kemukakan pandangan anda terhadap usaha

18
1.0 PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Tuhan di atas nikmat dan rahmat-Nya, saya dapat meneruskan kehidupan sehingga saat ini. Saya bersyukur kerana dengan izin-Nya, saya dipermudah untuk menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan, panduan, material dan buah fikiran yang bernas untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kepada En. Mohd. Latfi Bin Hj. Ahmad, pensyarah GPP 1063 Pengantar Pengajian Profesional,terima kasih diucapkan di atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan.Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada ayahanda dan ibunda saya di atas kata-kata semangat yang tidak pernah lekang dibibir. Tidak dilupakan kepada keluarga yang banyak memberi sokongan moral dan rakan-rakan yang turut bersama-sama membantu menyumbangkan buah fikiran dan pendapat terhadap tugasan ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas segala jasa baik mereka. Ringkasnya, sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru yang tidak pernah saya pelajari dan temui sebelum ini. Mudah-mudahan tugasan ini bukan sekadar tugasan biasa tetapi dapat memberi implikasi dan 1 ن م ح ر ل له ا ل م اس ب

Upload: fatinabdullah

Post on 18-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Sangat berguna

TRANSCRIPT

1.0 PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Tuhan di atas nikmat dan rahmat-Nya, saya dapat meneruskan kehidupan sehingga saat ini. Saya bersyukur kerana dengan izin-Nya, saya dipermudah untuk menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan, panduan, material dan buah fikiran yang bernas untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kepada En. Mohd. Latfi Bin Hj. Ahmad, pensyarah GPP 1063 Pengantar Pengajian Profesional,terima kasih diucapkan di atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan.Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada ayahanda dan ibunda saya di atas kata-kata semangat yang tidak pernah lekang dibibir. Tidak dilupakan kepada keluarga yang banyak memberi sokongan moral dan rakan-rakan yang turut bersama-sama membantu menyumbangkan buah fikiran dan pendapat terhadap tugasan ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas segala jasa baik mereka. Ringkasnya, sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru yang tidak pernah saya pelajari dan temui sebelum ini. Mudah-mudahan tugasan ini bukan sekadar tugasan biasa tetapi dapat memberi implikasi dan manfaat kepada diri saya sebagai bakal guru serta dapat menyampaikannya kepada para pelajar kelak. Saya berharap semoga tugasan ilmiah seperti ini dapat diteruskan dan bakal guru seperti saya dapat memperoleh banyak manfaat dan panduan pada masa yang akan datang. Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat salah dan silap semasa saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian,Salam 1 Malaysia.

2.0 ISI KANDUNGAN

BIL.

ISI KANDUNGANHALAMAN

1.0

PENGHARGAAN1

2.0

ISI KANDUNGAN2

3.0TUGASAN PROJEK 3.1 PENGENALAN3.2 USAHA-USAHA YANG TELAH DAN SEDANG DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM MEREALISASIKAN USAHA PENCAPAIAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN3.3 KESIMPULAN

