kertas kerja sekolah convent lebuh light

10
Sekolah Kebangsaan Dato Kramat Jalan Perak, 10150 Pulau Pinang Malam Anugerah Ko-Kurikulum Sekolah Convent Lebuh Light ahun !011 em"at# Dewan Mahsuri, Sek. Keb Dato Kramat arikh# 13 MEI 2011

Upload: yunohu

Post on 07-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

momodelinainverse

TRANSCRIPT

Sekolah Kebangsaan Dato KramatJalan Perak, 10150Pulau Pinang

Malam Anugerah Ko-KurikulumSekolah Convent Lebuh LightTahun 2011

Tempat:Dewan Mahsuri, Sek. Keb Dato Kramat

Tarikh:13 MEI 2011

1.0PengenalanMalam Anugerah Ko-kurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang ko-kurikulum, di samping memberi peluang kepada ibubapa menghargai kegiatan anak mereka di sekolah. Penganjuran Malam Anugerah Ko-kurikulum ini dapat menggalakan murid-murid supaya bergerak aktif dalam bidang Ko-kurikulum. Aktiviti yang bakal diadakan dijalankan seperti penyampaian anugerah kepada murid dan guru dan gerai jualan.

2.0Matlamat:Matlamat Malam Anugerah Ko-kurikulum pada tahun ini adalah bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran ;2.1 Pemberian anugerah ko-kurikulm akan memberi dorongan kepada murid bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.2.2 Menanam sifat berkerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dikalangan murid.2.3 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan di kalangan murid.2.4 Memberi peluang kepada ibubapa melihat perkembangan sahsiah anak mereka disekolah.

3.0 ObjektifObjektif Majlis Kemuncak Hari adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah;3.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.3.2 Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.3.3 Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi.3.4 Memberi peluang kepada ibubapa berbincang dengan pihak sekolah demi kebaikan anak mereka.

4.0Kumpulan sasaranAktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada Malam Anugerah Kokurikulum akan melibatkan kepada:4.1 Semua murid-murid Sek. Keb Dato Kramat4.2 Semua Guru Sek. Keb Dato Kramat4.3 Ibubapa murid SK Sek. Keb Dato Kramat4.4 Ahli Jawatan Kuasa PIBG Sek. Keb Dato Kramat.

5.0Tarikh: 13 MEI 2011 (Jumaat)6.0Tempat: Dewan Mahsuri, Sek. Keb Dato Kramat.

7.0Ahli Jawatan Kuasa IndukPengerusi.: Pn Hjh Zubaidah Bte Endot. (Pengetua)

Naib Pengerusi : En. Mohd Tahir Bin Ismail. (GPK Ko-kurikulum): En. Azman Bin Safii. (Penolong Kanan 1): En. Wong Kim Fah (Penolong Kanan HEM): Pn Norazzah Bte Misban (Penyelia Petang)

Setiausaha: Pn Sarifah Faridah Bte Saiyed Mohamad

Bendahari: Pn. Aida Madihah Bt Wan Amran

8.0Ahli Jawatankuasa KecilBILAHLI JAWATANKUASATUGASAN

8.1AJK Sambutan Dan Cenderahati VIP1. Pn Komala a/p Nadarajah (K)2. Pn. Sharifah Ariffin.3. Pn. Rosmahiza Bte Ismail.4. Pn. Chong Kwee Chin.1. Menyediakan hadiah untuk VIP2. Membuat persiapan menyambut VIP kompang, rozet, bunga manga3. Menyediakan ruang khas dalam Buku Pelawat untuk VIP.4. Memastikan perjalanan sambutan VIP berjalan dengan lancar hingga VIP pulang

8.2AJK Hadiah Anugerah1. Pn. Yong Mee Choo (K) 2. Pn Nor Maisarah Bte Ab Talib 3. Cik Nurul Azilah Bte Ibrahim. 4. Cik Fazlon Bte Hassan. 5. Ooi Liew See

1. Menyediakan hadiah-hadiah kepada murid / persatuan / UBU yang terpilih menerima anugerah.2. Mengatur adab menerima hadiah dengan lancar dan sempurna.3. Membuat reheasal adab menerima hadiah di pentas.

8.3

AJK Pendaftaran/Cenderahati.1. Cik Nurul Idayu Bte Mohd Nor.2. Cik Norhidayu Bte Mohd Naim.3. Cik Nur Hidayah Bte Md Nor.4. Cik Nurul Aini Bt Zaini.1. Mendaftar kehadiran guru-guru yang hadir dalam borang pendaftaran.2. Mengedarkan buku program dan cenderahati3. Membuat laporan kehadiran guru-guru kepada GPK Kokurikulum.4. membungkus cenderahti jika perlu.

