keratan akhbar 15 hingga 16 november 2015 bil akhbar … · memudahkan bantuan dan peruntukan...

13
KERATAN AKHBAR 15 hingga 16 November 2015 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Perak Today – Tak sampai hati cerita sebenar. 15 November 2015, Ahad Online 2. Malaysiakini – Bekas polis tentera kata mereka diabaikan, dilupakan. 15 November 2015, Ahad Online 3. The Star 160 veterans receive Malaysian Service Medal at special event. 16 November 2015, Isnin Online 4. Sinar Harian Roti keras santapan waktu perang. 16 November 2015, Isnin Online 5. Sinar Harian Pastikan taraf hidup bekas tentera terjamin. 16 November 2015, Isnin Online 6. Sinar Harian – Anggota tentera cedera, kereta rempuh tiang. 16 November 2015, Isnin 47

Upload: truongkiet

Post on 12-Aug-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERATAN AKHBAR

15 hingga 16 November 2015

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1.Perak Today – Tak sampai hati ceritasebenar.

15 November 2015,Ahad Online

2.Malaysiakini – Bekas polis tentera katamereka diabaikan, dilupakan.

15 November 2015,Ahad Online

3.

The Star – 160 veterans receiveMalaysian Service Medal at specialevent.

16 November 2015,Isnin Online

4.Sinar Harian – Roti keras santapanwaktu perang.

16 November 2015,Isnin Online

5.Sinar Harian – Pastikan taraf hidupbekas tentera terjamin.

16 November 2015,Isnin Online

6.Sinar Harian – Anggota tentera cedera,kereta rempuh tiang.

16 November 2015,Isnin 47

Sunday, November 15, 2015

Tak sampai hati cerita sebenar

Sungai Petani: “Saya hanya mampu beritahu abang ipar ‘ok’ apabila ditanya kakak (Siti Fatimah)kerana tidak tergamak mengatakan suaminya meninggal dunia,” kata Mohd Solihin Razali, 18, adikipar kepada anggota tentera Mohd Hafiq Harun, 27, yang maut selepas Perodua Kancil dipandunyamerempuh pokok di Kilometer 41, Jalan Sungai Petani-Alor Setar berhampiran Gurun, awal pagisemalam.

Dalam kejadian jam 12.25 tengah malam, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas lalumerempuh pokok menyebabkannya mati di tempat kejadian manakala isteri mangsa, Siti Fatimah,21, serta anak mereka Muhammad Qawiem Iqfal, 2, yang parah dihantar ke Hospital Sultan AbdulHalim (HSAH), di sini, untuk rawatan lanjut.

Sebelum kejadian, mangsa yang bertugas di Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) bersama isteri dan anakmereka dalam perjalanan dari Kampung Bukit Palong Selatan, Naka, Kuala Nerang untuk pulang kerumah mereka di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani.

Mohd Solihin berkata, kakaknya bertanyakan keadaan suaminya ketika menziarahinya di hospitalsebelum wanita itu dibawa menjalani pembedahan, namun tidak sampai hati memaklumkan yangabang ipar meninggal dunia.

“Dalam keadaan kakak yang patah kedua-dua kaki dan tangan kiri manakala anak mereka pula patahtangan dan luka di kepala, kami sekeluarga tidak tergamak memaklumkan perkara sebenar, malahkakak juga tidak tahu yang bayi dalam kandungannya juga meninggal dunia.

“Kali terakhir saya berjumpa abang ipar ketika bersama kakak dan anak mereka pulang ke kampungdi Naka, dua hari lalu dan ketika itu arwah lebih banyak berdiam diri daripada berbual dan hanyasesekali bermain telefon bimbitnya di luar rumah.

“Selepas itu, mereka bertiga terus pulang ke rumah bapa arwah di Kampung Bukit Palong, tetapi jam3 pagi tadi (semalam) saya dimaklumkan kereta dinaiki arwah bersama kakak dan anaknya terbabitkemalangan di Gurun,” katanya ketika ditemui di HSAH, di sini.

