kepimpinan antara kuasa dan pengaruh

14
1 Kepimpinan: Antara Kuasa dan Pengaruh – Update Ceramah Berkenaan Tajuk Ini Yang Disampaikan di Jab. Perubatan Kecemasan UKMMC [muat turun mp3 ] CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA, SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam wajahnya apabila nama seorang alim, saya kumpulkan sekali dengan nama seorang artis.

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 30-May-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 1/14

1

Kepimpinan: Antara Kuasa dan Pengaruh – Update

Ceramah Berkenaan Tajuk Ini Yang Disampaikan di Jab. Perubatan Kecemasan

UKMMC [muat turun mp3]

CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO

NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA,

SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY,TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE

Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di

dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam

wajahnya apabila nama seorang alim, saya kumpulkan sekali dengan nama seorang

artis.

Page 2: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 2/14

2

Mungkin ada di antara mereka ini yang anda tidak pernah mendengar namanya. Ada

 juga yang diketahui semua. Tetapi kembali kepada soalan saya tadi, apakah yang anda

nampak di sebalik semua nama ini?

Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH.

Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan

seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif,

ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita

memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh.

Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam

konteks kehidupan yang luas ini.

KEPIMPINAN DAN PENGARUH

Saya pinjam huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A

Person of Influence. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal

kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.

Page 3: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 3/14

3

Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan

 jawatan.

Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling

lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak

tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada

untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya

sebagai seorang pemimpin.

Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda

kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah

kerajaan dan negara.

KEPIMPINAN DI SEKOLAH

Kalau di sekolah, andaikata pelajar dilatih memimpin hanya dengan jawatan, mereka

akan hanya mampu mempimpin andaikata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan.

Apabila mereka ini dilepaskan ke tempat yang memerlukan mereka untuk bangun

sendiri, memimpin persekitaran dan membentuk pergerakan, mereka gagal.

Ini adalah di antara punca mengapa ada pelajar yang cemerlang dalam kepimpinan di

sekolahnya, apabila masuk ke universiti, gagal berperanan. Pelajar sekolah agama

yang disegani (sebenarnya mungkin digeruni kerana kuasanya), mungkin gagal berbuat

apa-apa, jika dia menyambung pengajian ke sebuah universiti yang tiada persatuan

Islam, tiada platform, dan tiada siapa yang membekalkan kuasa.

Page 4: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 4/14

4

Jika ke Mesir yang ada persatuan seperti PMRAM, mungkin kelangsungan kepimpinan

boleh diteruskan. Bagaimana pula jika pelajar ini dihantar ke bandar-bandar terpencil di

Kiev Ukraine, Moscow, Wellington, atau Durham dan Swansea?

Ini antara analisa saya terhadap kegagalan sesetengah pelajar sekolah agama

berperanan di kampus-kampus negara Barat. Apabila latar belakang mereka diselidik,

mereka datang dari sekolah-sekolah agama yang bagus, malah mereka adalah di

antara pemimpin pelajar yang terkenal semasa di sekolah.

Tetapi kenapa gagal berperanan semasa di kampus? Bukan sahaja gagal memimpin,

malah ramai juga yang ‘pencen awal’ dari identiti agama.

Antara faktor yang saya kenal pasti, adalah pendekatan Tarbiyah mereka semasa di

sekolah. Badan-badan agama yang diberikan otoriti oleh pihak sekolah, atau diwarisi

turun temurun, berperanan sebagai ‘cemeti’ melaksanakan dakwah di sekolah. Tetapi

 jika kepimpinan terlalu bergantung kepada kuasa dan kedudukan, mereka gagal

memimpin di dalam dunia sebenar, yang melihat aspek yang lebih penting iaitu

PENGARUH!

Malah, di kampus juga, kekalahan kumpulan dakwah akan melenyapkan figura-

figuranya daripada terus berfungsi di dalam masyarakat, kerana kebergantungan

mereka kepada kuasa untuk melaksanakan dakwah. Mereka terlupa kaedah

Page 5: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 5/14

5

membangunkan Islam, berbekalkan pengaruh dan kualiti diri, yang wujud pada diri

Muhammad SAW tatkala baginda belum menjadi Rasul di Mekah.

