kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

Upload: pei9318

Post on 07-Jul-2018

308 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    1/11

    1

    KEBERKESANAN TEKA SILANG KATA INTERAKTIF DALAM

    MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJATERHADAP MURID PENDIDIKAN KHAS

    Oleh:Muhammad Alwan Bin Baharudin @ Noraniza Binti Mohd Noor,

    Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

    [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan teka silang kata interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan murid dalamkemahiran mengeja. Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum

    mendapati bahawa tahap penguasaan murid pendidikan khas masalah pembalajaran

    adalah sangat lemah. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen mendapati terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh murid.. Responden kajian ini terdiridaripada seorang murid pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah,Manir, Kuala Terengganu. Pengumpulan data menggunakan instrument ujian,

    analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data kualitatif dianalisis secaradeskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teka silang interaktif ini

    telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengeja.Kesimpulannya, kajian ini merupakan langkah awal bagi membendung murid yang

    lemah dalam kemahiran mengeja dengan bantuan teka silang kata interaktif. Dapatankajian menunjukkan bahawa tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaransemakin baik, wujudnya amalan refleksi yang membantu murid mengeja dengan

     betul serta peningkatan penguasaan kemahiran mengeja.

    Kata Kunci: Kemahiran Mengeja, Teka Silang Kata Interaktif

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dapat dilaksanakan sekiranya seseorangguru dapat merancang dengan sebaiknya dimana ianya mampu menarik minat dan tumpuan muridsepanjang proses PdP. Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum fasa ketiga diSekolah Kebangsaan Kampong Tengah, pengkaji diamanahkan oleh guru pembimbing untuk

    mengajar subjek Bahasa Melayu tahun 4 di kelas pendidikan khas. Sepanjang menjalankan proses

    PdP, pengkaji mendapati wujudnya masalah dalam menguasai kemahiran mengeja dalamkalangan murid pendidikan khas Tahun 4.

    Setelah melakukan pemerhatian dan analisis dokumen terhadap lembaran kerja murid,

     pengkaji mendapati kesilapan yang sering dibuat oleh murid adalah berkaitan dengan ejaanKVKKKV. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menggunakan beberapa cara untukmemudahkan murid mengingat. Antaranya pengkaji melakukan aktiviti teka huruf untuk

    membentuk perkataan. Selain itu juga, pengkaji menyuruh murid-murid menyalin perkataan

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    2/11

    2

     berulang kali. Cara mengingat ini hanya bertahan sekejap sahaja. Tidak lama kemudian, muridtersebut masih melakukan kesalahan yang sama.

    Disebabkan kegagalan dalam menggunakan cara tersebut, pengkaji telah mencari puncasebenar yang menjadi penyebab kepada murid-murid ini tidak dapat mengeja dengan betul.Berdasarkan punca tersebut, pengkaji ingin membina satu bahan pengajaran yang dapat

    membantu menyelesaikan masalah murid-murid ini. Setelah berfikir dan membuat penilaian, pengkaji telah memilih jalan untuk mencipta dan mengaplikasikan satu kit yang lebih menarik

    agar dapat menarik perhatian murid untuk belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat meningkatkan tahap penguasaan ejaan dan menulis murid-murid.

    SOROTAN LITERATUR

    Bahagian di dalam soroton literatur ini telah menghuraikan teori-teori yang berkaitan serta sorotanliteratur yang konsekuan dengan kajian tindakan yang dilakukan oleh pengkaji ini. Pengkaji akanmengetengahkan beberapa pandangan yang diperolehi hasil daripada pengkaji sendiri.

    Menurut Fernald G.M dan Helen B.K (1943, 1988) dipetik daripada kajian MuhammadFahmi Bin Ahmad Tarmizi (2012) mengatakan bahawa penggunaan bahan dan teknik VAKT ini

    dapat membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan teruk. Hal ini telah menguatkanlagi pegangan pengkaji untuk memasukkan unsur VAKT di dalam kit pembelajaran yang dibina.

    Bahan yang mengandungi kaedah VAKT bersesuaian dengan murid kerana murid bolehmenggunakan pelbagai deria mereka semasa belajar. Penglibatan deria akan memantapkan lagi

    kefahaman murid dalam mengenal huruf dan memudahkan sesi rawatan nanti.

