kerancuan bahasa melayu

25
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya. Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul. Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha pengembangan bahasa Melayu baku di Malaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat pengguna bahasa Melayu. Sebagai akibat " perubahan yang mengelirukan pengguna bahasa Melayu( baku)", seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasa Melayu baku. Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajian terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itu sendiri. Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi,

Upload: gibon

Post on 06-Jun-2015

23.285 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Beberapa pandangan tentang kerancuan bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Kerancuan Bahasa Melayu

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi

cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa

sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau

tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.

Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul.

Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan

untuk mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha pengembangan bahasa Melayu baku di

Malaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak

perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat

pengguna bahasa Melayu. Sebagai akibat " perubahan yang mengelirukan pengguna

bahasa Melayu( baku)", seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasa

Melayu baku.

Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajian

terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itu

sendiri. Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkan

kekeliruan dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, bahasa

Melayu sekarang ini sedang diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada

era globalisasi dan ekonomi digital. Hal ini demikian kerana kita mahu seluruh

Page 2: Kerancuan Bahasa Melayu

masyarakat tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala

urusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajar

menguasai bahasa Melayu baku.

1.2 Objektif

Objektif kajian adalah untuk membincangkan bagaimana bentuk kekeliruan atau

kerancuan bahasa itu, faktor-faktor yang menyebabkan kerancuan serta kesannya

terhadap pembakuan bahasa yang diperjuangkan oleh ahli-ahli bahasa.

1.3 Kaedah

Saya menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk beberapa buku yang

berkaitan, majalah, melayari internet dan membuat kesimpulan terhadap pandangan

penulis buku.

1.4 Batasan

Skop kajian tugasan ini hanya memfokuskan kerancuan atau kekacauan dari segi

sebutan iaitu pengaruh bahasa ibunda, bahasa pasar dan bahasa dialek. Ia juga

memfokuskan kerancuan dari segi tatabahasa iaitu kesilapan penggunaan adalah atau

ialah, kata sendi di , kesilapan penggunaan kata dalam ayat seterusnya faktor-faktor

penyebab kerancuan tersebut dalam kalangan penutur bahasa Melayu.

2

Page 3: Kerancuan Bahasa Melayu

1.5 Definisi Konsep

Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai " keadaan

rancu ( tidak teratur dsb), kekacauan. Manakala pembakuan sebagai " usaha ( tindakan

proses) membakukan( menstandardkan). Takrif perkataan kesan ialah sesuatu ( sama

ada kebaikan/ keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian.

Awang Sariyan (1996 : 3 ) Pembakuan Bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha,

tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi

dasar ukuran ".

Dr. Nik Safiah Karim ( 1986) Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang

melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat

sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.

Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan

bahasa dan kesannya terhadap proses pembakuan bahasa Melayu adalah kekacauan

bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha dalam

menstandardkan bahasa Melayu.

3

Page 4: Kerancuan Bahasa Melayu

2.0 KEPELBAGAIAN KERANCUAN DALAM SEBUTAN

Menurut Awang Sariyan ( 1994)), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila

dia menguasai sistem ejaan, peristilahan, dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras

bahasa. Berikut disenaraikan kerancuan dalam bahasa Melayu dari segi sebutan.

2.1 Pengaruh Bahasa Ibunda

2.1.1 Satu daripada kesalahan umum penutur bukan Melayu ialah

kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi é dan e (schwa)

semasa membaca dan menulis ( Abdullah Hassan, 1980:28) . Perbezaan

antara sepak dan sépak adalah jauh berbeza. Begitu juga kebanyakan

penutur Cina tidak dapat menyebut bunyi sengau lelangit keras ny dan

lelangit lembut ng dengan tepat. Oleh sebab ejaan setiap bunyi itu

mempunyai dua lambang maka ia sering disebut sebagai dua bunyi.

Kadang-kadang penutur Melayu pun ada melakukan kesalahan ini.

