kertas kerja pilihan raya pmu

Upload: azroladenan

Post on 10-Feb-2018

321 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    1/19

    KERTAS KERJA AKTIVITI

    Tajuk Aktiviti

    PILIHANRAYA KAMPUS PMU SESI DISEMBER 2013

    Tarikh

    18 DISEMBER 2013 (RABU)

    Tempat

    POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

    Anjuran

    JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    2/19

    1.0 TUJUAN

    Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Politeknik Mukah

    Sarawak untuk mengadakan Pilihanraya Kampus Politeknik Mukah Sarawak Tahun 2014.

    2.0 PENGENALANPilihanraya Kampus (PRK) di peringkat KPT bagi universiti-universiti di Malaysia sememangnya

    telah lama dijalankan. Sementara itu, politeknik-politeknik Malaysia pula mempunyai kaedah

    masing-masing untuk membuat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

    Walaubagaimanapun kaedah pemilihan yang dijalankan, ia masih menepati peraturan dan

    kaedah-kaedah di dalam Akta 174. Seiring dengan kehendak semasa, pemilihan melalui

    pengundian dan pengiraan undi dicadangkan untuk dilaksanakan bagi memastikan perwakilan

    pelajar adalah terdiri dari kalangan yang benar-benar terpilih oleh pelajar dan mendapat

    sokongan secara majoriti. Oleh yang demikian, dicadangkan sistem pilihanraya terbuka

    dilaksanakan dengan acuan politeknik sendiri sesuai dengan sistem demokrasi kampus.

    Walau bagaimanapun kawalan dan penelitian sebelum, semasa dan selepas pilihanraya perludititikberatkan agar pilihanraya yang berlaku adalah bersih dan mencapai objektif yang telah

    ditetapkan. Pihak yang diberi tanggungjawab mengendalikan pilihanraya kampus ini

    dinamakan sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Kampus.

    3.0 KOD PROGRAMH02: Kepimpinan

    4.0 OBJEKTIF4.1 Melantik Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah Sarawak Bagi Sesi 2014.4.2 Memberi peluang kepada pelajar memilih wakil mereka melalui system demokrasi yang adil

    dan berkesan.

    4.3 Melahirkan para pelajar yang matang dan faham akan keperluan dan kepentingankepimpinan di kalangan pelajar.

    5.0 TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN18 Disember 2013 (Rabu)

    Tempoh: 1 hari

    6.0 TEMPATPoliteknik Mukah Sarawak

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    3/19

    7.0 Konsep Pilihanraya Kampus7.1 Berasaskan kepada penamaan calon, pengundian dan penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar

    (MPP).

    7.2 Pengundian dilaksanakan untuk memilih beberapa orang calon sahaja (ditetapkan) dikalangan calon-calon yang menawarkan diri di setiap jabatan.

    7.3 Calon-calon yang berjaya menjadi calon pilihanraya boleh berkempen di dalam majlis yangdisediakan oleh jabatan di dalam tempoh kempen tersebut.

    7.4 Poster calon akan digantung sebagai iklan memaklumkan pencalonan kepada wargajabatan/kampus.

    7.5 Pengundian secara manual/kertas undi akan dilaksanakan.7.6 Calon-calon yang menang akan menubuhkan jawatankuasa MPP PMU.

    8.0 CARTA ALIR PROSES PILIHANRAYA KAMPUS (PRK)LAMPIRAN 1

    9.0 AGIHAN KERUSI PILIHANRAYALAMPIRAN 2

    10.0 SYARAT-SYARAT PILIHANRAYA KAMPUS10.1 CALON

    i. Merupakan pelajar yang sah berdaftar sebagai pelajar sepenuh masa PMU.ii. Pelajar pernah menduduki peperiksaan pertama dan lulus pada peperiksaan tersebut.

    iii. Bukan pelajar kursus secara sambilan (KKS).iv. Pelajar semester 1 yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di mana-mana

    politeknik tidak dibenarkan menjadi calon.

    v. Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) tidak kurang daripada 3.0.vi. Tidak pernah mengulang semester.

    vii. Pelajar tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang menunggu keputusanperbicaraan tatatertib.

    viii. Mendapat pengesahan/ sokongan/ saksi dari mana-mana pegawai jabatan politeknik.ix. Mana-mana calon yang pernah menjadi Exco MPP pada tahun-tahun sebelumnya tetapi

    gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik dinasihatkan tidak bertanding.

    x. Menjadi calon, menyususn strategi pilihanraya dan juga berkempen merupakan hak calonsecara individu. Tiada kumpulan-kumpulan tertentu dan penglibatan pihak ketiga (pihak

    luar) adalah dilarang dan membolehkan pencalonan calon berkenaan dibatalkan.

    xi. Membayar deposit/ jaminan kebersihan sebanyak RM20 seorang. Deposit ini akandipulangkan selepas pilihanraya setelah JPK berpuashati dengan semua poster calon yang

    bertanding dibersihkan oleh semua calon yang bertanding.xii. Syarat-syarat menjadi calon di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif

    kecuali perkara i. dan ii.