    Menurut Baharudin (2005) penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan

     bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Maka dapatlah disimpulkan penggunaan teka silang kata interkatif yang memerlukan penggunaan ICT ini sangat sesuaidiaplikasikan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    Berdasarkan kajian yang sedia ada Nor Aqlili (2012) penggunaan teka silang katamemberikan perkembangan yang baik terhadap keamhiran mengeja murid pemulihan khas.

    Antara kelebihan kajian ini, kaedah dan alat yang direka senang dibawa dan mudah diubahsuaimengikut tahap murid-murid. Kelemahan yang dikenalpasti berkaitan kajian ini pula adalah ianya

    masih lagi menggunakan lembaran kerja sebagai alat bahan bantu mengajar. Disebabkan murid pemulihan khas sudah terbiasa dengan cara ini, ianya akan menyebabkan murid berasa bosan.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja muridPendidikan Khas kelas Waja di Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah dengan menggunakan

    teka silang kata interaktif .

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    3/11

    3

    Objektif

    Membantu murid Pendidikan Khas kelas Waja Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah dalammeningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan menulis melalui penggunaan teka silang kata

    interaktif.

    Persoalan Kajian

    Bagaimanakan penggunaan teka silang kata interaktif dapat membantu meningkatkan penguasaan

    kemahiran mengeja murid Pendidikan Khas?

    METODOLOGI KAJIAN

    Kajian tindakan ini melibatkan seorang murid lelaki di kelas Pendidikan Khas. Responden dipilih

     berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen. Pengumpulan data menggunakan instrumenujian, pemerhatian dan temubual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut responden.

    Temubual

    Proses temubual dijalankan secara berstruktur dan tidak berstrukur. Temubual berstrukurdijalankan terhadap guru bahasa melayu yang mengajara kelas Waja. Temubual ini dijalankan

    untuk mendapatkan maklumat berkaitan prestasi akademik dan tingkah laku responden semasa berada di dalam dan luar bilik darjah. Temubual tidak berstruktur pula dijalankan terhadap

    responden bagi mengetahui latar belakang dan persepsi responden terhadap subjek BahasaMelayu.

    Pemerhatian

    Proses pemerhatian dijalankan secara berstruktur dengan menggunakan senarai semak.Pemerhatian dijalankan untuk melihat perubahan tingkah laku responden sebelum dan semasaguru mengaplikasikan penggunaan teka silang kata semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    Ujian Pra dan Pasca

    Ujian Pra dan Pasca dilakukan untuk melihat sejauh mana penguasaan responden dalam

    kemahiran ejaan sebelum dan selepas menggunakan teka silang kata interaktif. Kemahiran yangdiuji untuk ujian ini adalah berkaitan kemahiran mengeja KVKKKV dan jumlah soalan yang diujiadalah sebanyak 6 soalan.

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    4/11

    4

    SPESIFIKASI INTERVENSI

    INTERVENSI 1

    Pada intervensi 1 responden telah diuji berkaitan dengan kemahiran mengeja KVKV. Disampinguntuk melihat sejauh mana penguasaan responden dalam kemahiran KVKV ianya juga bertujuan

    untuk memberikan motivasi dan dorongan kepada responden untuk diuji ke tahap yang lebihtinggi.

    Rajah 1 menunjukkan slide powerpoint  pada sesi intervensi yang pertama

    INTERVENSI 2

    Pada intervensi 2 responden diuji berkaitan kemahiran mengeja bertema. Tema yang dipilihadalah tema haiwan dimana ianya sangat sesuai untuk menarik minat murid Pendidikan Khas.Kemahiran ejaan yang diuji pada sesi ini adalah lebih tinggi sedikit berbanding pada sesi

    intervensi yang pertama.

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    5/11

    5

    Rajah 2 menunjukkan slide powerpoint  pada sesi intervensi yang kedua

    Rajah 3 menunjukkan lembaran kerja yang diberikan selepas aktiviti teka silang kata

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    6/11

    6

    INTERVENSI 3

    Pada intervensi ketiga pengkaji telah menguji responden berkaitan kemahiran ejaaan KVKK.Pada sesi ini responden akan mengeja dan menyebut perkataan KVKK yang keluar dari paparan

    sebelum ianya hilang. Sebanyak lima perkataan KVKK akan diuji pada sesi ini. Setelah selesairesponden akan menekan gambar senyum untuk mengulang aktiviti tersebut tetapi masa perkataan

    KVKK hilang adalah lebih cepat.

