kementerian kewangan malaysia kompleks …reg.upm.edu.my/eiso/portal/softcopy_rujukan_luar/dokumen...

16
KKlBSBB 10/72 Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN NO.5, ptRSIARAN PERDANA, PRESINT 2 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62592 PUTRAjA YA Tel. 03-80008000 faks 03-88823B93 03-8882 3894 Web W'WYo'.treasury.gov.my 5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puari adalah dipohon untuk memastikan Badan-badan Berkanun Persekutuan di bawah seliaan Kementerian masing-masing mengambil tindakan sewajamya terhadap arahan di atas. YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuanl Puan, SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN ~~V€ PEMATUHAN PERATURAN PERJALANAN ATAS TUGAS RASMI NEGARA OLEH BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman YBhg. Tan.Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan! Puan, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan PB 3.3 - "Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan" pada 11 Mac 2016 bagi memastikan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan termasuk Badan-badan Berkanun Persekutuan menyusun semula keutamaan program dan aktiviti masing-masing dalam membantu kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, fi. (DATO' SRI DR. MOHD ISA HUSSAIN) Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) b.p. Ketua Setiausaha Perbendaharaan s.k.: KSP TKSP(P) PBN SBB 3. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan selanjutnya, antara langkah perbelanjaan berhemah yang diperkenalkan dalam pekeliling tersebut adalah supaya perjalanan atas lugas rasmi ke luar negara dilakukan bagi perkara yang benar-benar perfu serla memberi impak yang signifikan kepada kepentingan negara. 4. Sehubungan itu, bagi memastikan kawalan dan pematuhan Badan- badan Berkanun Persekutuan lerhadap peraluran perjalanan atas tugas rasmi ke luar negara di dalam pekeliling tersebut, Pegawai Pengawal adalah dipohon untuk memastikan: o Untuk lindahn 0 slla blnang o UntuK makluman 0 SUa edarkan o Silafallhn 0 4.1. perjalanan alas tugas rasmi ke luar negara bagi Ketua Eksekutif Badan Berkanun hendaklah mendapal kelulusan Lembaga Pengarah Badan Berkanun, Kelua Setiausaha MEMONAIBCANSELOR laku Pegawai Pengawal dan Kelua Setiausaha Negara :s- t'v'I •••• "'.sJ,.,~( juk Sural Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2015 - Kelulusan watan Rasmi Ke Luar Negara Bagi Ketua Setiausaha ementerian/ Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan ersekutuan/ Ketua Eksekutif Badan Berkanun ersekutuan); dan rjalanan alas lugas rasmi ke luar negara bagi pegawai- cgawai Badan Berkanun hendaklah mendapat kelulusan mbaga Pengarah Badan Berkanun dan Ketua PROF. OATlNPi(ti(JrIA~;;;iKWj~,S Setiausaha selaku Pegawai Pengawal (rujuk Pekeliling os,s, ps;<rkMl(.~ Perbendaharaan Bilangan PB 2.4 - Perbelanjaan Bagi univ::'~~;:~~~YSia Perjalanan Alas Tugas Rasmi Ke Luar Negara). 43400 UPM Serdang, Selangor. KEPAOA:

Upload: buihanh

Post on 17-Jul-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

KKlBSBB 10/72 Jld.8 (SK.1) (2)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIAKOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGANNO.5, ptRSIARAN PERDANA, PRESINT 2PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62592 PUTRAjA YA

Tel. 03-80008000faks 03-88823B93

03-8882 3894Web W'WYo'.treasury.gov.my 5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puari

adalah dipohon untuk memastikan Badan-badan Berkanun Persekutuandi bawah seliaan Kementerian masing-masing mengambil tindakan sewajamyaterhadap arahan di atas.

