kertas kerja 2010

13
KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-53 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH 1.0 PENDAHULUAN Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Mereka perlu dididik untuk membina generasi muda yang mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan- negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. 2.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk mendapatkan persetujuan agar program ini dapat dilaksanakan dengan berjaya. 3.0 OBJEKTIF Melalui program ini diharap objektif berikut akan dicapai: 3.1 Menerapkan kesedaran dikalangan murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan pejuang-pejuang terdahulu membolehkan negara mencapai kemerdekaan. 3.2 Membentuk semangat jati diri yang mantap dan jitu dalam kalangan warga sekolah sebagai bangsa Malaysia yang berdaulat. 3.3 Memupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat, baik di institusi sekolah mahupun dalam konteks negara. 4.0 RASIONAL

Upload: qisqaidarul

Post on 02-Jul-2015

2.834 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-53 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH

1.0 PENDAHULUAN

Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Mereka perlu dididik untuk membina generasi muda yang mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.

2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk mendapatkan persetujuan agar program ini dapat dilaksanakan dengan berjaya.

3.0 OBJEKTIF

Melalui program ini diharap objektif berikut akan dicapai:

3.1 Menerapkan kesedaran dikalangan murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan pejuang-pejuang terdahulu membolehkan negara mencapai kemerdekaan.

3.2 Membentuk semangat jati diri yang mantap dan jitu dalam kalangan warga sekolah sebagai bangsa Malaysia yang berdaulat.

3.3 Memupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat, baik di institusi sekolah mahupun dalam konteks negara.

4.0 RASIONAL

Kehidupan di zaman moden murid-murid memerlukan pengetahuan am, kemahiran dan pengalaman supaya menjadi lebih matang dan berdikari. Pengetahuan dan kemahiran ini perlu didedahkan kepada pelajar-pelajar yang akan memimpin negara di masa akan datang.

5.0 PERLAKSANAAN

Antara program sambutan Hari Kemerdekaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:5.1 Tarikh Program : 30 Ogos 2010 (ISNIN)5.2 Cadangan Tempat : Tapak Perhimpunan dan Kantin Sekolah5.4 Kumpulan Sasaran : Semua murid SKSJ (43 orang murid)5.3 Aturcara Program : Sila lihat LAMPIRAN 1

6.0 URUSETIA

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik adalah seperti LAMPIRAN 2.

7.0 BELANJAWAN

7.1 Hadiah pertandingan

7.1.1 Pertandingan Lagu-lagu Patriotik Tempat Pertama : Hamper bernilai RM30.00Tempat Kedua : Hamper bernilai RM25.00Tempat Ketiga : Hamper bernilai RM20.00

7.1.2 Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 1Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00

7.1.3 Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00

7.1.4 Pertandingan Mewarna Tahap 1Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00

7.1.5 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00

Sumber kewangan akan menggunakan peruntukan sekolah . Pecahan keseluruhan sumber kewangan seperti di LAMPIRAN 3.

8.0 PENUTUP

Semoga program ini akan dapat meningkatkan dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan murid-murid dan secara tidak langsung di kalangan guru-guru. Segala kerjasama dari semua guru dan murid amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini. Pihak sekolah yakin akan mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak pentadbir.

Disediakan oleh:…………………………………….(HASLIZA BT. ABDULLAH SANI)GPK HEMSEK.KEB. SUNGAI JERNEH13 OGOS 2010

LAMPIRAN 1

ATURCARA

7.35 pagi : Ketibaan para jemputan 7.45 pagi : Nyanyian Lagu-lagu Kebangsaan

- Negaraku- Melaka Maju Jaya- Wawasan Pendidikan Negeri Melaka- Lagu Sekolah- Jalur Gemilang - Satu Malaysia

Bacaan Ikrar

Bacaan Doa

8.30 pagi : Ucapan oleh Pn.Hjh.Hamidah bt.Hj.HassanGuru Besar SK Sungai Jerneh

8.40 pagi : Ucapan Perasmian & Ceramah Kemerdekaan oleh Tn.Hj. Nayan b. Karim

Pengerusi JKKK Kpg Sungai Jerneh

Laungan Kemerdekaan

9.30 pagi : Persembahan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik Persembahan Deklamasi Sajak

