4

Page 5: Kertas Konsep Karnival Pra 2011 (1)

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011

2.3 Setiap persembahan hendaklah diiringi oleh muzik ’minus one’ (tanpa sebarang vokal) dan digalak menggunakan kepelbagaian bunga tarian dalam persembahan.

2.3 Tempoh masa persembahan adalah tidak melebihi 10 minit.2.4 Peserta dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan

jenis tarian.3. Jenis Tarian

3.1 Tarian Zapin3.2 Tarian Inang3.3 Tarian Joget3.4 Tarian Canggung

4. Pemarkahan 4.1 Bahagian A ( 40 ) - Persembahan (Keselarian, kesopanan, penggunaan rentak, gerak tari dan ekspresi). 4.2 Bahagian B ( 20 ) - Muzik

( Kualiti Bunyi/ Bahan / Kualiti Muzik ). 4.3 Bahagian C ( 20 ) - Daya Cipta

( Reka tari, ragam, keaslian dan penyesuaian ). 4.4 Bahagian D ( 20 ) - Kostum, Solekan dan Disiplin ( Sesuai dengan suasana dan jenis tari ).5. Penghakiman

5.1 Dihakimi oleh 3 orang termasuk seorang ketua hakim.5.2 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.5.3 Keputusan hakim adalah muktamad.5.4 Hadiah akan diberikan kepada:-

i. Johanii. Naib Johaniii. Ketigaiv. Saguhati tempat ke empat hingga tempat ke lima belas.

5.5 Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

6. Peraturan Am6.1 Setiap daerah diwakili oleh satu pasukan sahaja. 6.2 Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan ( akhir ).6.3 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan satu salinan kaset dan CD lagu berkenaan untuk

kegunaan semasa pertandingan dan salinan kaset dan CD tersebut hendaklah dihantar kepada urusetia berkenaan semasa pendaftaran.

6.4 Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang berjalan maka pasukan itu akan dikehendaki mengambil giliran sekali lagi di akhir pasukan yang mengambil bahagian.

DEKLAMASI SAJAK1. Penyertaan

Setiap negeri akan diwakili oleh 1 orang peserta murid prasekolah Deklamasi Sajak (Bahasa Melayu) - 1 orang peserta

2. Sajak2.1 Setiap peserta dikehendaki mendeklamasi satu sajak sahaja.2.2 Tempoh masa yang diberikan adalah tidak melebihi 1-3 minit.2.3 Sajak adalah bebas.

3. Pemarkahan3.1 Bahagian A (10) - Kandungan

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

5

Page 6: Kertas Konsep Karnival Pra 2011 (1)

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011

3.2 Bahagian B (30) - Sebutan dan intonasi 3.3 Bahagian C (30) - Kelancaran 3.4 Bahagian D (30) - Gaya dan kreativiti

4. Penghakiman4.1 Dihakimi oleh 3 orang (seorang ketua hakim)4.2 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim4.3 Keputusan hakim adalah muktamad4.4 Pemenang :

i. Johanii. Naib Johaniii. Ketigaiv. Sijil Penyertaan

5. Peraturan Am5.1 Pertandingan akan terus diadakan secara akhir yang mana peserta adalah mewakili setiap negeri.5.2 Pelakon-pelakon latar tidak dibenarkan.5.3 Penggunaan muzik latar/bahan adalah dibenarkan.5.4 Pakaian adalah bebas.

PERTANDINGAN MEWARNA1. Pengenalan

Kemahiran mewarna harus diajar ketika di peringkat prasekolah lagi kerana ia akan membantu murid melatih daya membuat banding beza antara warna panas sejuk, harmonis dan gabungan warna. Tambahan pula, aktiviti ini akan membantu membantu kanak-kanak aktif dalam kemahiran motor halus mereka serta menghargai alam sekitar mereka.

2. Objektif2.1 Membentuk kemahiran memilih warna yang sesuai dengan gambar yang diberi.2.2 Mengasah dan membentuk bakat dan potensi murid dalam bidang senilukis.2.3 Menanam sikap patriotisme.2.4 Membina minda yang cergas dan cerdas.

3. Penyertaan

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

6

Page 7: Kertas Konsep Karnival Pra 2011 (1)

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011

Pertandingan ini terbuka hanya kepada murid-murid prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja.4. Tema Pertandingan

4.1 Pembinaan Modal Insan5. Syarat Pertandingan

5.1 Penyertaan5.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

yang tidak melebihi 6 tahun.5.1.2 Setiap negeri dikehendaki menghantar seramai 4 orang peserta.5.1.3 Pertandingan adalah berbentuk individu.5.1.4 Peserta boleh menggunakan media pensil warna atau krayon atau pastel atau warna air

atau gabungan 2 atau lebih media.5.2 Bahan

5.2.1 Peserta dibekalkan oleh penganjur dengan satu set pensil warna oleh JPNJ dan kertas lukisan bergambar.

5.2.2 Krayon, pastel dan lain-lain dibekalkan oleh setiap daerah masing-masing.5.2.3 Nama peserta dan negeri hendaklah ditulis di bahagian belakang kertas lukisan bergambar.5.2.4 Guru pengiring tidak dibenarkan membantu peserta.5.2.5 Semua hasil mewarna adalah hak milik penganjur.5.2.6 Keputusan pengadil adalah muktamad.