Kesalahan tersebut sering terjadi apabila huruf gabung ny diucapkan

sebagai dua bunyi iaitu n dan y/i, seperti dalam banyak atau ban-

niak(sepatutnya ba-nyak), (ni-a-muk atau n-ya-muk sepatutnya nya-muk)

dan lain-lain lagi. Dalam hal ng juga, n diasingkan daripada g seperti

dalam ung-gu atau un-gu (sepatutnua u-ngu) dan tan-gan (sepatutnya ta-

ngan) dan lain-lain lagi.

4

Page 5: Kerancuan Bahasa Melayu

2.1.2 Berikut ialah contoh pengguna bahasa Melayu menggunakan

terjemahan langsung, sama ada perkataan demi perkataan ataupun frasa,

tanpa mengambil kira struktur bahasa Melayu yang betul.

Bahasa Terjemahan

Ni hau ma? Awak apa khabar?

What is your name? Apa nama awak?

Dhosthi kya hai? Persahabatan apakah itu?

2.2 Bahasa Pasar/ Basahan

2.2.1 Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam

percakapan seharian. Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal

dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sikap ini ketika berkomunikasi

dengan kaum asing. Secara tidak langsung mereka telah menjadi model

yang salah kepada orang bukan Melayu. Sebagai contoh, ketika

berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa

Melayu yang bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau

bahasa pidgin (rojak). Tindakan ini menyebabkan kaum asing meniru

model yang diperlihatkan kepada mereka. Akhirnya, sampai bila-bila pun

kaum asing dalam kelompok tersebut sukar untuk menguasai bahasa

Melayu yang betul.

5

Page 6: Kerancuan Bahasa Melayu

2.2.2 Lihat contoh perbualan yang sering diperhatikan di pasar, seperti

berikut :

Yahya : Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo?

Tauke : Ampat belat.

Yahya : Kasi kulanglah, tauke.

Tauke : Mana boleh. Sekalang, ikan susah lapat.

Yahya : Tak palah, tauke, timbang yang ini, tauke.

2.3 Bahasa Dialek/ Daerah

2.3.1 Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga dialek (dialék) bermaksud

satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh

sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat

daerah, negeri dan lain-lain lagi. Pemilihan kepada penggunaan bahasa

daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya di sekolah,

guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa

dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan murid lebih

mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana

pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi

kemesraan antara guru dan murid. Namun, tanpa disedari sikap ambil

mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan

6

Page 7: Kerancuan Bahasa Melayu

bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia

yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti

pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya.

Dalam konteks masyarakat pula, pemilihan penggunaan bahasa

dialek atau daerah ini waima dalam situasi-situasi rasmi adalah untuk

memudahkan komunikasi dan juga mewujudkan kemesraan sesama

mereka. Seharusnya sikap ini dielakkan agar kekeliruan penggunaan

bahasa Melayu dapat dibendung dan usaha pembakuan itu dapat mencapai

satu tahap yang membanggakan.

2.3.2 Contoh-contoh bahasa dialek atau daerah yang sering digunakan

dalam kalangan pengguna bahasa Melayu Brunei, (daerah Papar, Sabah) adalah

seperti berikut:

Bahasa dialek / basahan Baku

banar benar

basar besar

kadai kedai

butak botak

karang nanti

kan akan/ hendak

7

Page 8: Kerancuan Bahasa Melayu

Lihat contoh ayat di bawah:

Bahasa dialek / basahan Baku

i) Rumah itu basar. Rumah itu besar.

ii) Kan ke mana kamu? Kamu hendak ke mana?

iii) Kemari kita? Marilah ke sini.

iv) Karangku ke rumahmu. Nanti saya datang ke

rumah awak.

3.0 KERANCUAN DALAM TATABAHASA

Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa juga merupakan salah satu

sebab pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Kesilapan dalam

tatabahasa ini ini adalah termasuk kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan

ialah, kata sendi nama di, ke, dari dan daripada, di antara dan antara dan lain-

lain lagi. Di samping itu, kekeliruan dalam tatabahasa ini juga, boleh merobah

makna dalam sesuatu ayat jika ia tidak dititikberatkan. Berikut disenaraikan

kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.

