kertas 1 dua jam lima belas minit - trial paper collection ... · pdf filekertas soalan ini...

32
1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Sept 2008 2 1/4 jam SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ZON A GABUNGAN KUCHING ______________________________________________________________________ PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. [ Lihat sebelah 1103/1 SULIT Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Upload: duongkhue

Post on 17-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Sept 2008 2 1/4 jam

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ZON A

GABUNGAN KUCHING ______________________________________________________________________

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. [ Lihat sebelah 1103/1 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 2: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 1103/1

1130/1 SULIT

2

Bahagian A

[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat poster di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna yang bijak. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. 1103/1

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 3: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 1103/1

1130/1 SULIT

3

Bahagian B

[100 markah]

[ Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Belakangan ini, masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin

hangat diperkatakan dalam media massa.

Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas. 2. Pertandingan syarahan telah diadakan di sekolah anda sempena Bulan Bahasa.

Tajuknya ialah ’Gaya Hidup Sihat Penjana Keluarga Bahagia’. Tuliskan teks syarahan itu dengan selengkapnya.

3. Kehidupan masyarakat kota di negara kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Bincangkan pernyataan di atas.

4. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk mempopularkan industri desa ke

peringkat antarabangsa. Jelaskan usaha-usaha tersebut.

5. Anda pernah menonton sebuah filem tempatan yang menarik. Ulaskan filem tersebut dengan selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 4: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Sept 2008 2 ½ jam

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ZON A

GABUNGAN KUCHING

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2(b), soalan 2(c), soalan 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks

Komponen Kesusteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak [Lihat sebelah 1103/2 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 5: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara pengurusan hutan di Malaysia dan impak negatif penebangan hutan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Masih ingatkah lagi dengan projek gergasi Empangan di Sarawak beberapa tahun lalu? Projek yang mengundang kontroversi itu dikritik hebat oleh masyarakat terutama rakyat di sekitarnya yang terpaksa berpindah ke petempatan lain. Hal ini kerana rakyat masih mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang masa depan alam sekitar.

Hutan hujan tropika terbahagi kepada empat kategori iaitu jenis bukit, pamah, paya

gambut dan bakau. Hutan jenis ini mempunyai tiga lapisan iaitu lapisan atas, tengah dan bawah. Di Malaysia penebangan hutan dilakukan mengikut Sistem Tebangan Terpilih di bawah kuasa Jabatan Hutan. Sistem Tebangan Terpilih memerlukan sekurang-kurangnya 32 batang pokok berperepang 30 sentimeter atau lebih pada paras dada dalam sehektar selepas diusahakan. Hal ini membolehkan penebangan kali kedua dilakukan dalam masa 25 hingga 60 tahun. Di samping itu, sistem ini dapat memastikan pengeluaran hasil hutan dan pemuliharaan alam semula jadi yang berkekalan dapat dipraktikkan. Hutan di Malaysia diuruskan secara berkekalan dengan mengambil kira pemuliharaan spesis dan baka, penggunaan ekonomik, perlindungan hidupan liar serta kestabilan tanah-tanih. Menurut Dr.Shamsudin Ibrahim, Pengarah Hutan Asli di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), sesebuah syarikat yang hendak melakukan penebangan untuk tujuan pembalakan perlu mendapat permit daripada Jabatan Hutan terlebih dahulu. Sebelum lesen dikeluarkan, pihak Jabatan Perhutanan akan membuat ‟jalan laluan’ yang perlu diikuti oleh pengusaha balak serta menentukan jumlah pokok yang ditebang. Pokok-pokok yang dibenarkan untuk ditebang diletakkan tag. Aktiviti pembalakan biasanya mengambil masa enam bulan hingga satu tahun dan boleh dilanjutkan mengikut keadaan semasa.. Selepas dua atau tiga tahun pembalakan selesai, bancian dilakukan terhadap kawasan hutan tersebut dan tanaman semula dilaksanakan jika perlu. Para pengusaha balak tidak boleh menebang pokok sewenang-wenangnya setelah mendapat permit untuk membalak di satu-satu kawasan. Setiap individu mestilah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap nilai alam sekitar.Sebagai pengguna ,anda boleh membantu mengurangkan kemusnahan hutan dengan tidak membeli perabot yang diperbuat daripada kayu hutan tropika seperti akasia, jati, sentang, „mahogany‟ dan meranti. Langkah membuka hutan lipur dan taman negara adalah satu langkah yang baik. Projek yang berupa ekopelancongan ini haruslah digalakkan. Selain itu, anak-anak perlu dididik untuk menghargai alam sekitar dan menyedari kepentingannya terhadap kehidupan.

1103/2 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 6: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 3 1103/2 Kesimpulannya,manusia sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran yang bijak hendaklah mengurus alam dengan penuh rasa tanggungjawab agar generasi akan datang dapat merasai kelestarian hutan sebagai satu khazanah negara.

( Diubahsuai daripada Penebangan Hutan dan Kesan-kesanya,Dewan Siswa,April 2001)

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ] Soalan 2 (a) -- Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata ‟jalan laluan’ ? [2 markah] (ii) Nyatakan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan ?