5.3 Masa5.3.1 Masa 1 jam 30 minit

5.4 Skema Pemarkahan5.4.1 Warna menepati objek - 30 markah5.4.2 Warna Harmoni - 30 markah5.4.3 Kekemasan - 20 markah5.4.4 Ton Warna - 10 markah5.4.5 Kreativiti - 10 markah

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO1. Pendahuluan

Muzik dan nyanyian merupakan aktiviti yang sangat penting dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Pendekatan belajar melalui bermain dan nyanyian ini boleh menjadikan murid tidak berasa jemu dan pendidikan berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan. Bakat dan potensi nyanyian boleh diperkembangkan melalui karnival yang dirancang ini.

2. Objektif2.1 Melatih murid menyebut sebutan lirik dengan betul.2.2 Melatih murid mengkoordinasikan lirik dan melodi.2.3 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam nyanyian.2.4 Melatih murid untuk berani ke depan membuat persembahan.

3. PenyertaanTerbuka kepada semua murid prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

4. Tema Pertandingan Nyanyian yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

5. Syarat Pertandingan

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

7

Page 8: Kertas Konsep Karnival Pra 2011 (1)

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011

5.1 Penyertaan5.1.1 Setiap daerah perlu menghantar SEORANG peserta sahaja.5.1.2 Setiap peserta menyanyikan DUA buah lagu :

Lagu utama - di sediakan oleh JPNLagu kedua - pilihan sendiri/bebas

Senarai lagu wajib JPNJ1. Hijau (Zainal Abidin)2. Hitam Putih Kehidupan (Sheila Majid)3. Warisan (Sudirman)4. Kereta Lembu (Hellen Vellu)5. Untukmu Ibu (Exiest)6. 1,2,3 (Aris Ariwatan)7. Ayah Ibu (Sudirman)8. Apokalips (M. Nasir)9. Budi Bahasa (Siti Nurhaliza)10. Bahtera Merdeka (Aishah)11. Tanggal 31 (Sudirman)

5.2 Bahan5.2.1 Persembahan hendaklah diiringi dengan muzik ( Minus One )5.2.2 Cakera padat / kaset mestilah disediakan oleh daerah masing-masing dan diserahkan

kepada urusetia untuk diujilari.5.2.2 Lagu yang telah didaftarkan tidak boleh ditukar sekiranya bahan yang dibawa tidak boleh

digunakan pada masa pertandingan.5.3 Persembahan

5.3.1 Pakaian peserta mengikut kreativiti masing-masing5.3.2 Penghakiman bertumpu kepada persembahan yang menarik.5.3.3 Penggunaan props tidak dibenarkan.

5.4 Skema PemarkahanSkema pemarkahan adalah seperti berikut :

5.4.1 Vokal - 40%5.4.2 Tempo / Rentak - 30%5.4.3 Intonasi ( nada / Pitching ) - 20%5.4.4 Persembahan - 10%

5.5 Keputusan para pengadil adalah muktamad.

PAKAIAN BERAGAM ( PRASEKOLAH INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS)1. PendahuluanMemotivasi murid yang kurang upaya adalah tanggungjawab bersama. Jesteru, sebagai salah satu cara menghargai keistimewaan murid OKU ini adalah dengan cara menyediakan satu peluang untuk mereka meluah emosi dan kreativiti supaya mereka lebih dihargai.2. Syarat Penyertaan

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid bermasalah pembelajaran yang berdaftar di bawah program prasekolah pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia.2.2 Setiap daerah hanya diwakili oleh seorang murid sahaja dari kategori ini.

3. Tatacara Pertandingan3.1 Pertandingan adalah secara individu.3.2 Peserta membuat gaya , lakonan atau pergerakan dengan memperaga pakaian bertema mengikut iringan muzik monus one yang dibekal oleh setiap daerah.

4. MasaMasa yang diperuntukkan ialah 8 minit. Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada 6 minit pertama dan loceng kedua sebanyak 2 kali bagi menandakan waktu telah tamat.5. Permarkahan

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

8

Page 9: Kertas Konsep Karnival Pra 2011 (1)

KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH MUAR KALI KE-7 TAHUN 2011

5.1 Kreativiti - 50 %5.2 Gaya - 30 %5.3 Menepati tema - 10 %5.3 Kekemasan - 10 %

6. Keputusan hakim adalah muktamad.

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

9