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuanl Puan,

SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN

~~V€

PEMATUHAN PERATURAN PERJALANAN ATAS TUGAS RASMINEGARA OLEH BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Tan.Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan! Puan, KementerianKewangan telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan PB 3.3 -"Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan"pada 11 Mac 2016 bagi memastikan agensi-agensi Kerajaan Persekutuantermasuk Badan-badan Berkanun Persekutuan menyusun semula keutamaanprogram dan aktiviti masing-masing dalam membantu kedudukan fiskal KerajaanPersekutuan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

fi.(DATO' SRI DR. MOHD ISA HUSSAIN)Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan)b.p. Ketua Setiausaha Perbendaharaan

s.k.: KSP

TKSP(P)

PBN

SBB

3. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan selanjutnya,antara langkah perbelanjaan berhemah yang diperkenalkan dalam pekelilingtersebut adalah supaya perjalanan atas lugas rasmi ke luar negara dilakukanbagi perkara yang benar-benar perfu serla memberi impak yang signifikankepada kepentingan negara.

4. Sehubungan itu, bagi memastikan kawalan dan pematuhan Badan-badan Berkanun Persekutuan lerhadap peraluran perjalanan atas tugas rasmike luar negara di dalam pekeliling tersebut, Pegawai Pengawal adalah dipohonuntuk memastikan:

o Untuk lindahn 0 slla blnang

o UntuK makluman 0 SUa edarkan

o Silafallhn 0

4.1. perjalanan alas tugas rasmi ke luar negara bagi KetuaEksekutif Badan Berkanun hendaklah mendapal kelulusanLembaga Pengarah Badan Berkanun, Kelua Setiausaha

MEMONAIBCANSELOR laku Pegawai Pengawal dan Kelua Setiausaha Negara:s- t'v'I ••••"'.sJ,.,~( juk Sural Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2015 - Kelulusan

watan Rasmi Ke Luar Negara Bagi Ketua Setiausahaementerian/ Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatanersekutuan/ Ketua Eksekutif Badan Berkanunersekutuan); dan

rjalanan alas lug as rasmi ke luar negara bagi pegawai-cgawai Badan Berkanun hendaklah mendapat kelulusanmbaga Pengarah Badan Berkanun dan Ketua

PROF. OATlNPi(ti(JrIA~;;;iKWj~,S Setiausaha selaku Pegawai Pengawal (rujuk Pekelilingos,s, ps;<rkMl(.~ Perbendaharaan Bilangan PB 2.4 - Perbelanjaan Bagi

univ::'~~;:~~~YSiaPerjalanan Alas Tugas Rasmi Ke Luar Negara).43400 UPM Serdang, Selangor.

KEPAOA:

Page 2: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

\ '.

t!UIU11lUNIVERSITI PUTRA MALAYS'A

C~':-(!':t!i~KK~tl

i /~"'"!(~;S)S1AN~~qt'I

t., :','-::. ~~:_~, !">-,,,,; .. , .•. ,., ,

~~ l........... ._....._..__..._~ ..l

PROF DATT\! PAI)CKA DR. Al:\'1 IDERISNaib Cansck,rFire C'!wnceilolCniversiri Putra \hlaysia

Rujukan Kami: UPM/NC/42/1Tarikh 31 Mac 2016

Semua Ketua Pusat TanggungjawabUniversiti Putra Malaysia43400 UPM SERDANGSELANGORDARULEHSAN

YShg. Prof. DatuklDato'/Datin PadukalTuan/Puan,

C'

PENGURUSAN PERBELANJAAN AWAMMAKLUMAN PENERIMAAN PAKAI PEKELILING PERBENDAHARAAN PB3.3 GARISPANOUAN LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN KERAJAAN OLEH

.UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman YBhg. Prof. DatuklDato'lDatin PadukalTuan/Puan, melalui PS 3.3tersebut di atas kerajaan telah menetapkan garis panduan langkah-Iangkah untukmengoptimumkan perbelanjaan kerajaan supaya dapat dilaksanakan secara menyeluruh olehsemua agensi kerajaaan yang terlibat.

3. Penetapan dan perlaksanaan Garis Panduan tersebut bertujuan untuk memastikan sumberkerajaan untuk agensi-agensi berkenaan dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan.Perlaksanaan Garis Panduan tersebut juga selaras dengan ucapan YAS Perdana MenteriMengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016.

4. Sehubungan itu, Universiti Putra Malaysia sebagai agensi yang menerima peruntukankerajaan adalah tertakluk kepada penerimaan pakai Garis Panduan Langkah-LangkahMengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan dan semua Ketua PTJ diminta untuk melaksanakanlangkah-Iangkah dan panduan yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan tersebut.

Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan PerbelanjaanKerajaan untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof. DatuklDato'lDatin PadukalTuan/Puan.

"BERILMU BERBAKTI"

Yang benar,

PROF. DATIN PADUKA DR. AINIIDERISDSIS,PSK,KMNNaib CanselorUniversiti Putra Malaysia

. Universit! Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, fv1alaysia.CD 603-8946 6001/6002 ,~;603-8948 3244 '1";nc@upmrny "1Jl.www.uprn.edu.my

Page 3: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

. \

c

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia

KERAJAAN MALAYSIA

c

Garis Panduan Langkah-Langkah

Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Page 4: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 3.3

KANDUNGANPENGURUSAN PERBELANJAAN AWAM

PB 3.3 Garis Panduan Langkah-Langkah MengoptimumkanPerbelanjaan Kerajaan

1. Tujuan. . ...... .... .. ... ... ... ... ...... .. .. ..... ........ .. ..... .. 2

2. Latar Belakang....... 2

3. Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan............ 2

Arahan-Arahan Umum..................................... 9

Pembatalan................ 10

Kuat Kuasa '" 10

Penggunaan Rizab Akaun Amanahl Sumber Dalaman........ 9

Perjawatan.. 2Penyusunan Semula Organisasil Penubuhan BadanBerkanun............ 3Elaun Lebih Masa................................................. 3Imbuhan Tetap Keraian.......................................... 4Perjalanan Bertugas Oi Dalam Negeril Ke luarNegara................................................................ 4Perjalanan Udara (Oalam dan Luar Negara)............. 5Penginapan Oi Luar Negara................................... 5Perbelanjaan Utiliti................................................ 6Sewaan Pejabatl Peralatan Pejabat......................... 6Barang Pakai Habis.................................. 6Penganjuran Acaral Majlisl Keraian RasmilMesyuaratl Persidanganl Seminarl Bengkel.............. 6Kempenl Promosil Penajaanl Pengiklanan............... 7Penyumberluaran (Outsourcing)............................. 8

Pegawai Rujukan........................................................... 10

Usaha-Usaha Meningkatkan Hasil Kerajaan Persekutuan... 9

Perbelanjaan Pembangunan............................. 8

3.1C' 3.2

3.33.43.5

3.63.73.83.93.103.11

3.123.13

c_4.

5.

6.7.

8.

9.10.

M.S. 1/10

Page 5: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia

PENGURUSAN PERBELANJAAN AWAM

PB 3.3

C'

c

PB 3.3 GARIS PANDUAN LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKANPERBELANJAAN KERAJAAN

1. TUJUAN

1.1 Tujuan pekeliling ini adalah untuk memastikan semua KetuaSetiausaha Kementerian! Ketua Jabatan! Ketua BadanBerkanunl Ketua Eksekutif Syarikat Terhad Dengan Jaminan(CLBG) dan Ketua Agensi-agensi lain yang menerimaperuntukan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan.

1.2 Pegawai Pegawal hendaklah memastikan agar badan berkanun,CLBG dan badan bukan Kerajaan (NGO) di bawah seliaankementerian! jabatan untuk menerima pakai garis panduan inisebelum peruntukan disalurkan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Perkembangan semasa ekonomi serantau dan global memberikesan kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuanberikutan kutipan hasil Kerajaan yang terjejas. Bagi memastikansasaran fiskal yang ditetapkan dapat dicapai, maka langkahmengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan dilaksanakan secaramenyeluruh agar sumber dapat diurus dengan lebih cekap danberkesan. Ini selaras dengan ucapan YAB Perdana Menterimengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016.

2.2 Bagi memastikan perkembangan ekonomi negara terus kukuhdengan kedudukan fiskal yang mampan, langkah-Iangkahproaktif dan instruktif wajar dilaksanakan secara bersepadu olehsemua pihak. Kementerianl jabatanl agensi dikehendakimenyusun semula keutamaan program! aktiviti masing-masingsupaya sejajar dengan agenda nasional.

3. LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN

3.1 Perjawatan

3.1.1 Pengurusan perjawatan perlu dilaksanakan denganmengambilkira keutamaan untuk mengoptimumkanperbelanjaan Kerajaan. Pelaksanaan satu-satu fungsikementerianl jabatan! agensi juga perlu dilakukan secarakreatif dan inovatif agar dapat mencapai tahap produktivititertinggi berdasarkan sumber manusia sedia ada;

M.S. 2/10

Page 6: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

. .Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 3.3

c:.

3.1.2 Pewujudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecualimelalui kaedah tukar ganti (trade off) dan pindah butiran(redeployment) serta tiada implikasi kewangan tambahan;

3.1.3 Pewujudan jawatan baharu bagi jawatan kritikal yangterlibat secara langsung dalam bidang pendidikan,kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipanhasil negara perlu dilaksanakan dengan kawalan ketat;

3.1.4 Konsep redeployment mesti diberi keutamaan bagi projek-projek baharu yang telah siap seperti sekolah, hospital/klinik, balai polis dan sebagainya untuk memastikanagihan penempatan pegawai dibuat berdasarkan fungsi/kepakaran dan permintaan pelanggan;

3.1.5 Jawatan kosong yang tidak diisi melebihi dua (2) tahunhendaklah dimansuhkan; dan

3.1.6 Pelantikan pegawai kontrak baharu di bawah peruntukanObjek Sebagai 29000 (0829000) adalah tidak dibenarkankecuali bagi penggantian atau pembaharuan kontrakpegawai.

3.2 Penyusunan Semula Organisasil Penubuhan BadanBerkanun

3.2.1 Penyusunan semula organisasi kementerian/ jabatanlagensi hanya dibenarkan bagi meningkatkan kecekapanpenyampaian perkhidmatan dengan syarat tidakmelibatkan tambahan bilangan jawatan dan implikasikewangan;

3.2.2 Keutamaan penyusunan semula organisasi hendaklahfokus kepada mengurangkan pertindihan fungsi sama adadi dalam atau di luar organisasi; dan

3.2.3 Penubuhan badan berkanun/ CLBGI entiti baharu laintidak dibenarkan.

3.3 Elaun Lebih Masa

Perbelanjaan bagi kerja lebih masa hendaklah dikawal. KetuaJabatan/ Agensi dan pegawai yang mengarahkan kerja lebihmasa hendaklah berpuas hati bahawa kerja lebih masa itu benar-benar penting untuk disiapkan atau dilaksanakan dalam tempohyang ditetapkan. Arahan kerja lebih masa hendaklah dikeluarkansecara bertulis sebelum sesuatu tempoh kerja lebih masadimulakan.

M.S. 3/10

.c_ .. . ._

Page 7: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia

3.4 Imbuhan Tetap Keraian

PB 3.3

(~

C~

Elaun Keraian YB Menteri dan YB Timbalan Menteri dikurangkansebanyak 10 peratus selaras dengan keputusan Jemaah Menteripada 11 Jun 2008.

3.5 Perjalanan Bertugas Rasmi Di Dalam Negeril Ke Luar Negara

3.5.1 Perjalanan bertugas rasmi di dalam negeri hendaklahdihadkan kepada perjalanan yang benar-benar perlusahaja dengan bilangan pegawai yang minima dankaedah perjalanan yang menjimatkan. Contoh langkahyang boleh dilaksanakan adalah menjadual semula danmenghimpunkan mesyuarat-mesyuarat yang melibatkanpenyertaan ramai pegawai yang sama daripada luar ibupejabat;

3.5.2 Perbelanjaan bertugas ke luar negara hanya dibenarkanbagi urusan seperti berikut:

3.5.2.1 mesyuarat atau persidangan berjadual/ berkalayang telah diluluskan di dalam bajet tahunan danyang benar-benar penting serta memberi impakyang signifikan kepada kepentingan negara; atau

3.5.2.2 mesyuarat dan persidangan yang telah diluluskanoleh Jemaah Menteri; dan

3.5.2.3 Pegawai Pengawal digalakkan untuk mewakilkankehadiran ke mesyuarat atau persidangantertentu kepada Dutal Ketua Perwakilan Malaysiadi negara berkenaan atau negara yangberhampiran, tanpa penyertaan pegawai dariMalaysia.