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    4/19

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    5/19

    iv. Pelajar hanya akan member undi kepada calon daripada jabatan akademiknya sahaja.v. Pengiraan undi dijalankan secara manual.

    10.4 TINDAKAN SEKIRANYA SITUASI BERIKUT BERLAKU:-i. Jika calon yang bertanding seramai kuota kerusi jabatan

    Pilihanraya kampus bagi jabatan berkenaan tidak akan diteruskan. Calon dianggapmenang tanpa bertanding.

    ii. Jika calon yang bertanding kurang dari kuota jabatan Pilihanraya kampus tidak perlu diteruskan. Ketua Jabatan Akademik dan HEPP berhak melantik mana-mana pelajar jabatan untuk

    memenuhi kuota jabatan.

    iii. Jika tiada calon Pilihanraya kampus di jabatan berkenaan tidak akan diteruskan dan jabatan perlu

    menamakan pelajar jabatan yang layak untuk mengisi kuota. Pelajar yang dicalonkan

    tidak boleh memegang jawatan utama dalam MPP kecuali dengan kebenaran

    Pengarah.

    Program kesedaran tentang pilihanraya.

    iv. Jika bilangan calon terlalu ramai Ketua jabatan boleh menggunakan apa jua budibicara untuk membuat sebarang

    keputusan mengenainya.

    Pada dasarnya pencalonan tersebut perlu diterima dan pilihanraya kampus perluditeruskan.

    10.5 KEMPENi. Pengenalan

    Aktiviti berkempen adalah merupakan aktiviti rutin yang berlaku dalam mana-manapilihanraya termasuklah pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Malaysia. Untuk

    memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancer satu Pasukan Penguatkuasaan Kempen

    Pilihanraya (PasKem) ditubuhkan.

    ii. KeanggotaanPasKem diketuai oleh AJK Kempen yang dilantik melalui Jawatankuasa Pilihanraya

    Kampus (JPK). PasKem diketuai oleh Pegawai Disiplin Politeknik (PDP) yang dianggotai

    oleh Pegawai-pegawai Disiplin Jabatan (PDJ) dan mana-mana pegawai yang dilantik oleh

    JPK.

    Peranan utama pasukan ini adalah mengawalselia semua aktiviti berkempen sepanjang

    pilihanraya kampus berlangsung.

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    6/19

    iii. Tempoh Kuasa

    Tempoh kuasa bagi PasKem adalah bermula daripada pengumuman pembubaran Majlis

    PErwakilan Pelajar yang lepas sehingga tamatnya tempoh pilihanraya.

    iv. Fungsi dan TanggungjawabDi antara tanggungjawab Paskem ialah:

    Menguatkuasakan semua peraturan kempen. Memantau keseluruhan aktiviti ketika kempen. Mengambil tindakan terhadap sebarang salahlaku yang mengakibatkan peraturan

    kempen gagal dipatuhi.

    Mengawasi keselamatan kempen secara keseluruhan.

    v. Kaedah BerkempenKaedah berkempen tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan berkempen. Politeknikmengamalkan sesi berkempen yang terbahagi kepada dua, iaitu:

    a. Kempen Diri (Sudut Pidato/Pengucapan Awam) Sesi perjumpaan untuk memperkenalkan semua calon yang bertanding. Calon dibenarkan berucap di khalayak ramai mengikut peraturan yang ditetapkan

    oleh PasKem.

    Calon-calon diberi peluang berucap selewat-lewatnya jam 11.00 malam.

    b. Kempen Poster Poster dicetak dan dikeluarkan oleh JHEPP/JPK mengikut warna jabatan. Jabatan

    Kejuruteraan Awam (Kuning), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (Merah), Jabatan

    Kejuruteraan Mekanikal (Biru), Jabatan Perdagangan (Hijau), Jabatan Teknologi

    Maklumat dan Komunikasi (Ungu). Bilangan poster akan dicetak untuk setiap

    calon yang layak adalah sebanyak 50 keping sahaja atau mengikut peruntukan

    yang diluluskan. Calon boleh menambah bilangan poster dengan syarat sama

    dengan poster yang dibenarkan.