10.30 pagi : Rehat

11.30 pagi : Pertandingan Mewarna Tahap 1 & Melukis Poster Tahap 2

12.45 tgh : Penyampaian Hadiah

1.00 tgh : Bersurai

LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Hjh. Hamidah bt. Hj. Hassan (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Hasliza bt. Abdullah Sani (GPK HEM)

Setiausaha : Pn. Nurhuda bt. Khalib

Bendahari : Cik Nurzila bt. Minhad

Ahli Jawatankuasa :

Buku Program : En. Mohd. Haidir b. Manaf

Penyediaan Tempat & PA sistem : En. Hazri b. Ayob

Penyelaras Pertandingan : 1. En. Ahmad Fariez b. Saleh (Lagu-lagu Patriotik)2. Pn. Sumaliah bt. Tamami (Deklamasi Sajak)3. Pn. Rozita bt. Abd. Rahim (Mewarna Tahap 1 & Melukis Poster Tahap 2)

Keselamatan & Disiplin : Pn. Najmiah bt. OmarPn. Nurhuda bt. Khalib

Pengacara Majlis : Pn. Zuraida bt. Abdullah

Hadiah & Cenderamata : Pn. RoseLailaWati bt. Abd. HamidPn. Norazlina bt. Abu Bakar

Hakim : Pertandingan Lagu-lagu Patriotik1. Pn. Sariah (AJK PIBG)2. Pn. Zaiton bt. Aman (AJK PIBG)

Pertandingan Mendeklamasi Sajak1. En. Jaafar b. Atan (AJK PIBG)2. Pn. Salmah bt. Yousof (AJK PIBG)

Pertandingan Mewarna Tahap 1Pn. Najmiah bt. Omar

Pertandingan Melukis Poster Tahap 2En. Hazri b. Ayob

LAMPIRAN 3

BELANJAWAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-53 TAHUN 2010

PERINGKAT SEK. KEB. SUNGAI JERNEH

BIL PERKARA JUMLAH

1. HADIAH PERTANDINGAN1. Lagu-lagu Patriotik

2. Deklamasi Sajak Tahap 1

3. Deklamasi Sajak Tahap 2

3. Mewarna Tahap 1

4. Melukis Poster Tahap 2

RM 75.00

RM 15.00

RM 15.00

RM 15.00

RM 15.00

2. LAIN-LAIN PERBELANJAAN1. Kertas Lukisan RM0.10 x 20 keping

2. Kertas Poster Mewarna RM0.15 x 20 keping

3. Cenderamata

RM 2.00

RM 3.00

RM 20.00

Jumlah Keseluruhan RM 160.00

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH

1.0 PENDAHULUAN

Majlis sambutan Hari Raya dan Hari Kanak-Kanak adalah di bawah Unit Hal Ehwal Murid. Setiap tahun unit ini akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Melalui majlis ini , murid-murid akan mempunyai pengalaman dan idea dalam realiti kehidupan yang sebenar serta membantu meningkatkan minda. Selain itu, murid-murid akan diberi peluang untuk berseronok dan bergembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk mereka.

2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk mendapatkan persetujuan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

3.0 OBJEKTIF

Melalui program ini diharap objektif berikut akan dicapai:

3.1 Memberi peluang kepada murid-murid merasa diri mereka dihargai dan diraikan.3.2 Memberi peluang murid belajar melalui pengalaman tentang sesuatu majlis.3.3 Memberi peluang kepada murid untuk bergembira dan berseronok di samping

mengeratkan lagi silaturahim.3.4 Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat mereka melalui pertandingan

yang disediakan.

4.0 RASIONAL

Kehidupan di zaman moden murid-murid memerlukan pengetahuan am, kemahiran dan pengalaman supaya menjadi lebih matang dan berdikari. Pengetahuan dan kemahiran ini perlu didedahkan kepada pelajar-pelajar yang akan memimpin negara di masa akan datang.

