keratan akhbar 03 hingga 06 september 2016 … itu sebagai menjawab catatan siti hazwani melalui...
TRANSCRIPT
KERATAN AKHBAR
03 hingga 06 September 2016
Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat
1.
Borneo Post Online - Balu Kapten
Hasman terima lebih RM274,000
pencen terbitan bulanan.
Sabtu / 03
September 2016 Online
2.
My Sarawak News – PVTMS adakan pelancaran Kempen Tabung Pahlawan malam ini.
Sabtu / 03
September 2016 Online
3. Sinar Harian – Balu Allahyarham
Kapten Hasman mohon maaf. Ahad / 04 September
2016 Online
4. The Star – Appreciate army veterans‘
sacrifices. Ahad / 04 September
2016 Online
5. The Star – Blood and tears were shed
for independence. Isnin / 05 September
2016 Online
6. Utusan Sarawak – Kempen tabung
Pahlawan dilancarkan. Isnin / 05 September
2016 Online
7.
My News HUB – Jabatan Hal Ehwal
Veteran ATM kesal permainan politik
Rafizi.
Isnin / 05 September
2016 Online
8.
Bernama – JHEV ATM wujudkan
Pusat Sehenti mudahkan urusan Bakal
Pesara, Veteran ATM.
Isnin / 05 September
2016 Online
9.
Malaysiadigest.com – Jhev to operate
One – Stop Centres for Future
Retirees, Veterans.
Isnin / 05 September
2016 Online
10.
Utusan Malaysia – Wujud Pusat
Sehenti mudahkan urusan bakal
Pesara, Veteran ATM.
Isnin / 05 September
2016 Online
11. Utusan Malaysia – Projek hargai jasa
Parajurit. Selasa / 06
September 2016 Online
12. Harian Metro – Pusat Sehenti Pesara
Tentera 6 September. Selasa / 06
September 2016 Online
Balu Kapten Hasman terima lebih RM274,000,
pencen terbitan bulanan
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melunaskan bayaran dan
imbuhan berjumlah RM274,542.49 kepada balu Allahyarham Kapten Hasman
Hussin yang meninggal dunia selepas dihanyutkan banjir di Pulaski County,
Missouri, Amerika Syarikat, pada Disember tahun lepas.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bayaran dan
imbuhan itu telah dibayar kepada Siti Hazwani Ahmad sejak awal tahun berdasarkan
syarat perkhidmatan arwah suami beliau selama lapan tahun.
―Jumlah yang telah diterima Puan Hazwani ialah RM274,542.49. Ini termasuk
pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah
Ganti Cuti Rehat (FGCR).
―Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan (pencen terbitan
bulanan),‖ katanya dalam kenyataan semalam.
Kenyataan itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya
yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak sampai
RM1,000 sebulan untuk menanggung anak-anaknya walaupun sudah sembilan
bulan suaminya meninggal dunia.
Hishamuddin bagaimanapun berkata sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima
masih belum mencukupi, beliau sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga
termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu Hazwani dan anak-anaknya.
―Isu kebajikan anggota tentera sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah
yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik,‖ katanya.
Allahyarham Hasman, 33, berada di Amerika Syarikat untuk menjalani kursus
bermula 1 Okt 2015 dan dilaporkan hilang pada 26 Dis 2015 apabila kenderaan
yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri.
Mayat pegawai tentera itu dijumpai pada 28 Dis susulan kejadian yang dilaporkan
turut meragut nyawa empat rakannya.
Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga anak lelaki berusia tiga tahun dan
pasangan kembar berusia kira-kira tiga bulan ketika kejadian. — Bernama
PVTMS adakan pelacaran Kempen Tabung
Pahlawan malam ini
SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) mengadakan
Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan Peringkat Negeri sempena Sambutan
Hari Pahlawan Ke-56 pada malam ini (3 September) jam 7.15 malam.
Majlis perasmian bakal disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai
King.
Pengerusi pengelola yang juga Naib Presiden 1 PVTMS, Idres Adam berkata satu
jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis tersebut.
Beliau memberitahu, satu mesyuarat akhir diadakan kelmarin membincangkan
segala perkara berhubung majlis itu.
Turut hadir Sarjan Mejar Frankie Jilan dari Rejimen 510 Askar Wataniah, Setiausaha
Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak (PKKS) Unit Sibu, Alex Ting dan AJK
Informasi Teknologi PKKS Unit Sibu, Ling Tiew Hong.