8

Page 9: Kerancuan Bahasa Melayu

3.1 Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah

3.1.1 Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan

frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan

frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat

daripada penggunaan kedua-dua kata ini ialah seperti berikut :

i ) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah

Salah Betul

Anak adalah anugerah Allah. Anak ialah anugerah Allah.

Beliau adalah orang yang pertama

berhijrah.

Beliau ialah orang yang pertama

berhijrah.

Matlamat NURY adalah

pembinaan masyarakat cemerlang.

Matlamat NURY ialah pembinaan

masyarakat cemerlang

9

Page 10: Kerancuan Bahasa Melayu

ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah

Salah Betul

Kursus ini ialah untuk kaum

wanita.

Kursus ini adalah untuk kaum

wanita.

Baju itu ialah baik. Baju itu adalah baik.

iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Salah Betul

Matlamat utama syarikat ini

adalah membantu para golongan

muda.

Usaha yang dijalankan adalah

menerbitkan risalah.

Matlamat utama syarikat ini adalah

untuk membantu para golongan

muda.

Usaha yang dijalankan adalah

dengan menerbitkan risalah

10

Page 11: Kerancuan Bahasa Melayu

iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.

Salah Betul

Adalah dengan ini diisytiharkan

bahawa...

Dengan ini dimaklumkan bahawa...

Adalah dimaklumkan bahawa... Dengan ini dimaklumkan bahawa...

v ) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja

Salah Betul

Keputusan ini diambil adalah

berdasarkan...

Keputusan ini diambil

berdasarkan...

Para pelajar adalah dipelawa

memohon...

Para pelajar dipelawa memohon...

3.1.2 Kesimpulannya :

a ) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan

kata adjektif yang bersifat huraian sahaja.

b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa

nama yang bersifat persamaan sahaja.

11

Page 12: Kerancuan Bahasa Melayu

3.2 Kesilapan Penggunaan Kata Sendi di

3.2.1 Pengguna sering terkeliru antara penggunaan di sebagai kata sendi

dan di sebagai imbuhan. Bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan

ejaannya.

i ) Kata sendi nama di

Kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau

frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada

kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya :

Salah Betul

diangkasa di angkasa

disana di sana

dilaut di laut

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan dihadapan kata nama

atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman.

Contohnya :

Salah Betul

di abad ke – 20 pada abad ke-20

di saat ini pada saat ini

di zaman ini pada zaman ini

12

Page 13: Kerancuan Bahasa Melayu

ii ) Imbuhan Awalan di

Seperti imbuhan yang lain, awalan di hendaklah dieja serangkai

dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja,

iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya :

Salah Betul

di basahi dibasahi

di catat dicatat

di isi diisi

3.3 Kesilapan Penggunaan Kata Dalam Ayat

Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata

yang tidak tepat boleh menyebabkan terjadinya perubahan makna. Berikut

disenaraikan ayat-ayat yang sering digunakan oleh pengguna bahasa

Melayu :

Salah Betul

Ada berbagai barang di kedai itu. Ada berbagai-bagai barang di kedai

itu.

Ada pelbagai barang di kedai itu.

Ali dihadiahkan sebuah buku. Ali dihadiahi sebuah buku.

Sebuah buku dihadiahkan kepada Ali

13

Page 14: Kerancuan Bahasa Melayu

Saya menghadiahkan Salim sebuah

basikal.

Saya menghadiahi Salim sebuah

basikal.

Saya menghadiahkan sebuah basikal

kepada Salim.

Dia merindukan anaknya.

Ibu meniduri adik.

Dia merindui anaknya.

Ibu menidurkan adik.

Hakim menjatuhkan pembunuh itu

hukuman gantung.

Hakim menjatuhi pembunuh itu

hukuman gantung.

Bola itu ditendang oleh saya.

Bola itu Ali tendang.

Bola itu saya tendang.

Bola itu ditendang oleh Ali.

Di atas perhatian daripada pihak

tuan, saya mengucapkan terima

kasih.

Atas perhatian daripada pihak tuan,

saya mengucapkan terima kasih.