    Calon-calon akan dibekalkan dengan poster berkempen oleh PasKem. Calon-calon dibenarkan menambah jumlah poster dengan perbelanjaan sendiri. Calon-calon dibenarkan mengedar risalah kempen dengan kebenaran PasKem. Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman-kecaman peribadi

    terhadap orang perseorangan.

    Calon boleh menggangtung poster di mana-mana sahaja kawasan politeknik yangdibenarkan oleh PasKem dengan syarat tidak mengganggu ketenteraman awam

    dan lalulintas.

    Calon hendaklah memastikan semua poster diturunkan dan dibersihkan dalamtempoh 72 jam selepas keputusan diumumkan. Kegagalan berbuat demikian akan

    menyebabkan wang deposit/jaminan kebersihan tidak akan dikembalikan. Wang

    tersebut akan diberikan kepada pihak lain yang diupah untuk menurunkan semua

    poster berkenaan tidak dipulangkan.

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    7/19

    c. Peraturan Kempen

    Tempoh berkempen

    Dicadangkan selama 5 hari termasuk hari cuti selepas penamaan calon. Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman peribadi terhadap

    individu perseorangan. Tidak menyentuh isu-isu sensitive yang boleh

    mengancam keselamatan Negara.

    Bahan kempen hendaklah mendapat kebenaran PasKem. Poster hanya boleh digantung sahaja dimana-mana kawasan kampus.

    10.6 PENGIRAAN UNDIi. Pengiraan undi dibuat secara manual.

    ii. Keputusan akan dicetak dan disemak secara manual bagi menentukan kesahihankeputusan.

    10.7 KEPUTUSANi. Keputusan akan diumumkan oleh Pengerusi JPK sebaik sahaja keputusan disahkan.

    ii. Calon yang terpilih akan dihantar ke Kolokium/Kursus Kepimpinan JPP untuk membentukjawatankuasa/kabinet MPP PMU.

    iii. Keputusan adalah muktamad sebaik sahaja disahkan oleh Pengarah/Pengerusi JPK. Tiadabantahan atau cabaran selepas itu.

    11.0 PERUNTUKANi. Poster sebanyak 50 keping bagi setiap calon yang bertanding dikeluarkan oleh JHEPP/JPK.

    ii. Lain-lain perbelanjaan sekiranya perlu.iii. Sijil penghargaan/ sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada semua calon yang bertanding.

    POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

    ANGGARAN PERBELANJAAN PILIHANRAYA KAMPUS PMU SESI DISEMBER 2013

    Sumber Kew Keterangan Jumlah % Perbelanjaan

    PERUNTUKAN / HASIL

    TAP MPP 430.00

    JumlahPeruntukan / Hasil 430.00 100%Tiada Peruntukan diperlukan

    PERBELANJAAN

    Makanan

    RM5.00 x 30 orang x 2 hari 300.00 69.77%

    Mineral Water

    RM13.00 x 10 kotak 130.00 30.23%

    Jumlah Perbelanjaan 430.00 100%

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    8/19

    12.0 ORGANISASI JPK

    LIHAT LAMPIRAN 6

    13.0 LAIN-LAIN BERKAITANLIHAT LAMPIRAN 7

    14.0 KESIMPULAN/PENUTUPPerubahan demi perubahan yang merujuk kepada penambahbaikan sistem pelantikan barisan

    kepimpinan pelajar adalah perlu bagi memastikan pergerakan pelajar PMU lebih mantap dan

    boleh dibanggakan oleh semua pihak.

    Pilihanraya kampus ini akan dikawal dan diadun dengan sebaik mungkin mengikut acuan

    PMU. Pengaruh politik kepartian akan cuba dielakkan bagi memastikan ketulenan pilihanraya

    yang berlaku. Sekaligus menggambarkan kematangan pelajar di dalam arus kepimpinan

    mereka.

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    9/19

    Lampiran 1

    Carta Alir Proses Pilihanraya Kampus (PRK)

    PENGARAH

    TIMB. PENGARAH

    AKADEMIK

    TIMB. PENGARAH

    SOKONGAN AKADEMIK

    PENURUNAN KUASA

    JHEPP

    MPP

    PENGURUS PR

    KAMPUS

    Mengeluarkan notiskekosongan

    Penamaan CalonPenetapan Tarikh

    (Borang 2)

    PILIHANRAYA

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    10/19

    JADUAL PERTAMA

    PERATURAN PILIHANRAYA POLITEKNIK 2013

    BORANG 1

    WRIT PILIHANRAYA

    OLEH TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK

    Kepada

    Pengurus Pilihanraya Politeknik Mukah Sarawak Tahun 2014

    Bahawasanya diumumkan suatu pilihanraya akan diadakan bagi kerusi umum dan jabatan bagi tahun

    2014. Jawatankuasa Pilihan Raya hendaklah membuat pilihanraya dalam tempoh 30 hari selepas Writ

    ini dikeluarkan.