Sementara itu, Presiden PVTMS selaku penasihat majlis, Thomas Ling menyeru
orang ramai hadir pada majlis pelancaran itu nanti.
Katanya, PVTMS akan memberi cenderamata kepada orang ramai yang hadir
dengan terhad hanya kepada 150 orang sahaja.
Balu Allahyarham Kapten Hasman mohon maaf
Hazwani (empat, kiri) bersama wakil ATM yang hadir di rumahnya di Felda Palong 13, semalam.
JEMPOL - Balu Allahyarham Kapten Hasman Hussin yang meninggal dunia selepas
dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat, Disember lalu, memohon maaf
kepada pihak terlibat termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ekoran luahan
hatinya sehingga menjadi viral dalam laman sosial.
Siti Hazwani Ahmad, 29, berkata, dia sudah mendapat penjelasan daripada ATM
berhubung isu imbuhan kematian suaminya yang didakwanya tidak mencukupi.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu
berkenaan dan berharap sudah selesai.
―Saya minta maaf kepada semua, kepada menteri dan semua pihak, sama ada
terlibat secara langsung atau tidak dalam hal ini. Saya sudah dapat penjelasan
daripada wakil ATM yang datang ke rumah tadi (semalam).
"Saya harap semuanya selesai dan tidak mahu komen lebih tentang isu ini,‖ katanya
ketika ditemui di rumahnya di Felda Palong 13, di sini, semalam.
Ketika ditemui wartawan, Hazwani bagaimanapun kelihatan sebak dan sesekali
menitiskan air mata berikutan rasa sedih apabila menerima kritikan daripada
pelbagai pihak termasuk netizen di dalam sosial.
―Luahan hati saya cuma berharap dapat tuntut hak anak-anak arwah iaitu pencen
tanggungan anak-anak. Setidak-tidaknya dapat menanggung mereka sehingga umur
21 tahun nanti.
―Saya cuma berharap ia dapat ditunaikan seperti dijanjikan menteri melalui
kenyataan dikeluarkan sebelum ini,‖ katanya.
Menurutnya, sejak kematian suami, dia yang juga seorang penjawat awam, terpaksa
mengambil cuti tanpa gaji selama lima tahun untuk membesarkan ketiga-tiga
anaknya.
―Saya sekarang tak bekerja, hanya menjual produk kesihatan secara online. Ini
usaha saya untuk menambahkan pendapatan kerana wang pencen terbitan suami
sebanyak RM916.75 sebulan tidak cukup untuk perbelanjaan saya dan anak-anak.
―Apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu
dan memberi maklum balas terhadap luahan hati saya di Facebook sebelum ini,‖
katanya.
Kelmarin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan,
sejumlah wang sudah diterima Hazwani sejak awal tahun lalu.
Menurut Hishammuddin, bayaran dibuat berdasarkan syarat perkhidmatan
Allahyarham selama lapan tahun bersama ATM.
Sejak awal tahun lalu katanya, jumlah wang yang diterima Hazwani sebanyak
RM274,542.49 termasuk pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan
tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).
Selain itu, Hazwani turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan untuk pencen
terbitan bulanan.
Appreciate army veterans’ sacrifices
Tiong making a donation to kick-start the Warriors‘ Day celebration fundraising drive.
SIBU: Donating to the Warriors‘ Day fund shows our appreciation to army veterans
who sacrificed their lives in safeguarding the sovereignty and security of the country,
said Dudong assemblyman Datuk Tiong Thai King.
―This campaign is timely as it allows people to say ‗thank you‘ to former servicemen
for their sacrifices in looking after the security of the country. I hope people will
donate sincerely to the fund,‖ he said at the launch of the fund on Saturday.
Due to sacrifices of army veterans, all the people in the country were able to live in
peace, he added.
Tiong said their sacrifices might come to nought as with the advent in information
technology, irresponsible people might use social media to incite racial hatred
among the people.
―They stir racial hatred in order to undermine unity in the country. We and,
especially the younger generation should not fall into their trap,‖ he advised.
Blood and tears were shed for independence
A LOCAL daily on Aug 31, carried an article suggesting that Merdeka was won by
tact, not force and that Malaysia was the only nation to become independent without
bloodshed.
This statement doesn‘t quite portray the true picture and risks trivialising the
contributions of others.
We are indeed unique in that we gained our independence from our former colonial
ruler without bloodshed but to win and maintain this independence is something that
we must also look at and remember.