8.4

AJK Buku Program Dan Kad Jemputan1. Pn. Salmah Bte Sati.(K)2. Pn. Cik Zakiah Nurliana.3. Cik Arinah Bte Mohamad

1. Membuat buku program bagi Majlis Anugerah Ko-kurikulum.2. Menyediakan kad jemputan dan mengedarkan kepada tetamu.

8.5

AJK Backdrop dan Hiasan Pentas1. En. Mohd Nizam Bin Jamsari(k)2. Pn. Zaharah Bte Latif3. Pn. Rohani Bte Abd Hamid.4. Pn. Liza Bte Abd Rahman.5. Cik Noorazalia Bte Mat Diah

1. Menyediakan backdrop HARI ANUGERAH DAN KEMUNCAK KOKURIKULUM 20102. Menghias backdrop pentas.3. Mengantung kain rentang di pagar sekolah dan di dewan.4. Membuka kain rentang bila telah tamat majlis.

8.6

AJK Siaraya dan Teknikal 1. En Mohd Rizal Bin Anuar. 2. En Arshad Bin Razak. 3. En. Anas Suhail Bin Ansar.

1. Memasang Sistem P.A dan peralatan yang berkaitan seperti laptop, LCD dan sebagainya berfungsi.2. Memastikan sistem PA dan peralatan yang berkaitan berfungsi dengan baik di dewan.3. Memulangkanperalatan yang dipinjam/sewa setelah digunakan

8.7AJK Juruhebah / M.C / D.J1. En. Mohd Nur Ashiq B. M Julin.2. Cik Rosnita Bte Ehsan.3. En. Sukor Bin Salleh (D.J)4. Pn. Rosmawati Bte Zukni(teks)1. Mengendalikan majlis dengan menjadi pengacara majlis.2. Menyediakan teks ucapan kepada perasmi majlis dan pengetua.3. Menjadi juruhebah (DJ) selepas majlis penyampaian hadiah.4. memutarkan lagu yang sesuai dengan permintaan ramai.

8.8AJK Publisiti dan Banner.1. En Mohd Edham Bin M Rawi.2. En Muhd Amiruddin. 3. Membuat hebahan kepada murid tentang Hari Kemuncak Kokurikulum.4. Menempah banner dan menggantung di tempat yang sesuai.3. Menanggalkan banner setelah tamat

9.0Aturcara Majlis8.30 malam: Ketibaan YDP PIBG Sek. Keb Dato Kramat, Tuan Haji Abd. Rahman Bin Zakaria.

8.45 malam: Bacaan Doa oleh Ustaz Ashraf Bin Muslim.

8.50 malam: Persembahan Koir Sek. Keb Dato Kramat.

9.00 malam: Ucapan Pengetua, Puan Hajah Zubaidah Bte Endot.

9.15 malam : Ucapan dan pembukaan rasmi Malam Anugerah Ko-kurikulum 2011 oleh YDP PIBG Sek. Keb Dato Kramat Tuan Haji Abd. Rahman Bin Zakaria

9.30 malam: Penyampaian Hadiah / Sijil / Piala

10.00 malam: Penyampaian cemderahati kepada YDP

10.05 malam: Nyanyian Lagu NegaraKu

10.15 malam: Jamuan VIP dan Bersurai

11.0Anggaran BelanjawanBil.ItemKos

1.Makan dan Minum 850 x RM 3.00 = RM2550.00

2.Piala / Medal/ Sijil murid= RM 500.00

3.Sewa Khemah gerai jualan5 unit x RM250.00 = RM1250.00

4.Sewa P.A sistem= RM 500.00

5.Siaraya dan Banner= RM 200.00

6.Pengurusan am= RM 200.00

7.Cenderahati = RM 200.00

Jumlah = RM5400.00

12.0Sumber Kewangan Peruntukan Sekolah Wang Kokurikulum = RM 3800.00 Peruntukan Dana PIBG = RM 1000.00 Sumbangan drp Ahli Parlimen Tasek Gelugor = RM 500.00 Peruntukan Wang Suwa Kokurikulum = RM 100.00 _________________________________________________________________ Jumlah = RM 5400.006. Penutup.Hari Anugerah dan Kemuncak yang akan dijadikan acara tahunan in akan memberi dorongan kepada pelajar supaya lebih aktif dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama baik Sek. Keb Dato Kramat. Semoga perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.