    Rajah 2 menunjukkan slide powerpoint  pada intervensi yang ketiga

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    7/11

    7

    INTERVENSI 4

    Pada sesi ini pengkaji telah menguji kemahiran mengeja KVKKKV. Iannya merupakankesinambungan daripada aktiviti pada intervensi ketiga. Perkataan yang diuji pada intervensi ini

    adalah sebanyak 6 perkataan.

    Rajah 4 menunjukkan slide powerpoint  pada intervensi keempat

    DAPATAN KAJIAN

    SEBELUM KAJIAN

    Semasa berpraktikum pengkaji diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas

    Waja. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati responden banyakmelakukan kesilapan semasa mengeja perkataan KVKKKV. Contohnya perkataan bangku dieja‘banku’. Jika dilihat dari aspek tingkahlaku, responden cepat berasa bosan dan tidak berminat

    mengikuti PdP.

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    8/11

    8

    SEMASA KAJIAN 

    INTERVENSI 1

    Pada intervensi pertama ini pengkaji telah mengaplikasikan penggunaan teka silang katainterakttif semasa PdP. Pengkaji telah menguji kemahiran yang mudah dahulu iaitu KVKV.

    Setelah menggunakan teka silang kata interaktif, pengkaji telah member satu lembaran kerjakepada responden. Hasil yang diperolehi pengkaji mendapati responden dapat menjawab kesemuasoalan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa responden sudah dapat menguasai kemahiran ejaan

    KVKV dan sekali gus memberi satu motivasi kepadanya untuk ke tahap yang lebih tinggi.

    Rajah 5 menunjukkan responden sedang menggunakan teka silang kata interaktif dan menjawab

    soalan berdasarkan lembaran kerja

    Rajah 6 menunjukkan jawapan yang dibuat oleh responden

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    9/11

    9

    INTERVENSI 2

    Pada intervensi kedua pengkaji telah menguji kemahiran yang lebih tinggi sedikit berbandingintervensi pertama. Kemahiran yang diuji adalah ejaan bertema. Tema haiwan telah dipilih atas

    dasar ianya sesuatu yang dekat dengan kehidupannya disamping dapat menarik tumpuanresponden.

    Rajah 7 menunjukkan penerangan yang diberikan guru sebelum memulakan aktiviti ejaan bertema

    Rajah 8 menunjukkan jawapan yang dibuat oleh responden

    Jika dilihat jawapan diatas terdapat dua kesalahan yang dilakukan oleh responden. Apabiladitanya responden berkaitan kesalahan yang dilakukan, maklumbalas yang diterima adalah ‘dop

    ingat nok wat gane’ . Disini jelas menunjukkan bahawa murid-murid pendidikan khas memerlukan proses pengulangan yang kerap agar tidak mudah lupa.

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    10/11

    10

    INTERVENSI 3

    Pada intervensi ketiga responden akan diuji kemahiran mengeja KVKK. Pada sesi ini, respondenakan menyebut perkataan yang keluar di paparan computer. Kajian mendapati responden dapatmenyebut 3 perkataan dengan betul pada pusingan pertama. Setelah proses pengulangan dibuat,

    responden dapat menyebut kesemua perkataan dengan betul dan cepat.

    Rajah 9 menunjukkan responden sedang melakukan aktiviti menyebut perkataan KVKK

    INTERVENSI 4

    Kemahiran yang diuji pada sesi ini adalah yang paling tinggi. Ianya merupakan kesinambungandaripada kemahiran yang diuji pada intervensi ketiga. Pada sesi ini, dilihat murid dapatmenyelesaikan teka silang kata dengan mengisi huruf ke dalam petak dengan betul. Tingkahlaku

    responden juga dilihat berubah daripada negatif kepada positif dimana responden tidak lagi bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran.

    Rajah 10 menunjukkan responden sedang menyiapkan teka silang kata interaktif berkaitankemahiran KVKKKV

  • 8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf

    11/11