True, we did not lose any lives in the process of gaining independence from Britain
unlike our neighbours such as Vietnam which had fought off two Western powers:
France and the United States, with a loss of over 300,000 Vietnamese lives, or
Indonesia which fought the Dutch before securing their independence.
Then again Malaysia is also unique in that we are about the only one that had to take
up arms to fight forces that wanted to take away our independence for almost 32
years after gaining it.
From 1948 the Malayan People‘s Liberation Army (MPLA), an off-shoot of the
Malayan People Against Japan Army, took up the aspirations of the Communist
Party of Malaya and started an armed insurrection ostensibly to oust the British. After
the country became independent in 1957, this insurrection was directed at ousting
the democratically elected government of Malaya.
With help from Commonwealth forces, the fledging Malayan Armed Forces
succeeded in forcing the CPM to retreat and seek sanctuary in South Thailand in
1960.
In the process 1,346 Malayan and 519 British troops and police were killed during
this period and 2,406 Malayan and British troops and police were wounded.
Peace prevailed for a while from 1960 until 1963 when following the formation of
Malaysia, Sukarno of Indonesia launched ―Confrontation‖ against Malaysia for 3
years.
It saw 114 of our soldiers killed while 181 were wounded. Once again we were
fighting to defend our independence. Two years after the end of the ―Confrontation‖
the CPM that had been gradually gathering strength in South Thailand and inspired
by the 1968 Tet Offensive in South Vietnam, resumed hostilities.
In 1968 the forces of CPM infiltrated Peninsular Malaysia.
In 1974 there was an upsurge of terrorism which saw the assassination of the
Inspector-general of the Malaysian Police Tan Sri Abdul Rahman Hashim.
Once again Malaysian security forces fought off the threat to our independence from
the revitalized CPM and in 1989 they finally laid down arms and quit their struggle to
turn Malaysia into a communist state.
Thus we should not look at ―Merdeka‖ merely from the perspective of gaining
independence but also at how we had to defend it. While we may not have lost any
lives in gaining this ―Merdeka‖, we certainly shed a lot of blood and lost a lot of lives
defending this ―Merdeka‖ of ours and we had our heroes.
After the Rio Olympics of 2016 we have seen another kind of hero: those of the
sporting arena. They certainly deserve the accolades and being feted and rewarded
by a grateful nation and no one should begrudge them.
However the Olympic heroes with silver and bronze medals were all granted a
lifetime pension of RM 3,000 and RM 2,000 monthly, never mind the one time
financial reward it does tend to make one compare with.
Our heroes who have given limb and life to protect the nation‘s independence, peace
and stability have also won medals too although these are the Seri Pahlawan Gagah
Perkasa, Pingat Panglima Gagah Berani or Pingat Tentera Udara. For this bravery
and gallantry they are given a monthly lifetime pension of RM 2,000, RM 1,500 and
RM 1,000 respectively.
True, the athletes have shed blood, sweat and tears. But we too have shed our
blood from wounds inflicted by the enemy, sweated out waiting in ambush and we
shed our tears as we watched the bodies of our fallen comrades being buried, as
wives became widows and children became orphans overnight.
I ask in all humility for the media not to look at ―Merdeka‖ from one aspect of gaining
independence only but also to look at how we have fought to maintain and protect
this independence.
Please also remember occasionally such as on Aug 31 each year, that our fallen
heroes and those who survived had risked life and limb to preserve the nation‘s
independence, peace and stability lest they be forgotten over time.
LT JEN TAN SRI ABDUL GHANI ABDUL AZIZ (R)
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Kesal Permainan Politik Rafizi
KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
kesal dengan tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli
berterusan memutarbelit hal kebajikan pesara ATM demi kepentingan politik
sempitnya.
Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah berkata, Rafizi
sebelum ini pernah membuat tuduhan tidak benar terhadap Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) dan akhirnya berhadapan tindakan saman oleh LTAT.
―Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM menolak sebarang campur tangan pihak luar yang
cuba menangguk di air yang keruh berhubung kait soal kebajikan bakal pesara dan
veteran ATM.
―Tindakan Rafizi yang kononnnya mahu menjuarai isu-isu berkaitan bakal pesara
dan veteran ATM amat dikesali. Beliau tiba-tiba muncul tahun ini dan bertindak
populis dengan membuat pelbagai kenyataan tidak berasas.