Hal yang sama teraplikasi di dalam sebuah organisasi perniagaan. Amat rumit jika

ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan kedudukan tetapitiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya di’sedari’ oleh

pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi

di dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin

dengan kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak

menyerap ke hati dan persetujuan ahli. Tiada kesungguhan anak buah untuk

melaksanakan arahan, kerana arahan itu datang dengan paksaan, tanpa penerimaan.

Itulah impak kuasa tanpa pengaruh!

PERINGKAT KEPIMPINAN

Kepimpinan lazim bermula dengan kedudukan dan jawatan (POSITION). Jawatan dan

kuasa, adalah lesen yang memudahkan laluan seseorang berperanan. Akan tetapi,

lesen itu hanya pengiktirafan kepada kualiti asasnya sebagai ketua dan pemimpin.

Justeru ia mestilah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Apabila seorang ketua

berjaya memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya, maka pengikut akan mula

membenarkan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang

dimaksudkan dengan tahap PERMISSION.

Di sini, mungkin pengikut akan membenarkan seorang ketua melaksanakan lebih dari

skop kerjanya semata-mata. Pengikutnya akan bertanya lebih dari soal kerja, meminta

Page 6: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 6/14

6

pandangan tentang satu dua masalah peribadi, dan membolehkan kumpulan atau

organisasi tersebut maju setahap lagi ke peringkat PRODUCTION.

Kerjasama yang meningkat di antara seorang pemimpin dengan mereka yang dipimpin,

akan membolehkan mereka bersinergi. Dengan cara ini, hasil kerja mereka akan jadilebih PRODUKTIF.

Dalam suasana yang seperti ini, seorang pemimpin itu mungkin selesa bekerja dengan

pengikutnya. Tetapi kehilangannya mungkin tidaklah begitu dirasakan. Mengeluh

sehari, dan cepat mencari pengganti. Mungkin ramai ADUN yang menerima nasib

begini. Kubur masih merah, orang dah berpesta mencari pengganti.

Tetapi jika seorang pemimpin yang sudah elok bergaul dengan pengikutnya, berjaya

memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih baik,maka kepimpinannya sudah naik ke tahap yang keempat iaitu PEOPLE

DEVELOPMENT. Pemimpin di tahap ini akan membantu pengikutnya membangunkan

potensi diri.

Akan tetapi, seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang

berjaya sampai ke peringkat kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan

kepada soal taraf kehidupan pengikut, atau kejayaan karier mereka, malah berjaya

membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri

ke atas mereka yang dipimpin (PERSONHOOD). Ia sukar untuk dicapai, kecuali

selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia

mencapai potensi terbaik mereka.

Page 7: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 7/14

7

Inilah ukuran yang mendorong Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di

tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia,mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri. Bukunya The 100: A Ranking Of 

The Most Influential Persons In History , memperkatakan soal PENGARUH, dan

faktor inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu sangat signifikan kepada

manusia yang lain.

Baginda S.A.W. adalah insan yang berpengaruh, sebelum baginda diberi Kenabian,

sebelum beroleh kuasa dan kerajaan. Pengaruh baginda S.A.W. adalah pada kualiti

dirinya. Kualiti Al-Amin, kualiti integriti dan kualiti kompetensi.

SIRAH PENGARUH DAN KUASA

Lihat sahaja sirah Baginda SAW semasa di Mekah. Ketika kabilah-kabilah Arab

berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah,

mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA,

tetapi PEMUDA yang berkualiti KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan

dan kedudukan, pengaruh Baginda sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada

dirinya.

Malah Muhammad SAW yang tidak berjawatan itu, menggelisahkan seluruh pembesar 

Mekah yang ada jawatan dan kuasa. Kepimpinan dengan pengaruh hasil kualiti,

mengancam seluruh jawatan dan kuasa yang cuba dipertahankan tanpa kualiti

kepimpinan.

Page 8: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 8/14

8

Kerana itu, Madinah terus memacu kejayaan, apabila kepimpinan Rasulullah SAW yang

berteraskan pengaruh itu, dilengkapkan dengan kuasa dan kedudukan!