5.0 PERLAKSANAAN

Program ini akan dijalankan untuk semua murid. Melalui programini murid-murid akan diraikan oleh guru-guru. Antara program yang dicadangkan adalah seperti berikut:

5.1 Tarikh Program : 17 September 2010 (JUMAAT)5.2 Cadangan Tempat : Kantin Sekolah5.3 Kumpulan Sasaran : Semua murid SKSJ (43 orang murid)5.4 Aturcara Program : Sila lihat LAMPIRAN 1

6.0 URUSETIA

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik adalah seperti LAMPIRAN 2.

7.0 BELANJAWAN

7.1 Makan & Minum murid = RM 8.00 x 43 orang murid

7.2 Hadiah pertandingan

7.2.1 Pertandingan Persembahan Lagu-lagu Raya Hamper bernilai RM 20.00 x 7 buah kelas

7.2.2 Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 1Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 10.00Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 8.00Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM 6.00

7.2.3 Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 2Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 10.00Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 8.00Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM 6.00

Sumber kewangan akan menggunakan peruntukan sekolah . Pecahan keseluruhan sumber kewangan seperti di LAMPIRAN 3.

8.0 PENUTUP

Semoga program ini mendapat sokongan padu kerana program ini memberi manfaat yang berguna kepada murid serta meningkatkan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim di kalangan murid-murid dan secara tidak langsung di kalangan guru-guru. Segala kerjasama dari semua guru dan murid amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini. Pihak sekolah yakin akan mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak pentadbir.

Disediakan oleh:…………………………………….(HASLIZA BT. ABDULLAH SANI)GPK HEMSEK.KEB. SUNGAI JERNEH13 OGOS 2010

LAMPIRAN 1

ATURCARA

7.45 pagi : Ketibaan para jemputan 8.00 pagi : Bacaan Doa

8.05 pagi : Ucapan oleh Pn.Hjh.Hamidah bt.Hj.Hassan Guru Besar SK Sungai Jerneh

8.15 pagi : Ucapan oleh En. Jaafar b. Atan Yang Dipertua PIBG SK Sungai Jerneh 8.30 pagi : Pertandingan Persembahan Nyanyian Lagu-lagu Hari Raya

10.00 pagi : Jamuan

11.45 tgh : Penyampaian Hadiah

12.00 tgh : Bersurai

LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Hjh. Hamidah bt. Hj. Hassan (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Hasliza bt. Abdullah Sani (GPK HEM)

Setiausaha : Pn. Nurhuda bt. Khalib

Bendahari : Cik Nurzila bt. Minhad

Ahli Jawatankuasa :

Buku Program : En. Mohd. Haidir b. Manaf

Penyediaan Tempat & PA system : En. Ahmad Fariez b. Saleh

Penyelaras Pertandingan : 1. Pn. Rozita bt. Abd. Rahim (Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif)2. Pn. Zuraida bt. Abdullah (Pertandingan Persembahan Lagu-lagu Raya)

Keselamatan & Disiplin : En. Hazri b. Ayob

Pengacara Majlis : Pn. Nurhuda bt. Khalib

Hadiah & Cenderamata : Pn. Norazlina bt. Abu Bakar

Jamuan : 1. Pn. RoseLailaWati bt. Abdul Hamid2. Pn. Sumaliah bt. Tamami3. Pn. Maryana bt. Amran

Hakim pertandingan : Pertandingan Lagu-lagu Raya1. En. Ismail b. Sulaiman (AJK PIBG)2. Pn. Salmah bt. Yousof (AJK PIBG)

Pertandingan Kad Ucapan Paling KreatifPn. Hjh. Hamidah bt. Hj. Hassan

LAMPIRAN 3

BELANJAWAN PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI KANAK-KANAK TAHUN 2010

PERINGKAT SEK. KEB. SUNGAI JERNEH

BIL PERKARA JUMLAH

1. HADIAH PERTANDINGAN1. Persembahan Lagu-lagu Raya

2. Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 1

3. Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 2

RM140.00

RM 24.00

RM 24.00

2. LAIN-LAIN PERBELANJAAN1. Jamuan Murid RM8.00 x 43 orang murid RM344.00

Jumlah Keseluruhan RM 532.00