kertas kerja aktiviti kokurikulum

9
KERTAS CADANGAN AKTIVIT MINGGUAN KELAB SUKAN DAN REKREASI NAMA AKTIVITI : PENGENALAN LARIAN BERGANTI-GANTI PENGENDALI : MUHAMMAD AMEEN BIN ATAN TARIKH AKTIVITI : Minggu 6 TEMPAT : BILIK KULIAH

Upload: muhammad-atan

Post on 26-Jun-2015

2.278 views

Category:

Sports


10 download

DESCRIPTION

Relay

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja aktiviti kokurikulum

KERTAS CADANGAN AKTIVIT MINGGUAN

KELAB SUKAN DAN REKREASI

NAMA AKTIVITI :

PENGENALAN LARIAN BERGANTI-GANTI

PENGENDALI :

MUHAMMAD AMEEN BIN ATAN

TARIKH AKTIVITI :

Minggu 6

TEMPAT :

BILIK KULIAH

Page 2: Kertas kerja aktiviti kokurikulum

CADANGAN AKTIVITI

LARI BERGANTI-GANTI

OBJEKTIF

- Mempelajari sejarah dan teknik asas larian berganti-ganti.- Dapat mempraktikkan teknik-teknik asas larian berganti-ganti dengan betul.

SEJARAH

Berasal dari Amerika Syarikat Punca-punca lahirnya acara ini :

Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain

Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).

Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.

Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

PENGENALAN

Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.

Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat : 4 x 100 meter 4 x 200 meter 4 x 400 meter 4 x 1600 meter

Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton.

Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam pasukan.

PEMILIHAN PELARI

Pelari Pertama

Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik

3 aspek penting : Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang

baton Berkeupayaan berlari di selekoh Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan

Pelari Kedua

Page 3: Kertas kerja aktiviti kokurikulum

mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).

Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus

Pelari Ketiga

Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.

Pelari Akhir pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh

sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek

namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.

MEMEGANG BATON

Cara memegang baton

Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama

GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON

Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.

Teknik atas-bawah

cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila

sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.

Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton.

Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.

Page 4: Kertas kerja aktiviti kokurikulum

Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.

Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah

Cara Memberikan Baton

kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton pemberi harus beri isyarat kepada penerima hulurkan baton dengan tangan yang lurus perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam

tangannya.

Cara Menerima Baton

Penerima dalam keadaan yang sedia Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di

tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.

Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton.

Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang

Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri,

pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan. Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di

hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.

Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.

Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.

Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.

Page 5: Kertas kerja aktiviti kokurikulum

Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.

Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter(tanpa pandang)

Gaya Selang-seli Cara Pandang

Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.

Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah

baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.

Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka. Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-

jarinya yang sebelah lagi. Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak

tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.

Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya.

Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

Page 6: Kertas kerja aktiviti kokurikulum

Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang)

ZON PERTUKARAN BATON

Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.

Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton.

Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

Perkara-perkara penting

Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian

pasukan itu dibatalkan. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran,

larian pasukannya akan dibatalkan.

Page 7: Kertas kerja aktiviti kokurikulum

Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah

PERATURAN LARIAN

Aturan Umum

Lari ikut lorong yang ditetapkan Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan Buat pertukaran baton yang bersih Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama

Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari

membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.

Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.

Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki.

Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.

Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)

Pelari Kedua

Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong

sendiri. Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan

tangan kiri)

Pelari Ketiga

Page 8: Kertas kerja aktiviti kokurikulum

Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian

selekoh). Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan

kanan). Lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari Keempat

Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri. Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri. Tamatkan larian di garisan penamat. Pelari yang penuh keazaman & tenang.

RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat