kertas bm (k1) ujian pra upsr 1 - sk (mac) 2011

Upload: khoo-ghee-san

Post on 08-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    1/13

    SULIT 2 011

    Soalan 1 17

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

    1 Puan Aisyah __________ tepung itu dengan sedikit pewarna.

    A menguli

    B mencanai

    C menggaul

    D mencedok

    2 Ampun __________, khabar gembira patik khabarkan, sembah Hang Tuah kepada

    Paduka Raja.

    A tuanku

    B baginda

    C hamba

    D patik

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    2/13

    SULIT 3 011

    Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

    3 Sebelum masuk ke dalam rumah, Adli menanggalkan __________ di luar rumah.

    A terompah

    B stoking

    C kasut

    D selipar

    Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

    4 Anita dimarahi oleh ibunya kerana membiarkan buku-bukunya __________ di atas

    meja.

    A bersebaran

    B berselerak

    C bertaburan D berhamburan

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    [Lihat halaman sebelah

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    3/13

    SULIT 4 011

    5 Mereka terlonjak-lonjak __________ apabila memenangi pertandingan akhir

    bola keranjang itu.

    A ketenangan

    B kebanggaan

    C kegembiraan

    D kesukaan

    6 Ahli Persatuan Puteri Islam itu __________ apabila diajar memasak nasi di dalam

    buluh.

    A angkuh

    B kacau

    C gusar

    D kekok

    7 Datuk Ammar termenung di tangga sambil mengimbau kenangan __________nya.

    A lambat

    B lampau

    C lewat

    D lapuk

    8 Emak Mira tidak sedar __________ dia terbeli makanan dalam tin yang telah luput

    tarikhnya.

    A bahawa

    B sewaktu

    C apabila

    D kerana

    9 Pemakaian tali pinggang keledar telah berjaya menyelamatkan Zamarul __________

    tercedera dalam kemalangan yang berlaku __________ awal pagi semalam.

    A daridi

    B daripada

    C daripadadi

    D daripadapada

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    4/13

    SULIT 5 011

    10 Tok Muda Adiputra menemui ajalnya di __________ tombak Aduka Lela Perkasa.

    A pangkal

    B hujung

    C tengah

    D bawah

    Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

    11 Encik Azman tidak dapat mengawal keretanya lalu terlanggar __________ jalan.

    A bahagi

    B terbahagi

    C pembahagi

    D bahagian

    12 __________ peninggalan orang tuanya didermakan kepada anak-anak yatim.

    A Harta karun

    B Harta dunia

    C Harta benda

    D Harta pusaka

    13 Kata-kata nasihat gurunya masih __________ di telinganya.

    A terngiang-ngiang

    B terkenang-kenang

    C terdengar-dengar D teringat-ingat

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    [Lihat halaman sebelah

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    5/13

    SULIT 6 011

    Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

    14 __________ bunga yang cantik itu adalah hasil tangan Mak Piah.

    A Diubah

    B Gubahan

    C Mengubah

    D Menggubah

    15 Budak hilang yang ditemui itu __________ kerana sudah tiga hari tidak makan.

    A lemah-gemalai

    B lemah-lembut

    C lemah-longlai

    D lemah-lentur

    16 Maisarah telah mendeklamasikan __________ sajak pada Malam Pembacaan Puisi itu. A sepatah

    B seuntai

    C sebaris

    D seurat

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    6/13

    SULIT 7 011

    Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

    17 Haris memasukkan __________ bunga rampai itu ke dalam kain net lalu mengikatnyadengan reben berwarna emas.

    A sesuap

    B sepangsa

    C sejambak

    D sejemput

    Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

    18 Apakah simpulan bahasa berkaitan dengan situasi gambar?

    A kaki bangku

    B kaki ampu

    C kaki botol

    D kaki judi

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    [Lihat halaman sebelah

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    7/13

    SULIT 8 011

    19 Mak Munah berasa sangat sedih apabila dihina oleh Halim di hadapan orang ramai.

    Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas adalah

    A Seperti anjing dengan kucing

    B Umpama murai tercabut ekor

    C Seperti dihiris dengan sembilu

    D Bagai layang-layang putus tali

    20 Kami sanggup menunggu lama di tepi pantai untuk melihat keindahan semasa matahari

    terbenam.

    Pilih perkataan berlawan bagi terbenam .

    A tenggelam

    B timbul

    C jatuh

    D terbit

    21 Perwatakan yang baik lahir daripada hati yang murni .

    Pilih perkataan seerti bagi murni.

    A luhur

    B suci

    C baik

    D sihat

    Soalan 22 - 23

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul .

    22 I Penglihatannya masih kabur walaupun telah memakai cermin mata.

    II Warna baju itu sudah kabur setelah dicuci beberapa kali.

    III Alis matanya dirias dengan kabur supaya kelihatan lebih cantik.

    IV Lee Weng masih kabur tentang penerangan guru berkaitan program itu.

