kertas kerja bengkel i-think

6
Kertas Kerja Bengkel ‘I-Think’ ( Program Peningkatan Profesionalisme Guru) Peringkat Sekolah 2013 Anjuran: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan TARIKH : 30 Julai 2013 TEMPAT : Makmal Sains SJKT Bandar Springhill

Upload: dollar-g

Post on 25-Oct-2015

396 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bengkel I-Think

Kertas Kerja Bengkel ‘I-Think’

( Program Peningkatan Profesionalisme Guru)

Peringkat Sekolah

2013

Anjuran:

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

TARIKH :

30 Julai 2013

TEMPAT :

Makmal Sains SJKT Bandar Springhill

Page 2: Kertas Kerja Bengkel I-Think

1.0 PENDAHULUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan

kelulusan daripada Guru Besar SJKT Bandar Springhill bagi mendapatkan kelulusan

untuk mengadakan Bengkel ‘I-Think’ di bawah Program Peningkatan Profesionalisme

Guru SJKT Bandar Springhill, 2013. Fokus Latihan Dalam Perkhidmatan adalah bagi

meningkatkan kualiti Pendidikan melalui program peningkatan profesionalisme guru

khususnya dalam penggunaan kemahiran berfikir. Program i-THINK merupakan

kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia

(AIM). i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan dengan kebolehan dan

kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani

cabaran pada masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Projek ini membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir;

menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir dalam

menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan penyelesaian secara

kreatif di kalangan murid sekolah.

2.2 Mendedahkan guru kepada teknik pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan perkembangan

teknologi masa kini.

2.3 Mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengurusan sekolah.

2.4 Mewujudkan interaksi positif dalam kalangan guru bagi membentuk

semangat kerja secara kolaborasi.

Page 3: Kertas Kerja Bengkel I-Think

3.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 30 Julai 2013 (Selasa)

Tempat : Makmal Sains SJKT Bandar Springhill

Masa : 2.00 petang – 5.00 petang

Pakaian : Pakaian Rasmi

4.0 Sasaran

Semua guru-guru mata pelajaran teras Tahap 1 dan Tahap 2

5.0 TENTATIF PROGRAM

2.00 tengahari : Ucapan Guru Besar

2.15 petang : Bengkel ‘i-Think’

4.30 petang : Ulasan Penutupan

6.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

BIL PERALATAN HARGA

1 Pen Marker dan Mahjong Paper paper RM 30.00

Page 4: Kertas Kerja Bengkel I-Think

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Puan N.Seedah

Pengerusi : En.A.Krishna Kumar

Setiausaha : Puan.G.Kala

Juruacara Majlis : Puan.A.Sheela

Protokol : Puan.S.Vinothini Nair

 

Makanan : Puan.S.Suguna / Puan P.Saraswathy

Peralatan : Encik Azam Bin Aziz

PA System : Encik.K.Gunasekaran

Jurukamera : Encik.M.Kugan

9.0 PENUTUP

Diharapkan, bengkel ini dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan

dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari  pihak pentadbiran, guru-guru serta

warga SJKT Bandar Springhill keseluruhannya. Semoga rancangan ini dapat

membantu guru-guru memantapkan

Page 5: Kertas Kerja Bengkel I-Think

Disediakan Oleh : Disahkan oleh :

…………………………….. ………………………………..

(EN.A.KRISHNA KUMAR) (PN.N.SEEDAH)

SETIAUSAHA, PENGERUSI

SJKT Bandar Springhill GURU BESAR CEMERLANG

SJKT Bandar Springhill