kepentingan bentuk muka bumi di malaysia

5
KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi 1) Kawasan pembalakan Hutan Malaysia terutamanya tanah tinggi Sabah dan Semenanjung Malaysia menghasilkan kayu berharga seperti merbau, meranti, cengal dan hasil hutan lain seperti rotan dan buluh. 2) Kawasan tadahan air dan legeh Kawasan tadahan air bagi beberapa batang sungai seperti Sungai Perak dan Sungai Pahang. 3) Pelancongan Contoh kawasan: Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Bendera. Terdapat juga gua batu kapur yang dijadikan kawasan pelancongan Seperti Gua Niah, Gua Mulu di Sarawak dan gua Sam Poh, Perak 4) Tapak penjanaan kuasa hidro elektrik Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, Empangan Batang Ai (Sarawak), Empangan Tenom Pangi (Sabah). 5) Kawasan pertanian (Tanaman Hawa Sederhana)

Upload: faiezahyunus

Post on 30-Oct-2014

724 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Bentuk Muka Bumi Di Malaysia

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi

1) Kawasan pembalakan

Hutan Malaysia terutamanya tanah tinggi Sabah dan Semenanjung Malaysia

menghasilkan kayu berharga seperti merbau, meranti, cengal dan hasil hutan lain

seperti rotan dan buluh.

2) Kawasan tadahan air dan legeh

Kawasan tadahan air bagi beberapa batang sungai seperti Sungai Perak dan

Sungai Pahang.

3) Pelancongan

Contoh kawasan: Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron

dan Bukit Bendera.

Terdapat juga gua batu kapur yang dijadikan kawasan pelancongan Seperti Gua

Niah, Gua Mulu di Sarawak dan gua Sam Poh, Perak

4) Tapak penjanaan kuasa hidro elektrik

Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, Empangan Batang Ai (Sarawak),

Empangan Tenom Pangi (Sabah).

5) Kawasan pertanian (Tanaman Hawa Sederhana)

Sesuai untuk menanam tanam-tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga,

sayur-sayuran dan buah-buahan seperti di cerun-cerun bukit di Tanah Cameron.

Tanah tinggi Cameron menghasilkan kira-kira 75 peratus daripada jumlah

pengeluaran teh di Malaysia.

Kepentingan Kawasan Tanah Pamah

Page 2: Kepentingan Bentuk Muka Bumi Di Malaysia

1. Kawasan tanah pamah di Malaysia penting sebagai kawasan tumpuan penduduk.

2. Selain itu, ia juga penting sebagai kawasan petempatan. Banyak petempatan di

Malaysia dibina di tanah pamah. Contohnya petempatan bandar-bandar utama

seperti Kuala Lumpur dan Kuching.

3. Pertanian juga sesuai dijalankan di kawasan tanah pamah.

4. Di tanah pamah, sesuai juga dibina kilang. Contohnya Petaling Jaya dan Shah Alam

dijadikan sebagai pusat industri.

5. Kawasan tanah pamah yang rendah dan rata ini memudahkan pembinaan jaringan

pengangkutan. Misalnya lebuhraya utara - selatan dibina di sepanjang tanah pamah.

Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang pula dibina di Tanah Pamah

Sepanjang pinggir laut.

Kepentingan Pinggir Laut di Malaysia

1) Tapak Pelabuhan Perikanan dan petempatan

Kawasan pinggir laut kaya dengan hidupan akuatik sesuai dijadikan pusat

perikanan.

Selain tiu, di kawasan pinggir laut, terdapat banyak petempatan nelayan

Contoh: Kuala Besut, Pulau Ketam dan Pulau Pangkor

2) Tapak Pelabuhan

Sesuai dijadikan tapak pelabuhan kerana terlindung daripada tiupan angin

kencang dan mempunyai air dalam. Contohnya, Pelabuhan Pulau Pinang,

Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Kuantan.

3) Pusat Pelancongan

Kawasan pinggir laut Malaysia berpotensi sebagai pusat pelancongan.

Pertumbuhan batu karang dan pantai berpasir yang berair jernih dan indah

menarik kehadiran pelancong.

Contoh: Port Dickson, Teluk Cempedak, Pantai Cahaya Bulan dan batu

Feringghi.

Page 3: Kepentingan Bentuk Muka Bumi Di Malaysia

Kawasan pembiakan penyu di Rantau Abang turut menarik kehadiran

pelancong.

4) Membekal Kayu Bakau

Kawasan pinggir laut yang berpaya penting sebagai pembekal kayu bakau.

Kayu bakau digunakan untuk cerucuk bangunan, kayu api dan arang batu.

Kepentingan Sungai Di Malaysia

Kepentingan Contoh Kawasan

1. Menjadi tapak tamadun dan pusat

perdagangan awal di lembah sungai

dan muara sungai

Muara sungai melaka (melaka)

Kuala skungai merbok ( kedah )

Lembah sungai kinta ( Perak)

2. Bahagian hulu sungai yang bersaliran

deras di empangkan untuk menjana

kuasa hidroelektrik.

Empangan chenderoh dan temenggor di

sungai perak

Empangan kenyir di sungai terengganu.

Empangan batang ai di sungai lupar, sarawak

Empangan tenom pangi di sungai padas,

sabah

3. Menjadi sempadan antarabangsa Sungai golok, antara malaysia dengan

thailand.

4. Menjadi sempadan negeri semulajadi Sungai bernam, antara perak dengan

selangor.

Sungai endau, antara johor dengan pahang

Sungai kerian, antara perak dengan kedah

Sungai gemas, antara negeri sembilan

Page 4: Kepentingan Bentuk Muka Bumi Di Malaysia

dengan johor.

Sungai muda, antara kedah dengan pulau

pinang.

5. Aliran sungai di bahagian hilir

membentuk dataran aluvium yang

subur untuk penanaman padi.

Dataran kedah

Dataran kelantan

6. Sebagai sumber pengairan yang

membolehkan penanaman padi dua

kali setahun di usahakan.

Sengai kedah di bawah perancangan

pengairan muda (dataran kedah)

Sungai kelantan di bawah rancangan

pegairan kemubu (dataran kelantan)

7. Di jadikan kaedah pengankutan dan

perhubungan yang penting

terutamanya di kawasan pedalaman

Sungai rajang, sarawak

Sungai kinabatangan, sabah

8. Air terjun di bahagian hulu sungai

sesuai di majukan sebagai kawasan

reakrasi

Air terjun kota tinggi, johor

Air terjun sekayu, terengganu

9. Membekalkan sumber protein seperti

ikan air tawar dan udang kepada

penduduk tempatan.

Sungai pahang, pahang

Sungai kinabatanga, sabah

Sungai rajang, sarawak

10. Di salurkan kepada pengguna untuk

dijadikan sumber kegunaan harian

(kegunaan domestik)

Sungai klang, selangor

Sungai selangor, selangor

Sungai perak, perak.

Sungai kelantan, kelantan