    A I dan II sahaja

    B I dan IV sahaja

    C I, II dan III sahaja

    D II, III dan IV sahaja

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    8/13

    SULIT 9 011

    23 I Permohonan kakak untuk memasuki universiti telah lulus.

    II Jamal berdoa agar dia akan lulus dalam ujian memandu itu.

    III Ayah sangat gembira kerana abang lulus dalam peperiksaan.

    IV Ramai wanita di Malaysia yang sudah lulus tinggi dan memegang jawatan penting.

    A I, II dan III sahaja

    B I, II dan IV sahaja

    C I, III dan IV sahaja

    D II, III dan IV sahaja

    24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

    Jumlah pekerja terpaksa dikurangkan bagi mengelakkan syarikat itu ditutup.

    A Mengapakah syarikat itu mengelakkan pekerja?

    B Bagaimanakah para pekerja itu menutup syarikat?

    C Apakah langkah yang diambil bagi mengelakkan syarikat itu ditutup?

    D Apakah yang terpaksa dikurangkan dalam syarikat itu untuk ditutup?

    25 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

    Di manakah pertemuan dua pasukan gergasi bola sepak itu akan berlangsung?

    A Di Stadium Bukit Jalil akan berlangsung perlawanan bola sepak.

    B Ya, dua pasukan gergasi bola sepak itu akan bertemu pada esok hari.

    C Perlawanan dua pasukan gergasi bola sepak itu akan disiarkan secara langsung.

    D Pertemuan dua pasukan gergasi bola sepak itu akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.

    Soalan 26 - 27

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

    26 Semasa melintas jalan, tangan ibu dipegang oleh adik dengan erat.

    A Adik dan ibu memegang tangan dengan erat semasa melintas jalan.

    B Semasa ibu melintas jalan, adik memegang tangan dengan erat.

    C Ibu memegang dengan erat tangan adik semasa melintas jalan.

    D Adik memegang tangan ibu dengan erat semasa melintas jalan.

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    [Lihat halaman sebelah

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    9/13

    SULIT 10 011

    27 Banyak kerja sekolah tidak dapat disiapkan oleh budak itu kerana dia asyik menonton

    video sehingga larut malam.

    A Akibat terlalu leka menonton video sehingga larut malam, budak itu tidak dapat

    membuat sebahagian besar kerja sekolahnya.

    B Budak itu tidak dapat menyelesaikan kerja sekolahnya yang banyak sehingga larut

    malam kerana dia asyik menonton video.

    C Oleh sebab budak itu tidak menyiapkan sebahagian besar kerja sekolahnya dia leka

    menonton video sehingga larut malam.

    D Sehingga larut malam, budak itu tidak dapat menyiapkan kerja sekolahnya yang

    banyak kerana dia terlalu leka menonton video.

    Soalan 28 30 Pilih ayat yang betul.

    28 A Walaupun perwatakan Halim nampak baik, tetapi dia seorang yang bengis.

    B Aida dan Aini menyanyi atau menari di atas pentas.

    C Ayah menyalakan enjin motor lalu pergi ke kedai.

    D Haji Bakhil kedekut oleh kerana dia kaya.

    29 I Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara.II Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu.

    III Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.

    IV Pak Dollah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

    A I dan II sahaja

    B I dan III sahaja

    C II dan III sahaja

    D II, III dan IV sahaja

    30 I Emak pergi ke pasar dengan menaiki mini bas.

    II Dia sanggup berkorban apa saja demi untuk negara.

    III Karim lebih pandai daripada Mariah.

    IV Sama-samalah kita menjaga nama baik sekolah.

    A I dan II sahaja

    B III dan IV sahaja

    C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    10/13

    SULIT 11 011

    Soalan 31 - 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Salam sejahtera Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan hadirin yangdihormati. Syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha menganjurkanmajlis ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak PIBG sekolah ini kerana mengundang saya selaku wakil Pegawai Pelajaran Daerah untuk menyampaikan sepatah dua kataseterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang.

    Hadirin yang saya hormati,

    Sudah menjadi tradisi sekolah ini mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang padasetiap tahun. Sebagaimana yang kita maklum, objektif majlis ini adalah sebagai suatu

    penghargaan kepada anak-anak kita yang telah berjaya dengan cemerlang dalam bidangakademik dan kokurikulum.

    Saya berasa amat bangga kerana sebanyak 25 orang murid sekolah ini telah berjayamemperoleh 5A dalam UPSR baru-baru ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak sekolah ataskejayaan yang cemerlang ini. Demikian juga dalam bidang kokurikulum dan pencapaianakademik yang lain.

    Begitu banyak kejayaan tercatat sepanjang tahun 2010. Hal ini menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Saya berharap agar pencapaian ini akan dapatditingkatkan pada tahun-tahun yang akan datang.

    Hadirin yang saya kasihi,

    Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada murid-murid yang telahmengharumkan nama sekolah. Kejayaan ini seharusnya menjadi pendorong kepada murid-murid lain supaya meningkatkan kualiti diri dalam semua lapangan. Akhir kata, dengansukacitanya saya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Murni.