Saya tidak menyebelahi kedua belah

pihak.

Saya tidak menyebelahi kedua-dua

pihak.

Setengah orang suka makanan

manis.

Sesetengah orang suka makanan

manis.

Segala sesuatu yang dilakukan itu

bergantung kepada niat seseorang.

Segala sesuatu yang dilakukan itu

bergantung pada niat seseorang.

Di antara yang hadir ke majlis

tersebut ialah ibu saya.

Antara yang hadir ke majlis tersebut

ialah ibu saya.

14

Page 15: Kerancuan Bahasa Melayu

4.0 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KERANCUAN DAN KESANNYA

TERHADAP PROSES PEMBAKUAN

4.1 Faktor-faktor Penyebab Kerancuan

Banyak faktor yang menyebabkan kerancuan terjadi. Menurut Awang Sariyan

( 1994)

" Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah

wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib

bahasa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita menyalahkan para

pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa jika bahasa yang

diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh

manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok

bahasa?"

4.1.1 Faktor yang pertama ialah gangguan daripada bahasa ibunda,

dialek atau bahasa daerah, serta bahasa lisan atau bahasa pasar. Tidak

dinafikan penggunaan bahasa-bahasa tersebut sedikit sebanyak

mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan

bahasa-bahasa tersebut di dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa

Melayu sukar untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan tidak.

15

Page 16: Kerancuan Bahasa Melayu

4.1.2 Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa

Melayu melakukan kesalahan. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan

istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk

menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba

dimelayukan. Perkataan bajet, misalnya, diambil daripada perkataan

Inggeris, budget, dengan alasan lebih tepat. Alasan yang dikemukakan

ialah perkataan belanjawan membawa makna yang negatif, iaitu orang

yang suka berbelanja.Pengaruh media massa juga merupakan faktor

terpenting yang menyebabkan kerancuan terjadi. Bahasa yang digunakan

oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa.

Contoh terbaru yang dapat kita lihat ialah penggunaan istilah infotainmen

yang telah diperkenalkan oleh RTM. Penggunaan istilah tersebut masih

diteruskan penggunaannya walaupun menerima kritikan tokoh bahasa.

Pencipta istilah ini tidak mengetahui bagaimana istilah baru dibentuk

seperti yang ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum

Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia ( DBP, 1975) yang sudah

menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah.

4.1.3 Faktor ketiga ialah buku yang berbeza huraian atau pegangan. Di

negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku

teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa

yang mendalami bidang bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi,

mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za'ba,

16

Page 17: Kerancuan Bahasa Melayu

Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek

tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa

Dewan. Kekeliruan berlaku berpunca daripada ketidakseragaman huraian

dari segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa.

4.1.4 Faktor seterusnya ialah pengguna bahasa Melayu tidak mengetahui

sistem bahasa. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya

tersendiri. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem ini,

maka mereka melakukan kesalahan. Sebenarnya, bahasa Melayu

mempunyai sistem, baik dari segi ejaan, morfologi mahupun sintaksis.

Lihat sistem bahasa Melayu tentang pembentukan apitan pe...an, seperti

yang berikut:

Laksana – melaksanakan- pelaksanaan( bukan

*perlaksanaan)

Lantik – melantik – pelantikan ( bukan

*perlantikan)

4.1.5 Faktor yang kelima ialah kejahilan dalam kalangan pengguna

bahasa. Ada sesetengah pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak

tahu, malah aspek bahasa yang salah dikatakan yang salah dikatakan betul,

manakala aspek bahasa yang betul dikatakan salah. Banyak kosa kata

yang yang muncul sejak akhir-akhir ini yang memaparkan gejala tersebut.

Dalam kajian bahasa, gejala ini dikenali sebagai kejahilan bahasa. Mereka

17

Page 18: Kerancuan Bahasa Melayu

yang terlibat dalam gejala ini tidak mahu mengambil kira pandangan ahli

bahasa atau badan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani

masalah bahasa.

