kertas kerja rancangan perniagaan

12
Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja Bahagian 1 - Pengenalan Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi. Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:- i. Nama Syarikat ii. Jenis perniagaan yang diceburi iii. Nama dan lokasi/alamat perniagaan i. Status dan sai! pro"ek . #roduk i. #eluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan ii. $nggaran kos pro"ek. Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesik tu"uan %ancangan #erniagaan disediakan, contohnya& i. 'emohon pembiayaan ke(angan dari pihak institusi ke(angan atau yang berkaitan. ii. 'erancang perlaksanaan pro"ek. iii. )i"adikan garis panduan menguruskan perniagaan i. 'emohon menye(a tanah s(asta atau kera"aan. . *ain-lain.

Upload: qamriani

Post on 04-Nov-2015

133 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian 1 - PengenalanBahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-i. Nama Syarikatii. Jenis perniagaan yang diceburiiii. Nama dan lokasi/alamat perniagaaniv. Status dan saiz projekv. Produkvi. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancanganvii. Anggaran kos projek.

Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas KerjaBahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;i. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.ii. Merancang perlaksanaan projek.iii. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaaniv. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.v. Lain-lain.

Bahagian 3 - Latarbelakang PerniagaanBahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i. AlamatAlamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii. Bentuk perniagaanBoleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.

iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

iv. Modal PermulaanIni merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

v. BankNyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

i. Nama penuhii. No. kad pengenalaniii. Tarikh lahiriv. Umurv. Alamat Tetapvi. No telefonvii. Taraf perkahwinanviii. Kelulusan akedemikix. Kursus yang pernah dihadirix. Kemahiranxi. Pengalamanxii. Pekerjaan sekarangxiii. Perniagaan yang pernah diceburi.Bahagian 5 Kedudukan Projek Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 Objektif Projek Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 - Rancangan Pentadbirani. Pentadbiranii. Carta Organisasiiii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerjaiv. Spesifikasi Tugasv. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gajivi. Senarai Keperluan Pejabatvii. Perbelanjaan Pentadbirana. Perbelanjaan asetb. Perbelanjaan bulananc. Lain-lain perbelanjaan

Bahagian 8 - Rancangan Operasi

1. Carta aliran ProsesNyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan.Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2. Unit pengeluaran / jam operasiNyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3. Keperluan bahanSenaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

4. Tenaga KerjaSenaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

5. Mesin dan peralatanSenaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

6. Susun atur Ruang OperasiNyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

7. LokasiNyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

8. Overhead operasiIni termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

9. Perbelanjaan OperasiRumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran

1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkanNyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2. Sasaran PasaranNyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.

3. Saiz PasaranLangkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4. Pesaing-pesaing utamaKenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5. Kekuatan dan kelemahan pesaingUntuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

6. Syer pasaranDari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7. Ramalan JualanSediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

8. Strategi Pemasaran

i. Strategi BaranganReka bentuk barangan atau penjelasan pekejCorak pembungkusan dan jenama berkaitan.

ii. Strategi PromosiBentuk Promosi yang dicadangkan

iii. Strategi hargaHarga seunit yang dicadangkan.

iv. Strategi edaranCorak pengedaran yang dicadangkan.Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

Bahagian 10 - Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2. Penyata-penyata kewangan:i. Aliran wang tunaiii. Penyata pendapataniii. Kunci kira-kiraiv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.v. Kos pelaksanaan Projekvi. Pelaburan aset tetap: Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.vii. Modal Pusingan: Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasiviii. Lain-lain perbelanjaan: Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.iii. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

4. Prestasi penyata Aliran Wang TunaiPenyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

5. Prestasi Penyata PendapatanPrestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.6. Prestasi Kunci kira-kiraPenyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

7. Analisis Daya Maju KewanganDari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:

i. Nilai kini bersih ii. Kadar Pulangan dalaman iii. Nisbah faedah kos iv. Tempoh pulang modal

Nilai kini bersihNilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan DalamanKadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur. Nisbah Faedah KosIa merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos. Tempoh Pulang ModalMerupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

Contoh-Contoh Jadual

Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.

BilJawatanBil pekerja

1Pengurus1

2Kerani kewangan2

3Pekerja Ladang4

Contoh jadual Spesifikasi Tugas

JawatanTanggungjawab

Pengurus1. Menyelia operasi ladang.2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.

Kerani Kewangan1.Pembayaran gaji pekerja2.Merekod wang masuk dan keluar.