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan perhatian kepada

membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya. Dia akanterus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya

kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi

orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Apabila kualiti diri

dibangunkan, pengaruh datang sendiri.

“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI 

DIBANGUNKAN, PENGARUH DATANG SENDIRI” 

Ciri-ciri inilah yang mesti dibangunkan oleh setiap kita sebagai seorang individu Muslimyang cemerlang.

PENGARUH IBU BAPA

Tentu sahaja malang bagi seorang ibu atau bapa, jika beliau memimpin keluarga tanpa

pengaruh. Saingan terbesar bagi pengaruh seorang ibu dan bapa terhadap anak-anak

adalah kawan-kawan mereka. Kawan-kawan anak yang memberikan lebih banyak

masa berbanding ibu bapa kepada si anak. Kawan-kawan lebih banyak berhubung

dengan anak-anak berbanding ibu bapa.

Page 9: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 9/14

9

Ketam mengajar anak berjalan lurus! 

Ibu bapa mesti berfikir bagaimanakah caranya untuk diri mereka terus berpengaruh

dalam kehidupan anak-anak, khususnya remaja? Dalam suasana kehidupan hari ini,

herdik dan takut menakutkan, bukan lagi senjata yang berkesan untuk ibu bapa

mengawal anak-anak. Apatah lagi jika sikit-sikit mengugut “anak durhaka”!

“Aku ni ayah kamu. Kamu kena dengar cakap aku!”, kata-kata ini adalah biasa. Namun jika sering diulang, ia petanda bagi kepimpinan yang lemah oleh seorang ayah. Beliau

memerlukan ‘jawatan’ dan ‘kuasa’nya sebagai seorang bapa, disebut-sebut agar si

anak boleh mematuhi arahan. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika kuasa itu

didesak-desak dalam keadaan si ayah tiada kualiti yang boleh menyerlahkan pengaruh

kepada anak, justeru tiada rasa hormat yang dapat diterbitkan.

Anda boleh memilih… mahu menjadi ayah yang berkuasa, atau ayah yang

berpengaruh.

Jika mahu menjadi ayah yang berkuasa, teruskanlah mempromosikan kuasa anda itu.

Tetapi jika anda mahu menjadi ayah yang berpengaruh, teruskanlah berusaha

membangunkan potensi diri, kerana pengaruh itu terbit dari kualiti dan kelayakan!

PENGARUH DAN PENDAKWAH

Page 10: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 10/14

10

Tetapi soal pengaruh di sini, paling penting untuk difikirkan oleh para pendakwah.

Apakah anda bergantung kepada status, gelaran dan jawatan, institusi dan aliran untuk

mengawal masyarakat? Jika anda malas membina pengaruh, meningkatkan kualiti diri,

dan berhubung dengan manusia pada akal dan hati mereka, maka adalah pemimpin

yang paling lemah.

.

Calvin Coolidge (1872 -1933)

Saya tertarik dengan kisah bagaimana seorang tetamu telah bermalam di White House

di zaman Presiden Calvin Coolidge (1872 – 1933). Semasa bersarapan pagi, tetamu

tersebut tidak menjamah makanan sehinggalah ia dimulakan oleh Presiden. Beliau

memerhatikan terlebih dahulu bagaimanakah Coolidge bersarapan supaya dapat

menonjolkan imej yang baik sesuai dengan gaya Presiden.

Mula-mula cawan Presiden diisi dengan kopi. Beliau kemudiannya menuangkan sedikit

daripada kopi itu ke dalam piring. Kopi di dalam piring itu dicampur dengan sedikit gula

dan krim.

Oleh kerana tetamu tadi tidak mahu melanggar apa-apa etika, beliau melakukan

perkara yang sama. Selepas selesai membancuh kopi di dalam piring beliau menanti

apakah tindakan Presiden berikutnya.

Alangkah terkejut dan tergamamnya beliau apabila Presiden Calvin Coolidge telah

meletakkan piring itu di atas lantai untuk dijamah oleh si kucing! Tiada keterangan yang

menjelaskan apakah yang dilakukan seterusnya oleh tetamu tersebut.

Page 11: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 11/14

11

Presiden yang pendiam. Memerintah dengan aksi! 

Itu kisah di Amerika.