[3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan hutan terhadap ekosistem dunia? [4 markah] [Lihat sebelah 1103/2 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 7: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 4 1103/2 Soalan 2(b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Mama !” Di luar sedar, air jernih yang tanpa aku jemput, perlahan-lahan menuruni cerun pipi. Aku memeluk mama erat sekali. Begitu mulia hati mama. Tidak pernah aku duga selama ini mama sebegitu luhur. Murni. Suci. Kudus. Sedangkan aku separuh mati memikirkan yang buruk-buruk tentang abah dan keluarga baharunya. Bagi aku Aunt Pah sekeluargalah yang telah mencipta segala malapetaka dalam keluargaku dengan mencuri abah daripada kami. Tetapi dengan andaian buruk itu rupanya mama.. oh, mama! Dagu kusangkut pada bahu mama. Aku masih terkedu. Cuba kuusir jauh-jauh nama Arif yang menyambutku di lawang rumah abah awal pagi tadi dengan wajah hodohnya.Cuba kulempar jauh-jauh cebikan Aman apabila kuceritakan tawaran yang kuterima untuk ke UK. Pun cuba kusatukan ukhuwah yang kuharap dapat kutenunjalinkan antara diriku dengan Abang Awi, satu-satunya saudara tiri yang menjadi harapan sebagai penghubung antara kami. Untuk sekian kali aku tersandar. Cursor masih terkedip-kedip di sebelah huruf “H”. Peluh dingin semakin hilang ditelan mulut penyaman udara. Mataku jatuh pada Vancall Logic. Wajah Win tiba-tiba tersangkut di fikiran. Pantas kutekan huruf “W”.

(Dipetik daripada cerpen “Virus Zel untuk Abah” oleh Mawar Shafei dalam antologi Kerusi,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan kenangan yang cuba dibuang daripada ingatan Zel. [2 markah]

(ii) Sekiranya anda Zel, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk memastikan

hubungan anda dengan abah sentiasa berada dalam keadaan baik? [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Zel berdasarkan petikan dan satu perwatakan yang lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

1103/2 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 8: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 5 1103/2 Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Adalah seekor bayan tiga ekor anaknya, berdiam ia pada suatu lubang kayu. Adapun pada pohon kayu itu ada suatu lubang kayu. Adapun pada pohon kayu itu ada cerpelai beranak anak muda. Sebermula, adapun anak bayan itu bersahabat dengan anak cerpelai itu, kerana ia binatang yang tiada teguh setianya! Beberapa pula dikatakan oleh ibu bapanya, tiada juga diturut oleh anak bayan itu. Maka kata bayan pada anaknya. ” Engkau ini adalah seperti hikayat anak kera bersahabat dengan anak saudagar, maka ia beroleh kemaluan dan kejahatan daripada tiada menurut kata bapanya.” Maka sahut anak bayan itu, “ Hai bapaku, hikayatkanlah supaya kudengar, betapa juga peri hikayat kera itu!” Maka kata bapanya, “Ada seekor kera, konon, bersahabat dengan anak saudagar. Beberapa pun dilarang oleh ibu bapanya, tiada juga didengar oleh kera itu, jadi ia beroleh kejahatan daripada tiada ia menuruti kata bapanya. Maka senantiasa hari anak kera itu pergi bermain-main dengan anak saudagar itu. Maka kata bapanya, “ Hai anak-anakku, jangan engkau bersahabat dengan anak saudagar itu, kerana ia manusia, kita binatang!”

(dipetik daripada Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya dalam antologi Anak Laut, Dewan

Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud tiada teguh setianya berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

(ii) Apakah yang dilakukan oleh bapa bayan supaya anaknya menuruti kata-katanya? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika kita salah memilih sahabat ? [ 3 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 9: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 6 1103/2 Soalan 2(d) – Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur benih menerima kehadiran warga kota lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi kebosanan menggigit pangkal rasa. Demikian etika di perjalanan budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan memacu menghimpun kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan fitrah sang manusia peradaban kota masa kini. Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim Zam Ismail Kasut Hitler, 1996. Mingguan Malaysia 4 Jun 1995

1103/2 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 10: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 7 1103/2 (i) Berikan gambaran tentang sikap pemandu di jalan raya. [3 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah kesesakan jalan raya dapat diatasi?

[3 markah] (iii) Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 11: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 8 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i) memikul ii) mengelek iii) mengangkat iv) menjinjing v) menjunjung vi) menggendong [6 markah]

(b) Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Nazri : Petang ni saya dan Khairul nak ke bandar untuk menonton filem

Duyung. Filem ni memang bagus.

Danial : Betul ke? Tapi saya tak dapatlah Nazri. Kerja kursus yang Cikgu Aisyah beri tu belum siap lagi.

Nazri : Belum siap lagi! Bukankah kerja kursus itu patut dihantar semalam?

Danial : Ya, memang betul tapi saya tak sempat siapkan. Saya dah berjanji untuk hantar kerja kursus itu esok.

Nazri : Kalau macam tu, saya harap kamu dapat siapkannya kerana kerja kursus itu sangat penting.

1103/2 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 12: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 9 1103/2 (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula..

(i) Kawasan yang membiar di belakang stesyen kereta api sudah ditebas oleh

pendatang asing untuk kediaman haram. (ii) Kebanyakkan pelajar yang berkunjung ke pameran sains dan teknoloji itu

berasa kagum dengan bahan-bahan yang dipamerkan. (iii) Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah dapat menjalin tali silaturrahim

antara pelajar yang bilangan kaum. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Maklumat berkenaan ajaran sesat patut dihebohkan supaya diketahui oleh

masyarakat umum. (ii) Asap hitam daripada kilang kayu haram itu berlegar-legar naik ke udara.

(iii) Wanita itu terkial-kial meminta tolong apabila beg tangannya orang ragut. [ 6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai

dengan maksud ayat tersebut.

(i) Dalam majlis itu, Amirul terpandang seorang tetamu yang paras rupanya seiras sahabat lamanya lantas dia menegurnya untuk berkenalan.

(ii) Akhirnya, Azizul mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang setelah

gigih berusaha walaupun dia bukanlah dianggap sebagai seorang pelajar yang pintar.

(iii) Hamidah sering menceritakan keindahan taman di halaman rumahnya.

