kedah trial perakaunan stpm 2012 - k2

Upload: kannadhass

Post on 09-Mar-2016

135 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

soalan stpm akauns

TRANSCRIPT

  • 948/2

    948/2 1 Lihat sebelah

    SULIT

    948/2 STPM 2012

    JABATAN PELAJARAN KEDAH DARUL AMAN

    PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK STPM 2012

    PERAKAUNAN KERTAS 2

    (Tiga jam)

    Arahan kepada calon:

    Jawab soalan 1 dan mana-mana tiga soalan yang lain

    Semua kerja penghitungan hendaklah ditunjukkan dengan jelas

    Pencukaian hendaklah diabaikan dalam semua soalan, kecuali yang sebaliknya

    dinyatakan

    Markah untuk bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

    Jadual nilai kini dibawah boleh digunakan jika perlu.

    Jadual Nilai Kini

    Nilai Kini untuk RM1.00

    8% 9% 10% 11% 12% 13% 14% 15%

    Jangka masa 1 0.9259 0.9174 0.9091 0.9009 0.8929 0.8850 0.8772 0.8696

    2 0.8573 0.8417 0.8264 0.8116 0.7972 0.7832 0.7695 0.7561

    3 0.7938 0.7722 0.7513 0.7312 0.7118 0.6931 0.6750 0.6575

    4 0.7350 0.7084 0.6830 0.6587 0.6355 0.6133 0.5921 0.5718

    5 0.6806 0.6499 0.6209 0.5935 0.5674 0.5428 0.5194 0.4972

    6 0.6302 0.5963 0.5645 0.5346 0.5066 0.4803 0.4556 0.4323

    7 0.5835 0.5470 0.5132 0.4817 0.4524 0.4251 0.3996 0.3759

    8 0.5403 0.5019 0.4665 0.4339 0.4039 0.3762 0.3506 0.3269

    9 0.5002 0.4604 0.4241 0.3909 0.3606 0.3329 0.3075 0.2843

    10 0.4632 0.4224 0.3855 0.3522 0.3220 0.2946 0.2697 0.2472

    Kertas soalan ini terdiri daripada 11 halaman bercetak dan 1 halaman kosong

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 2 Lihat sebelah

    SULIT

    1. Puan Yanti telah membuka Butik Cantek di Bandaraya Alor Setar 2 tahun yang lalu yang

    menjual baju kurung moden. Dalam bulan Disember 2011, beliau telah membeli pelbagai jenis

    kain yang berjumlah RM45,200. Angkutan masuk dikenakan sebanyak RM1,330. Inventori awal

    dan akhir adalah RM4,500 dan RM2,700. Lain-lain bekalan yang dibeli sepanjang bulan tersebut

    berjumlah RM1,900. Semua bekalan daripada bulan lepas telah digunakan sepenuhnya,

    manakala dalam bulan semasa mempunyai baki RM670.

    Beliau dibantu oleh 4 orang tukang jahit yang dibayar upah berdasarkan unit yang disiapkan.iaitu

    RM25 sepasang. Beliau juga mempunyai seorang jurujual yang bergaji tetap RM1,300 sebulan

    dan termasuk komisen jualan 2%. Gaji Puan Yanti sebagai pengurus ialah RM2,800 sebulan.

    Sebanyak 220 pasang baju kurung telah disiapkan tetapi hanya 200 pasang yang dapat dijual

    dengan harga purata RM360 sepasang.

    Beliau menyewa sebuah kedai 2 tingkat. Tingkat atas digunakan sebagai kilang dan tingkat

    bawah digunakan sebagai kedai jualan. Semua kos sewa, utiliti dan insurans diagihkan pada

    nisbah 2:3 di antara kilang dan kedai yang berjumlah RM15,000 sebulan.

    Dikehendaki:

    (a) Hitungkan bagi setiap yang berikut bagi bulan Disember 2011

    (i) Kos bahan digunakan

    (ii) Kos prima

    (iii) Kos penukaran

    (iv) Kos keluaran

    (v) Kos keluaran seunit

    (vi) Kos tempoh.

    [13 markah ]

    (b) Huraikan bagaimana tiga cara penggunaan sistem rangkaian pengurusan berkomputer

    dapat membantu operasi perniagaannya?

    [4 markah]

    (c) Tunai merupakan aset yang paling cair. Jelaskan 4 prinsip kawalan dalaman tunai yang

    berkesan?

