kertas kerja lagu baru sk skarok | april 2016

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK 95900 LUBOK ANTU, SARAWAK KERTAS KERJA PROJEK LAGU SEKOLAH SK SKAROK, LUBOK ANTU PROJEK PANITIA DUNIA MUZIK 2016 SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK JALAN HIDRO BATANG AI, 95900 LUBOK ANTU DI BAWAH KENDALIAN GURU PANITIA DUNIA STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY

Upload: stephanie-unsil-rakey

Post on 09-Feb-2017

63 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Lagu Baru SK Skarok | April 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK95900 LUBOK ANTU, SARAWAK

KERTAS KERJA PROJEK LAGU SEKOLAH

SK SKAROK, LUBOK ANTU

PROJEK PANITIA DUNIA MUZIK 2016SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK

JALAN HIDRO BATANG AI, 95900 LUBOK ANTU

DI BAWAH KENDALIAN GURU PANITIA DUNIA STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY

Page 2: Kertas Kerja Lagu Baru SK Skarok | April 2016

1.0 PENGENALAN

Projek Lagu Sekolah SK Skarok ini dilakukan kerana sekolah tidak

mempunyai lagu sekolah. Bagi memenuhi kehendak aktiviti intership yang

berkaitan dengan Panitia Dunia Muzik, projek ini dilakukan bagi memberi

gubahan muzik dan lirik yang baru agar lebih bersemangat dan menarik.

Diharapkan agar dengan adanya lagu sekolah yang baru, ia akan menjadikan

warga sekolah lebih sayang dan cinta akan identiti sekolah.

2.0 MATLAMAT

Projek lagu baru SK Skarok, yang merangkumi muzik dan lirik lagu dilakukan

dengan rasionalnya agar selari dengan lagu – lagu semasa yang bersemangat

dan mudah diingati oleh guru dan juga murid. Lagu baru juga dibuat agar

seiringan dengan falsafah dan nilai SK Skarok yang tersendiri yang akan

menjadi panduan serta pedoman kepada warga sekolah. Falsafah dan nilai

sekolah SK Skarok, Lubok Antu boleh diterjemahkan menerusi moto sekolah,

lagu sekolah, dan ikrar pelajar. Kewujudan falsafah dan nilai sekolah ini

sebenarnya tersurat tetapi membawa seribu pengertian yang tersirat. Sekolah

Kebangsaan Skarok telah mengadaptasikan Falsafah dan Nilai menerusi Moto

serta Lagu Sekolah untuk menjadi panduan dan pedoman seluruh warga

sekolah. Berikut merupakan moto Sekolah Kebangsaan Sk Skarok:

“SK SKAROK TERUS MAJU”

Melambangkan semua warga Sekolah Kebangsaan Skarok akan terus maju

secara berterusan untuk menentukan kecemerlangan dari aspek Kurikulum,

Kokurikulum, kemampatan sahsiah, kejituan semangat patriotisme dan

kesejagatan kepimpinan dengan berteraskan peningkatan kebersihan,

keindahan, keselamatan dan kerohanian. Kecemerlangan ini selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi Jabatan Pendidikan Negeri

Sarawak.

Page 3: Kertas Kerja Lagu Baru SK Skarok | April 2016

3.0 OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai adalah

a) Memberi identiti sekolah melalui lagu sekolah.

b) Meningkatkan motivasi guru, murid dan kakitangan SK Skarok.

c) Meningkatkan perasaan cinta dan sayang akan sekolah berdasarkan

lirik lagu sekolah.

d) Mengeratkan hubungan dalam kalangan guru, kakitangan dan murid

SK Skarok.

e) Menyediakan identiti sekolah melalui lagu sekolah berasaskan prinsip

perkembangan fisiologi, psikologi, intelek, emosi dan kerohanian.

4.0 PENGANJUR

Panitia Dunia Muzik SK Skarok

5.0 AHLI JAWATANKUASA

5.1Jawatankuasa Induk

Penaung Cikgu Ajan Anak Embang

(Guru Besar)

Penasihat I Cikgu Suai Anak Isau

(Penolong Kanan Kurikulum)

Penasihat II Cikgu John Anak Kedebo

Pengerusi (Penolong Kanan Kokurikulum)

Cikgu Sylvia Anak Tugan

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Mentor Cikgu Jennifer Anak Sungong

Page 4: Kertas Kerja Lagu Baru SK Skarok | April 2016

6.0 PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek lagu sekolah SK Skarok,

Lubok Antu.

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

1 14 April 2016 Merujuk sejarah sekolah

Kerjasama daripada warga sekolah SK St. Andrew

2 19 April 2016 Memberi cadangan projek kepada

barisan pentadbir sekolah berkenaan projek lagu baru SK Skarok, Lubok Antu.

Kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah

4 20 hingga 25 April 2016

Membuat gubahan lagu baru sekolah

Bimbingan daripada mentor Cikgu Jennifer Sungong

5 25 hingga 29 April 2016

Memperdengarkan gubahan baru lagu sekolah SK Skarok semasa PdP Dunia Muzik

Kerjasama daripada murid – murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK St. Andrew

Page 5: Kertas Kerja Lagu Baru SK Skarok | April 2016

7.0 PENUTUP

Semoga dengan lagu baru sekolah Sekolah Kebangsaan Skarok, dapat

meningkatkan pengahayatan murid dan warga sekolah terhadap seni kata

lagu sekolah. Malah, semangat patriotik dan cinta akan sekolah menyumbang

kepada penglibatan aktif murid dalam bidang akademik dan juga kokurikulum

sekolah. Suasana sekolah yang penyayang dapat membantu guru dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti

seterusnya membina suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.

Bagi pihak panitia Dunia Muzik, projek lagu baru sekolah SK

Kebangsaan Skarok ini dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna.

Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada konsep

kendiri guru terhadap kemahiran mengurus dan memimpin. Sehubungan itu,

sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi

kejayaan lagu baru sekolah SK Skarok, Lubok Antu.

Page 6: Kertas Kerja Lagu Baru SK Skarok | April 2016

Disediakan Oleh

_____________________________

(STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY)

Penyelaras

Projek Lagu Baru Sekolah

SK Skarok, Lubok Antu.

Disemak Oleh

_____________________________

(SUAI ANAK ISAU)

Guru Penolong Kanan Kurikulum

SK Skarok, Lubok Antu.

Disahkan Oleh

_____________________________

(AJAN ANAK EMBANG)

Guru Besar

SK Skarok, Lubok Antu.