keciciran

3
7/27/2019 KECICIRAN http://slidepdf.com/reader/full/keciciran 1/3 Masalah keciciran di kalangan pelajar di negara ini bukanlah semata-mata disebabkan kemiskinan. Bincangkan. Keciciran merupakan satu keadaan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat meneruskan pelajarannya disebabkan pelbagai punca, sama ada ekoran kelemahan mentalnya untuk menerima pendidikan secara formal atau disebabkan halangan-halangan  persekitaran yang di luar kemampuannya. Di negara ini, keciciran para pelajar bukanlah menjadi isu yang penting lagi sejak tahun 1980-an. Ini disebabkan amat sedikit bilangan  pelajar yang tercicir ketika ini dan kalaupun mereka tercicir dalam erti kata terkandas dalam peperiksaan, mereka boleh terus belajar sama ada mencuba sekali lagi atau mengambil kelas-kelas bercorak kemahiran untuk bekalan masa depan mereka. Keciciran  berlaku disebabkan pelbagai faktor terutama yang berhubung dengan kemiskinan. Ketidakmampuan keluarga seseorang pelajar itu menyediakan segala kelengkapan untuknya belajar dengan sempurna menyebabkan masalah ini timbul. Bagi masyarakat luar bandar yang rata-rata berpendapat rendah, soal menyekolahkan anak-anak dan menyediakan mereka dengan segala kelengkapan yang amat berat untuk dipikul.apatah lagi jika jumlah anak ramai yang bermakna jumlah pendapatan yang sedikit itu terpaksa dibahagi-bahagikan pula untuk membiayai mereka. Dengan demikian sering didapati para  pelajar bukan sahaja terkandas dalam peperiksaan disebabkan mereka tidak mempunyai kemudahan yang memadai untuk belajar dengan sempurna seperti kekurangan buku-buku rujukan, malahan ramai yang tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan ketidakmampuan keluarga. Disebabkan pendapatan keluarga yang rendah dan terpaksa diagih-agihkan pula kepada anak yang ramai, maka pendidikan kepada golongan ini hanya setakat tahu menulis dan membaca. Matlamat mereka menyekolahkan anak-anak hanya untuk menggelakkan mereka buta huruf. Apabila mereka sudah tahu akan huruf. Apabila mereka sudah tahu akan huruf atau sudah dapat membaca, maka tibalah giliran si anak untuk berkorban kepada adik-adik yang lain. Cukuplah bagi anak-anak yang tahu membaca itu belajar dan mereka harus bekerja untuk membantu menyarai keluarga. Walaupun mereka ini mempunyai peluang yang baik jika diberi kesempatan untuk terus

Upload: niraindera-shanmugam

Post on 02-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KECICIRAN

7/27/2019 KECICIRAN

http://slidepdf.com/reader/full/keciciran 1/3

Masalah keciciran di kalangan pelajar di negara ini bukanlah semata-mata disebabkan

kemiskinan. Bincangkan.

Keciciran merupakan satu keadaan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat

meneruskan pelajarannya disebabkan pelbagai punca, sama ada ekoran kelemahan

mentalnya untuk menerima pendidikan secara formal atau disebabkan halangan-halangan

 persekitaran yang di luar kemampuannya. Di negara ini, keciciran para pelajar bukanlah

menjadi isu yang penting lagi sejak tahun 1980-an. Ini disebabkan amat sedikit bilangan

 pelajar yang tercicir ketika ini dan kalaupun mereka tercicir dalam erti kata terkandas

dalam peperiksaan, mereka boleh terus belajar sama ada mencuba sekali lagi atau

mengambil kelas-kelas bercorak kemahiran untuk bekalan masa depan mereka. Keciciran

 berlaku disebabkan pelbagai faktor terutama yang berhubung dengan kemiskinan.

Ketidakmampuan keluarga seseorang pelajar itu menyediakan segala kelengkapan

untuknya belajar dengan sempurna menyebabkan masalah ini timbul. Bagi masyarakat

luar bandar yang rata-rata berpendapat rendah, soal menyekolahkan anak-anak dan

menyediakan mereka dengan segala kelengkapan yang amat berat untuk dipikul.apatah

lagi jika jumlah anak ramai yang bermakna jumlah pendapatan yang sedikit itu terpaksa

dibahagi-bahagikan pula untuk membiayai mereka. Dengan demikian sering didapati para

 pelajar bukan sahaja terkandas dalam peperiksaan disebabkan mereka tidak mempunyaikemudahan yang memadai untuk belajar dengan sempurna seperti kekurangan buku-buku

rujukan, malahan ramai yang tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan

ketidakmampuan keluarga.