    [8 markah]

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 3 Lihat sebelah

    SULIT

    2. a) Berikut ialah Penyata Untung Rugi Preve Sdn. Bhd (PSB) bagi tahun berakhir 30 Jun 2012 berdasarkan keluaran 40,000 unit:

    PREVE Sdn Bhd

    Penyata Untung Rugi (pengekosan marginal)

    Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2012

    RM RM

    Jualan (40,000 @ RM40) 1,600,000

    (-) Kos berubah:

    Kos barang dijual

    1,000,000

    Jualan & pentadbiran berubah 40,000 1,040,000

    Untung Kasar 560,000

    (-) Kos tetap:

    Overhed kilang 250,000

    Jualan dan pentadbiran 149,000 399,000

    Untung 161,000

    DIKEHENDAKI:

    i) Kirakan titik pulang modal dalam unit. [ 2 markah]

    ii) Kirakan margin keselamatan (%) PSB bagi tahun berakhir 30 Jun 2012. Jelaskan maksud margin keselamatan berdasarkan pengiraan di atas. [ 3 markah ]

    iii) Permintaan produk keluaran PSB dijangka dapat ditingkatkan kepada 50,000 unit apabila syarikat membelanjakan RM14,250 untuk mempromosikan produk tersebut.

    Kirakan untung yang mungkin akan diperolehi.

    [ 2 markah ]

    iv) Pada tahun berakhir 30 Jun 2013, kos bahan mentah dijangkakan akan meningkat. Ini menyebabkan kos pengeluaran berubah seunit akan meningkat sebanyak 5%.

    a) Jika PSB juga akan menaikkan harga jualannya sebanyak 4%, kirakan TPM (unit) dan untung bagi 50,000 unit. [ 4 markah]

    b) Jika untung dan unit jualan kekal seperti asal, berapakah harga jualan minima yang harus diletakkan? [ 3 markah]

    Manakah yang lebih baik, samaa da rancangan untuk membuat promosi (iii)

    atau meningkatkan harga 4% dan kos pengeluaran 5%. Jelaskan jawapan anda.

    [ 2 markah ]

    v) Nyatakan dua kepentingan analisis kos volum untung. [ 2 markah]

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 4 Lihat sebelah

    SULIT

    b) Maklumat berikut adalah berhubung dengan bahan WT-1 yang digunakan oleh

    Syarikat Komponen Jaya.

    Permintaan tahunan bahan WT-1 40,000 meter

    Kos pesanan RM 210 per pesanan

    Kos pegangan inventori setahun 20% atas kos belian

    Kos bahan WT-1 RM 24 semeter

    Masa menunggu belian ialah 2 minggu. Syarikat Komponan Jaya dibuka 250 hari setahun

    (50 minggu dengan 5 hari seminggu)

    i) Hitung kuantiti pesanan semula (integer terdekat)

    ii) Hitung bilangan pesanan yang patut dibuat setiap tahun.(interger terdekat)

    iii) Hitung titik pesanan semula bagi bahan WT-1.

    iv) Nyatakan satu risiko stok berlebihan dan satu risiko stok berkurangan.

    [ 7 markah ]

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 5 Lihat sebelah

    SULIT

    3. a) Berikan tiga perbezaan antara belanjawan statik dengan belanjawan fleksibel.

    [3 markah]

    b) Berikut ialah anggaran kos dan aktiviti Syarikat Cekap Pantas Sdn. Bhd.

    Tahap Aktiviti 5,000 unit 8,000 unit

    RM RM

    Bahan 9,500 14,300

    Buruh 8,300 11,300

    Sewa 3,600 3,600

    Utiliti 1,300 1,300

    Bekalan 2,400 2,700

    Insurans 1,000 1,270

    Gaji Pengurus 5,000 5,000

    Susut nilai 1,800 1,800

    NOTA

    i) Kos-kos berubah seunit adalah tetap

    ii) Pada tingkat aktiviti 12,000 unit dan lebih, kos-kos tetap yang berikut akan

    berubah.

    Bahan meningkat 10%

    Buruh meningkat 15%

    Insurans meningkat 20%

    Susut nilai meningkat 15%

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 6 Lihat sebelah

    SULIT

    iii) Berikut adalah kos-kos sebenar yang dilibatkan bagi tahun 2012.