    Dengan ini diumumkan bahawa tarikh penamaan calon ditetapkan pada 10 Disember 2013 dan tarikh

    pengundian pada 18 Disember 2013 (Jika ada pertandingan).

    Maka, oleh yang demikian Jawatankuasa Pilihanraya hendaklah mengadakan pilihanraya mengikut

    kaedah dan peraturan yang sedang berkuatkuasa dan hendaklah menghantar laporan pilihanraya

    kepada pihak kami dalam tempoh empat belas (14) hari dari keputusan pilihanraya dan tanpa

    kelengahan.

    Bertarikh pada . 2013

    Dengan Arahan Pengarah.

    .

    TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    11/19

    AKTA 174 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (Tatatertib) 1976

    PERATURAN-PERATURAN PILIHANRAYA

    (PERJALANAN PILIHANRAYA)

    BORANG 2

    NOTIS UNTUK MEMILIH AHLI PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

    POLITEKNIK MUKAH SARAWAK BAGI TAHUN 2014

    BAGI KERUSI UMUM DAN BIRO

    Setelah Ketua Eksekutif Politeknik mengeluarkan suatu Writ kepada Jawatankuasa Pilihan Raya

    Politeknik untuk pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi Pilihan Raya Tahun 2014, maka

    ditetapkan jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

    a. Kerusi Umum : Tujuh (7) kerusib. Kerusi Biro : Dua Puluh Satu (21) kerusi

    Penamaan calon akan diadakan pada 10 Disember 2013 Jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi di Dewan

    Kuliah Utama bagi menjalankan proses penamaan calon.

    2. Setiap calon hendaklah hadir bersama dengan seorang pencadang dan seorang penyokong

    serta melengkapkan borang pencalonan.

    3. Kertas pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada petugas pilihanraya

    pada hari penamaan calon sebelum jam 10.00 pagi hari tersebut.

    4. jika calon yang dinamakan hanya menepati kerusi yang dipertandingkan maka calon itu

    hendaklah serta merta mengisytiharkan sebagai dipilih bagi Majlis Perwakilan Pelajar untuk kerusi

    tersebut. Walau bagaimanapun jika bilangan calon melebihi dari jumlah kerusi yang diperuntukkan

    maka Jawatankuasa Pilihanraya Politeknik akan mengadakan pengundian pada 18 Disember 2013.

    .

    Pegawai Pengurus Pilihanraya Kampus (JPK)

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    12/19

    Lampiran 2

    Kerusi Yang Dipertandingkan

    NAIB YANG DIPERTUA I

    SETIAUSAHA BENDAHARI

    PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI

    BIRO KEBAJIKAN DAN

    SOSIAL

    BIRO SERANTA DAN

    PERHUBUNGAN /

    PENERBITAN

    BIRO SUKAN DAN

    KEBUDAYAAN

    BIRO KEROHANIAN DAN

    MORAL

    BIRO KAMSIS BIRO JABATAN

    BIRO PEMBIMBINGRAKAN SEBAYA

    BIRO PERPADUAN DANINTEGRASI

    YANG DIPERTUA

    NAIB YANG DIPERTUA II

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    13/19

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    14/19

    Bilangan Kerusi Umum adalah sebanyak (7) kerusi, seperti berikut:

    1. Yang Dipertua (1 kerusi)2. Naib Yang Dipertua (2 kerusi)3. Setiausaha (1 kerusi)4. Penolong Setiausaha (1 kerusi)5. Bendahari (1 kerusi)6. Penolong Bendahari (1 kerusi)

    Bilangan Kerusi Biro yang dipertandingkan adalah sebanyak dua puluh satu (21) kerusi, seperti

    berikut:

    1. Biro Kebajikan dan sosial (2 kerusi)2. Biro Seranta dan Perhubungan/Penerbitan (2 kerusi)3. Biro Sukan dan Kebudayaan (2 kerusi)4. Biro Kerohanian dan Moral (1 kerusi Pengerusi J/K Pusat Islam dan 1 kerusi melalui

    pilihanraya)