~Iangan pegawai yang mengiringi Ketua Delegasi iaitu~ma ada YB Menteril Timbalan Menteril Ketua

Setiausahal Ketua Jabatan yang dibenarkan adalahseperti berikut:

3.5.3.1 satu (1) orang sahaja bagi negara yangmempunyai pejabat perwakilan Malaysia; dan

3.5.3.2 tidak melebihi dua (2) orang bagi negara yangtidak mempunyai pejabat perwakilan Malaysia.

M.S. 4/10

Page 8: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

Peke/iring Perbendaharaan Malaysia PB 3.3

('

3.6

3.7

e.

3.5.4 Kekerapan .perjalanan maksimum atas tugas rasmi (tidakt:eiiTIasuk kursus/latihan) ke luar negara yang dibenarkan /dalam tempoh seta hun adalah seperti berikut:

-3.5.4.1 tiga (3) kali bagi Ketua Setiausahal Ketua

---- Jabatanl Ketua Agensi; dan

3.5.4.2 dua (2) kali bagi lain-lain pegawai.

------~3.5.5 Kursusl latihan di luar negara adalah tidak dibenarkan

kecuali:

3.5.5.1 keperluan kursus yang bersifat teknikal dan tiadakepakaran di dalam negara. Pegawal Pengawalboleh menimbang keperluan tersebut danpenyertaan terhad kepada seorang pegawaisahaja serta dihadkan kepada sekali perjalanansahaja dalam tempoh setahun; atau .

3.5.5.2 ditanggung oleh pihak lain seperti kerajaan asingdan institusil pertubuhan antarabangsa yangtidak melibatkan implikasi kewangan kepadaKerajaan. Pegawai tidak dibenarkan untukmenuntut sebarang perbezaan kadar kelayakandengan kemudahan yang disediakan olehpenganjur.

Perjalanan Udara (Dalam dan Luar Negara)

Pegawai dibenarkan membeli sendiri tiket penerbangan daripadasyarikat penerbangan atau agensi pelancongan yangmenawarkan harga yang lebih rendah dan memberikanpenjimatan berbanding menggunakan Waran Perjalanan UdaraAwam.

Penginapan di Luar Negara

Pegawai hendaklah membuat tempahan bilik penginapan padaharga yang menjimatkan. Pegawai dibenarkan untuk membuattempahan sendiri secara atas talian. Perbandingan harga yangditawarkan di atas talian boleh digunakan sebagai asastempahan.

M.S. 5/10

Page 9: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia

3.8 Perbelanjaan Utiliti

PB 3.3

C'

c

Usaha hendaklah dibuat bagi mengurangkan perbelanjaan utilitiseperti telekomunikasi, elektrik dan air denganmenguatkuasakan peraturan dalaman mengenai perkara ini.Laporan perbelanjaan utiliti hendaklah dipantau dan dilaporkan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan danAkaun (JPKA) Kementerian.

3.9 Sewaan Pejabatt Peralatan Pejabat

3.9.1 Semua eadangan untuk sewaan/ pengubahsuaian pejabatbaharu! tambahan tidak dibenarkan keeuali melibatkankos yang lebih rendah daripada penyewaan sedia adasetelah mengambilkira kos perpindahan danpengubahsuaian keeil.

3.9.2 Hanya pelanjutan penyewaan peralatan pejabat sahajadibenarkan tanpa melibatkan tambahan bilanganperalatan.

3.10 Barang Pakai Habis

Kementerianl jabatanl agensi perlulah memastikan barang pakaihabis seperti peralatan alat tulis, kertas, cartridge dansebagainya digunakan dengan optimum bagi mengelakkanpembaziran. Perkongsian peralatan pejabat secara gunasamaseperti mesin faks dan mesin fotostat amat digalakkan. Laporanperbelanjaan Barang Pakai Habis hendaklah dipantau dandilaporkan di dalam Mesyuarat JPKA Kementerian.

