kencing berdiri.pptx

9
KENCING BERDIRI

Upload: sharifah

Post on 04-Sep-2015

11 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KENCING BERDIRI

KENCING BERDIRIHaramDalil : Hal ini berdasarkan hadis yang disampaikan Saidatina Aisyah r.a.

Maksudnya:"Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Nabi kencing berdiri, jangan percayakannya."[Riwayat Ahmad dan Ahlu Sunan]HUKUMUmar juga pernah menceritakan mengenai teguran Rasulullah terhadapnya ketika beliau kencing berdiri.

Maksudnya:"Nabi melihat aku kencing berdiri. Lalu baginda bersabda: "Wahai Umar, janganlah kamu kencing berdiri". Lantas aku tidak pernah kencing berdiri lagi sejak itu."(Riwayat al-Tirmizi)Harus Dalil : diceritakan oleh Huzaifah

bSuatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

MakruhSebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika tidak ada sebarang keuzuran.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikut pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Masud dan diikuti oleh Imam as-Syabi dan Ibrahim bin Saad.

Disebabkanma'biz(luka dari paha ke lutut yang tidak boleh disentuh). Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.

" "Maksudnya:"Sesungguhnya Nabi s.a.w. kencing berdiri kerana ada luka pada ma'biz-nya".[Riwayat Baihaqi dan al-Hakim]Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.Tiada tempat sesuai untuk kencing duduk. Maka, dibolehkan kencing berdiri.

Keadaan yang membenarkan kencing berdiri Terpelihara daripada percikan air kencing.Terpelihara daripada melihat salah satu daripada auratnya.

(Lihat:Majmuk Fatawa wa Rasail Fadhilah Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin, dihimpun dan disusun oleh: Fahad bin Nasir al-Sulaiman, Jilid 11 (Fatawa Fiqh), Cetakan Pertama, Arab Saudi: Darul Surya lil Nasyir, Fatwa ke 24, m/s 109)Syarat kencing berdiriHukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk.Hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah.Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk.Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :

Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW.Rumusan