Katanya, kejadian itu kemalangan ketiga menimpa arwah abang ipar selepas kemalangan keretatahun lalu selain pernah terbabit kemalangan motosikal menyebabkan tangan kirinya lumpuh,beberapa tahun lalu.

“Dalam kemalangan kereta sebelum ini, abang dan kakak hanya cedera ringan dan ketika itu, kakakhamil lima bulan.

“Memang saya agak bimbang melihat cara arwah memandu kereta kerana dia hanya menggunakansatu tangan disebabkan tangan kirinya lumpuh,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Kancildipandu anggota tentera terbabit bersama isteri dan anak mereka hilang kawalan lalu terbabas kekanan jalan sebelum merempuh pokok.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakalaisterinya patah kedua kaki dan tangan kiri sementara anak mereka pula patah tangan kiri dan cederadi kepala.

Bekas polis tentera kata mereka diabaikan,dilupakan

15 Nov 2015

Para pesara Kor Polis Tentera DiRaja sedih apabila khidmat dan pengorbanan mereka kepada negaraselama ini seolah-olah dilupakan oleh pihak berkuasa.

Pada majlis memperingati ulang tahun kor itu ke-62 di sebuah kelab mewah di Sungai Petani padaJumaat, beberapa pesara melahirkan rasa kecewa dan sedih kerana mereka disisihkan

Menurut bekas pegawai warant I Jalaini Mohamad, 52, mereka sering diberitahu oleh pihak atasanbahawa sumbangan mereka kepada negara akan dihargai.

"Jadi saya dah 10 tahun bersara. Selama 10 tahun, bukan saya seorang tetapi kawan-kawan sayasemua sebelah zon utara - Perak ke Perlis - saya rasa, diri diabaikan. Tak pernah ambil tahu dan takpernah ambil khabar.

"Apa-apa hari kebesaran dibuat di Pusat Latihan Kor Polis Tentera, di Kuala Lumpur, kami sepatutnyadijemput tapi tak pernah jemput saya dan rakan-rakan (ke program).

"Saya berkhidmat selama 22 tahun dan mencurah semua yang saya ada kepada Kor saya, sayasemacam tidak dihargai," katannya yang kini menguruskan perniagaan sendiri di Kedah.

"Kawan-kawan yang sakit dan memerlukan bantuan perubatan, semua tak sampai sebagaimanayang kami harapkan, tak sebagaimana yang kami dijanjikan," katanya lagi.

Daripada 1984 hingga 2006, Jalaini bertugas di Kor Polis Tentera di Sarawak, Sabah dan KualaLumpur sehingga bersara di Melaka sebelum kembali ke kampung halamannya di Sungai Petani.

Beliau berkata para pesara tidak menuntut pelbagai perkara tetapi hanya mahu khidmat merekadikenang oleh pihak berkuasa.

Mereka juga berasa terguris kerana tidak dijemput ke majlis yang dianjurkan oleh kepimpinan polistentera itu.

Mereka juga menyambut ulangtahun mereka pada 12 November di KLang tahun ini.

16 November 2015

160 veterans receive Malaysian Service Medal atspecial event

A SINGLE tear rolled down retired flight sergeant Zainal Ahmad’s face as a prayer was said for fallenarmy comrades during the Emergency and Communist insurgency.

After 23 years of service in the Royal Malaysian Air Force (RMAF) and another 23 in retirement, the74-year-old stroke survivor was finally awarded his Malaysian Service Medal (PJM) for his work.

The Selangor-born pilot was surrounded by loving members of his family as the medal was pinmedon his chest, but Zainal lamented that the honour meant nothing without the company of his formercolleagues.

“They are no longer here,” said the wheelchair-bound Zainal.

“It’s been so long, I don’t really remember my time or anyone in the Air Force anymore.

“But I remember I had friends and that it was good.”

