kertas kerja pelantikan pengawas 2014

6
Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya 2 Jalan Tiong, Bandar Puchong Jaya 47170 Puchong Jaya Selangor KERTAS KERJA Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2014 Tarikh : 13 Januari 2014 Hari : Isnin Tempat : Dataran Perpaduan SKPJ 2

Upload: hairom-ibrahim

Post on 31-Dec-2015

125 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

kertas kerja pelantikan pengawas sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pelantikan Pengawas 2014

Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya 2Jalan Tiong, Bandar Puchong Jaya

47170 Puchong Jaya Selangor

KERTAS KERJAMajlis Pelantikan Pengawas

Sekolah

Sesi 2014

Tarikh : 13 Januari 2014

Hari : Isnin

Tempat : Dataran Perpaduan SKPJ 2

Perasmian Oleh : Puan Shabariah Bt Ismail

Guru Besar Sk Puchong Jaya (2)

Page 2: Kertas Kerja Pelantikan Pengawas 2014

1.0 PENGENALAN

Badan Pengawas Sekolah Sesi 2014 Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya 2 telah memilih dan

melantik seramai 57 orang Pengawas Sekolah bagi membantu guru dan pihak sekolah dalam

mengawal disiplin dan memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan. Pelantikan pengawas dibuat adalah berdasarkan faktor pencapaian akademik,

sahsiah yang baik, bertanggungjawab dengan tugas yang telah dimandatkan serta dapat

memberikan kerjasama yang baik. Setiap pengawas sekolah yang dilantik, telah menjalani

tempoh percubaan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Justeru itu, satu majlis

pelantikan diadakan bagi mengiktiraf seseorang murid itu sah sebagai pengawas sekolah.

2.0 RASIONAL

2.1       Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih pengawas menjadi

pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab.

2.2       Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah  ini sememangnya menjadi titik

permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

3.0       OBJEKTIF

3.1       Memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas supaya melakukan tugas yang

dimandatkan oleh pihak sekolah dengan penuh amanah, dedikasi dan bertanggungjawab.

3.2       Semoga dengan perlantikan ini, semua pengawas yang telah dilantik dapat menggalas

dan menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan penuh keyakinan

diri.

4.0       SASARAN PENYERTAAN

4.1       57 orang pengawas

Page 3: Kertas Kerja Pelantikan Pengawas 2014

BERSAMA-SAMA MENGGALAS TANGGUNGJAWAB

MENJAYAKAN MASALAH DISIPLIN SIFAR

JAWATANKUASA

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2013

Tarikh : 13 Januari 2014

Hari : Isnin

Masa : 8.10-9.10 pagi

Pengerusi : Pn. Shabariah bt Ismail

Naib Pengerusi : En. Mohd Tabohan Bin Ishak

Naib Pengerusi 1 : Pn. Laila bt Abdul Hamid

Naib Pengerusi II : Pn. Saraswathy a/p Suparumaniam

Backdrop : Pn Normi bt Othman

Pn. Noor Azizah bt Samsudin

Pn. Siti Zaliza bt Mujir

PA sistem : En. Kamalakannan & Ustaz Errwan

Susunan kerusi : Guru Bertugas mingguan

Bacaan Doa : Ustaz Zarifi

Pengurus Pengawas Sekolah : Pn Hairom bt Ibrahim

Pn. Iryantie bt Baharuddin

Pengurus Pengawas : Pn Zarina bt Abu Bakar

Pusat Sumber Pn Rozyla bt Nordin

Pengurus PRS : Pn Noriza bt Abu Zabri

Pn. Kaladevi a/p Arumugum

Juru Acara : Pn Nuraini bt Abu Bakar

Jurufoto : En Mohamad Azarul bin Mohd Mokhtar

Dokumentasi Pn. Zarina bt Abu Bakar

Kawalan Murid : Semua guru

           

Page 4: Kertas Kerja Pelantikan Pengawas 2014

ATURCARA MAJLIS PELANTIKAN

PENGAWAS SEKOLAH/PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SK PUCHONG JAYA (2).

7.00 Murid berkumpul di Dataran Perpaduan

7.40 Perhimpunan rasmi

8.00 Ucapan Guru Besar

8.10 Pelantikan

Guru Pengawas

Ketua Pengawas / Penolong Ketua Pengawas

Pengawas sekolah tahun 3, 4,5 dan 6

Pengawas Pusat Sumber

Pembimbing Rakan Sebaya

Ikrar Pengawas

9.10 Bersurai

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

…………………………….. …………………………..

Hairom binti ibrahim Shabariah bt Ismail

Guru Pengawas Sekolah SKPJ2 Guru Besar SKPJ2

Page 5: Kertas Kerja Pelantikan Pengawas 2014