kepentingan pengangkutan

Upload: hafizullurvedieyla

Post on 05-Mar-2016

211 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

3.0 Kepentingan pengangkutan kepada geografi penduduk di Malaysia

3.0 Kepentingan pengangkutan kepada geografi penduduk di MalaysiaPengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, pengertian pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan. Walaupun definisi pengangkutan disampaikan dengan cara berlainan tetapi masih membawa maksud yang sama iaitu, pengangkutan bermaksud pergerakan untuk membawa penumpang atau barangan dari suatu tempat ke tempat yang lain ataupun mengubah lokasi fizikal sesuatu barangan atau penumpang. Oleh itu, pengangkutan berfungsi sebagai medium yang menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan melakukan pergerakan manusia. Terdapat pelbagai kesan serta kepentingan terhadap geografi penduduk terutama dalam isu ekonomi, sosial dan petempatan.

3.1 Ekonomi

Umum mengetahui pengangkutan di Malaysia merupakan nadi utama untuk meningkatkan mobiliti barangan. Pergerakan barang dari tempat pengeluaran ke tempat pemprosesan dan kilang melalui pelbagai jalan iaitu jalan darat, udara dan laut. Selain itu, dengan adanya sitem jaringan pengangkutan yang baik juga dapat memudahkan pergerakan barangan dari kilang ke tempat pengguna. Di samping itu,pergerakan barangan import dari luar negara dan eksport dari dalam negara juga dapat dijalankan dengan mudah dan lancar sama ada melalui jalan laut mahupun udara yang merentasi sempadan antarabangsa.

Selain itu, kepentingan pengangkutan dalam sektor ekonomi juga dapat dilihat apabila sesebuah negara dapat menggalakkan pelaburan serta meluaskan pasaran barangan. Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang telah terkenal dengan kebanjiran pelabur-pelabur asing kerana jaringan pengangkutan yang amat baik sekaligus mengurangkan kos pengangkutan. Perkara lain yang jelas menggambarkan Malaysia merupakan sebuah negara yang aktif dengan aktiviti pengeksportan ialah dengan wujudnya lapangan terbang serta pelabuhan antarabangsa. Barang-barang mentah serta siap yang diperolehi dalam negara di eksport ke luar negara melalui kemudahan pengankutan udara dan laut tersebut. Hal yang demikian telah sedikit sebanyak membantu pertumbuhan dalam sektor ekonomi negara.

3.2 Sosial

Terdapat pelbagai kepentingan pengangkutan yang mempengaruhi aspek sosial. Antaranya ialah meningkatkan darjah ketersampaian dan mobiliti penduduk. Dengan adanya jalan raya,jalan kereta api dan kapal terbang(jalan udara) setiap individu boleh berulang alik dari satu destinasi ke destinasi yang lain dalam tempoh yang singkat. Hal yang demikian secara tidak langsung telah memudahkan migrasi penduduk terutamanya migrasi dalaman. Di samping itu, sekiranya berlaku sebarang bencana alam bantuan yang ingin diberi oleh pihak keselamatan seperti Bomba, Jabatan Pertahan Awam Malaysia serta Polis dapat dilakukan dengan mudah kerana tahap ketersampaian yang tinggi antara sesebuah kawasan.

Seterusnya kepentingan pengangkutan dalam aspek sosial dapat dilihat apabila wujudnya peluang pekerjaan. Umum mengetahui, pada zaman yang penuh dengan teknologi ini segala jentera serta kenderaan yang digunakan adalah bergantung sepenuhnya kepada enjin. Maka dengan itu, wujudlah pelbagai peluang pekerjaan dalam bidang automotif yang naik melonjak akibat permintaan yang terlalu tinggi oleh kerana kepesatan pengangkutan di Malaysia. Selain itu, peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan seperti pemandu juga akan wujud dengan berkembangnya pengangkutan di Malaysia.

3.3 Pembangunan petempatan

Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu perancangan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu aspek yang penting dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh kehidupan manusia tidak terlepas daripada keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring dengan kemajuan kehidupan dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan salah satu faktor penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat meningkatkan kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan negara. Dari awal lagi pusat bandar telah memainkan peranan yang penting sebagai pusat pengumpul, pertukaran barangan melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan serta menjadi pusat pengedaran hasil pengeluaran ke kawasan-kawasan lain atau di peringkat tempatan.

Proses ini berterusan sehingga fungsi bandar merebak keluar ke kawasan-kawasan di sekitarnya setelah wujudnya kawasan-kawasan perindustrian, perdagangan, pejabat-pejabat pentadbiran, pasar raya dan kawasan kediaman yang memerlukan kawasan yang lebih luas. Akibatnya wujud pula bandar-bandar lain di pinggir bandar atau di sepanjang jalan pengangkutan utama mengikut fungsinya yang tertentu seperti bandar satelit, bandar baru, bandar peranginan, bandar universiti dan suburb yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti suburb perumahan eksklusif, campuran dan suburb perindustrian ringan yang merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks seperti yang dialami pada masa kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan di kalangan sebahagian penduduknya dalam memperoleh kualiti hidup sosial pada peringkat minimum disebabkan kepesatan proses perbandaran yang tidak terkawal.

4.0 Rujukan

Thomas R. Detwyler, Melvin g. Marcus ; terjemahan Sulung Muhamad, 1985.Pembandaran dan Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Hlm.106

Jamaluddin Md. Jahi, 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor. Hlm. 19.

brahim Wahab, 1988.Pengangkutan dan Struktur Bandar. Penerbit Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang. Hlm 12.

Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah, 2005.Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim, Perak