Disebabkan pendapatan keluarga yang rendah dan terpaksa diagih-agihkan pula

kepada anak yang ramai, maka pendidikan kepada golongan ini hanya setakat tahu

menulis dan membaca. Matlamat mereka menyekolahkan anak-anak hanya untuk 

menggelakkan mereka buta huruf. Apabila mereka sudah tahu akan huruf. Apabila

mereka sudah tahu akan huruf atau sudah dapat membaca, maka tibalah giliran si anak 

untuk berkorban kepada adik-adik yang lain. Cukuplah bagi anak-anak yang tahu

membaca itu belajar dan mereka harus bekerja untuk membantu menyarai keluarga.

Walaupun mereka ini mempunyai peluang yang baik jika diberi kesempatan untuk terus

Page 2: KECICIRAN

7/27/2019 KECICIRAN

http://slidepdf.com/reader/full/keciciran 2/3

 belajar tetapi desakan hidup keluarga memaksa mereka berkorban untuk memastikan

adik-adik mereka juga tahu membaca dan mengira.

Selain itu keciciran ini juga banyak berlaku kerana keluarga biasanya tidak 

menyedari pentingnya anak-anak mendapat ilmu. Ibu bapa tidak sedar bahawa semakin

tinggi pendidikan anak-anak, kesempitan hidup mereka nantinya dapat dilapangkan. Bagi

mereka, semakin pendidikan si anak, semakin terbebanlah mereka untuk menanggung

 perbelanjaan. Kesedaran tidaklah meluas di kalangan mereka bahawa ilmu merupakan

 perlaburan kepada masa depan. Mereka tidaklah boleh disalahkan kerana beranggapan

demikian. Ini kerana ibu bapa mereka juga tidak pernah bersekolah atau dengan

 perkataan lain tidak berilmu.

Bagaimanapun soal keciciran tidaklah berpunca semata-mata kerana kemiskinan

dan ketidakmampuan keluarga untuk menyara anak-anak. Dalam banyak keadaan

keciciran kini timbul disebabkan ketidakmampuan individu untuk mendapatkan pelajaran

atau belajar. Banyak kita dapati bahawa seseorang itu diberi segala kemudahan untuknya

 belajar dengan sempurna seperti dihantar ke sekolah, pusat tuisyen dan dibelikan buku-

 buku rujukan tetapi mereka masih gagal mendapat keputusan yang baik dalam

 peperiksaan. Hal inibanyak disebabkan kelembapan penerimaan ilmu di kalangan pelajar.

Untuk mengatasi masalah ini, sekolah-sekolah sering mengadakan kelas khas kepada

 pelajar lembap seperti ini kerana mereka tidak mencapai standard pemikiran atau

 penguasaan yang selaras dengan umur.

Pengaruh yang negatif daripada kawan-kawan, terutamanya kawan sebaya juga

 banyak mempengaruhi gejala keciciran di kalangan pelajar. Sebagai manusia yang mudah

dipengaruhi, pergaulan amat penting sebagai asas pembentukan keperibadian anak-anak.

Jika pergaulannya sihat dengan kawan-kawan yang mampu meransangkan pemikiran

aktifnya, maka peluang amat cerah untuk mempunyai keperibadian yang utuh.

Bagaimanapun jika mereka bergaul dengan kawan yang sering mengajukan hal-hal yang

negatif kepada mereka, maka kemungkinan besar mereka akan terpengaruh. Jika mereka

 bergaul dengan kawan-kawan yang lembap, tidak suka akan pelajaran malah membenci

ilmu, tidak menghormati orang lain, maka sudah pasti kanak-kanak itu akan terpengaruh.

Inilah faktor yang akan mendorong mereka mengambil sikap negatif kepada pendidikan

sehingga akhirnya mereka tercicir berbanding orang lain.

Page 3: KECICIRAN

7/27/2019 KECICIRAN

http://slidepdf.com/reader/full/keciciran 3/3

Keciciran merupakan masalah yang serius jika berlaku kepada para pelajar. Jika

mereka tercicir ini bermakna mereka tidak mempunyai komitmen lain. Mereka akan

 bergaul dengan kawan-kawan yang tercicir juga kerana keciciran sering mengakibatkan

mereka kehilangan kawan yang mempunyai keperibadian yang lebih baik daripada

mereka. Jika ini berlaku, maka mereka ini akan terdedah kepada pelbagai gejala negatif.

Gejala sosial seperti penagih dadah, jenayah dan tidak menghormati orang lain dengan

mudah akan mempengaruhi mereka. Jika inilah yang berlaku, maka negara dan

masyarakatlah yang akan menerima akibatnya. Oleh demikian usaha harus dilakukan

untuk meminimumkan jumlah pelajar yang mengalami masalah keciciran ini.