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran

JawatanBil. PekerjaGaji BulananKWSPPERKESOJUMLAH

Pengurus13500.00350.00150.003900.00

Kerani2750.0075.0050.00875.00

Keperluan PejabatContoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat

JENISBILANGANJumlah RM

1.Perabut Pejabat1 set1000.00

2. Komputer2 unit5000.00

Perbelanjaan Pentadbiran

ButirPerbelanjaan Harta(RM)Perbelanjaan(bulanan) RMLain-lain Perbelanjaan (RM)

1. Perabut Pejabat1000.00

2. Komputer5000.00

3.Gaji dan caruman4775.00

4. Pendaftaran dan kertas kerja2500.00

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama

123456789101112Jumlah

RamalanJualan

Jadual Perbelanjaan Pemasaran

ButirPerbelanjaan harta (RM)Perbelanjaan Bulanan (RM)Lain-lain Perbelanjaan (RM)

1.Kenderaaan (van)

40000.00

2. Promosi100.00

3. Insuran dan cukai jalan500.00

Jadual Keperluan Bahan Mentah

Jenis BahanKuantiti DigunakanStok simpananHarga seunitJumlah belian

1. Jagung100 kg100 kg0.4080.00

2. soya

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi

JawatanBil. PekerjaGaji BulananKWSPPERKESOJUMLAH

Penyelia23000.00300.00150.003450.00

Pekerja42400.00240.00100.002740.00

Jadual mesin dan peralatan

JenisHargaBilanganJumlah Harga

1. Chopper5000.0015000.00

2. Otomatik drinker12000.00112000.00

Perbelanjaan Operasi- Jadual Perbelanjaan Operasi

ButirPerbelanjaan Harta (RM)Perbelanjaan(bulanan) RMLain-lain Perbelanjaan (RM)

1. Chopper5000.00

2.otomatik drinker12000.00

3.Gaji dan caruman6190.00

4.

Contoh Kos Perlaksanaan Projek

1.Perbelanjaan harta- (Pelaburan Aset Tetap ) ----------------------

2.Perbelanjaan Bulanan- (modal pusingan) ----------------------

3.Lain-lain perbelanjaan ---------------------- 4.Belanja Luar Jangka ----------------------

Jumlah Kos Projek ----------------------

Sumber Pembiayaan Projek

1. Modal sendiri ----------------------

2. Pinjaman ---------------------

3. Sewa beli----------------------

3. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ----------------------

Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------

Contoh : Prestasi Penyata pendapatan SyarikatABC

Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)

2002200320042005

Hasil

Jualan 100,000 100,000 100,000 100,000

- kos Barang dijual 70,000 70,000 70,000 70,000

Untung kasar 30,000 30,000 30,000 30,000

- Belanja-belanja

Pentadbiran5,0005,0005,0005,000

Pemasaran3,0003,0003,0003,000

Kewangan1,0001,0001,0001,000

Jumlah Belanja9,0009,0009,0009,000

Untung Bersih 21,000 21,000 21,00021,000

Contoh Prestasi Kunci kira-kira

Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaanPada setiap tahun yang berakhir pada :

Tahun2002200320042005

Aset Tetap

Kenderaan50,00045,00040,00035,000

-susut nilai

5,0005,0005,0005,000

Jumlah45,00040,00035,00030,000

Perlalatan5000045,00040,00035,000

-susut nilai5,0005,0005,0005,000

Jumlah45,00040,00035,00030,000

Aset Semasa

Tunai15,00020,00025,00030,000

Si berhutang10,00010,00010,00010,000

Stok bahan mentah5,0005,0005,0005,000

Stok akhir10,00010,00010,00010,000

Jumlah40,00040,00040,00040,000

JUMLAH ASET130,000130,000130,000130,000

Ekuiti

Modal sendiri10,00010,00010,00010,000

Untung Bersih21,00021,00021,00021,000

Jumlah

Liabiliti

Baki Pinjaman90,00090,00090,00090,000

Pemiutang9,0009,0009,0009,000

Jumlah

JUMLAH EKUITI dan LIABILITI130,000130,000130,000130,000

Bahagian 11 Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.

Bahagian 12 -Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)

Contohnya:-

1.Surat sebutharga2.Sijil kursus3.Surat sokongan pihak tertentu4.Surat dapat tender5.Sijil pendaftaran syarikat6.Salinan permit/lesen7.Surat-surat kepujian8.Bukti modal sendiri9.Salinan surat Cagaran10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)