Katanya, taman itu setaraf dengan taman di hotel bertaraf lima bintang. Namun, apabila Julia pergi ke rumah Hamidah, dia berasa kecewa kerana taman kepunyaan Hamidah itu tidak seindah yang dibayangkan.

[6 markah]

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 13: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

SULIT 10 1103/2

Soalan 4 : Novel

[15 markah ] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj Muhammad

(a) Unsur saspens dapat memikat pembaca untuk terus membaca novel itu. Jelaskan dua peristiwa yang memaparkan unsur saspens dalam novel yang telah anda pelajari. [7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kebijaksanaan yang dimiliki oleh watak utama daripada setiap novel tersebut.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT 1103/2 SULIT

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 14: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

1

SULIT 1103/1

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ZON A GABUNGAN KUCHING

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008

BAHASA MELAYU

Kertas 1

PERATURAN PEMARKAHAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja.

AMARAN : Peraturan Pemarkahan ini adalah SULIT. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 15: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

2

Kertas 1 Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [Karangan Pendek] TEMA : PENGGUNA BIJAK [ Markah penuh :30 markah] 1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan kriteria yang ditetapkan [ rujuk pada Lampiran A- KRITERIA PENSKORAN]. 2. Format : Tiada 3. Namun begitu, karangan pendek ini mesti dilengkapi pendahuluan, perenggan isi- isi dan penutup. Sekurang-kurangnya TIGA isi. 4. Pemberian markah secara holistik. Langkah-langkah pemeriksaan :-

a. Pemeriksa hendaklah membaca karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan daripadanya. Selepas itu, pemeriksa menilai dan menganggarkan tahap karangan itu agar dapat dimasukkan ke dalam peringkat tertentu mengikut kriteria yang ditetapkan.

b. Pemeriksa membaca karangan itu kali kedua sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan markah berdasarkan kriteria-kriteria Penskoran

[ rujuk pada lampiran A]. c. Karangan kurang daripada 200 patah perkataan, periksa seperti biasa.

5. Diharapkan : Calon memberi huraian tentang CIRI-CIRI PENGGUNA YANG BIJAK. 6. Kemungkinan :

Kemungkinan Huraian Panduan / Catatan

I Huraian ciri dan punca/kesan pengguna yang kurang bijak .

Diterima. Karangan menepati tema. Peringkat memuaskan sahaja.

II Huraian punca dan / kesan pengguna yang kurang bijak.

Diterima. Karangan kurang menepati tema. Peringkat kurang memuaskan.

III Menepati kehendak soalan tetapi tiada penggunaan ungkapan menarik.

Peringkat kepujian sahaja.

7. Rangka karangan:- a) Pendahuluan – pengguna sering terpedaya- muslihat peniaga- pengguna mempunyai kuasa membuat pilihan. Sebagai pengguna, bijak mengawal perbelanjaan.

b) Isi –membuat pemeriksaan kualiti barangan c) Isi- menetapkan waktu yang sesuai untuk berbelanja dan memilih tempat-tempat yang

sesuai. d) Isi- membuat belanjawan/ senarai barang yang ingin dibeli. e) Penutup- pengguna harus tahu dan faham hak sebagai pengguna. Harus berdisiplin

agar tidak menyebabkan pembaziran atau terperangkap dalam kancah hutang.

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 16: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

3

Lampiran A KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 26-30 (28-30) (26-27)

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian 20-25 (23-25) (20-22)

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

Memuaskan 15-19 (17-19) (15-16)

Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut masih Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.

Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa yang digunakan masih bervariasi.

Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

Kurang Memuaskan

10-14 (12-14) (10-11)

Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara.. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi kesalahan ejaan yang ketara.. Penggunaan kosa kata terhad..

Wacananya kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.

Pencapaian Minimum

01-09 (06-09) (01-05)

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.

Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 17: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

4

BAHAGIAN B : PERINCIAN PEMARKAHAN

Cara pemeriksaan

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang

ditetapkan.

2. Jika karangan :

a) Kurang dripada 350 patah perkataan , periksa seperti biasa.

b) Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga akhir karangan.

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 4 markah.

4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum adalah

sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

Karangan Respons Terbuka [ 100 markah]. Bil Kriteria Deskripsi

1 BAHASA

(Mekanis) Kegramatisan – kata dan ayat

Tanda baca

Ejaan

2 LARAS(Dinamis) Pemilihan kosa kata

3 IDEA(Isi) Tema

Isi Utama

Pengembangan (huraian/ bahasan/ hujahan/ contoh)

4 PENGOLAHAN Wacana

Logik

Pemerengganan

Format

5 GAYA BAHASA Keindahan bahasa

Ungkapan

Peribahasa

KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang 80-100

(90-100)

(80-89)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis

Ejaan dan tanda baca yang betul

Laras bahasa sesuai dengan tugasan

Penggunaan kosa kata luas dan tepat

Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan

dengan jelas dan matang disertakan dengan contoh

yang sesuai.

Pengolahan menarik dan berkesan

Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan

idea yang jelas antara perenggan

Format menepati kehendak tugasan

Penggunaan unsur bahasa bervariasi

Gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa

dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun,

cogan kata atau frasa.

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 18: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

5

Kepujian 66-79

(73-79)

(66-72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.

Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis

tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

Ejaan dan tanda baca yang betul

Laras bahasa sesuai dengan tugasan

Penggunaan kosa kata luas dan tepat

Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan

dengan jelas disertakan dengan contoh yang sesuai.

Pengolahan menarik dan berkesan

Wacana yang lengkap dan terdapat kesinambungan

idea yang jelas antara perenggan

Format menepati kehendak tugasan

Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi

Gaya bahasa yang masih menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,

pantun, cogan kata atau frasa.

Baik 51-65

(58-65)

(51-57)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.

