kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

11

Click here to load reader

Upload: haralhaj

Post on 03-Jul-2015

2.491 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Geografi STPM Bahagian A

TRANSCRIPT

Page 1: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

KONSEPKELEMBAPAN UDARA DAN

KESTABILAN UDARA

Page 2: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Konsep Kelembapan Udara

Kelembapan merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara. Wap air lebih banyak dalam

udara yang panas dan berubah-ubah mengikut kawasan. Udara yang mengandungi banyak wap air dianggap sebagai udara lembab dan yang kurang mengandungi wap air dianggap sebagai udara kering.

Page 3: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Jenis Kelembapan

Kelembapan Mutlak Kelembapan Bandingan

• Jumlah kandungan wap air sebenar yang terdapat di dalam udara pada masa tertentu

• Nisbah jumlah wap air yang sebenarnya dalam udara dengan jumlah wap air yang mampu ditampung oleh udara pada suhu tertentu.

• Diukur dalam unit g/m3

• Diukur dalam peratus (%)

• Berkadar langsung dengan suhu • Berkadar songsang dengan suhu

• Diukur dengan alat higromoeter- termometer bebuli lembap- termometer bebuli kering

Page 4: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Konsep Kestabilan Udara

Merujuk kepada kenaikan atau penurunan menegakbungkusan udara (air parcell).

Bungkusan udara ialah wap-wap air yang terkumpulsetelah mengalami sejatan dari permukaan laut, sungai, tasik dan lain-lain.

Udara stabil apabila bungkusan udara turun dankembali ke tempat asal.

Udara tidak stabil apabila bungkusan udaraberterusan naik secara menegak.

Page 5: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Kadar Tukaran Suhu Dalam Atmosfera

Kadar Tukaran Sekitaran (KTS)

Kadar Tukaran Adiabatik (KTA)

• Merujuk kepada perubahan suhu yang dialami oleh udara sekitar (bukan di dalam bungkusan udara)

• Merujuk kepada perubahan suhu yang dialamki oleh bungkusan udara apabila bergerak naik secara menegak di dalam atmosfera.

• Berdasarkan KTS, dalam keadaan biasa penurunan suhu sekitar mengikut ketinggian ialah 5 ºC bagi

setiap 1000 meter.

• Berdasarkan KTB, penurunan suhu berlaku sebanyak 10ºC bagi setiap

ketinggian 1000 meter apabila

bungkusan udara naik secara menegak

• Kedua-dua kadar tukaran ini masih berdasarkan konsep yangsama , iaitu semakin tinggi atau semakin jauh jarak menegak daripermukaan bumi, maka suhu menjadi semakin rendah (suhumenurun mengikut ketinggian

Page 6: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Proses Sejatan dan Sejat Peluhan

Sejatan ialah proses penukaran cecair (air) kepadagas (wap air). Proses ini berlaku di permukaan air (laut, sungai, tasik, kolam dan paya) dan dipermukaan tanih yang lembab.

Proses perpeluhan pula ialah proses pembebasanwap-wap air melalui liang-liang stoma dedaun yang berlaku serentak dengan proses fotosintesis.

Gabungan kedua-duanya membentuk sejat peluhan. Sejat peluhan memerlukan sejumlah tenaga habapendam yang cukup untuk membolehkan cecairbertukar menjadi wap air.

Page 7: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Proses Sejatan

• Berlaku apabila tekanan wap di permukaan air lebih tinggi daripada tekenan wap dalam atmosfera.

• Memerlukan tenaga haba diserap ke dalam wap dari permukaan air.

• Jumlah tenaga yang diperlukan • Suhu 0

0C – 600 kalori

• Suhu 1000C – 540 kalori

• Sinaran matahari akan meningkatkan suhu air.• Apabila suhu air panas, molekul wap air akan naik.• Wap air akan kembali sejuk apabila mencapai takat

embun.

Proses Sejatan

Page 8: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Faktor yang Mempengaruhi Sejatan

Suhu

Suhu tinggi, sejatan tinggi

Angin

Mempercepatkan pemindahan udara lembap

Kelembapan bandingan

Kelembapan bandingan rendah, sejatan tinggi

Luas permukaan

air

Semakin luas, semakin tinggi sejatan.

Tekanan wap

Terdapat perbezaan tekanan wap di permukaan air

dengan atmosfera

Kemasinan air

Semakin masin, semakin lambat sejatan

Page 9: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Pemeluwapan

• Proses penukaran air dalam bentuk wap air (gas) kepada bentuk titisan air (cecair)

Konsep

• Berlaku apabila suhu wap air dalam jisim udara menurun sehingga mencapai takat embun (0

oC).

• Penurunan suhu disebabkan oleh penyejukan adiabatik, penyejukan sinaran dan penyejukan alir lintang.

• Proses perantaraan kepada pembentukan kerpasan setelah wap air hasil daripada sejatan naik ke atmosfera dan mengalami pemeluwapan dan akhir membentuk awan.

• Pemeluwapan berlaku apabila udara lembap mencapai takat tepu.

Proses

Page 10: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Tiga Cara Penyejukan

Penyejujan alir lintang

• Berlaku apabila udara yang bersempadan dengan permukaan bumi mengalir dari satu kawasan yang lebih panas ke kawasan yang lebih sejuk.

• Membentuk kabus jika udara sejuk mencapai suhu 0

oC

Penyejukan sinaran

• Peryejukan udara di permukaan bumi.

• Berlaku pada waktu malam apabila langit terang dan udara tenang.

• Bahangan bumi keluar ke angkasa dengan cepat tanpa halangan

• Membentuk lapisan udara lembap yang tebal yang disejukkan hingga ke takat suhu mengembun.

Penyejukan adiabatik

• Berlaku apabila sekumpulan jisim udara naik ke atas dan mengalami pengembangan isipadu kerana penurunan tekanan atmosfera.

• Pengembangan isipadu akan menyebabkan suhu udara mengalami penurunan.

• Tidak berlaku perubahan tenaga.

Page 11: Kelembapan udara, kestabilan udara, sejatan dan pemeluwapan

Faktor yang mempengaruhi

proses pemeluwapan

Kandungan wap air yang

mencukupi

Ditentukan berdasarkan kelembapan bandingan.

Nukleus pemeluwapan atau partikel

halus (Nukleus Higroskopik)

Untuk mempercepatkan percantuman wap air dalam kepada cecair. Takat embun

Kejatuhan suhu di atmosfera - 0

oC