kepentingan semangat kejiranan

6
Kepentingan semangat kejiranan Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat-lihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan. Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting. Melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Agama dan Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak- kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar, bukan hanya setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah, umpama peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya. Mereka harus selalu diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap individualistik dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya tersebut. Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan

Upload: vun-sen-wong

Post on 26-Jul-2015

13.461 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan semangat kejiranan

Kepentingan semangat kejiranan

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas

semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup

berjiran banyak manfaatnya. 

Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita

tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku

ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam

masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana

sebagai jiran yang bertanggungjawab seseorang itu akan prihatin

terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan

mereka. Mereka akan membantu melihat-lihat persekitaran rumah

tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu

yang meragukan. 

Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan

peranan penting. Melalui mata pelajaran

tertentu, seperti Pendidikan Agama dan Pengetahuan Moral ataupun

melalui penyerapan dalam mata pelajaran

lain, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak.

Matlamat pengajaran haruslah menekankan

pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar, bukan hanya

setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di

kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah, umpama peribahasa

“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak

kurang pentingnya. Mereka harus selalu

diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan

agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan

mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap individualistik dan

berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini

menghalang pembentukan budaya tersebut.

Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan

masyarakat penyayang yang amat

Page 2: Kepentingan semangat kejiranan

penting dalam negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah

sama-sama mengamalkannya.

http://pengajianam900.forumotion.com/t1320-latihan-esei-2

Negara Malaysia terkenal di pentas dunia kerana rakyat berbilang kaum

dapat hidup bersama dengan harmoni. Namun, semangat perpaduan ini

semakin terhakis dan ini mungkin akan membawa kepada rusuhan di

kalangan rakyat. Hidup berjiran banyak memanfaatkan kita. Oleh itu, usaha-

usaha untuk memupuk semangat berjiran perlu dijalankan.

Kepentingan utama hidup berjiran adalah untuk mengukuhkan institusi

kemasyarakatan. Semangat tolong-menolong dapat dilahirkan di antara

penduduk setempat. Sikap tolong-menolong di antara jiran amat penting

kerana seseorang boleh meminta bantuan jiran ketika berlakunya

kecemasan. Selain itu, semangat kejiranan dapat mengeratkan silaturahim di

antara penduduk setempat. Ini mewujudkan suasana aman damai dan

membolehkan penduduk setempat hidup dengan selesa.

Seterusnya, semangat kejiranan penting kepada penduduk Malaysia kerana

perpaduan kaum dapat dipupuk melalui semangat tersebut. Sikap saling

hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain dapat

dilahirkan. Melalui semangat kejiranan, rakyat Malaysia belajar menghargai

dan menghayati budaya dan tradisi rakyat berbilang kaum di Malaysia. Ini

akan membawa kepada pencapaian matlamat konsep 1 Malaysia di man

integrasi antara kaum berlaku.

Antara usaha yang wajar dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan

termasuklah mengadakan kempen semangat kejiranan. Slogan tentang

semangat kejiranan boleh disebarkan melalui media massa. Pelbagai pihak

boleh menganjurkan ceramah tentang semangat kejiranan untuk mendidik

rakyat Malaysia tentang pentingnya hidup berjiran. Murid-murid sekolah

haruslah digalakan mengamalkan semangat kejiranan sejak masih kecil lagi.

Pelbagai pertandingan harus dijalankan supaya murid-murid sekolah

terdedah kepada konsep hidup berjiran.

Seterusanya, pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti rukun tetangga,

kenduri dan gotong-royong perlu dijalankan supaya hubungan antara rakyat

Page 3: Kepentingan semangat kejiranan

berbilang kaum dapat dieratkan. Penduduk kawasan perumahan setempat

harus mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan rakyat

pelbagai kaum seperti meraikan perayaan-perayaan di Malaysia bersama-

sama. Aktiviti hari keluarga dan pesta budaya Malaysia juga dapat

meningkatkan semangat kejiranan di antara rakyat Malaysia.

Bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’, kita sebagai

rakyat Malaysia haruslah bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat

kejiranan di antara rakyat demi mencapai perpaduan kaum. Kita sebagai

rakyat Malaysia haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang

dinikmati oleh semua rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan

tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum

negara kita. Diharapkan semua lapisan masyarakat akan memikul

tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan di

negara Malaysia.

http://pengajianam900.forumotion.com/t1320-latihan-esei-2

2. faedah aktiviti kejiranan pada masyarakat dan Negara

- Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di

hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau

di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga

kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita

dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan

nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa

berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita

sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya apakah

faedah di sebalik cogan kata “jiran sepakat membawa berkat “?. 

Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam

kalangan masyarakat adalah akan dapat memupuk hubungan baik antara jiran.

Hal ini demikian kerana, memupuk hubungan baik antara jiran amat penting

bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran.

Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong,

ziarah-menziarahi serta sukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat

akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini

bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing. Selain itu, hubungan

baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya

Page 4: Kepentingan semangat kejiranan

khabar dan dapat dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan

kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di

kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang masyarakat

kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat kejiranan

dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan

baik antara jiran tidak dapat dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan

dapat diwujudkan melalui hubungan baik antara jiran.

Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam

kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai

kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai

kerjasama juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam diri setiap

masyarakat. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai

kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan

dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama akan wujud apabila setiap

individu membantu jiran mereka semasa mengadakan rumah terbuka terutama

pada musim perayaan , sebagai contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat

islam,masyarakat india, masyarakat cina bekerjasama dalam

menyempurnakan rumah terbuka tersebut.Seterusnya, melalui majlis rumah

terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan

berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

Sekiranya,nilai kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk

sudah pasti semangat kejiranan di negara ini sukar diterapkan. Sudah terang

lagi bersuluh nilai kerjasama merupakan salah satu kelebihan bagi memupuk

semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi

kesusahan.Hal ini dikatakan demikian kerana sakit pening, susah senang, jiran

adalah orang paling utama untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal

kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan

atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan

prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya jiran

mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau senang.

Jadi, melalui amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk

yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu

antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Seandainya , sikap saling

membantu jiran yang menghadapi kesusahan tidak diamalkan dalam diri

Page 5: Kepentingan semangat kejiranan

masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah

belah. Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi

kesusahan merupakan salah satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat

membawa berkat.

Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan

juga akan menjamin keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian

kerana, jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman

mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah

rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi

memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan

selamat. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada

pihak yang bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka dimasuki

orang yang mencurigakan. Sekiranya masyarakat di negara ini tidak

mengamalkan cogan kata “jiran sepakat membawa berkat” dengan sebaiknya

bersama jiran tertangga mereka sudah pasti keselamatan masyarakat tidak

mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya masyarakat yang mempunyai

semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat. 

Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah

hidup berjiran. Hal ini demikian kerana masyarakat di Malaysia ialah

masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum

akan lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu di negara ini

memakai baju kurung dan baju melayu manakala pada musim perayaan Tahun

Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian tradisional mereka seterusnyan pada

musim perayaan Deepavali, kaum india memkai sari. Majlis rumah terbuka juga

sering diadakan pada perayaan-perayaan tersebut dan pelbagai jenis makanan

tradisi dapat dinikmati. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui

oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran

juga membolehkan kita mengenali adat budaya antara kaum. Sekiranya

semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara kaum akan

lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat kejiranan memberikan

faedah kerana masyarakat dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata

“ jiran sepakat membawa berkat “. Semua pihak hendaklah memainkan

peranan dalam mengamalkan semangat kejiranan kerana bulat air kerana

Page 6: Kepentingan semangat kejiranan

pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, dengan meningkatkan

semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam

setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat

kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan

sejahtera. 

http://nassmkt.blogspot.com/2011/08/tajuk-semangat-kejiranan.html