Penggunaan ayat majmuk gabungan yang gramatis

tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

Ejaan dan tanda baca masih betul

Laras bahasa sesuai mengikut tugasan

Penggunaan kosa kata umum

Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan isi

dengan jelas dan contoh-contoh yang dikemukakan

masih sesuai. ATAU

Isi yang bercampur aduk, huraian kurang jelas, tidak

seimbang dan contoh-contoh yang dikemukakan masih

sesuai.

Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan

juga masih sesuai.

Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang

lengkap.

Format menepati kehendak tugasan

Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi

Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan pula kurang

berkesan.

Memuaskan 36-50

(43-50)

(36-42)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad.

Ayat kurang gramatis.

Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan

yang minimum.

Laras bahasa kurang sesuai mengikut tugasan

Penggunaan kosa kata umum tetapi terhad.

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi

kurang jelas dan contoh-contoh kurang sesuai.

Pengolahan kurang menarik.

Wacana masih lengkap ATAU wacana kurang

lengkap.

Format menepati kehendak tugasan ATAU format

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 19: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

6

bercampur aduk.

Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi

Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

Kurang

Memuaskan

21-53

(27-35)

(21-27)

Penggunaan kata terbitan kurang tepat.

Ayat tidak gramatis.

Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian

tidak jelas / tidak berkembang dan contoh-contoh tidak

sesuai.

Pengolahan tidak menarik.

Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang.

Tidak menguasai unsur bahasa yang bervariasi.

Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan yang berkesan.

Pencapaian

Minimum

01-20

(11-20)

(01-10)

Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan

ayat yang tidak gramatis.

Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak

berkembang dan contoh-contoh tidak sesuai.

Pengolahan tidak menarik.

Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang dan sesuai.

Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan yang lemah dan tidak menarik.

Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca.

( ) = Kesalahan isi.

--------- = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 20: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

7

Cadangan jawapan :

Soalan 1. Belakangan ini, masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan dalam media massa. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Pendahuluan

Eksplisit: -dimulakan dengan menggunakan perenggan pendahuluan yang menggunakan teknik eksplisit dan diakhiri implisit. -iaitu huraian – dimulakan dengan menyatakan isu sebenar masalah sosial yang melanda kalangan pelajar sekolah menengah. -memberi contoh-contoh perlakuan masalah sosial yang dilakukan oleh pelajar sama ada dalam sekolah atau luar waktu persekolahan. Implisit: -dimulakan apakah punca-puncanya secara ringkas dan padat.

-huraian masyarakat madani dan masa hadapan negara.

Isi utama usaha-usaha menangani masalah ini

(a) menghormati golongan tua seperti ibu bapa, guru dan rakan-rakan - memberikan didikan awal bermula dari rumah, iaitu peranan ibu bapa - peranan yang dimainkan oleh guru-guru sekolah dalam pembentukan jati diri sebagai seorang pelajar. - mengawal pergaulan dengan rakan sebaya sama ada di sekolah atau di luar sekolah. - kaitkan dengan istilah masyarakat madani

(b) mematuhi peraturan sekolah dan semua peraturan yang terdapat dalam sekolah - sentiasa mematuhi dan amalkan perbuatan yang cenderung membentuk insani yang berperwatakan kamil dan sentiasa mengelakkan daripada melanggar peraturan. - dapat membentuk pelajar menjadi masyarakat yang berguna pada bangsa,agama & dalam pembentukan jati diri sebagai seorang pelajar.

(c) melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan menyertai kegiatan kelab, persatuan ,sukan dan badan beruniform. - melibatkan diri dalam segala aktiviti pertandingan, peraduan, kuiz, perkhemahan dan sebagainya semasa di bangku sekolah serta bergiat aktif dalam kokurikulum

(d) melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan memupuk semangat kejiranan - menyertai aktiviti masyarakat setempat seperti gotong-royong, kenduri –kendara, aktiviti keagamaan dan sebagainya. - menyertai aktiviti sukarelawan

(e) mendisiplinkan diri - sentiasa mempunyai disiplin diri dalam aspek kehidupan - tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang boleh merosakkan masa hadapan. - meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah

(f) menghayati didikan agama - dapat membentuk jati diri yang baik - keperibadian, akhlak dan sahsiah yang mantap dalam membentuk modal insan yang cemerlang.

Penutup: Konklusinya, generasi muda adalah harapan negara pada masa hadapan dalam memimpin negara ke arah negara yang maju dan mantap .

Bak kata pepatah ― melentur buluh biarlah dari rebungnya‖

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 21: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

8

Soalan 2. Pertandingan syarahan telah diadakan di sekolah anda sempena Bulan Bahasa. Tajuknya ialah ’Gaya Hidup Sihat Penjana Keluarga Bahagia’. Tuliskan teks syarahan itu dengan selengkapnya.

Pendahuluan - kata aluan mengikut format syarahan. - menyatakan tajuk syarahan dan memperkenalkan diri. - mendefinisikan tajuk syarahan. - Kesihatan dan kebahagiaan lebih berharga daripada harta.

Isi - cara mengamalkan gaya hidup sihat.

(a) Huraian pertalian anggota ahli keluarga yang sihat dengan kebahagiaan keluarga. Tekanan/ kesukaran yang dihadapi apabila seseorang ahli keluarga sakit. Perasaan risau, bimbang menyelubungi keluarga. Banyak aktiviti tergendala. Peribahasa : merawat lebih baik daripada mengubati.

(b) Gaya hidup sihat amat sinonim dengan cogan kata ‖Kesihatan Sepanjang Hayat‖. Kesihatan bukan sahaja merujuk pada kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental. Selain daripada menjaga kebersihan kawasan sekitar rumah, kebersihan diri dan aspek rohani perlu ditekankan. Gotong-royong boleh diadakan – dijadikan suatu mores dalam hidup bak kata pepatah ‖Alah bisa tegal biasa‖.