Retired RMAF Captain Jasbir Singh, 53, also dedicated his medal to his friends who perished in theNuri helicopter crash in Lundu, Sarawak in December 1989.

“We took off one day but only one aircraft came back, the other did not. I lost many good friends inthat mishap.

“We did a search-and-rescue operation in harsh weather and terrains. Many good officers werelost,” he said.

Jasbir, who has since opened a roof building business, thanked the Veteran Affairs Department(JHEV) for the recognition with the medal – but said many more deserved to receive it but wouldnever get the chance.

The two veterans were among 160 who were awarded the PJM medal of recognition for their serviceduring the Emergency and battling the Communists between 1969 and 1989.

JHEV director-general Major- General Datuk Mohd Noor Daud said more than 17,000 veterans havebeen given the award since its inception in 2004.

He pledged to continue fighting for the welfare of army retirees – which received RM3bil in funds forpensions, medical treatment, daily expenditure and education for their offspring.

The JHEV covers nearly 363,000 Malaysian army veterans.

“And the funds are going to go up every year as the number of veterans become more.

“This shows the Government’s commitment in helping our veterans,” he said.

The medal presentation ceremony was held at Wisma Transit in Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur.

Roti keras santapan waktu perang16 NOVEMBER 2015

Majlis memperingati wira ini sudah diadakan selama 14 tahun berturut-turut.

GEORGETOWN - Lelaki ini mungkin dianggap bertuah kerana masih terselamat sehingga ke hari iniwalaupun pernah berjuang ketika Perang Dunia Kedua (WWII).

Beliau, James Jeremiah juga satu-satunya bekas anggota pasukan keselamatan sukarela ‘Company E’yang pernah diwujudkan ketika perang berkenaan.

Berusia 92 tahun, beliau menganggap kehidupan sepanjang peperangan amat sukar dan tidak akandilupakan sepanjang hayat.

Pengalamannya bertugas sebagai polis simpanan pada usia 18 tahun menyimpan banyak kenanganyang takkan dilupakan.

“Paling saya ingat ialah apabila tentera Jepun datang menyerang pasukan British menggunakankapal terbang bermula di Lapangan Terbang Pulau Pinang dan pada masa itu basikal tentera merekasudah pun menguasai jalan darat.

“Mereka gemar membunuh dengan memenggal kepala sesiapa yang ingkar arahan.

“Kepala mangsa kemudiannya akan dipacakkan di atas sebatang kayu dan diletakkan di tepi jalansebagai peringatan dan amaran kepada orang lain, ia memang bertujuan untuk menakut-nakutkanorang ramai,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Hari Peringatan Tahunan Ke-14 di Tugu Peringatan Cenopath,Padang Kota Lama semalam.

Majlis berkenaan untuk mengenang wira-wira yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama danKedua.

Ia juga bersempena memperingati 101 tahun selepas Perang Dunia Pertama dan 70 tahun selepasPerang Dunia Kedua yang berlaku di Tanah Melayu.

Makanan dicatu

Antara pengalaman James yang turut diingatinya ialah kejadian pengeboman di Jalan Carnavonsehingga ratusan mayat bergelimpangan.

Tidak dinafikan, kematian begitu banyak berlaku selepas Jepun menyerang pasukan British di PulauPinang, bahkan tentera Australia yang membantu turut terkorban.

Pada waktu itu tugasnya turut membantu untuk mengangkat mayat.

James berkata, makanan turut dicatu dan setiap keluarga hanya diberikan secupak beras untukseminggu.

“Selain itu, kami turut beratur seawal jam 4 pagi untuk mendapatkan roti keras yang akan diedarkankepada penduduk.

“Tentera Jepun suka menyeksa golongan lelaki sementara wanita pula dirogol, penduduk tidak bolehmiliki lampu dan radio.

“Mereka memang gemar melakukan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah seawal jam 2 pagi,semuanya tiba-tiba,” katanya.