3.11 Penganjuran Acaral Majlisl Keraian Rasmi KerajaanlMesyuaratl Persidanganl Seminarl Bengkel

3.11.1 Penganjuran acaral majlisl keraian rasmi Kerajaanlmesyuaratl persidanganf seminar! bengkel hendaklahdihadkan. Sekiranya perlu diadakan, Pegawai Pengawalhendaklah memastikan ianya dibuat seeara sederhanadengan mengambillangkah-Iangkah berikut:

3.11.1.1 diadakan di premis atau kemudahan sedia adamilik Kerajaan yang bersesuaian. PendekatanStrategi Lautan Biru Kebangsaan perluditeruskan dengan mengoptimumkanpenggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC)dan juga kemudahan di institusi latihan milikkerajaan;

M.S. 6/10

Page 10: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

------------~-----------------------------------Peke/iling Perbendaharaan Malaysia PB 3.3

(

c

3.11.1.2 gimik pelancaran dibuat dalam bentuk yangringkas dan disediakan secara dalaman(inhouse) tanpa penyumberluaran (outsourcing);

3.11.1.3 pemberian cenderamata tidak dibenarkan tetapisekiranya benar-benar perlu, hendaklahdihadkan kepada buku, kraf tangan tempatan,produk makanan tempatan atau produk agensisendiri;

3.11.1.4 pemberian pakaian percuma kepada pesertalpengunjung bagi setiap acaral majlis/ keraianrasmi adalah tidak digalakkan;

3.11.1.5 hiasan tempat dan pentas hendaklah ringkas;

3.11.1.6 penganjuran karnivall ekspo/ pameran di luarnegara hendaklah ditangguhkan kecuali yangtelah mendapat kelulusan Jemaah Menteri; dan

3.11.1.7 pemberian taraf Tetamu Negara kepada pesertamesyuaratl persidangan antarabangsahendaklah diperhalusi dan dibincangkan secaraberasingan dengan agensi pusat yangberkenaan. Pemberian taraf Tetamu Negarahanya kepada ketua delegasi asing sahaja danmengambilkira manfaat timbal balas sertamembawa kepentingan kepada hubungandiplomasi negara yang signifikan.

3.11.2 Mengambil kira langkah-Iangkah di atas, setiappenganjuran acara/ majlisl keraian rasmi Kerajaan/mesyuaratl persidangan/ seminar/ bengkel yangdianjurkan oleh agensi hendaklah dikecilkan skopnya dandikurangkan perbelanjaan sekurang-kurangnya sebanyak30 peratus berbanding perbelanjaan tahun sebelumnya.

3.12 Kempenl Promosil Penajaanl Pengiklanan

3.12.1 Pelancaran kempen/ promosi hendaklah mengambil kiralangkah-Iangkah yang dinyatakan di perenggan 3.12.

3.12.2 Pelaksanaan kempen/ promosi hendaklah bersesuaiandengan kumpulan sasar yang dikenal pasti. PegawaiPengawal digalakkan menghentikan kempen-kempenyang kurang berkesan.

M.S. 7/10

Page 11: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

---------------------------------------I ' Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 3.3

c-4.

3.12.3 Kempen/ promosi yang bersifat komersial dan kesedarankepada orang ramai hendaklah memberikan pulanganatau impak kepada Kerajaan.

3.12.4 Kementerianl jabatan/ agensi digalakkan membuatkempen/ promosi secara dalam talian bagi mengurangkanperbelanjaan berbanding mengadakan persembahan/pertunjukan (roadshow) seeara beramai~ramai,penggunaan media eetak dan media elektronik,

3.12.5 Program penajaan dan pengiklanan seperti slslpanakhbar, iklan dalam media eetak dan elektronik danbillboard hendaklah dikurangkan dan dikaji semulaselepas tamat kontrak penajaan/pengiklanan tersebut.

3.13 Penyumberluaran (Outsourcing)

3.13.1 Pegawai Pengawal hendaklah menyemak semulastandard perkhidmatan yang dibeli agar selari dengankeperluan sebenar bagi mengurangkan komitmenkewangan kerajaan dan mengelakkan berlaku pembaziransumber. Contohnya bilangan pengawal keselamatan yangbertugas bagi satu syif di sekolah di Kuala Lumpur tidaksemestinya sama dengan bilangan pengawalkeselamatan di sekolah kawasan pedalaman.

3.13.2 Kementerianl jabatanl agensi hendaklah memastikanpenyumberan luar dibuat berdasarkan permintaan(demand driven) dan keperluan mempertingkatkan mutuperkhidmatan awam dengan kos berpatutan, bukannyaberdasarkan penawaran (supply driven).