(c) Pemeriksaan doktor yang kerap. Meminta nasihat doktor, mengambil ubat-ubatan yang disyorkan sahaja. Elakkan daripada membeli ubatan dari farmasi sewenang-wenangnya. Penyakit dapat dikesan lebih awal jika mendapatkan pemeriksaan. Dapat menyelamatkan nyawa/ hidup lebih lama.

(d) Pemakanan seimbang- lebih banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kebaikan memakannya – pelawas.Tujuh jenis nutrien yang wajib. Kekurangan salah satu nutrien akan mengakibatkan penyakit tertentu. Elakkan makanan berlemak, terlalu manis atau masin.

(e) Senaman kegiatan wajib- huraikan kebaikan senaman. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Contoh senaman yang berkesan – bermain bola sepak, badminton, berenang dan berjoging. Ancaman terhadap kesihatan tubuh badan dapat dikurangkan.

(f) Mengelakkan kegiatan yang memudaratkan kesihatan . Contoh : merokok, menghisap dadah, meminum minuman keras, bekerja tanpa berehat dan lain-lain. Kesan-kesan negatif : penyakit barah, penyakit darah tinggi dll.

Penutup: Penekanan gaya hidup yang sihat agar dapat menjauhi penyakit berbahaya. Suatu kemestian dalam usaha mencapai keluarga yang bahagia dan modal insan kelas pertama. Semua pihak berkepentingan menggemblengkan usaha dan berpegang pada pepatah muafakat membawa berkat.

Soalan 3 Kehidupan masyarakat kota di negara kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bincangkan pernyataan di atas.

Pendahuluan

- Maksud peribahasa - perbandingan keadaan dahulu dengan sekarang/ kampung dengan kota

Isi utama usaha-usaha menangani masalah ini

(a) Sebab keadaan ini berlaku – sikap materialistik. Terlalu sibuk mencari kekayaan, status dan pangkat. Tiada masa untuk bertegur sapa dengan jiran. Semangat kejiranan semakin luntur dan tiada aktiviti kemasyarakatan. Contoh : majlis perkahwinan diadakan di hotel – tiada permuafakatan penduduk menjayakannya.

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 22: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

9

(b) Sebab lain - persekitaran yang tidak menggalakkan perhubungan yang erat/ mesra. Kawasan yang selalu berlaku jenayah. Anggota masyarakat berasa takut dan hanya duduk di dalam rumah . Ketiadaan sikap saling mempercayai atau faham-memahami. Selain itu, Program Rukun Tetangga kurang mendapat sambutan.

(c) Langkah mengikis sikap negatif ini – peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Merekalah menjadi contoh/ suri teladan. Jangan bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Sebaliknya mereka harus mengutamakan semangat kejiranan dan terapkan kepentingannya dalam jiwa anak sejak dari kecil lagi bak kata pepatah, ‖Melentur buluh biar dari rebungnya ‖.

(d) Peranan JKKK [ Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung / Perumahan] –memastikan balai raya atau dewan rakyat dinaik taraf supaya pelbagai aktiviti bersama penduduk dapat dijalankan . Aktiviti seperti gotong- royong membersihkan kawasan, Hari Keluarga. Sukaneka, Senamrobik wajar dianjurkan lebih kerap. Kegiatan ini membuka peluang untuk anggota masyarakat berkenalan.

(e) Peranan Majlis Perbandaran memastikan kemudahan awam dalam keadaan terpelihara. Contohnya : taman rekreasi, taman permainan—penduduk dapat berjumpa/ berinteraksi di situ. Di kawasan yang cenderung berlaku jenayah, pegawai RELA ditempatkan di situ menjaga keselamatan penduduk.

(f) Didikan agama. Ahli-ahli agama di masjid, kuil atau tekong mengadakan khutbah yang sesuai dari semasa ke semasa. Menjelang perayaan / aktiviti keagamaan , cuba libatkan kebanyakan penduduk. Aktiviti saling menziarahi semasa hari perayaan patut digalakkan dan diadakan secara besar-besaran—konsep rumah terbuka wajar dipraktikkan.

Penutup : Sikap mementingkan diri mesti dikikis. Boleh menjadi masalah/ punca kegagalan pembangunan negara.

Soalan 4. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk mempopularkan industri desa ke peringkat antarabangsa. Jelaskan usaha-usaha tersebut.

Pendahuluan

Jenis-jenis industri desa – makanan ringan seperti keropok, cincaluk dan belacan ,anyaman, kain batik, labu sayung, barangan seramik, perabot rotan dll. Merupakan warisan yang mesti dipertahankan. Sebenarnya bermutu tinggi, unik dan cantik – masih diminati dalam kalangan masyarakat tempatan – tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Berpotensi dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Isi utama usaha-usaha menangani masalah ini

(a) Agensi kerajaan –Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia meningkatkan lagi usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) usahawan industri desa. Memastikan kewujudan tenaga mahir mengendalikan industri ini. Mereka juga berupaya memasarkannya di persada antarbangsa. Agensi kerajaan mengadakan promosi di ekpo antarbangsa. Membuka peluang perniagaan untuk usahawan tempatan.

(b) Produk-produk industri desa dijual di pameran perdagangan antarabangsa. Sebelum itu, perancangan jitu dibuat agar barangan berkualiti dan strategi pameran yang berkesan digunakan. Usahawan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dipilih untuk mewakili Malaysia. Faktor kepelbagaian dan harga juga mesti diberi perhatian agar dapat bersaing dengan produk luar negara.

