kejayaan bermula dengan langkah pertama

Upload: egahmulia

Post on 30-May-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Kejayaan Bermula Dengan Langkah Pertama

    1/1

    KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA

    Oleh HAMDAN AHMAD

    KEJAYAAN bermula dengan langkah pertama, bukan kedua, ketiga dan seterusnya.Banyak kejayaan yang diraih oleh individu kerana ia berjaya mengatur langkah

    pertama dengan baik dan berkesan.

    Itu merupakan kata-kata hikmat yang selalu kita dengar daripada pakar motivasi dandigunakan dalam banyak hal termasuk sukan.

    Kalau langkah pertama kita sudah tersilap, ia sudah tentu sedikit sebanyak memberikesan dan boleh menjejaskan akan perjalanan dan tindak-tanduk kita seterusnya.Kejayaan yang ingin dicapai sudah tentu tergugat dan menjadi lebih sukar.

    Oleh itu, kita menerima pada dasarnya langkah pertama itu memang penting, lebih-lebih lagi jika ia berlaku pada awal tahun. Ini sudah tentu boleh menjadi perangsangkepada usaha seterusnya.

    Kejayaan pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods dan ratu skuasy negara, NicolAnn David, telah membuktikannya. Mereka memulakan kempen tahun 2008 denganpenuh bergaya iaitu Tiger Woods memenangi Dubai Desert Classics, Dubai dan Nicolmerangkul piala Terbuka Apawamis di Amerika Syarikat.

    Memaparkan

    Melihat aksi gambar Tiger Woods dan Nicol di akhbar tempatan, memaparkankehebatan kedua-dua jaguh sukan itu sendiri. Tidak secara langsung kita lihat kedua-duanya mempunyai semacam persamaan iaitu memakai baju T berwarna merah,berseluar dan skirt gelap dan topi serta skarf berwarna hitam.

    Yang membezakan kedua-dua pemain dunia ini cuma dari segi jenis peralatan sukanyang digunakan dan jantina.

    Yang jelas kedua-dua jaguh dunia ini telah memulakan prestasi hebat denganlangkah pertama mereka dengan baik sekali. Kejayaan yang dicapai baru-baru inimerupakan satu permulaan baik bagi tahun 2008 dan sudah tentu boleh memberikeyakinan lebih awal untuk meraih kejayaan yang lebih banyak pada masa hadapan.

    Kita percaya Tiger Woods dan Nicol mampu meraih lebih banyak lagi kejayaan padamasa hadapan sekiranya mereka dapat mengekalkan rentak dan prestasinya darisemasa ke semasa.

    Tidak menghairankan kalau suatu hari nanti Tiger Woods dijangka memecahkanrekod pencapaian legenda golf, Ben Hogan, begitu juga Nicol dapat berbuat sesuatuuntuk mengatasi rekod kejayaan Jahangir Khan, legenda skuasy dunia.

    Kita akan lihat keupayaan sebenar mereka kerana masa dan usaha kedua-dua jaguhdunia ini akan menentukannya sama ada impian mereka dapat dicapai.Bagaimanapun, semuanya ini bermula dengan langkah pertama yang baik.

    HAMDAN AHMAD ialah Pemangku Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi,

    Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Utusan Malaysia, Khamis 7 Februari 2007