PERBELANJAANPEMBANGUNAN4.1 Menangguh atau menjadual semula projek-projek yang

mempunyai komponen import yang tinggi.

4.2 Menangguh projek~projek bukan fizikal yang bersifat kajian-kajiankemungkinan (feasibility).

4.3 Pemberian geran kepada industri perlu diperhalusi bagimemastikan pelaburan kerajaan benar-benar memberi manfaatkepada Negara.

M.S. 8/10

'------------------~~------------- ----------------------

Page 12: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 3.3

5. PENGGUNAAN RIZAB AKAUN AMANA HI SUMBER DALAMAN

Kementerian/ jabatan/ agensi digalakkan untuk menyemak semula skoppenggunaan rizab akaun amanah di bawah kawalan masing-masingsupaya dapat membiayai sebahagian daripada kos operasi yangbersesuaian. Cadangan perluasan skop ini perlu dikemukakan kepadaPerbendaharaan untuk kelulusan.

6. USAHA-USAHAPERSEKUTUAN

MENINGKA TKAN HASIL KERAJAAN

c6.1 Kementerian/ jabatan/ agensi digalakkan untuk mengenalpasti

dan mencadangkan usaha-usaha untuk meningkatkan hasilKerajaan Persekutuan termasuklah mengenalpasti sumber hasilbaharu, memperkemas kaedah kutipan hasil, mengurangkantunggakan kutipan hasHdan mempercepatkan kutipan hasH.

(~

6.2 Selain daripada langkah-Iangkah yang digariskan dalampekeliling ini, kementerian/ jabatan/ agensi digalakkan untukmencari kaedah-kaedah lain bagi mengurangkan lagi kospenyampaian perkhidmatan masing-masing.

6.3 Kementerian/ jabatan/ agensi yang berjaya meningkatkan hasilkerajaan atau mengurangkan kos operasi dengan signifikan akandipertimbangkan insentif yang bersesuaian melalui bajettahunan.

7. ARAHAN-ARAHAN UMUM

7.1 Langkah-Iangkah kawalan perbelanjaan ini hendaklah dipatuhioleh semua kementerian/ jabatan/ agensi/ badan berkanunpersekutuan dan CLBG yang menerima peruntukan KerajaanPersekutuan;

7.2 Pegawai Pegawal hendaklah memastikan agar badan berkanun,CLBG dan NGO di bawah seliaan kementerian/ jabatan untukmenerima pakai garis panduan ini sebelum peruntukandisalurkan.

7.3 Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan/ Ketua Agensi jugadikehendaki membuat pemantauan ke atas pelaksanaanprogram/ aktiviti dan memastikan prestasi dilaporkan secaraberkala agar objektif dan outcome yang dikehendaki dapatdicapai.

M.S.9/lD

Page 13: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 3.3

7.4 Pegawai yang gagal untuk mematuhi arahan pekeliling ini bolehdikenakan surcaj di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957.

7.5 Pematuhan kepada pekeliling ini akanpengagihan peruntukan tahunankementerian/agensi.

diambilkira dalamkepada semua

8.

9.

10.

PEGAWAI RUJUKAN

Pengarah Belanjawan Negara,Pejabat Belanjawan Negara,(Pegawai Pemeriksa Belanjawan [nama agensiJ),Aras 6,7 & 8 Blok Utara,Kompleks Kementerian Kewangan,Presint 2, Persiaran Perdana,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 PUTRAJA YA

KUAT KUASA

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 11 Mac 2016.

PEMBATAlAN

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perbendaharaan PB 3.3 GarisPanduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaanini, maka Pekeliling Perbendaharaan PB 3.1: "Garis PanduanPerbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam"dan PB 3.2: "Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat BagiMengawal Perbelanjaan Awam - 11 Langkah Penjimatan" adalahdibatalkan.