(c) Penggunaan mesin dan bantuan komputer perlu dimaksimumkan. Rekaan yang lebih menarik, penggunaan perasa dan warna yang terkawal serta cara pembungkusan atau pengawetan yang lebih baik patut digunakan / disebarluaskan. Kelebihan ini membolehkan usahawan tempatan bersaing dengan usahawan luar negara. Bank-bank tempatan mestilah

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 23: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

10

menyokong usahawan—memberi pinjaman supaya mesin / peralatan moden dapat dibeli. Produktiviti pasti meningkat.

(d) Peranan usahawan – mendapatkan pengetahuan dan pengalaman supaya dapat memajukan industri ke peringkat yang lebih tinggi. Perniagaan moden menggunakan strategi pemasaran yang bijak difokuskan. Kursus-kursus yang terpilih diperbanyak. Inisiatif sendiri mengadakan promosi—Contoh pereka tempatan batik mengadakan Hari Peragaan Batik Koleksi Persendirian di hotel-hotel atau di tempat-tempat eksklusif.

(e) Pusat inovasi satu-satu produk mesti ditubuhkan agar menjadi pusat rujukan. Contohnya pusat inovasi batik dan tenunan Malaysia ditubuhkan di Kelantan dan terengganu sebagai pusat rujukan kepada pengusaha batik.

(f) Peranan NGO juga penting. Contoh Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah mengadakan Minggu Batik 2005. Minggu Batik Malaysia adalah kesinambungan usaha memartabatkan industri batik di peringkat antarbangsa yang pernah diusahakan oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon ketika hayatnya masih ada.

Penutup: Industri desa wajar mendapat sokongan semua pihak --elakkan keadaan industri desa bagaikan hidup segan hidup tak mahu. Jika berjaya dipopularkan, industri desa menjanjikan keuntungan yang lumayan.

Soalan 5. Anda pernah menonton sebuah filem tempatan yang menarik. Ulaskan filem tersebut dengan selengkapnya.

Pendahuluan- Dinyatakan tajuk filem, pelakon, pengarah dan temapat filem ditayangkan .

Sebab sambutan daripada para penonton amat baik.

Isi

(a) Huraian sinopsis filem dengan ringkas.

(b) Kekuatan dari segi penghayatan pelakon-pelakonnya.

(c) Kekuatan dari segi pemaparan pengajaran / mesej. Boleh diteladani dan dijadikan panduan hidup.

(d) Kekuatan dari segi persoalan dan tema – perkara semasa yang melibatkan kebanyakan ahli masyarakat.

(e) Kekuatan dari segi plotnya yang kemas dan tersusun rapi. Peringkat pendedahan, klimaks, perumitan dan peleraian yang menarik.

(f) Kelemahan- sesetengah dialog yang meleret-leret. Pencemaran bahasa juga berlaku. Patut dielakkan.

Penutup: Filem yang patut diberi pengiktirafan antarabangsa. Harapan lebih banyak filem seumpama itu dihasilkan.

Mana – mana idea lain yang relevan diterima

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 24: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

1

SULIT 1103/2

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ZON A

GABUNGAN KUCHING ______________________________________________________________________

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008

BAHASA MELAYU

Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja.

AMARAN Peraturan Pemarkahan ini SULIT. Kegunaan khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.

1103/2

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 25: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

2

Markah penuh Kertas 2 ialah 110 markah.

Soalan 1: Rumusan Markah penuh 30 markah dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah (b) bahasa - 10 markah (a) ISI [20 markah]

Nota: (i) Panduan mengira perkataan:

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan -nama khas -perkataan berganda -penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’ -tarikh -angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan -gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Berikan markah bagi isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

i) Pendahuluan 2

ii) Isi tersurat 2 3 4 5 6 8 16

iii) Isi tersirat 6 5 4 3 2

iv) Penutup 2

Jumlah markah 20

Pendahuluan. Petikan membincangkan pengurusan hutan di negara kita. ( 2m ) Isi tersurat : Cara-cara pengurusan hutan [ 2 – 6 isi ] Markah

1. Penebangan terpilih 2 2. Mendapatkan permit daripada Jabatan Hutan. 2 3. Pembalak tidak boleh menebang pokok sewenang-wenangnya 2 4. Menentukan jumlah pokok yang ditebang. 2 5. Kesedaran terhadap ketinggian nilai alam sekitar 2 6. Tidak membeli perabot dibuat daripada kayu hutan tropika 2 7. Projek berupa ekopelancongan 2 8. Pendidikan terhadap anak-anak. 2

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 26: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

3

Isi Tersirat : Impak negatif penebangan hutan.[ 2 – 6 isi ] 1. Kesan rumah hijau. (2m) 2. Dunia semakin panas(2m) 3. Banyak gas karbon dioksida dibebaskan dan tidak dapat diserap. (2m) 4. Ekosistem flora dan fauna musnah(2m) 5. Hakisan tanah-tanih(2m) 6. Pencemaran air sungai yang berkelodak(2m)

Penutup. Kesimpulannya, kita perlu berganding bahu menjaga hutan agar sumber ini berkekalan. (2m) (b) BAHASA [10 markah ]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat Markah isi

Markah Bahasa

Huraian bahasa

Baik 18 – 20 15 – 17

9 – 10 7 - 9

Kesinambungan isi baik

Struktur ayat / tatabahasa baik

Kosa kata luas

Tanda baca / ejaan betul

Sederhana 12 – 14 8 – 11

6 – 7 4 – 6

Kesinambungan isi masih baik

Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan

Kosa kata masih memuaskan

Tanda baca / ejaan juga memuaskan

Lemah 1 – 7 1 – 4 Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan

Nota :

(i) Jika bahasa agak baik, tambah 1 markah lagi. (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah. (iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun

jumlah perkataan kurang drpd 120 patah perkataan, berikan 0 markah. (iv) Jika rumusan kurang 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 27: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

