kertas kerja kursus bkr

9
KERTAS KERJA KURSUS CARA MEMBUAT ROTI, KEK & KUIH- MUIH TEMPAT : BENGKEL KEK & ROTI / SEJUK BEKU PUSPEN BUKIT CHABANG, PERLIS TARIKH : 23 – 24 APRIL 2011 (SABTU & AHAD) ANJURAN UNIT LATIHAN VOKASIONAL & RIADAH PUSPEN BUKIT CHABANG, PERLIS DENGAN KERJASAMA

Upload: radziah

Post on 05-Feb-2016

1.520 views

Category:

Documents


146 download

DESCRIPTION

kertas

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kursus Bkr

KERTAS KERJA

KURSUS CARA MEMBUAT ROTI, KEK & KUIH-MUIH

TEMPAT :BENGKEL KEK & ROTI / SEJUK BEKUPUSPEN BUKIT CHABANG, PERLIS

TARIKH :23 – 24 APRIL 2011(SABTU & AHAD)

ANJURAN UNIT LATIHAN VOKASIONAL & RIADAH PUSPEN BUKIT CHABANG, PERLIS

DENGAN KERJASAMA

KOPERASI BINA INSAN BUKIT CHABANG PERLIS BERHAD

Page 2: Kertas Kerja Kursus Bkr

1.0PENDAHULUANKursus Cara Membuat Roti, Kek Dan Kuih-Muih adalah satu program yang dirangka oleh Unit Latihan Vokasional Dan Riadah PUSPEN Bukit Chabang, Perlis dengan kerjasama Koperasi Bina Insan Bukit Chabang Perlis Berhad adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada penghuni-penghuni yang berminat dalam bidang ini di samping melaksanakan program untuk penghuni. Ianya akan diadakan di Bengkel Kek & Roti / Sejuk Beku PUSPEN Bukit Chabang, Perlis selama 2 hari bermula pada 23 sehingga 24 April 2011. Kursus ini juga dilaksanakan selaras dengan misi Cawangan Latihan Vokasional Dan Riadah, Ibupejabat Agensi Antidadah Kebangsaan yang mahu mewujudkan keseimbangan modal insan dari segi kemahiran bekerja oleh penghuni. 2.0MATLAMATMatlamat kursus ini adalah untuk member latihan serta kemahiran kepada penghuni supaya mereka tidak hanya mengikuti program PUSPEN yang sedia ada, tetapi menceburkan diri dalam bidang yang berlainan yang mampu untuk menjana ekonomi mereka di kemudian hari Selain itu, kursus ini juga bertujuan supaya penghuni dapat berdikari dan mencegah risiko untuk ketagihan berulang apabila mereka bebas kelak.3.0OBJEKTIF

3.1Memberi latihan dan kemahiran kepada penghuni.3.2Membentuk sikap bekerjasama di kalangan penghuni.3.3Melatih penghuni untuk memupuk sikap suka bekerja.3.4Memberi peluang kepada penghuni yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pengendalian makanan.3.5Membuka minda penghuni supaya mereka asas kemahiran yang mampu diaplikasikan oleh penghuni untuk menjana ekonomi apabila mereka bebas kelak..3.6Dapat mengurangkan serta mencegah risiko penagihan berulang.

Page 3: Kertas Kerja Kursus Bkr

4.0TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN4.1Tarikh yang dirancang adalah pada 23 sehingga 24 April 2011, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.4.2Dilaksanakan selama 2 hari4.3Masa kursus bermula yang dirancangkan adalah pada jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang.4.4Tarikh ini juga tidak mengganggu aktiviti harian lain penghuni kerana ianya adalah pada hari cuti hujung minggu.4.5Tentatif program kursus adalah seperti di Lampiran 1.

5.0TEMPAT5.1Tempat yang dicadangkan adalah Bengkel Kek & Roti / Sejuk Beku, PUSPEN Bukit Chabang, Perlis.5.2Dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi untuk kursus yang dijalankan.5.3Ruang yang cukup besar untuk menampung sebilangan besar penghuni.5.4Perjalanan kursus dapat dipantau oleh petugas keselamatan yang bertugas pada waktu berkenaan.5.5Memudahkan penghuni untuk mengikuti aktiviti wajib iaitu bersolat secara berjemaah di masjid.

6.0KUMPULAN SASARAN / PENYERTAANJumlah peserta kursus : 40 orangFasilitator : 2 orangTenaga Pengajar : 1 orang

Page 4: Kertas Kerja Kursus Bkr

7.0JAWATANKUASA PERLAKSANAANPengerusi : Pn. Sharifah Binti BasirNaib Pengerusi : En. Mohd Hazrin Bin Haji Abu SemanSetiausaha : En. Yusmarizal Bin Haji YusopAJK Makanan : Cik Norhayati Binti ZalaluddinAJK Kerohanian : Ustaz MuhyiddinAJK Sijil : Pn. AzuneAJK Kebajikan : En. Rashid Bin HussainAJK Pengangkutan : En. Mohd Idris Bin BakarAJK Rawatan : En. Haji Abdul Samad

8.0PERBELANJAANBerikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk kursus ini :BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH1.2.3.

Makan dan minumSijilLain-lain perbelanjaan

40×RM 10.00(2 hari)40×RM 5.00

RM 800.00RM 200.00RM 200.00

JUMLAH RM 1,

Page 5: Kertas Kerja Kursus Bkr

PERBELANJAAN 200.00Sagu hati kepada tenaga pengajar akan disumbangkan oleh Koperasi Bina Insan Bukit Chabang Perlis Berhad

9.0PENUTUPDiharapkan kursus yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga ilmu yang dicurahkan kepada peserta dapat dipraktikkan sepenuhnya apabila mereka menjalani kehidupan di luar seterusnya dapat menjadi satu sumber pendapatan buat mereka. Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan kursus ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh : Disahkan oleh :------------------------------ ---------------------------WAN MASRI BIN ROSNI MAHADZIR BIN ELIASPembantu Antidadah S 17 KomandanPUSPEN Bukit Chabang, PUSPEN Bukit Chabang.PERLIS. PERLIS.

Page 6: Kertas Kerja Kursus Bkr

LAMPIRAN 1Tentatif program

SABTU ( 23 APRIL 2011 )08.15 pagi : Sesi Pendaftaran Masuk Peserta Kursus08.30 pagi : 10.30 pagi : Minum Pagi11.00 pagi : 01.00 petang : Makan Tengahari & Solat Zohor02.30 petang : 05.30 petang : Bersurai

Page 7: Kertas Kerja Kursus Bkr

AHAD ( 24 APRIL 2011 )

LAMPIRAN 2SENARAI NAMA PESERTA KURSUS

BIL NAMA PESERTA NO. BADAN NO. KADPENGENALAN

Page 8: Kertas Kerja Kursus Bkr