kebajikan - s3-ap-southeast-1.amazonaws.com · adakah 'derma' mempunyai maksud yang sama...

6
Dibawa kepada anda oleh Kebajikan Dunia Kita, Tempat yang Lebih Baik

Upload: ngonhi

Post on 10-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Dibawa kepada anda oleh

KebajikanDunia Kita, Tempat yang Lebih Baik

BAGAIMANA SAYABOLEH MEMBANTU?

Aktiviti ini Menjawab Soalan... HALAMAN 2

Kenapa ianya penting?Wang dan tarikan membeli barang, atau menyimpan seberapa banyak yang boleh untuk diri sendiri boleh menyebabkan kebimbangan berbanding kegembi-raan. Sementara memberi, sama ada wang atau perkhidmatan, selalunya membawa perbezaan dalam dunia ini dan mempunyai kesan positif pada kedua-dua penerima dan pemberi. Ini adalah sebab ia penting untuk menjadikan menderma sebagai pilihan yang menggalakkan! Menggalakkan sumbangan sebagai tabiat awal dalam kehidupan memberikan inspirasi kepada kemanu-siaan. Mempunyai rasa belas kashan untuk menjaga orang lain dan membawa perubahan positif dalam kehidupan orang lain lebih memuaskan berbanding menggunakan wang untuk diri sendiri.

Seseorang boleh membawa perubahan positif kepada kehidupan orang lain!

Menjadikan 'memberi' satu tabiat yang kekal sepan-jang hayat!

Video Muzik: Kisah Kebajikan? HALAMAN 3

AHLI KUMPULAN semuanya mendapat wang untuk konsert yang baru selesai dan sedang membuat keputusan apa yang perlu dilakukan dengannya. Charity kata dia akan menyimpan sedikit, belanja sedikit dan derma yang selebihnya. Dia melihat satu isu di akhbar berkaitan kelaparan dan buat keputusan untuk menyumbang kepada yang memerlukan. Seterusnya, kumpulan itu terbaca mengenai kemarau dan mendaftar untuk larian amal.

Walaupun ia adalah kerja yang sukar, mereka meng-umpul wang untuk membantu. Dia beritahu rakan-ra-kannya yang mereka juga boleh menyumbang masa, wang dan harta benda untuk membantu orang lain. Semasa Charity mengemas bilik dia, dia menjumpai barang yang dia tidak lagi gunakan, yang boleh digunakan oleh orang lain. Seterusnya, kita melihat kumpulan itu bekerja di taman komuniti

untuk menanam makanan untuk bank makanan yang mereka bantu untuk mengedar. Charity juga meluangkan masa bermain dengan keyboard untuk warga emas, memberikan buku dan menyediakan makanan untuk sebuah keluarga. Kisah ini berakhir dengan kumpulan membuat persembahan bersama di konsert amal yang mengutip banyak wang.

HALAMAN 4

PERBINCANGAN

Aktiviti Bersama

CIPTA KAJI SEMULAMulakan aktiviti ini dengan menonton video muzik ini. Kemudian tanya soalan dan bincangkannya dengan anak anda:

Apakah maknanya untuk 'Menderma'?Kenapa kamu rasa ia penting untuk

menderma?Pernahkah kamu melihat orang yang

memerlukan bantuan, wang atau masa / perkhidmatan kamu? Siapakah mereka? Apa yang mereka perlukan? Apa yang kamu lakukan?

Apakah perasaan kamu bila membeli permainan? Berapa lamakah perasaan itu bertahan? Bagaimanakah rasanya mem-berikan sesuatu (wang, masa atau item seperti mainan) kepada orang lain? Berapa lamakah perasaan itu bertahan?

Mari Menderma:Aktiviti ini adalah mengenai satu keluarga memilih satu badan amal tempatan. Membantunya dan kemudian memeriksa kesan usaha anda. Buat perancangan / nota anda (lihat Halaman 5). Ambil gambar keseluruhan proses dan kemudian jadikannya sebagai buku, ATAU unakan kamera untuk merakam video untuk dikongsikan dengan yang lain. 1. 'Jelaskan makna 'Derma': Derma adalah memberikan wang, masa atau item untuk tujuan yang baik, sebagai contoh, kepada badan amal. Bincangkan makna 'Derma' dan buat senarai orang atau tempat di dalam komuniti anda (kejiranan, daerah, bandar) yang memerlukan.2. Pilih orang atau organisasi tempatan yang memerlukan bantuan.3. Buat perancangan untuk mengumpul wang, mengumpulkan barang yang boleh didermakan atau meluangkan masa dengan orang / organisa-si itu.4. Keluar dan kumpul wang / barang. Luangkan masa. Atau lakukan kedua-duanya.5. Hantar wang / barang dan luangkan masa dengan orang atau organisa-si itu.6. Buat susulan dengan orang yang menerima sumbangan wang / baran-gan atau sesiapa saja yang diluangkan masa bersama. Tentukan apa yang telah dilakukan buat mereka, bagaimana mereka rasa dan lihat kehidupan siapa yang terkesan. Jika boleh, jejak kebelakang untuk melihat berapa ramai orang yang anda telah bantu!

Kini anda telah memikirkan mengenai badan amal, jawab soalan berikut:

Adakah 'Derma' mempunyai maksud yang sama kepada anda sekarang seperti sebelum membuat aktiviti ini? Apa yang berubah?Adakah kesan sumbangan anda positif atau negatif untuk orang yang meneri-ma? Bagaimana dengan kesannya pada anda, penderma? Bagaimana? Kenapa?Apakah satu atau dua perkara penting yang anda pelajari daripada melakukan aktiviti ini?

••

Bekalan Aktiviti: Kamera/Kamera Video dan Buku Nota

Siapakah atau organisasi manakah yang anda memberikan sumbangan? Untuk berapa lama?

Sumbangan apa yang anda telah pilih (wang, barangan atau masa)?

Aktiviti

Susulan

HALAMAN 5

Tandakan rancangan dan nota anda pada lembaran kerja dan jangan lupa untuk mengambil gambar / video dan dokumenkan keseluruhan pengalaman kemudian!

Rancangan Sumbangan Utama Anda

Seperti yang dilihat di

www.Cha-Ching.com

Kami ingin mendengar maklum balas anda. Lawati laman web kami dan beritahu kami mengenai pengalaman anda dengan aktiviti ini dan/atau apa yang anda dan anak anda pelajari dengan melakukan aktiviti ini.

© 2011 Prudential Corporation Asia. Hak cipta terpelihara.

Dibawakan kepada anda oleh