4

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagi kepada :-

Soalan 2 (a) : 9 markah Soalan 2 (b) : 9 markah Soalan 2 (c) : 8 markah Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian:

1. Jawapan hendaklah menggunaka ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna / lengkap. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul / tepat,

berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan. 4. Kesalahan bahasa dan ejaan hendaklah ditolak ½ markah daripada

setiap ceraian soalan. 5. Jawapan bagi soalan 2 (b), 2 (c), dan 2 (d) mestilah berdasarkan teks

komponen Kesusteraan Melayu yang ditetapkan. Soalan 2.(a) : Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata membuka jalan laluan adalah membuat lorong di dalam hutan (2m)

(ii) Penebangan terpilih. (1m) Mendapatkan permit daripada Jabatan Hutan. (1m) Pembalak tidak boleh menebang pokok sewenang-wenangnya (1m) Menentukan jumlah pokok yang ditebang. (1m) Kesedaran terhadap ketinggian nilai alam sekitar (1m) Tidak membeli perabot dibuat daripada kayu hutan tropika (1m) Projek berupa ekopelancongan (1m) Pendidikan terhadap anak-anak (1m) [Maksimum 3 markah sahaja]

(iii) Sumber oksigen (1m) Meneruskan kelangsungan hidup manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan. (1m) Menyejukkan sesuatu kawasan (1m) Menyerap gas karbon dioksida (1m) [Maksimum 4 markah sahaja]

Soalan 2 (b) – Cerpen

(i) - Zel mahu melupakan kenangan terhadap Ariff yang menyambutnya di lawang rumah. (1m) - Zel mahu melupakan cebikan Aman apabila diceritakan tawaran yang diterimanya untuk belajar di UK. (1m) - Zel mahu merapatkan hubungan dengan abang Awi. (1m) [Maksimum 2 markah sahaja]

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 28: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

5

(ii) - selalu menziarahi keluarga abah untuk mengeratkan perhubungan (1m) - menerima keluarga abahnya sebagai sebahagian keluarganya (1m) - menerima perceraian abah dan mama sebagai takdir. (1m) - mencari peluang untuk berbincang / berkomunikasi dengan abah (1m) [Maksimum 3 markah sahaja] (iii) - bersikap rasional. Zel ingin melupakan perlakuan negatif yang ditunjuk oleh saudara tirinya sebaliknya ingin menjalinkan hubungan yang rapat dengan Abang Awi. (2m) - pendendam. Zel berdendam dengan abah sehingga dia berniat untuk menghantar virus bagi memusnahkan program ZQ 1308 kepunyaan abah. (2m) - Anak yang baik. Zel menuruti segala nasihat mama. (2m) [Maksimum 4 markah sahaja] Soalan 2 (c) :Petikan Prosa Klasik. (i) Maksud tiada teguh setianya ialah janji yang tidak begitu kuat

pegangannya. [Maksimum 2 markah sahaja]

2m

(ii) Cara-cara yang digunakan oleh ibu bapa bayan :- - memberi nasihat dengan baik - memberi penjelasan dan sebab di sebalik larangan tersebut. - bercerita tentang kisah kera untuk menginsafkan anaknya. [Maksimum 3 markah sahaja]

1m 1m 1m

(iii) Kesan buruk salah memilih sahabat :- - sahabat yang tidak setia kepada kita - menipu kita - tidak sanggup berkorban atau menolong jika kita dalam kesusuahan. - memperalatkan kita / mengambil kesempatan ke atas diri kita [Maksimum 3 markah sahaja]

1m 1m 1m 1m

Soalan 2(d) : sajak (i) - pemandu tidak mengikut peraturan jalan raya - pemandu bersikap mementingkan diri sendiri/ tidak sabar/ tidak bersopan santun. [3 markah] (ii) - Meningkatkan mutu perkhidmatan awam supaya lebih banyak pengguna menggunakannya. -Memperbanyak polis trafik untuk mengawal lalu lintas terutama pada waktu puncak. - Menggalakkan rakyat berkongsi kereta [3 markah]

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 29: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

6

(iii) - sikap pengguna yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. - pengguna jalan raya yang bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri. - masalah kesesakan jalan raya yang berlaku di bandar besar [3 markah]

Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada : Soalan 3(a) : 6 markah Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3 (a) 1 . Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2 . Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada

keseluruhan soalan. 3 . Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa/ kata nama khas, berikan 0

markah. 4 . Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah. 5 . Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi

setiap ayat. 6 . Jika memberi perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan

sebagai satu ayat. 7 . Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 8 . Isi tidak jelas, tolak ½ markah. 9 . Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah. Soalan 3(a) i) memikul – membawa barang dengan galas di atas bahu. Contoh ayat : Pemuda itu memikul guni beras di atas bahunya. (1m) ii) mengelek [ kelek] – mengangkat sesuatu di bawah ketiak/ mengepit Contoh ayat : Setiausaha syarikat itu mengelek fail sambil tersenyum. (1m) iii) mengangkat : - menggerakkan ke atas, menaikkan - membawa pergi - melantik - melakukan (menyatakan dll) - memuji Contoh ayat : Peserta bina badan Malaysia berjaya mengangkat beban seberat 500 kilogram. (1m)

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 30: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

7

iv) menjinjing – membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah, membimbit, menjinjit Contoh ayat : Mak Munah menjinjing raga yang berisi sayur-sayuran. (1m) v) menjunjung – membawa sesuatu di atas kepala Contoh ayat : Peniaga itu menjunjung bakul ketika menjaja kuih. (1m) vi) menggendong -- mendukung ( di belakang, di pinggang dii) dengan kain yang disangkutkan ke leher Contoh ayat : Ah Kong menggendong adiknya di atas belakang. (1m)

Soalan 3 (b).