3

4.0RUJUKAN

12

3.0 Kemukakan Pandangan Anda Terhadap Usaha-usaha Yang Telah Dan Sedang Dilaksanakan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Merealisasikan Usaha Pencapaian Matlamat Yang Terkandung Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3.1 PENGENALANFalsafah pendidikan sangat penting dalam menentukan nilai, hala tuju pendidikan dan mengukuhkan sistem pendidikan. Falsafah Pendidikan Negara perlulah seiring dengan kemahuan semasa dalam menekankan pembangunan kemanusiaan. Dasawarsa ini, pelajar amat terbuka dengan teknologi yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat di hujung jari. Jika dulu semua maklumat hanya didapati di sekolah, tapi kini semua maklumat dapat diakses melalui internet. Justeru itu, pelaksanaan falsafah pendidikan hendaklah sejajar dengan kemahuan semasa dan sejajar dengan teknologi yang bakal diterokai oleh para pelajar. Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu teras dalam menentukan hala tuju pendidikan Negara kita. Pendidikan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana ilmu merupakan sesuatu yang berkuasa sekarang. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat melangkaui batasan yang digariskan dalam menjadikan kita seorang yang berjaya. Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran serta memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara.3.2 USAHA-USAHA YANG TELAH DAN SEDANG DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM MEREALISASIKAN USAHA PENCAPAIAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1. DASAR 1MURID 1SUKAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia sangat memerlukan golongan marhaen. Para remaja dijadikan sasaran kerana merekalah yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Golongan ini perlulah cemerlang dalam akademik dan mempunyai tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas. Pernyataan ini amat bersesuaian dengan salah satu elemen yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu aspek jasmani. Justifikasinya, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan dasar 1Murid 1Sukan. Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin yang juga merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang mencetuskan idea pelaksanaan dasar ini. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun 2011. Kementerian Pelajaran akan melaksanakan enam strategi bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan sebagai usaha melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Mengikut konsep Dasar 1M 1S , dasar ini mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Di samping itu , dasar ini berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengn memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Hasrat kerajaan ialah menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana telah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang menjadi harapan negara dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia. Menceburi bidang sukan memerlukan semangat setiakawan dan berpasukan di samping melahirkan lebih ramai atlet yang berkaliber dan mampu bertanding di peringkat antarabangsa. Usaha mencungkil bakat dan melatih atlet perlu dilaksanakan di peringkat awal dan kerana itu sekolah menjadi asas yang terbaik. Dasar 1Murid 1Sukan juga bertujuan melahirkan generasi yang lebih sihat dan cergas kerana budaya bersenam di kalangan masyarakat sudah menjadi sesuatu yang sukar dilaksanakan atas pelbagai alasan. Masyarakat Malaysia semakin ramai mengalami masalah kegemukan. Dengan menyemaikan budaya bersenam atau bersukan di peringkat sekolah, seseorang pelajar boleh memilih bentuk dan jenis sukan berdasarkan minat dan keupayaan masing-masing. Minat itu kemudiannya diharapkan dapat dikembangkan menjadi budaya, dan ini dapat membantu negara mengurangkan bilangan yang mengalami masalah kegemukan. Perubahan ini adalah selaras dengan transformasi pendidikan, dan menurut Menteri Pelajar lagi, sudah sampai masanya kementerian mempunyai kerangka penilaian yang lebih komprehensif untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan setiap agenda pendidikan termasuk kegiatan sukan. Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid bagi kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju matlamat pendidikan negara seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat jelas iaitu ingin melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia serta cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu, budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah dapat dipupuk sekaligus dapat melahirkan generasi yang mengamalkan gaya hidup sihat. Tambahan pula, aktviti yang dijalankan melalui dasar ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang daripada segi keperluan akademik dan fizikalnya. Hal ini demikian kerana dasar ini memberi akses kepada semua pelajar untuk terlibat dan mendapat manfaat daripada penglibatan mereka terutamanya para pelajar yang kurang aktif dalam bidang sukan atau lebih dikenali sebagai ulat buku. Namun begitu, masih juga terdapat lompong-lompong yang perlu dipertingkatkan dalam memastikan keberhasilan dasar ini. Misalnya , prasarana dan fasiliti untuk kegunaan aktiviti sukan di semua sekolah di Malaysia perlu dinaiktaraf dan disediakan secukupnya. Para pendidik juga perlulah didedahkan dengan garis panduan yang jelas dalam mengendalikan program-program yang dijalankan dibawah Dasar 1M1S. Walaubagaimanapun, Dasar 1 Murid 1 Sukan ini sememangnya berupaya melahirkan bakal generasi yang sihat dan cergas fizikalnya.

2. MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Seterusnya, usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan usaha pencapaian matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memartabatkan profesion perguruan. Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan guru adalah insan yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam menjayakan matlamat itu. Menurut Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin dalam Perutusan Tahun Baru 2006 : Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Peredaran masa membawa bersama pelbagai perubahan dan cabaran terhadap profesion perguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Maka, bagi mencapai matlamat yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat beberapa perkara yang difokuskan bagi memartabatkan profesion perguruan. Antaranya adalah menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. KPM berhasrat bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagi memastikan KPM mendapat hanya calon guru yang berkualiti bagi profesion ini. Usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru-guru berkualiti dalam profesion perguruan ini dimantapkan lagi dengan menaiktarafkan Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 13 Julai 2005. Dalam masa yang sama, usaha diteruskan bagi menambah baik laluan kerjaya dan kebajikan guru seperti menambah baik penjawatan guru dan menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM / JPN / PPD/G. Pada pendapat saya, memartabatkan profesion perguruan amat penting dalam membangunkan modal insan yang kian tenggelam ditelan dek zaman. Hal ini kerana guru bertindak sebagai orang kedua selepas ibu bapa oleh para murid untuk dijadikan idola. Para guru yang dilahirkan mestilah mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah, malah juga perlu memiliki ciri-ciri perguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah, memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa lain. Dengan menaiktarafkan Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), para guru yang memiliki ciri-ciri yang diperlukan dapat dilahirkan. Hal ini kerana IPG menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Dengan menawarkan program tersebut, guru yang dikeluarkan oleh IPG adalah guru yang mempunyai siji ijazah sarjana muda berbanding guru yang dikeluarkan oleh Maktab Perguruan yang mempunyai diploma pendidikan. Guru yang dilahirkan di IPG lebih baik daripada guru yang dilahirkan di Maktab Perguruan kerana Kurikulum IPG telah direka bentuk dan digubal secara berpusat dan mendapat daripada kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Para guru ini mendapat penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru dan memantapkan profesionalisme perguruan dengan diberi latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care. Konklusinya, memartabatkan profesion perguruan merupakan usaha yang penting dilaksanakan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana guru merupakan tunjang untuk pendidikan.

3. RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Seterusnya, dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21 penambahbaikkan dan pemantapan system pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama seperti contoh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PIPP ini menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMKe-9 PIPP ini memperjelaskan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini melalui 6 teras utama iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang, memartabatkan profesion perguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Hasrat membina negara bangsa dalam PIPP ini kegiatan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP). Dengan tujuan utama FPK yang ingin melahirkan pelajar yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara, maka program RIMUP ini bersesuaian dengan matlamat tersebut. Hal ini kerana tujuan utama RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama, mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang dan melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah serta berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama. Aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa RIMUP ini adalah penglibatan daripada pelbagai kaum di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari untuk mendapat keharmonian dan kemakmuran Negara, perpaduan di peringkat akar umbi amat penting bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya'. Oleh hal demikian, program RIMUP lebih ditekankan kepada para murid sekolah rendah. Maka, dari sudut pandangan saya, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid tidak mengira bangsa dalam program ini. Hala tuju matlamat pendidikan negara seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat jelas iaitu ingin melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia serta cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu, program ini akan memumuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat di sekolah sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang berbilang bangsa yang bersatu padu dan saling menghormati walaupun berbeza agama dan bangsa. Tambahan pula, aktviti yang dijalankan melalui dasar ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang daripada segi keperluan akademik, fizikal dan rohani serta jasmaninya. Hal ini demikian kerana dasar ini memberi akses kepada semua pelajar untuk terlibat dan mendapat manfaat daripada penglibatan mereka terutamanya para pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman. Hal ini kerana para pelajar ini dapat berinteraksi dengan orang luar apabila mereka menyertai program RIMUP yang melibatkan dengan orang luar seperti Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan, Majlis Ramah Mesra dan sebagainya. Namun begitu, masih juga terdapat lompong-lompong yang perlu dipertingkatkan dalam memastikan keberhasilan dasar ini. Misalnya , para pendidik perlulah didedahkan dengan garis panduan yang jelas dalam mengendalikan program-program yang dijalankan dibawah program RIMUP. Walaubagaimanapun, program RIMUP ini sememangnya berupaya melahirkan bakal masyarakat yang hidup bersatu padu dan harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama.

4. SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif lain baru-baru ini dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melaksanakan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS adalah hasil usaha sama para pemikir, pembentuk polisi, wakil-wakil bahagian dan jabatan di Kementerian Pelajaran. Selain itu, khidmat nasihat dan pandangan daripada pakar pendidikan, pakar pentaksiran tempatan dan luar negara, penasihat undang-undang dan pendapat orang ramai juga diambilkira dalam merekabentuk PBS. Sistem ini telah mula dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016. Bagi pelajar Tingkatan 1 pula bermula pada tahun 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem PBS adalah sebuah sistem pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sistem peperiksaan kebangsaan telah digantikan dengan pentaksiran berasaskan sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menjelang 2016, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40% daripada soalan dalam UPSR dan sekurang-kurangnya 50% daripada soalan dalam SPM. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza. Pada masa yang sama, pentaksiran berasaskan sekolah juga akan menganjak tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi. Di samping itu, Sistem PBS dikatakan lebih holistik kerana memberi penekanan kepada aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran yang sedia ada yang lebih memberi tumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir produk dan proses secara sumatif dan formatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning.

Jika dilihat daripada sudut positifnya, Sistem PBS sememangnya memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan cara menilai potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pelaksanaan PBS juga seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. Selain itu, dengan wujudnya perubahan bentuk soalan dalam peperiksaan yang lebih cenderung ke arah kemahiran berfikir aras tinggi, pelajar dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dalam menganalisis soalan yang diberikan. Hal ini bermakna, para pelajar diberi peluang untuk meluaskan horizon pemikiran mengikut logik dan memanifestasikan fikiran mereka dengan lebih baik. Namun, jika dilihat dari sudut lain, sistem PBS ini juga mendatangkan kesulitan kepada guru sewaktu ingin memasukkan markah ke dalam talian. Bagi guru yang bertugas di pedalaman, masalah rangkaian internet merupakan faktor utama kelemahan sistem PBS ini. Mereka perlu menunggu sehingga lewat malam bagi memasukkan markah pelajar ke dalam sistem. Disebabkan hal itu, kementerian pendidikan perlulah lebih cakna dan memikirkan alternatif bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan PBS supaya sistem ini dapat membuahkan hasil yang positif sekaligus merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.3 KESIMPULAN

`Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa banyak usaha telah dilaksanakan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK). Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggI dan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Maka, semua usaha ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti.

Bibliography

Abdullah, S. C. (n.d.). Retrieved from PPD Jasin: http://www.ppdjasin.edu.my/isumenarik/IsuMenarik_Details.asp?id=27Aspirasi Negara Dan Falsafah Pendidikan. (n.d.). Retrieved from Mendaulatkan Martabat Negara: https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/aspirasi-negara-dan-falsafah-pendidikan/Azmi, S. B. (n.d.). Isu 4 : Memartabatkan Profesion Perguruan. Retrieved from Terima Kasih, Cikgu: http://arigatousensei.blogspot.sg/p/isu-4-memartabatkan-profesion-perguruan.htmlBuku Panduan Am. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bersepadu Sekolah Menengah Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: kementerian Pendidikan Malaysia.Jaba, S. (n.d.). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Retrieved from Salmiah Jaba: http://salmiahjaba.com/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs/Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983. Kurikulum Baru Sekolah RendahKementerian Pendidikan Malaysia, 1990. Pukal Latihan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Retrieved from 1Murid 1Sukan: http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=160&cat=32&keyword=&page=1&Konsep PBS. (n.d.). Retrieved from Kementerian Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=147&keyword=&Maksud 1M1S | Apa itu Dasar 1 Murid 1 Sukan. (n.d.). Retrieved from http://www.sistemguruonline.my/2014/10/maksud-1m1s-apa-itu-dasar-1-murid-1.htmlMalaysia, K. P. (n.d.). Dasar 1Murid 1Sukan. Retrieved from 1KLIK: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/10461-dasar-1murid-1sekolah.htmlPusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001.Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.Rosli, R. (2010, Mac 29). Al-Asrar. Retrieved from Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP): http://al-asrar.blogspot.sg/2010/03/rancangan-integrasi-murid-untuk.htmlSukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.smktp-rbj, R. (2009, July 1). Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Retrieved from R-I-M-U-P: http://rimupsmktp09.blogspot.sg/2009/07/konsep-matlamat-objektif.htmlTam, T. (2014, April 17 ). Kebaikan dan Keburukan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Retrieved from Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM 3105).

1