kertas kerja koam- edited2

Upload: azam-andika

Post on 16-Jul-2015

196 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PENGANJURAN KURSUS DAN UJIAN KEPEGAWAIAN KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM) GRED 3

KURSUS DAN UJIAN KEPEGAWAIAN KOAM GRED 3 1.0 PENDAHULUAN Ujian Kepegawaian KOAM Gred 3 merupakan satu ujian yang penting bagi memberi inputinput berguna tentang kepegawaian olahraga kepada bakalbakal pegawai olahraga disamping menilai tahap penguasaan ilmu mereka tentang kepegawaian olahraga. Apabila seseorang lulus Ujian Kepegawaian KOAM Gred 3, beliau layak untuk menjadi pegawai olahraga bagi mana-mana pertandingan olahraga yang dipertandingkan pada peringkat daerah mahupun negeri. Dengan menjadi seorang pegawai olahraga, banyak pengalaman yang akan diperolehinya tentang kepegawaian olahraga. Oleh itu, beliau dapat menggunakan segala pengalamannya sebagai seorang pegawai olahraga untuk pergi lebih jauh iaitu menjadi pegawai olahraga pada peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. 2.0 TUJUAN

Tujuan diadakan Ujian Kepegawaian KOAM Gred 3 adalah bagi mencari para pegawai olahraga yang baru agar khidmat tenaga mereka dapat digunakan dalam kepegawaian olahraga sesuatu kejohanan. Sesungguhnya pada masa ini, khidmat pegawai sukan yang bertauliah sangat diperlukan kerana negara kita kekurangan para pegawai olahraga dalam kejohanan-kejohanan yang dipertandingkan. 3.0 OBJEKTIF

3.1. Melahirkan pegawai olahraga bertauliah. 3.2. Mendedahkan bakal pegawai olahraga dengan ilmu kepegawaian. 3.3. Membuka ruang bagi mereka yang berminat untuk pergi lebih jauh dalam bidang kepegawaian olahraga. 3.4. Mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi. 3.5. Mempraktikkan ilmu yang diperolehi semasa kursus kepegawaian. 3.6. Memiliki kemahiran mempegawaian kejohanan olahraga. 4.0 JUSTIFIKASI

Rasional diadakan Ujian Kepegawaian KOAM Gred 3 ini adalah bagi mencari pelapis kepada pegawai olahraga yang sedia ada bagi mempegawaikan acara sukan olahraga yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan. Apabila berlaku kekurangan tenaga pegawai olahraga dalam sesuatu kejohanan olahraga, adalah sangat sukar kejohanan tersebut untuk berjalan dengan lancar. Oleh itu, tenaga pegawai olahraga yang baru inilah yang diperlukan

1

PENGANJURAN KURSUS DAN UJIAN KEPEGAWAIAN KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM) GRED 3

bagi mengantikan pegawai-pengawai olahraga yang telah bersara atau tidak lagi aktif dalam kepegawaian olahraga. Selain itu, Ujian Kepegawaian sukan perlu diadakan bagi memberi input input yang berguna kepada para bakal pegawai olahraga agar seorang pegawai olahraga yang terlatih dan diiktiraf KOAM dapat dilahirkan. Hal ini kerana, seseorang pegawai olahraga perlu mengikuti ceramah dan kursus tentang kepegawaian olahraga terlebih dahulu kemudian diikuti dengan ujian bagi menguji tahap pengetahuan mereka tentang kepegawaian olahraga. Ujian Kepegawaian KOAM juga bertujuan bagi mendedahkan para bakal pegawai tentang ilmu-ilmu dalam bidang olahraga serta cara untuk mempegawaikan sesuatu acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan.

5.0

TARIKH 1-3 Mac 2012

6.0

TEMPAT KURSUS 6.1 Dewan Al-Farabi,IPG Kampus Dato Razali Ismail 6.2 Padang IPG Kampus Dato Razali Ismail

7.0

BILANGAN PESERTA Para pelajar PISMP Semester 5 IPG Kampus Dato Razali Ismail seramai 216 orang pelajar

2

PENGANJURAN KURSUS DAN UJIAN KEPEGAWAIAN KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM) GRED 3

8.0

KEWANGAN

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH (RM)

1. Elaun fasilitator 2. Makan dan minum pelajar :Makan Tengahari :

RM 80 x 12 jam (RM 5 x 216 orang) x 2 hari

960 2160

3. Makanan pensyarah dan tetamu jemputan:Minum pagi : Makan Tengahari : (RM 3 x 3 orang) x 2 hari (RM 7 x 3 orang) x 2 hari 18 42

4. Air Mineral

(Rm0.50 x 216 botol) x 5 sesi

540

5. Peruntukan dari stor : 5.1 Sijil penyertaan 5.1.1 5.1.2 Peserta Pegawai 312 sijil penyertaan 3 sijil penghargaan 3 rim 1 rim 216 batang 216 keping Jumlah Keseluruhan 3720 -