4.2 Kesan Terhadap Proses Pembakuan Bahasa

Berdasarkan contoh-contoh kerancuan yang telah dibincangkan, sudah

pasti ia memberi kesan terhadap proses pembakuan bahasa Melayu. Antara kesan-

kesan tersebut ialah :

i) Mutu bahasa Melayu baku lisan dan tulisan akan merosot.

ii) Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa

kebangsaan akan tergugat.

iii) Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh

generasi Melayu.

iv) Masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa

asing dan berasa malu untuk bertutur dalam bahasa

Melayu.

18

Page 19: Kerancuan Bahasa Melayu

5.0 PENUTUP

5.1 Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat diambil tentang

hal ini ialah penguasaan bahasa oleh generasi muda kita, dari murid sekolah

rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi pemimpin negara adalah jauh dari

memuaskan. Kelemahan bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek dari kesalahan

ejaan kepada kesalahan tatabahasa dan kepada cara mengarang yang tidak

berkesan dan tidak berjaya menyampaikan maksud. Usaha untuk menjernihkan

kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan untuk menghalang berlakunya

kitaran krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa Melayu.

5.2 Cadangan

Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak

berwajib adalah perlu untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku sebagai

bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan

perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Demikian juga bahasa

Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat,

ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu

19

Page 20: Kerancuan Bahasa Melayu

dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dan bahasa rasmi negara.

Di samping itu, media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang

tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan

pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Pengamal-pengamal media

perlu turut bekerjasama memartabatkan bahasa Melayu yang bermutu tinggi.

DBP juga perlu diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan

mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan kesalahan bahasa.

Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan

satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit

dan mengikut bahasa baku yang betul.

Semoga dengan langkah-langkah ini, kerancuan bahasa Melayu

dapat ditangani dan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu akan lebih

mantap.

20

Page 21: Kerancuan Bahasa Melayu

KANDUNGAN

Prakata

1.0 Pendahuluan Halaman

1.1 Pengenalan......................................................... 1

1.2 Objektif.............................................................. 2

1.3 Kaedah............................................................... 2

1.4 Batasan.............................................................. 2

1.5 Definisi Konsep................................................. 3

2.0 Kepelbagaian Kerancuan Dalam Sebutan.................... 4

2.1 Pengaruh Bahasa Ibunda.................................... 4

2.2 Bahasa Pasar/ Basahan....................................... 5

2.3 Bahasa Dialek/ Daerah........................................ 6

3.0 Kerancuan Dalam Tatabahasa......................................... 8

3.1 Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah............... 9

3.2 Kesilapan Penggunaan Kata Sendi di.................... 12

3.3 Kesilapan Penggunaan Kata Dalam Ayat................ 13

4.0 Faktor-faktor Penyebab Kerancuan Dan Kesannya

Terhadap Proses Pembakuan ............................................ 15

4.1 Faktor-faktor Penyebab Kerancuan........................ 15

4.2 Kesan Terhadap Proses Pembakuan Bahasa........... 18

21

Page 22: Kerancuan Bahasa Melayu

5.0 Penutup

5.1 Kesimpulan...................................................................... 19

5.2 Cadangan......................................................................... 19

BIBLIOGRAFI................................................................. 21

22

Page 23: Kerancuan Bahasa Melayu

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun, Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf. ( 1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik. Petaling

Jaya. Sasbadi Sdn. Bhd.

Awang Sariyan. ( 1995). Sebutan Baku dan Ejaan Rumi. Selangor Darul Ehsan.

Synergymate Sdn. Bhd.

Farid M. Onn, PhD, Ajid Che Kob. ( 1981). Pengaruh Bahasa Daerah Dalam Proses

Pembelajaran Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar-Pelajar Melayu.

UKM. Monograf 5 Faculty Of Social Sciences & Huminities.

Nik Safiah Karim. ( 1986). Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan. Kuala

Lumpur. Gateway Publishing House Sdn. Bhd.

Yeop Johari Yaakob. (1987). Liku-Liku Bahasa Malaysia. Selangor.

International Book service. Pelita Bahasa, Mei. ( 2003 )

23