―Kali ini beliau muncul lagi dengan bermacam-macam tuduhan. JHEV tidak akan
melayan sebarang individu yang cuba memutar-belit isu demi kepentingan politik
sempit mereka,‖ katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohamad Khir berkata, ATM sentiasa menjaga dan mengutamakan aspek kebajikan
setiap bakal pesara dan veteran ATM termasuk dengan mewujudkan ―One Stop
Centre (OSC)‖ bagi mengurus dan menangai isu-isu yang dihadapi bakal pesara dan
veteran ATM termasuk dalam soal pembayaran ganjaran, faedah dan pencen.
Menurutnya, OSC ditubuhkan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM di setiap
negeri di seluruh negara berkuatkuasa 6 September 2016.
Katanya, bakal pesara dan veteran ATM tidak lagi perlu hadir ke Kuala Lumpur
untuk melakukan sebarang urusan kerana mereka boleh merujuk terus ke OSC
berhampiran.
Jelasnya, OSC berperanan sebagai medium perhubungan di antara bakal pesara
dan veteran ATM dengan Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan
Tentera (UGAT) dan LTAT.
―Saya memohon semua bakal pesara dan veteran ATM yang menghadapi apa jua
bentuk permasalahan atau lain-lain urusan berkaitan untuk hadir ke OSC.
―Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM berjanji akan mencuba sedaya upaya untuk
mengenal pasti punca setiap permasalahan yang dihadapi sekali gus membantu
menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar yang segera,‖ katanya.
Rafizi sebelum ini menggugut beliau akan menjelajah ke kem tentera utama seluruh
negara bagi menghasut anggota dan pesara ATM supaya membenci UMNO kerana
bimbangkan nasibnya yang akan diputuskan oleh mahkamah dalam tempoh
beberapa bulan lagi.
Beliau berhadapan saman oleh LTAT kerana menyebarkan dakyah berhubung
pembayaran gratuiti kepada anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan. –
Mynewshub.cc
JHEV ATM Wujud Pusat Sehenti Mudahkan
Urusan Bakal Pesara, Veteran ATM
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) akan mewujudkan pusat sehenti bagi mengurus dan
menangani isu-isu yang dihadapi bakal pesara dan veteran ATM termasuk dalam
soal pembayaran ganjaran, faedah dan pencen.
Ketua Pengarah JHEV Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah dalam
kenyataan berkata pusat sehenti itu yang ditubuhkan di seluruh negara akan berkuat
kuasa esok.
"Pusat itu akan berperanan sebagai medium perhubungan antara bakal pesara dan
veteran ATM dengan Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan
Tentera (UGAT) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).....
JHEV To Operate One-Stop Centres For Future Retirees, Veterans
KUALA LUMPUR: The Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department's
(JHEV) one-stop centres for future retirees and current veterans starts operations
tomorrow to manage and handle issues concerning reward payments, benefits and
pension.
JHEV director-general Major Gen Datuk Mohamad Khir Abdullah said the nationwide
centres would serve as a medium for both future retirees and armed forces veterans,
and the relevant departments such as the Record and Pension Department (JRP),
the Armed Forces Salary Matters Department (UGAT) and the Armed Forces Fund
Board (LTAT).
"Through these centres, future retirees and armed forces veterans need not go to
JHEV headquarters in Kuala Lumpur for any matters because they can now refer
(their cases) straight to the nearest JHEV offices," he said in a statement here
today.
Mohamad Khir said with these centres in operation, all information and enquiries
from future retirees and current veterans can be channeled straight to the relevant
departments or agencies with speed and accuracy.
He urged those with such issues or other matters to go to the nearest centres
available at all JHEV offices nationwide.
-- BERNAMA
Wujud pusat sehenti mudahkan urusan bakal
pesara, Veteran ATM
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) akan mewujudkan pusat sehenti bagi mengurus dan menangani isu-
isu yang dihadapi bakal pesara dan veteran termasuk dalam soal pembayaran
ganjaran, faedah dan pencen.
Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk
Mohamad Khir Abdullah dalam kenyataan
berkata, pusat sehenti itu yang ditubuhkan di
seluruh negara akan berkuat kuasa esok.
"Pusat itu akan berperanan sebagai medium
perhubungan di antara bakal pesara dan
veteran ATM dengan Jabatan Rekod dan
Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan Tentera
(UGAT) dan Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT).