    5. Biro Perpaduan (2 kerusi)6. Biro Kamsis (1 kerusi lantikan terus Pengerusi J/K Kamsis dan 1 kerusi melalui pilihanraya)7. Biro Jabatan (2 wakil bagi setiap jabatan)8. Biro Pembimbing Rakan Sebaya (1 kerusi lantikan terus Pengerusi PRSP dan 1 kerusi

    melalui pilihanraya)

    Bilangan kerusi biro yang dipertandingkan di setiap jabatan adalah mengikut kuota yang telahditetapkan iaitu:

    Bil. Jabatan Bilangan Kerusi Yang Dipertandingkan

    1 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 4

    2 Jabatan Kejuruteraan Awam 4

    3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik 4

    4 Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 4

    5 Jabatan Perdagangan 5

    Jumlah Kerusi 21

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    15/19

    14.1 Disediakan Oleh

    Nama :

    Jawatan :

    No Telefon :

    Tarikh :

    14.2 Semakan Oleh JHEPP

    Ulasan

    Nama :

    Jawatan :

    Cop :

    Tarikh :

    14.3 Semakan Unit Kewangan

    Ulasan

    Nama :

    Jawatan :

    Cop :

    Tarikh :

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    16/19

    14.4 Semakan dan Sokongan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

    Ulasan

    DISOKONG / TIDAK DISOKONG*

    Nama :Jawatan :

    Cop :

    Tarikh :

    14.6 Kebenaran dan kelulusan Pengarah

    Ulasan

    DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN*

    Nama :

    Jawatan :

    Cop :

    Tarikh :

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    17/19

    LAMPIRAN 1

    Tentatif Program

    (Sabtu)

    6.00 Pagi Berangkat dari Politeknik Mukah

    9.30 Pagi Tiba di Rumah Seri Kenangan

    Taklimat oleh Pengetua Seri Kenangan

    10.00 Pagi Khidmat Masyarakat di Rumah Seri Kenangan

    11.00 Pagi Ramah Mesra Bersama Penghuni Rumah Seri Kenangan

    12 .00 Tengahari Berangkat ke Bandar Sibu/ Makan Tengahari

    3.00 petang Berangkat Balik ke Politeknik Mukah

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    18/19

    LAMPIRAN 2

    JAWATANKUASA PELAKSANA

    Jawatan Nama No KP No Telefon

    Penaung Tn. Hj. Abd Aziz Bin Talib

    Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

    Penasihat Kelab Azrol Bin Adenan

    Pegawai Psikologi

    Pegawai Pengiring Woo Chiat Sing

    Pegawai Psikologi

    Pengarah Program Mohammad Raimy Bin Sazali @ Razali 940617-15-5097

    Penolong Pengarah

    Program

    Chong Yung Kong 940808-12-6790

    Setiausaha Bong Pui Ying

    Laling Chan

    940126-13-5454

    930918-13-6587JK Makanan Melissa Chew Kim Chu

    Nur Fazilah Aris

    Ivan Jong Shi Li

    Nur Syafiah Binti Roslan

    941006-13-5614

    940826-12-5038

    940707-13-5719

    940221-12-6214

    JK Multimedia Mohammad Farasyazwan Bin A. Laili

    Mohd Aizat Bin Abd salam

    Husriani Binti Sabarudin

    Rommy Lau Bik Hing

    Brandon Preslley Libau Alfonso

    930525-12-5587

    931221-12-5881

    940705-12-5352

    950129-13-6523

    940417-13-6131

    JK Logistik Deborah Sipai Kulay

    Priesheilla Sebi anak Magi

    Amylia Anak Mamat

    950421-13-5026

    950218-13-6808

    950224-13-5182

    JK Kerohanian dan

    Kebajikan

    Christa Sua Siran Anak Mark

    Raymond Anak Pieus

    Valeney Bong Herr San

    Muhd Syazwi Syafiq Bin Muhammad

    Norung

    940314-13-5304

    950528-13-6061

    941208-13-5882

    940616-12-6075

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pilihan Raya Pmu

    19/19

    LAMPIRAN 4

    CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

    POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

    ANGGARAN PERBELANJAAN PILIHANRAYA KAMPUS PMU SESI DISEMBER 2013

    Sumber Kew Keterangan Jumlah % Perbelanjaan

    PERUNTUKAN / HASIL

    TAP MPP 430.00

    JumlahPeruntukan / Hasil 430.00 100%

    Tiada Peruntukan diperlukan

    PERBELANJAAN

    Makanan

    RM5.00 x 30 orang x 2 hari 300.00 69.77%

    Mineral Water

    RM13.00 x 10 kotak 130.00 30.23%

    Jumlah Perbelanjaan 430.00 100%