    Sekian, terima kasih.

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    [Lihat halaman sebelah

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    11/13

    SULIT 12 011

    31 Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut?

    A Guru Besar

    B wakil PIBG

    C Pengerusi Majlis

    D wakil Pegawai Pelajaran Daerah

    32 Apakah tujuan majlis tersebut diadakan?

    A menyampaikan hadiah kepada murid-murid cemerlang

    B menghebahkan kejayaan murid-murid pada tahun 2010

    C menemukan guru-guru dengan ibu bapa murid

    D merasmikan majlis penyampaian hadiah

    33 Pengucap berasa bangga kerana

    A sekolah itu terpilih sebagai Sekolah Terbaik 2010.

    B pihak sekolah mampu mengadakan majlis tersebut.

    C seramai 25 orang murid berjaya memperoleh 5A dalam UPSR.

    D kejayaan murid-murid yang memberangsangkan dalam lapangan sukan.

    34 Semua yang berikut benar berdasarkan ucapan tadi kecuali

    A kejayaan sekolah itu pada tahun 20 10 amat memberangsangkan.

    B majlis penyampaian hadiah itu diadakan dua kali setahun.

    C kejayaan majlis itu adalah hasil kerjasama pihak PIBG.

    D ramai pelajar cemerlang dalam bidang sukan.

    35 Maksud kata mengundang dalam petikan ialah

    A menjemput.

    B mempersila.

    C memanggil.

    D mengajak.

    Soalan 36 40

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    12/13

    SULIT 13 011

    Baca petikan di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Pada suatu ketika dahulu, Kampung Kepayang merupakan sebuah kampung yang amandamai. Di kampung itu tinggal sebuah keluarga yang bahagia. Mereka terdiri daripada

    seorang ibu tunggal, Mak Minah dan lima orang anaknya iaitu Diana, Mazhol, Narasidah, Nazrin dan Dayanah. Mereka sebuah keluarga yang miskin. Kehidupan keluarga merekadiibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang .

    Anak-anak Mak Minah rajin belaka kecuali Mazhol. Dia merupakan anak sulung dan paling malas dalam keluarga. Adik-adiknya yang lain masih belajar dan memerlukan perhatian. Walaupun umurnya telah mencecah 24 tahun, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Segala keperluannya ditanggung oleh ibunya.

    Setiap hari, ibunya ke kebun seawal jam 6:00 pagi dan pulang lewat petang. Kerja-kerjarumah diambil alih oleh kakaknya yang sulung Diana. Diana yang akan menduduki

    peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa membahagikan masa untuk pelajarandan menguruskan adik-adiknya.

    Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ibunya telah disahkan mengidap sakit barah hatidan buah pinggang. Ibunya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mengubati

    penyakitnya. Diana berusaha untuk mencari perbelanjaan bagi menampung kos rawatan.Ibunya yang terlantar di hospital selama tiga minggu akhirnya menghembuskan nafas yangterakhir. Suasana menjadi suram dan pilu. Seluruh keluarga meratapi pemergian ibu yangtercinta.

    Mazhol telah menyesal atas sikapnya yang malas dan tidak bertanggungjawab. Apakandaya nasi sudah menjadi bubur. Begitulah keadaan keluarga mereka. Mulai saat itu, Mazholtelah berusaha dan bekerja keras untuk membina kehidupan yang baharu. Dia berjanji untuk menjadi tulang belakang kepada adik-adiknya.

    36 Diana seorang yang

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT

    [Lihat halaman sebelah

  • 8/7/2019 Kertas BM (K1) Ujian Pra UPSR 1 - SK (MAC) 2011

    13/13

    SULIT 14 011

    A bersikap tegas terhadap adik-beradik

    B bijak menguruskan masa

    C baik hati dan pemurah

    D pandai dan peramah

    37 Mak Minah bekerja sebagai seorang

    A petani

    B nelayan

    C pekebun

    D penoreh

    38 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.

    A Mak Minah mengidap penyakit kanser dan buah pinggang.

    B Mazhol seorang yang bertanggungjawab dan bekerja keras.

    C Dayanah pelajar tingkatan lima dan bakal menduduki SPM.

    D Kehidupan mereka ditanggung oleh pihak Kebajikan Masyarakat.

    39 Penulis berharap agar

    A adik-beradik ini membina kebahagiaan sendiri.

    B semua anak Mak Limah menjadi tulang belakang.

    C keluarga ini mendapat bantuan daripada orang lain.

    D Mazhol memikul tanggungjawab yang sewajarnya sebagai seorang abang.

    40 Peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dalam petikan

    bermaksud

    A tidak cukup makanan

    B kurang makan pagi dan petang

    C makan hanya untuk satu-satu masa sahaja

    D makan pagi dan petang sahaja

    KERTAS SOALAN TAMAT

    011 2011 Jabatan Pelajaran Sarawak SULIT