"Melaluinya bakal pesara dan veteran ATM
tidak perlu lagi hadir ke JHEV ATM di ibu
negara untuk melakukan sebarang urusan
kerana mereka boleh merujuk terus ke JHEV
yang berhampiran," katanya.
Mohamad Khir berkata, dengan adanya pusat
sehenti itu, setiap maklumat pertanyaan daripada bakal pesara dan veteran ATM
dapat terus disalurkan kepada setiap agensi terbabit dengan lebih cepat dan tepat.
Sehubungan itu, semua bakal pesara dan veteran ATM yang menghadapi apa jua
masalah atau lain-lain urusan diseru hadir ke pusat sehenti berhampiran mereka dan
JHEV ATM komited untuk membantu menyelesaikan masalah mereka dengan kadar
segera, katanya. - BERNAMA
MOHAMAD KHIR ABDULLAH
Projek hargai jasa perajurit
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Projek transformasi Tugu Negara yang bakal
dibangunkan menjadi taman rimba tropika di tengah-tengah ibu kota bukan sahaja
menjadikannya sebagai bandar raya bertaraf dunia, malah turut menghargai jasa
perajurit yang berkorban demi negara.
ORANG ramai mengunjungi kawasan Tugu Negara di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/NABIHAH
OTHAMAN
Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)
Melaka, Datuk Mohamad Fazil Shafie berkata, usaha kerajaan untuk
mengindahkan kawasan tersebut merupakan satu berita baik lebih-lebih lagi kepada
anggota tentera sebagai menghargai sumbangan mereka.
Katanya, tanpa sumbangan pahlawan yang sanggup berkorban harta dan nyawa,
Malaysia mungkin tidak dapat mengecapi keamanan yang dinikmati hari ini.
―Ramai yang sering terlupa dan memandang remeh tarikh 31 Julai setiap tahun iaitu
Hari Pahlawan yang juga bagi memperingati jasa pejuang tanah air.
―Oleh itu, projek Taman Tugu ini diharap dapat meningkatkan kesedaran awam
terutamanya generasi muda untuk lebih menghargai keperitan anggota tentera
berjuang untuk negara di samping memupuk minat mereka menyertai Angkatan
Tentera Malaysia (ATM),‖ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Projek Taman
Tugu yang bakal menyaksikan Kuala Lumpur menjadi bandar raya berkelas global
seperti Hyde Park di London dan Central Park di New York.
Projek transformasi Tugu Negara tersebut yang akan dibangunkan oleh Khazanah
Nasional Berhad (Khazanah) dengan kos keseluruhan sebanyak RM650 juta turut
menjadi simbol sejarah bagi mengingati perjuangan pahlawan negara.
Dalam pada itu, Penasihat Pertubuhan Bekas Pasukan Khas Tentera Udara
(PBPKU), Prof. Mejar (B) Dr. Mohd. Kamal Khir berkata, projek tersebut
merupakan langkah tepat untuk meningkatkan daya tarikan Tugu Negara sebagai
simbol sejarah negara.
Katanya, kerajaan juga perlu menambah lebih banyak maklumat berkaitan sejarah
secara visual bagi menarik minat generasi muda mengunjungi kawasan tersebut
nanti.
―Golongan muda masa kini lebih berminat dengan sesuatu yang bersifat visual
seperti gambar atau video berbanding hanya sekadar tulisan semata-mata.
Pusat sehenti pesara tentera 6 September
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran
(JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan pusat sehenti
setempat bagi mengurus dan menangani isu yang dihadapi bakal pesara dan
veteran ATM.
Ketua Pengarah JHEV, Mejar Janeral Datuk Mohamad Khir Abdullah berkata, pusat
terbabit akan ditubuhkan di semua JHEV ATM di seluruh negara berkuatkuasa 6
September 2016.
Katanya, melalui langkah itu bakal pesara dan veteran ATM tidak perlu hadir ke
JHEV ATM yang berpusat di Kuala Lumpur untuk sebarang urusan membabitkan
mereka.
"Pusat sehenti setempat ini berperanan sebagai perhubungan antara bakal pesara
dan veteran ATM dengan Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan
Tentera (UGAT) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Langkah Proaktif ini dilihat mampu memudahkan mereka untuk melakukan
sebarang urusan termasuk menyemak status pembayaran ataupun sebarang urusan
lain," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Mohamad Khir berkata, aspek kebajikan setiap bakal pesara dan veteran ATM
sentiasa menjadi keutamaan JHEV dan Kementerian Pertahanan.