Sentiasa menurut perintah mahu selamat

Selepas Company E dibubarkan, James bekerja sebagai pemandu lokomotif dari Butterworth kePadang Besar.

Dia mengakui tidak mempunyai masalah dengan orang Jepun kerana akur dan menurut arahan,semuanya gara-gara mahu dirinya lebih selamat.

“Jika mereka suruh kilat kasut, saya buat, jika suruh cuci pedang, saya buat, jika minta angkatbarang, saya tak pernah bantah, semuanya saya patuh sahaja demi keselamatan diri,” katanya.

Ceritanya, dia hanya menjadi pemandu lokomotif kerana tidak mahu menimbulkan masalahberikutan ada sahaja penduduk yang menjadi tali barut Jepun untuk mendapat kesenangan.

Bagaimanapun, dia enggan menjadi sebegitu dan tidak lama kemudian membawa diri ke Singapuradengan menyertai polis di sana.

“Bila dengar Malaya hendak berpecah, saya terus balik ke Pulau Tikus dan menjadi polis di sini danpangkat terakhir ialah Superintendan,” katanya.

Bersyukur negara masih aman

Berada di dalam Persatuan Veteran Keselamatan Pulau Pinang, lelaki ini menjadi tumpuan orangramai.

Tidak dinafikan dirinya masih sihat dan mengakui tidak merokok dan minum minuman keras.

Beliau dalam masa yang sama meminta masyarakat bersyukur kerana keamanan yang dikecapsehingga hari ini membolehkan semua kaum hidup di dalam aman harmoni tanpa sebarangpergolakan seperti yang berlaku di luar negara.

“Kekejaman peperangan atau serangan yang berlaku bukanlah seperti apa yang kita nampak didalam filem-filem yang ditonton di kaca televisyen.

“Ia lebih mengerikan dan saya harap negara kita takkan berhadapan dengan sebarang ancamansebegini malah kita perlu sama berusaha kekalkan kemakmuran yang dinikmati sekarang,” katanya.

Pastikan taraf hidup bekas tentera terjamin14 NOVEMBER 2015

Mohd Sani (kiri) bersama ahli PKVTTB Lipis melawat dan menyampaikan bantuan kepada Sabri(duduk, tengah) di Kampung Chat, Benta kelmarin.

KUALA LIPIS - Kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan veteran tentera tidak berpencen dansentiasa menjaga kebajikan mereka.

Yang Dipertua Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB), Mohd Sani Ishakberkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi memastikan taraf hidup bekas tentera serta ahlikeluarga mereka sentiasa terjamin.

“Ini membuktikan kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap bekas tentera di negeri ini yangtelah banyak menabur bakti dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara semasa merekaberkhidmat dalam pasukan tentera sebelum ini.

“Kita juga menyeru kepada tentera tidak berpencen agar segera berdaftar dengan pertubuhan bagimemudahkan bantuan dan peruntukan disalurkan kepada ahli yang layak,” katanya selepasmenyampaikan sumbangan kepada ahli PKVTTB, Sabri Jaafar, 57, yang menghidap penyakit buahpinggang di Kampung Chat, Benta di sini, kelmarin.

Dalam pada itu Mohd Sani berkata, PKVTTB telah merancang serta melaksanakan programkemahiran dan keusahawanan bagi membantu anggota bekas tentera tidak berpencen supayaberkecimpung dalam pelbagai bidang termasuklah bidang perniagaan.

Menurutnya, langkah ini dapat membantu mereka hidup berdikari di samping dapatmempertingkatkan taraf sosioekonomi mereka seharian dengan menggunakan pelbagai peluang dankemudahan yang disediakan kerajaan ketika ini.

“Kerajaan membuka pelbagai peluang dan kemudahan pinjaman, justeru anggota bekas tenteratidak berpencen perlu merebut peluang peluang yang disediakan oleh kerajaan," katanya.

16 November 2015, m/s 47