M.S. 10/10

Page 14: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

r

KERAJAAN MALAYSIA

SURAT PEKEULING AM BILANGAN 1 TAHUN 2015

KElUlUSAN LAWATAN RASMI KE lUAR NEGARA BAGIKETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN/KETUA PERKHIDMATANI

KETUA JABATAN PERSEKUTUAN/KETUA EKSEKUTIF BADAN BERKANUNPERSEKUTUAN

JABATAN PERDANA MENTERI28 JANUARI 2015

Dikelilingkan kepada:

Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Perkhidmatan

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan

TUJUAN

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menyeragamkan kelulusan permohonan keluar negara atas urusan rasmi oleh penjawat awam.

lATARBE LAKANG

2. Pekeliling Perbendaharaan Bit 9. Tahun 2008 dan PekelilingPerbendaharaan Bil 3/1 Tahun 2013 telah dikeluarkan mengenai kawalanperbelanjaan awam termasuk kelulusan permononan lawatan rasmi ke lu~negara oleh penjawat awam.-.-----------

1

Page 15: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

'<: ) ,

"

3. Dalam memastikan lawatan rasmi penjawat awam ke luar negara

berdasarkan kepada kepentingan negara dan perkhidmatan awam serta

mematuhi prinsip nilai untuk wang (value for money), Jemaah Menterl telah

bersetuju untuk mengetatkan peraturan lawatan kerja penjawat awam ke luar

negara.

KELULUSAN PERMOHONAN LAWATAN RASMI KELUAR NEGARA

4. Sehubungan dengan itu, permohonan kelulusan lawatan rasmi ke luar

negara bagi Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua PerkhidmatanjKetua Jabatan

Persekutuan/ Ketua Eksekutif Badan-Badan Berkanun Persekutuan hendaklah

diperolehi daripada Ketua Setiausaha Negara dan tertakluk kepada Pekeliling

Perbendaharaan Bil 9. Tahun 2008 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil 3/1..Tahun 2013.

~ermohonan kelulusan ke luar negara hendaklah dikemukakan

~ng-kurangnya 2 minggu dari tarikh perjalanan dan disertakan dengan

perincian sebab lawatan diperlukan, anggaran perbelanjaan dan jumlah

anggota delegasi.

6. Lawatan rasmi ke luar negara daripada segi pematuhan kepada prosedur

kewangan dan kelulusan yang diberikan adalah tertakluk kepada pemeriksaan

audit oleh Ketua Audit Negara dari semasa ke semasa.

TARIKH KUATI{UASA

7. Peraturan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Februari 2015 sehingga ia

dibatalkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(Tan Sri Dr Ali Hamsa)

Ketua Setiausa ha Negara

2

Page 16: KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOMPLEKS …reg.upm.edu.my/eISO/portal/softcopy_rujukan_luar/Dokumen rujukan selain akta 2018... · KKlBSBB 10/72Jld.8 (SK.1) (2) KEMENTERIAN KEWANGAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KEWAR NEGARA INSTITUT PENGAJIANTINGGI AWAM (IPTA)

NaibCanselor

Tidak melebihi 7 hari Kelulusan KPTM4 kali

Melebihi 7 hari Kelulusan KKM

Melebihi 4 kali Melalui KPTM Kelulusan KKM

r-. Timbalan Tidak melebihi 7 hari Malalui Naib Canselor Kelulusan KPTMNaib 2 kaliCanselor Melebihi 7 hari Melalui Naib Canselor Melalui KPTM Kelulusan KKM

Melebihi 2 kali Melalui Naib Canselor Melalui KPTM Kelulusan KKM

Catatan:

I. Semua permohonan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hendaklah di alamatkan ke :-

Ketua Setiausaha,

Bahagian Pembangunan,

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,

Blok E3, Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

r (U/P : Encik Abd. Ghafar bin Yusof)

No. faks : 88891324

II. Semua permohonan perlu dihantar dan tiba ke Pejabat Canselor tidak kurang daripada 30 hari untuk

dikemukakan ke Kememterian Pengajian Tinggi Malayisa sebelum perjalanan atau lebih awal untuk

melancarkan urusan permohonan.

III. Semua permohonan mestilah menggunakan Sistem Perjalanan luar Negara. beserta dokumen

sokongan.

IV. Tempoh perjalanan dikira bermula dari hari berlepas dan berakhir dengan waktu ketibaan di Malaysia

V. KKM : (Kementerian Kewangan Malaysia)

KPTM : (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)