    Tahap Aktiviti 15,000 unit

    RM

    Bahan 26,750

    Buruh 21,600

    Sewa 3,600

    Utiliti 2,300

    Bekalan 3,200

    Insurans 2,200

    Gaji Pengurus 5,000

    Susut nilai 3,000

    Dikehendaki:-

    (i) Sediakan belanjawan kos pengeluaran untuk tahun hadapan jika syarikat meramal

    tahap aktiviti yang boleh dicapai untuk tahun hadapan ialah 12,000 unit.

    [ 8 markah]

    (ii) Sediakan satu laporan untuk pengurusan membandingkan kos-kos sebenar yang

    terlibat dengan belanjawan fleksibel serta varians-varians yang timbul.

    [13 markah]

    (iii) Beri komen anda mengenai prestasi dalam tempoh tersebut. [ 2 markah ]

    (iv) Jelaskan dua kelemahan menggunakan belanjawan fleksibel dalam perniagaan

    perkilangan. [ 2 markah ]

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 7 Lihat sebelah

    SULIT

    4. a) Berikan maksud kos piawai dan berikan satu contoh kos piawai. [3 markah]

    b) Huraikan kelebihan penggunaan kos piawai praktikal berbanding dengan kos piawai

    unggul. [2 markah]

    c) Syarikat Perkilangan Angsana menetapkan kos piawai bagi pengeluaran sejenis produk

    makanan bayi seperti yang berikut:

    Kuantiti piawai bahan mentah seunit 6.5kg

    Kadar piawai buruh langsung sejam RM25

    Kos piawai buruh langsung seunit produk RM60

    Pada tahun lepas, syarikat itu membeli 15 000 kg bahan mentah dengan kos RM188 500.

    Semua bahan mentah telah digunakan untuk mengeluarkan 2 300 unit produk. Kos buruh

    langsung sebenar untuk tempoh tahun lepas berjumlah RM135 184. Varians yang berikut

    telah diperoleh untuk tahun lepas:

    Varians kecekapan buruh langsung RM4 000 (Tidak memuaskan)

    Jumlah varians bahan RM12 400 (Memuaskan)

    Dikehendaki:

    i) Hitung jam piawai buruh langsung seunit dibenarkan [1 markah]

    ii) Tentukan kadar sebenar buruh langsung sejam [4 markah]

    iii) Hitung varians kadar buruh [2 markah]

    iv) Tentukan harga piawai bahan mentah sekilogram [3 markah]

    v) Hitung varians kuantiti bahan [3 markah]

    d) Nyatakan dua faktor yang boleh menyebabkan berlakunya varians kecekapan buruh

    langsung tidak memuaskan dan dua faktor yang boleh menyebabkan berlakunya varians

    harga bahan mentah yang tidak memuaskan. [4 markah]

    e) Berikan tiga sumber maklumat untuk membentuk kos piawai bagi Syarikat Perkilangan

    Angsana. [3 markah]

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 8 Lihat sebelah

    SULIT

    5. Syarikat Jaya menerima tempahan membuat pelbagai jenis produk. Untuk memenuhi

    permintaan pelanggan yang begitu menggalakkan, pemilik syarikat perlu menentukan samada

    terus menggunakan mesin sedia ada atau ganti dengan mesin baru yang lebih produktif untuk

    tempoh lima tahun akan datang.

    Jika terus guna mesin lama:

    1) Kos pembaikan RM20,000 perlu dibelanjakan serta-merta.

    2) Belanja penyelenggaraan mesin per tahun ialah RM2,000.

    3) Kos overhed tetap per tahun tidak termasuk susutnilai mesin ialah RM10,000.

    4) Tiada nilai sisa mesin selepas 5 tahun.

    Jika mesin lama ditukar dengan mesin baru:

    1) Mesin lama boleh dijual dengan harga RM16,000.

    2) Harga belian mesin baru ialah RM70,000.

    3) Belanja penyelenggaraan mesin per tahun ialah RM1,000.

    4) Kos overhed tetap per tahun tidak termasuk susutnilai mesin ialah RM8,000.

    5) Nilai skrap mesin baru pada akhir tahun ke lima ialah RM2,000.