5.2 Kertas A4 putih 5.3 Kertas A4 bewarna 5.4 Pen (biru) 5.5 Fail kertas

3

PENGANJURAN KURSUS DAN UJIAN KEPEGAWAIAN KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM) GRED 3

9.0

URUSETIA KURSUS

Jawatankuasa Induk Penaung Penasihat Penyelaras Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari : En Ghulam Sarver Bin Mubarak Ali : En.Zaharim Bin Tawang : En. Zakaria Bin Ali : Mohamad Hapizul Bin Jelani : Luqman Hakim Bin Haron : Nabilah Binti Yusof : Hanis Athirah Binti Rusli : Nur Sabariah Binti Ahmad : Nor Haliza Binti Mad Taib

Ahli Jawatankuasa Kerja Pendaftaran Makanan Tempat Alatan Siaraya Jemputan/protokol Perhubungan : PISMP Semester 5 Pendidikan Khas : PISMP Semester 5 Pendidikan Islam dan Moral : PISMP Semester 5 Bahasa Melayu : PISMP Semester 5 Matematik 1 : PISMP Semester 5 Matematik 2 : PISMP Semester 5 Kajian Sosial 2 : PISMP Semester 5 Kajian Sosial 1

10.0

AKTIVITI 10.1. Kursus kepegawaian olahraga. 10.2. Ujian kepegawaian olahraga.

11.0

SENARAI FASILITATOR 11.1 Encik Wan Azlan Bin Ismail 11.2 Encik Zuriman Bin Abdul Rahman

4

PENGANJURAN KURSUS DAN UJIAN KEPEGAWAIAN KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM) GRED 3

12.0

ATURCARA KURSUS

01/03/2012, KHAMIS MASA 1500 - 1530 1530 - 1800 KEMAHIRAN Pendaftaran peserta Teori 1 y 02/03/2012 JUMAAT MASA 0830 - 1030 Amali 1 y y 1000 - 1030 1030 -1230 y y 1230 - 1500 1500 - 1800 Amali 2 y Kumpulan A Teknik Membina Trek Kumpulan B Teknik Membina Sektor Acara Padang EN. WAN AZLAN B. ISMAIL EN ZURIMAN BIN ABD RAHMAN Kumpulan A Balapan Kumpulan B Padang Kumpulan A Padang Kumpulan B Balapan EN . ZURIMAN BIN ABD RAHMAN REHAT EN . ZURIMAN BIN ABD RAHMAN EN. WAN AZLAN B. ISMAIL KEMAHIRAN FASILITATOR EN. WAN AZLAN B. ISMAIL Undang-undang KOAM/AAF EN. WAN AZLAN B. ISMAIL / EN . ZURIMAN BIN ABD RAHMAN FASILITATOR

REHAT (Solat Jumaat)

y

03/03/2012 SABTU MASA 0830 1000 y KEMAHIRAN Kumpulan A Teknik Membina Sektor Acara Padang y 1000 1030 1030 1200 Kumpulan B Teknik Membina Trek REHAT Peperiksaan KOAM Gred 3 EN ZURIMAN B ABD RAHMAN FASILITATOR EN WAN AZLAN B ISMAIL

5

PENGANJURAN KURSUS DAN UJIAN KEPEGAWAIAN KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM) GRED 3

13.0

PENUTUP Adalah diharapkan program ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman

berguna kepada bakal-bakal pegawai olahraga yang akan menghadiri kursus dan ujian kepegawaian olahraga. Hal ini adalah selaras dengan kehendak KOAM bagi menghasilkan pegawai olahraga yang bertauliah bagi digunakan semasa berlangsungnya sesuatu kejohanan-kejohanan olahraga. Selain itu, sebagai seorang bakal guru, para pelatih seharusnya diberi peluang bagi menimba ilmu kepegawaian olahraga dan mendapatkan sijil kepegawaian kerana di sekolah kelak, para pelatih mungkin akan diberikan tugas bagi mempegwaikan sesuatu kejohanan sukan sama ada pada peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.

6

PENGANJURAN KURSUS DAN UJIAN KEPEGAWAIAN KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM) GRED 3

Disediakan oleh :

(NABILAH BINTI YUSOF ) Setiausaha Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Olahraga PISMP SEMESTER 5 IPG Kampus Dato Razali Ismail.

Disemak oleh : .................................. (MOHAMAD HAPIZUL BIN JELANI) Pengerusi Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Olahraga PISMP SEMESTER 5 IPG Kampus Dato Razali Ismail.

Disemak oleh : ( EN. ZAKARIA BIN ALI ) Pensyarah penasihat Unit Kokurikulum IPG Kampus Dato Razali Ismail

Disokong oleh : .. (EN.ZAHARIM BIN TAWANG) Ketua Jabatan Unit Kokurikulum IPG Kampus Dato Razali Ismail.

7

PENGANJURAN KURSUS DAN UJIAN KEPEGAWAIAN KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM) GRED 3

Disahkan Oleh : (EN. GHULAM SARVER BIN MUBARAK ALI) Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala terengganu, Terengganu. Ulasan :

........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................

8