ASHAARI MUHAMMAD

Saya teringat kepada perbualan saya bersama-sama dengan bekas pengikut al-Arqam

tentang ciri-ciri kepimpinan Ashaari Muhammad mereka.

Antara kisah yang ingat ialah, apabila Ashaari Muhammad berceramah, ia akan

dirakam dengan video. Selepas ceramah, Ashaari Muhammad dan rakan-rakannyaakan menonton video tersebut yang banyak memfokuskan kepada penonton. Mata-

mata yang terbeliak, mulut yang terlopong, adalah tanda-tanda yang menunjukkan

seseorang itu berpotensi untuk diajak menjadi pengikut. Individu yang sedemikian rupa

akan disiasat latar belakangnya, dan dicari alamatnya.

Lalu Ashaari Muhammad dan pengikutnya akan ke rumah lelaki tersebut. Bayangkan

sahaja betapa berbesar hatinya seorang yang sedang sarat dengan kekaguman

diziarah oleh tokoh yang dikaguminya. Ashaari Muhammad akan bertanya khabar, dan

kemudian meminta izin untuk berehat seketika dengan tidur di atas lantai beralaskan

bantal sofa lelaki tersebut.

Allah, cair hati tuan rumah. Lepas tu, minta apa pun diberi Insya Allah.

Page 12: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 12/14

12

Saya tidak bermaksud mahu menganalisa Ashaari Muhammad dan gerakannya di sini,

namun sikap beliau sangat mempengaruhi pengikut. Jika nyamuk gigit pun, Ashaari

Muhammad hanya meniup dan tidak menamparnya. Ketika makan bertalam, Ashaari

Muhammad akan mengambil tulang lebihan mereka yang makan setalam dengannya,

dan akan dijamahnya sisa-sisa daging yang masih terlekat sehingga habis licin.

Gaya kepimpinan begini, sangat mempengaruhi. Apa yang beliau lakukan? Beliau

berhubung dengan pengikutnya. Bukan hanya hubungan logik akal, tetapi hubungan

hati, hubungan emosi.

Kepimpinan yang begitu berpengaruhi, akan mengenepikan soal keputusan akal

terhadap benar atau batilnya agenda yang dibawa. Jika perjuangan yang batil boleh

begitu berkesan hasil pengaruh, malang sekali perjuangan yang benar hanya

kalah kerana sentiasa bergantung kepada kuasa, iaitu selemah-lemah

kepimpinan.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 

Inilah watak yang juga saya kesan pada peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

semasa saya pergi menziarahinya seawal tahun 1992. Ketika tiba di kediaman beliau,

Tuan Guru baru sahaja turun dari bumbung rumah, membetulkan atap yang rosak.

Ketika ditanya, bagaimanakah ayah beliau mendidiknya, Tuan Guru memberitahu

bahawa mancis api sebatang pun, dibelah dua untuk mengajar anak berjimat cermat.

Sungguh mengujakan saya.

Page 13: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 13/14

13

Tidak hairan, beliau disegani oleh kawan dan lawan. Anda boleh berbalas hujah dengan

pendebat dan pemidato, tetapi tiada siapa yang mampu menewaskan akhlaq dan

pengaruh.

Tanpa perlu temu janji, seorang pelajar lepasan SPM seperti saya dapat bertemudengan seorang tokoh sepertinya. Tokoh yang berpengaruh, menjadikan setiap

manusia yang berhubung dengannya, terasa istimewa. Beliau melakukan

MODELLING, MOTIVATING, MENTORING dan mudah-mudahan pengaruh Tuan Guru

Nik Abdul Aziz berjaya menghasilkan MULTIPLYING.

Ramai yang sedang menanti.

Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang

berkuasa, belum tentu berjaya mempengaruhi.

Jangan marah, jika artis lebih popular. Manusia dan kepimpinan …. adalah soal

PENGARUH.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

56000 Kuala Lumpur 

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kamidahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'

 

Page 14: Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

8/9/2019 Kepimpinan Antara Kuasa Dan Pengaruh

http://slidepdf.com/reader/full/kepimpinan-antara-kuasa-dan-pengaruh 14/14

14

© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk

tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan

menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah

disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan

semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain,

sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan

sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 Ampang, Selangor