Nazri menyatakan bahawa dia dan Khairul akan pergi ke bandar pada petang itu. Nazri memberitahu Danial bahawa filem Duyung yang sudah ditayangkan itu memang bagus.

Danial bertanya sama ada perkara yang dinyatakan oleh Nazri itu betul atau

tidak. Seterusnya Danial menjelaskan bahawa dia tidak dapat pergi kerana kerja kursus yang diberi oleh Cikgu Aisyah belum disiapkan lagi.

Nazri terkejut apabila mendapati Danial belum menyiapkan kerja kursus itu

lantas menyatakan bahawa kerja kursus itu sepatutnya dihantar semalam. Danial bersetuju dengan kata-kata Nazri dan memberitahu bahawa dia tidak

sempat menyiapkan kerja kursus itu. Lagipun dia sudah berjanji untuk menghantar kerja kursus itu esok.

Nazri berharap Danial dapat menyiapkan kerja kursus tersebut kerana

perkara itu sangat penting.

[6 markah]

Soalan 3 (c)

(i) membiar -- terbiar 1m stesyen -- stesen 1m (ii) kebanyakkan -- kebanyakan 1m teknoloji -- teknologi 1m (iii) silaturrahim -- silaturahim 1m bilangan -- berbilang 1m

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 31: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

8

Soalan 3(d) (i) berkenaan -- tentang 1m dihebohkan -- dihebahkan 1m (ii) daripada -- dari 1m berlegar-legar -- berkepul-kepul 1m (iii) terkial-kial -- terjerit-jerit 1m orang ragut -- diragut orang 1m

Soalan 3(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) pelanduk dua serupa (2m) (ii) belakang parang kalau diasah lagikan tajam (2m) (iii) indah khabar dari rupa (2m)

Soalan 4 Markah penuh : 15 markah

Perhatian bagi soalan 4 : 1. Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari 2. Jawapan hendaklah ditulis dalam ayat yang sempurna / lengkap 3. Pemberian markah bahasa berdasarkan ’impression’. 4. Markah bahasa boleh melebihi markah isi. Perhatian bagi soalan (a) : 1. Jawapan tepat berdasarkan teks yang dipelajari. 2. Pernyataan mestilah benar dan disokong dengan contoh yang tepat. 3. Berikan ½ markah bagi pernyataan yang benar. 4. Berikan ½ markah bagi huraian yang tepat dan berkaitan dengan novel yang dikaji. 5. Markah maksimum untuk isi -- 4 markah manakal markah maksimum untuk bahasa - 3 markah. 4 (a) Tiga unsur saspens Novel Terminal Tiga - Kesungguhan Rimpa meninggalkan kampung halaman untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan Rimpa dan keluarganya berasa risau kerana Kuala Lumpur merupakan suatu tempat yang begitu asing bagi mereka - Kepulangan ayah Rimpa setelah 10 tahun menghilangkan diri.

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/

Page 32: Kertas 1 Dua jam lima belas minit - Trial Paper Collection ... · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. ... Aktiviti pembalakan biasanya

9

Pembaca tertanya-tanya mengapa ayahnya tiba-tiba muncul setelah lama menghilangkan diri? - Kemunculan Ruzaini pada bahagian akhir cerita Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada pembaca sama ada Ruzaini tersebut ialah kawan Rimpa ataupun orang lain. Novel Seteguh Karang

- Anis yang hampir-hampir dipatuk ular Anis yang berasa cemas kerana hampir-hampir dipatuk ular yang muncul dari arah semak di ladang kelapa sawit. - Ketika Encik Johari mencabar Awanis menurunkan setandan buah kelapa sawit, pembaca tertanya-tanya sama ada Awanis berjaya melakukannya atau tidak - Ketika Anita lari dari rumah setelah bergaduh dengan Kak Maysarah, pembaca ingin tahu tentang nasib Anita seterusnya. Pembaca juga ingin tahu sebab- sebab Kak Maysarah menghalau Anita. Perhatian bagi soalan (b) 1. Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan. 2. Berikan 2 markah bagi setiap huraian / contoh. 3. Markah maksimum unutk isi--- 6 markah dan markah maksimum untuk bahasa – 2 markah. 4 (b) Latar masyarakat Novel Teminal Tiga & Novel Seteguh Karang - Masyarakat yang gigih mencari rezeki Keluarga Rimpa dan masyarakat kampung gigih menjalankan kegiatan pertanian dan penanaman kubis, asparagus, tomato, dll Budi dan rakan-rakannya yang gigih mencari rezeki di rantau orang untuk menyara kehidupan keluarga mereka - Masyarakat pelajar Rimpa dan rakan-rakannya merupakan pelajar di Akademi Seni Kebangsaan di Kuala Lumpur. Awanis dan rakan-rakannya belajar di ITM cawangan Perlis. - Masyarakat yang masih mengamalkan nilai hidup bermasyarakat. Kak Naspura yang peramah dan pandai melayan Rimpa yang hadir di rumahnya Kak Nor telah mempelawa Awanis untuk tinggal di rumahnya .Sepanjang masa Awanis tinggal di situ, Kak Nor memberikan layanan terbaik kepadanya. - Masyarakat yang percaya kepada golongan pendakwah dan masyarakat yang

percaya kepada kepercayaan kolot Kerana percaya kepada golongan pendakwah, Ruzaini sanggup lari meninggalkan keluarganya untuk mengikut kumpulan ini. Encik Lee yang percaya bahawa anak perempuan membawa sial dalam keluarga sehingga sanggup menyerahkan anaknya kepada orang lain.

Sarawak Zon A Trial SPM 2008 http://edu.joshuatly.com/ http://www.joshuatly.com/