kertas kerja majlis graduasi daerah

3
KERTAS KERJA MAJLIS GRADUASI KALI PERTAMA PELAJAR-PELAJAR PRAUNIVERSITI DAERAH SAMARAHAN 2015 1.0 PENDAHULUAN Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian pelajar yang cemerlang baik daripada segi akademik mahupun daripada aspek pembentukan sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengukuhan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar, serta permuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut memantapkan kecemerlangan sekolah. Majlis Hari Graduasi akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan harapan yang terkandung dalam visi dan misi sekolah. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang bakal diberi kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung akan menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Meraikan para pelajar atas kejayaan mereka mengharungi dan hampir menamatkan zaman persekolahan di Tingkatan 6. 2.2 Menyuntik semangat baru dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Tingkatan 6 agar dapat menghadapi Peperiksaan STPM dengan lebih yakin dan positif. 2.3 Menggalakkan penglibatan masyarakat dan pemimpin setempat, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. 2.4 Meningkatkan keyakinan dan keprihatinan pelajar terhadap tanggungjawab yang perlu mereka galas setelah berada di dunia luar sana (selepas persekolahan). 2.5 Menjalin dan mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dan guru-guru walaupun selepas tamat persekolahan mereka nanti. 3.0 CADANGAN PELAKSANAAN 3.1. Sasaran Semua pelajar Tingkatan 6 Daerah Samarahan 3.2 Cadangan Tarikh / Tempat Tarikh: 28/10/2015

Upload: zue-d-ace

Post on 04-Feb-2016

1.136 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

kertas kerja majlis graduasi daerah

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Majlis Graduasi Daerah

KERTAS KERJA

MAJLIS GRADUASI KALI PERTAMA

PELAJAR-PELAJAR PRAUNIVERSITI

DAERAH SAMARAHAN

2015

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian pelajar yang cemerlang baik daripada segi akademik mahupun daripada aspek pembentukan sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengukuhan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar, serta permuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut memantapkan kecemerlangan sekolah.

Majlis Hari Graduasi akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan harapan yang terkandung dalam visi dan misi sekolah. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang bakal diberi kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung akan menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif.

2.0 OBJEKTIF2.1 Meraikan para pelajar atas kejayaan mereka mengharungi dan hampir

menamatkan zaman persekolahan di Tingkatan 6.

2.2 Menyuntik semangat baru dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Tingkatan 6 agar dapat menghadapi Peperiksaan STPM dengan lebih yakin dan positif.

2.3 Menggalakkan penglibatan masyarakat dan pemimpin setempat, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

2.4 Meningkatkan keyakinan dan keprihatinan pelajar terhadap tanggungjawab yang perlu mereka galas setelah berada di dunia luar sana (selepas persekolahan).

2.5 Menjalin dan mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dan guru-guru walaupun selepas tamat persekolahan mereka nanti.

3.0 CADANGAN PELAKSANAAN3.1. Sasaran

Semua pelajar Tingkatan 6 Daerah Samarahan3.2 Cadangan Tarikh / Tempat

Tarikh: 28/10/20153.3 Tempat: Dewan Suarah, kota Samarahan3.4 Aktiviti Program

Rujuk Lampiran3.5 Ahli Jawatankuasa

Rujuk Lampiran

Page 2: Kertas Kerja Majlis Graduasi Daerah

5.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan seterusnya

mendapat kerjasama dari semua pihak. Semoga majlis ini akan dapat memberikan titik

tolak permulaan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 daerah Samarahan untuk berjaya

kelak bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam ko-kurikulum

Disediakan oleh,

____________________(ZURINA BT BAHAROM) Setiausaha, Majlis Graduasi, Daerah Samarahan.

Disemak oleh,

______________________(MASYZIYATI BT MAMAT)Penolong Kanan Tingkatan 6,SMK Muara Tuang.

Disahkan oleh,

________________(WAHAP BIN WAK)Pengetua,SMK Muara Tuang.

Page 3: Kertas Kerja Majlis Graduasi Daerah

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

PENDAPATAN

Bil Perkara Jumlah (RM)

1. Sumbangan SMK Muara Tuang

Makan VIP (RM20 x 4)

Makan Guru (RM 15 x 23)

Banner

Sewa dewan & penghiasan pentas

Cendera mata VIP

80.00

345.00

235.00

240.00

100.00

JUMLAH 1000.00

2. Sumbangan SMK Kota Samarahan

Makan VIP (RM20 x 4)

Makan Guru (RM 15 x 17)

Banner

Sewa dewan & penghiasan pentas

80.00

255.00

235.00

240.00

JUMLAH 810.00

3. Sumbangan SMK Asajaya

Makan VIP (RM20 x 4)

Makan Guru (RM 15 x 24)

Banner

Sewa dewan & penghiasan pentas

80.00

360.00

235.00

240.00

JUMLAH 915.00

JUMLAH 2725.00

PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah (RM)

1. Dewan suarah Kota Samarahan 400.00

2. Penghiasan Pentas 318.00

3. Makan minum Guru (RM15 x 64) 960.00

4. Makan minum VIP (RM20 x 12 orang) 240.00

5. Cendera mata VIP 107.00

6. Banner /Backdrop 700.00

JUMLAH 2725.00