kertas kerja label pokok (tangga batu)

7
SEKOLAH KEBANGSAAN TANGGA BATU, KM 16, SUNGAI UDANG POS, 76300 MELAKA. PROGRAM INTERSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA. SEMESTER 8 KERTAS KERJA PROJEK MELABEL POKOK SEKOLAH TARIKH : 8 Julai hingga 26 Julai 2013 TEMPAT : KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANGGA BATU

Upload: ayarus-inah

Post on 28-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Label Pokok (Tangga Batu)

SEKOLAH KEBANGSAAN TANGGA BATU,KM 16, SUNGAI UDANG POS,

76300 MELAKA.

PROGRAM INTERSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA.

SEMESTER 8

KERTAS KERJA

PROJEK MELABEL POKOK SEKOLAH

TARIKH : 8 Julai hingga 26 Julai 2013

TEMPAT : KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANGGA BATU

Page 2: Kertas Kerja Label Pokok (Tangga Batu)

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah merupakan tempat yang paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan

yang menghargai alam sekitar. Ini kerana, hanya di sekolahlah keperibadian dan persepsi

manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan.

Justeru itu, satu projek telah dirancang bertujuan bagi memberi pendedahan kepada

warga sekolah dan murid tentang nama tempatan serta nama saintifik pokok-pokok yang

terdapat di sekitar Sekolah Kebangsaan Tangga Batu (SKTB). Projek tersebut.merupakan

projek melabel nama-nama pokok di sekitar kawasan sekolah.

Bagi melicinkan lagi pelaksanaan projek yang akan dijalankan,pembahagian tugasan

telah dilakukan dan guru yang menjalani latihan Intership di sekolah ini akan melabel

sebanyak 504 batang pokok di setiap kawasan yang telah ditetapkan dengan nama

tempatan dan nama saintifik pokok tersebut.

2.0 MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan

sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberikan pendedahan kepada warga sekolah dan murid tentang nama

tempatan dan nama saintifik setiap pokok di sekolah.

3.2 Mewujudkan suasana sekolah yang berinformasi dan ceria.

3.3 Menjadi salah satu daripada bahan bantu mengajar bagi guru.

3.4 Mewujudkan iklim pembelajaran di sekitar kawasan sekolah.

3.5 Menggalakkan warga sekolah dan murid lebih mencintai alam sekitar.

Page 3: Kertas Kerja Label Pokok (Tangga Batu)

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 8 - 26 JUN 2013

Tempat : Kawasan Sekolah Kebangsaan Tangga Batui. Taman PPDa dan Belakang Kantin Sekolah

(Pn.Raihan)ii. Taman Sumber Sains dan Hadapan Kantin Sekolah

(Cik Nur Amirah)iii. Padang Sekolah dan Taman Permainan Pra Sekolah

(Cik Nurul Najwa)iv. Kawasan Blok I dan Blok H

(Cik Nur Suraya Hani)5.0 JAWATANKUASA

Pennasihat : Tn. Hj Nasir bin Hj Omar (Guru Besar SK Tangga Batu)Pengerusi : En. Md Sharif bin Dol (GPK Pentadbiran)N.Pengerusi 1 : Pn. Janna binti Daud (GPK Hal Ehwal Murid)N.Pengerusi 2 : Pn. Maimunah binti Sulaiman (GPK Ko-kurikulum)Penyelaras 1 : Pn. Nur Asyaridah bt. Yunus (Penyelaras PPKI)Penyelaras 2 : En. Roslan bin Abu Bakar (Guru Mata Pelajaran Sains)

Ketua Projek : Pn.Raihan bt Rajab Setiausaha : Cik Nur Suraya Hani bt Sazali ZakiAJK Dokumentasi : Cik Nurul Najwa bt Awang

AJK Peralatan : Cik Nur Amirah bt Mohd. Zain

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH1. Zink (10 x 5 inci ) RM 23.00 x 8 keping RM 184.00 2. Gunting Zink RM 23.00 x 1 bilah RM 23.003. Tempahan Wording RM 1.00 x 252 batang RM 252.004. Tukul Besi RM 25.00 x 1 batang RM 25.005. Paku (1 inci ) RM 6.00 x 1 kg RM 6.006. Paku (1.5 inci ) RM 4.00 x 1/2 kg RM 2.007. Kayu Pancang RM 2.40 x 84 batang RM 201.608. JUMLAH KESELURUHAN RM 693.60

( ENAM RATUS SEMBILAN PULUH TIGA DAN ENAM PULUH SEN SAHAJA )

Page 4: Kertas Kerja Label Pokok (Tangga Batu)

7.0 SUMBER KEWANGAN

1 . Peruntukan Sekolah Jumlah Keseluruhan: RM 693.60

8.0 BILANGAN POKOK DI KAWASAN SEKOLAH SEHINGGA TARIKH 8 JULAI 2013

Pokok Besar 25 batang

Pokok Kecil 479 batang

Jumlah 504 batang

9.0 PELAN TINDAKAN

TARIKH PERKARA8 Julai 2013 Mengira bilangan pokok di kawasan yang telah ditetapkan.

9 -10 Julai 2013 Mencari maklumat tentang nama tempatan dan nama saintifik pokok daripada pelbagai sumber:

a) Bukub) Internetc) Merujuk guru mata pelajaran Sains dan tukang kebun

sekolah.

11 Julai 2013 Menempah wording bagi nama-nama pokok

12 Julai 2013 Memotong zink mengikut ukuran yang tepat.

15- 16 Julai 2013 Melekatkan wording pada zink yang telah dipotong.

17-19 Julai 2013 Melabelkan pokok-pokok di kawasan sekolah.

22 Julai 2013 Majlis Perasmian Pelabelan Pokok

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan

di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk

memastikan label yang telah dilekatkan akan kekal dalam keadaan yang baik dalam tempoh

masa yang lama.

Page 5: Kertas Kerja Label Pokok (Tangga Batu)

Juga diharapkan agar ianya dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang berinformasi

dan ceria untuk melahirkan warga sekolah dan murid yang mencintai alam sekitar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................. ................................

Nur Suraya Hani bt Sazali Zaki, Nur Asyaridah bt. Yunus, Setiausaha, PenyelarasProjek Melabel Pokok Sekolah, PPKI SK Tangga Batu ,SK Tangga Batu Sungai Udang,Sungai Udang, Melaka.Melaka.

Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................... .....................................

Roslan bin Abu Bakar,Ketua Panitia Sains,SK Tangga Batu,Sungai Udang,Melaka.

Hj Nasir bin Hj Omar,Guru Besar,SK Tangga Batu,Sungai Udang,Melaka.