kertas kerja sam.israk mikraj

4
KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH SESI 1431H/2010M SK SEKSYEN 27 (2), SHAH ALAM 1. PENGENALAN Majlis sambutan Israk Mikraj merupakan salah satu program tahunan keagamaan yang dirancang pada awal tahun,sebagaimana yang telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa panitia. Majlis ini disambut sempena mengingati peristiwa Rasulullah SAW diangkat oleh Allah naik ke atas langit bagi mengubati kedukaan baginda. Lantaran kematian dua orang tersayang baginda iaitu isterinya Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib 2. RASIONAL Rasulullah SAW adalah contoh terbaik, lantas murid-murid perlu diberi pendedahan dalam mendalami kisah-kisah baginda dan mengikuti tauladan yang baik yang dipamerkan. 3. MATLAMAT Murid-murid dapat menghayati kisah-kisah Rasulullah SAW. Seterusnya mencontohi sifat mulia baginda. Di samping minat mendekati dan mengamalkan ajarannya. 4. OBJEKTIF a. Mewujudkan suatu aktiviti keagamaan yang memberangsangkan. b. Memberi pendedahan kepada murid di dalam aktiviti sekolah di samping memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui ceramah yang disampaikan. c. Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan murid. d. Membongkar rahsia cerita sepanjang perjalanan Rasulullah ketika bertemu dengan Allah Azawajalla. e. Menarik minat murid mengetahui kisah para nabi dan mencontohi akhlak mulia baginda.

Upload: musafil

Post on 25-Sep-2015

261 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

PERINGKAT SEKOLAH SESI 1431H/2010M

SK SEKSYEN 27 (2), SHAH ALAM

1. PENGENALAN

Majlis sambutan Israk Mikraj merupakan salah satu program tahunan keagamaan yang dirancang pada awal tahun,sebagaimana yang telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa panitia. Majlis ini disambut sempena mengingati peristiwa Rasulullah SAW diangkat oleh Allah naik ke atas langit bagi mengubati kedukaan baginda. Lantaran kematian dua orang tersayang baginda iaitu isterinya Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib

2. RASIONAL

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik, lantas murid-murid perlu diberi pendedahan dalam mendalami kisah-kisah baginda dan mengikuti tauladan yang baik yang dipamerkan.

3. MATLAMAT

Murid-murid dapat menghayati kisah-kisah Rasulullah SAW. Seterusnya mencontohi sifat mulia baginda. Di samping minat mendekati dan mengamalkan ajarannya.

4. OBJEKTIF

a. Mewujudkan suatu aktiviti keagamaan yang memberangsangkan.

b. Memberi pendedahan kepada murid di dalam aktiviti sekolah di samping memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui ceramah yang disampaikan.

c. Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan murid.

d. Membongkar rahsia cerita sepanjang perjalanan Rasulullah ketika bertemu dengan Allah Azawajalla.

e. Menarik minat murid mengetahui kisah para nabi dan mencontohi akhlak mulia baginda.

f. Melahirkan rasa kesedaran dan keinsafan dalam diri murid-murid agar sentiasa mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan Allah Taala.

g. Memberi kesempatan kepada murid-murid dalam mengenali dan menghayati sirah Rasulullah SAW.

5. KUMPULAN SASARAN

Semua murid beragama Islam SK Seksyen 27 (2), Shah Alam

6. TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh : 16 Julai 2010 bersamaan 04 Syaban 1431H

Hari : Jumaat

Masa : 08.00 pagi hingga 10.00 pagi

Tempat : Laman Gemilang

7. AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Cermah bertajuk Peristiwa Israk Mikraj yang disampaikan oleh Penceramah Bebas Ustaz Abdul Rasid b Abdul Ghani. Di samping itu diadakan beberapa soalan kuiz secara spontan berdasarkan ceramah yang disampaikan.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil

Perkara

Jumlah

01

Makanan dan minuman

( 705 orang murid x RM2.00 )

RM1410.00

02

Hadiah kuiz

( 30 x RM1.50 )

RM45.00

03

Saguhati Penceramah

RM200.00

Jumlah

RM1655.00

9. SUMBER KEWANGAN

Operasi Dakwah Pendidikan Islam

10. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS

Penaung: En. Mohamad b. Hj. Napis

Penasihat: Pn. Azizah bt. Salleh

: Pn. Siti Halijah bt. Sarani

: Pn. Ruslina bt. Mohd Yunos

Penyelaras: En. Mohd Hafilzuddin b Zaini

Setiausaha: Pn. Sarojah bt Sahnu

Bendahari : Pn. Ismaniza bt. Ismail

Backdrop &: Cik Rafizan bt. Abdul Razak

Persiapan tempat Pn. Fatimah bt. Abu Bakar

Pn. Hamadah bt. Mohd Yusof

Pn. Roslina bt. Ahmad

PA Sistem : En. Suhaimi b Yusof

Disiplin dan kawalan: En. Rosmadi b. Ismail

Murid: Guru kelas

: Guru mata pelajaran

Jamuan VIP: Pn. Ismaniza bt. Ismail

Jamuan murid: Pn. Sarojah bt. Sahnu

Bacaan Doa: En. Md Lutfillah b Ibrahim

Besar harapan saya, agar majlis ini mendapat kelulusan dari pihak tuan dalam menjayakannya. Justeru mendapat kerjasama dari seluruh warga SK Seksyen 27 (2), Shah Alam.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

___________________ _______________________

(SAROJAH BT. SAHNU)

Setiausaha.

Majlis Sambutan Israk Mikraj

SK Seksyen 27 (2), Shah Alam