keratan akhbar online - nre.gov.my di akhbar... · masalah berkaitan alam sekitar termasuk...

3
Penduduk sengsara diancam bunyi bising PADANG SERAI 25 Nov. - Lebih 1,200 penduduk di beberapa kampung dekat sini diancam pelbagai masalah berkaitan alam sekitar termasuk pencemaran bunyi ekoran pembinaan rumah burung walet secara berleluasa di kawasan tersebut. Malah, kewujudan rumah burung walet yang semakin aktif di Kampung Paya Ketiau itu dikhuatiri mengundang ancaman penyakit kerana ia dibina hampir dengan penempatan penduduk. Kehadiran lori-lori besar yang berulang-alik membawa muatan tanah dan bahan binaan projek turut merosakkan jalan mini tar di kawasan berkenaan. Penduduk mendakwa, sehingga kini, lebih dua kilometer jalan mini tar di kawasan Kampung Paya Ketiau menghala ke Kampung Bukit Sidam, Sidam Kanan, Lesung Tujuh dan Teluk Bilu rosak teruk kerana dilalui lori yang membawa lebih muatan. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Paya Ketiau, Mohd. Yusof Din berkata, kerja-kerja membina rumah burung walet itu dijalankan secara berleluasa sejak dua tahun lalu. Katanya, keadaan tersebut telah mengganggu ketenteraman penduduk sekitar selain dicemari najis burung. "Pengusaha rumah itu telah membuka pembesar suara rakaman bunyi bagi memanggil burung walet daripada awal pagi sampai lewat malam," dakwanya kepada pemberita selepas mengetuai kira-kira 30 penduduk mengadakan perhimpunan secara aman membantah kegiatan tersebut di sini, hari ini. Menurut Mohd. Yusof, pencemaran bunyi yang terhasil itu turut mengganggu para pelajar sekolah mengulang kaji pelajaran. "Mereka terganggu dengan bunyi bising itu dan ada antara mereka terpaksa berpindah ke rumah rakan atau saudara mara di tempat lain," jelasnya. Tambah beliau, sehingga sekarang, sebanyak sembilan buah bangunan rumah walet setinggi tiga hingga empat tingkat telah didirikan di kampung itu. "Kita diberitahu sekurang-kurangnya tiga lagi sedang dalam pembinaan," katanya. Tajuk : Penduduk sengsara diancam bunyi bising Tarikh : 26 November 2010 Sumber : Utusan Malaysia KERATAN AKHBAR ONLINE

Upload: dinhcong

Post on 12-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERATAN AKHBAR ONLINE - nre.gov.my di Akhbar... · masalah berkaitan alam sekitar termasuk pencemaran bunyi ekoran pembinaan rumah burung walet secara berleluasa di kawasan tersebut

Penduduk sengsara diancam bunyi bising

PADANG SERAI 25 Nov. - Lebih 1,200 penduduk di beberapa kampung dekat sini diancam pelbagai

masalah berkaitan alam sekitar termasuk pencemaran bunyi ekoran pembinaan rumah burung walet

secara berleluasa di kawasan tersebut.

Malah, kewujudan rumah burung walet yang semakin aktif di Kampung Paya Ketiau itu dikhuatiri

mengundang ancaman penyakit kerana ia dibina hampir dengan penempatan penduduk.

Kehadiran lori-lori besar yang berulang-alik membawa muatan tanah dan bahan binaan projek turut

merosakkan jalan mini tar di kawasan berkenaan.

Penduduk mendakwa, sehingga kini, lebih dua kilometer jalan mini tar di kawasan Kampung Paya

Ketiau menghala ke Kampung Bukit Sidam, Sidam Kanan, Lesung Tujuh dan Teluk Bilu rosak teruk

kerana dilalui lori yang membawa lebih muatan.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung

Paya Ketiau, Mohd. Yusof Din berkata, kerja-kerja membina rumah burung walet itu dijalankan

secara berleluasa sejak dua tahun lalu.

Katanya, keadaan tersebut telah mengganggu ketenteraman penduduk sekitar selain dicemari najis

burung.

"Pengusaha rumah itu telah membuka pembesar suara rakaman bunyi bagi memanggil burung walet

daripada awal pagi sampai lewat malam," dakwanya kepada pemberita selepas mengetuai kira-kira

30 penduduk mengadakan perhimpunan secara aman membantah kegiatan tersebut di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Yusof, pencemaran bunyi yang terhasil itu turut mengganggu para pelajar sekolah

mengulang kaji pelajaran.

"Mereka terganggu dengan bunyi bising itu dan ada antara mereka terpaksa berpindah ke rumah

rakan atau saudara mara di tempat lain," jelasnya.

Tambah beliau, sehingga sekarang, sebanyak sembilan buah bangunan rumah walet setinggi tiga

hingga empat tingkat telah didirikan di kampung itu.

"Kita diberitahu sekurang-kurangnya tiga lagi sedang dalam pembinaan," katanya.

Tajuk : Penduduk sengsara diancam bunyi bising

Tarikh : 26 November 2010

Sumber : Utusan Malaysia

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: KERATAN AKHBAR ONLINE - nre.gov.my di Akhbar... · masalah berkaitan alam sekitar termasuk pencemaran bunyi ekoran pembinaan rumah burung walet secara berleluasa di kawasan tersebut

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Talib Awang, 48, berkata, projek pembinaan rumah burung

walet yang kesemuanya dimiliki orang luar dari kawasan itu bukan saja mengganggu penduduk tetapi

turut mengundang banyak masalah.

"Antara masalah yang dihadapi ialah jalan yang digunakan rosak teruk selain kebersihan kawasan

tidak terjamin," jelasnya.

Beliau berkata, penduduk pernah mengemukakan aduan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kulim

serta Jabatan Kesihatan Daerah tetapi mendapat makluman mengecewakan.

"Mereka beritahu bahawa ia tidak ganggu penduduk, tetapi sekarang ia benar-benar mengancam

ketenteraman kami," katanya.

Beliau berharap, pihak berkuasa terutamanya kerajaan negeri mendapatkan maklum balas daripada

penduduk setempat terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaan rumah burung walet.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud

ketika dihubungi memberitahu, pihaknya kecewa kerana jalan mini tar yang digunakan penduduk

kampung itu rosak teruk akibat dilalui lori-lori besar ke projek pembinaan rumah burung walet.

Kata beliau, pihaknya akan membantu penduduk mengemukakan aduan secara rasmi terhadap

Pejabat Tanah dan Daerah Kulim untuk diambil tindakan segera.

"Selain itu, Pejabat Pembangunan Persekutuan juga bersetuju memperbaiki jalan mini tar yang rosak

dalam tempoh terdekat.

"Sebanyak RM336,800 diperuntukkan untuk memperbaiki jalan mini tar kampung ini," katanya.

Page 3: KERATAN AKHBAR ONLINE - nre.gov.my di Akhbar... · masalah berkaitan alam sekitar termasuk pencemaran bunyi ekoran pembinaan rumah burung walet secara berleluasa di kawasan tersebut