    Jangkaan unit keluaran dan jualan bagi kedua-dua mesin ini adalah seperti berikut:-

    Tahun Mesin Lama(unit) Mesin Baru(unit)

    1 1,000 1,800

    2 1,000 1,700

    3 1,000 1,600

    4 1,000 1,500

    5 1,000 1,400

    Harga jualan per unit adalah RM50, dan kos keluaran berubah per unit adalah RM30 bagi kedua-

    dua jenis mesin. Pemilik syarikat menetapkan kadar pulangan minimum sebanyak 12%.

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 9 Lihat sebelah

    SULIT

    Dikehendaki :

    (a) Kira untuk kedua-dua mesin dengan kaedah:-

    (i) Nilai kini bersih [ 15 markah]

    (ii) Nyatkan dua andaian yang digunakan dalam aliran tunai terdiskaun. [ 2 markah]

    b) Adibas Sdn Bhd adalah pengeluar beg sukan. Model BS007 dijual dengan harga RM85

    seunit. Berikut adalah data pengeluaran untuk bulan pertama operasi:

    Inventori awal 0

    Unit dikeluarkan 55,000

    Unit dijual 40,000

    Kos:

    Jualan dan pentadbiran:

    Berubah RM5 seunit

    Tetap RM480,000

    Perkilangan

    Bahan langsung RM18 seunit

    Buruh langsung RM9 seunit

    Overhed berubah RM5 seunit

    Overhed tetap RM770,000

    Dikehendaki:

    i) Andaikan ASB menggunakan kaedah pengekosan serapan:

    a) Kirakan kos produk seunit.

    b) Sediakan penyata pendapatan bagi bulan tersebut.

    [ 8 ]

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 10 Lihat sebelah

    SULIT

    6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan unit setara pengeluaran dan nyatakan kegunaannya.

    [2 markah]

    (b) Nyatakan tiga perbezaan di antara pengekosan proses dengan tempahan kerja dan

    berikan dua contoh industri yang terlibat dalam setiap pengekosan tersebut.

    [5 markah]

    (c) My-Food Land adalah pengeluar Mush Cracker yang beroperasi di Bandar Putri Sungai

    Petani, Kedah. Pengeluaran Mush Cracker melibatkan 4 tahap pemprosesan iaitu Jabatan

    Pengadunan, Jabatan Pengeringan, Jabatan Pembakaran dan Jabatan Pembungkusan.

    Di Jabatan Pengadunan, bahan-bahan dimasukkan pada awal proses manakala di Jabatan

    Pengeringan, bahan langsung tidak digunakan. Semua kos penukaran dilibatkan secara seragam

    di semua jabatan.

    Berikut adalah data-data yang berkaitan dengan operasi syarikat di Jabatan Pengadunan dan

    Jabatan Pengeringan:

    Jabatan

    Pengadunan

    Jabatan

    Pengeringan

    Kerja dalam proses awal:

    Inventori (unit) 2,000 1,500

    Kos pindah masuk(RM) - 3,600

    Kos Bahan langsung (RM) 3,200 -

    Kos Penukaran (RM) 2,000 2,090

    Kos semasa:

    Kos pindah masuk(RM) - ?

    Kos Bahan langsung (RM) 11,920 -

    Kos Penukaran (RM) 7,900 9,310

    Unit siap 9,000

    Inventori kerja dalam proses akhir (unit) 1,800 2,500

    Tahap siapan bagi KDP akhir 50% 60%

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online

  • 948/2

    948/2 11 Lihat sebelah

    SULIT

    Dikehendaki:

    i) Unit mula di Jabatan Pengadunan. [1 markah]

    ii) Unit persamaan bagi Kos Bahan langsung dan Kos Penukaran di Jabatan

    Pengadunan.

    [2 markah]

    iii) Kos bahan mentah seunit setara, kos penukaran seunit dan kos

    pengeluaran seunit.

    [4 markah ]

    iv) Kos barang yang dipindahkan ke Jabatan Pengeringan. [1 markah]

    v) Kos kerja dalam proses akhir bagi Jabatan Pengadunan. [2 markah]

    vi) Sediakan catatan jurnal bagi merekod urusniaga-urusniaga yang dilibatkan bagi Jabatan Pengadunan dan Jabatan Pengeringan bagi bulan

    Januari 2012.

    [4 markah ]

    vii) Sediakan Akaun Proses Jabatan Pengeringan [3 markah]

    Koleksi Trial 2012 Cg Narzuki Online