kata ganda dan penjodoh bilangan- halilah

7
1 Soalan Topikal ( Kata Ganda) Soalan 1- 10 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai 1 Suasana menjadi __________ setelah bekalan elektrik terputus di kawasan perumahan itu. A gelap–gelita B kelam–kabut C lintang–pukang D Terang- benderang 2 Datuk meletakkan __________ di tengah sawah padi untuk menghalau burung yang suka makan padi. A patung-patung B pohon-pohon C orang-orang D sibu-sibu 3 Bot nelayan itu _________ di tengah laut apabila dipukul ombak. A teroleng- oleng B terkapai- kapai C terhuyung-hayang D terkontang-kanting

Upload: amran

Post on 09-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Soalan Topikal ( Kata Ganda)

    Soalan 1- 10

    Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

    1 Suasana menjadi __________ setelah bekalan elektrik terputus di

    kawasan perumahan itu.

    A gelapgelita

    B kelamkabut

    C lintangpukang

    D Terang- benderang

    2

    Datuk meletakkan __________ di tengah sawah padi untuk menghalau

    burung yang suka makan padi.

    A patung-patung

    B pohon-pohon

    C orang-orang

    D sibu-sibu

    3 Bot nelayan itu _________ di tengah laut apabila dipukul ombak.

    A teroleng- oleng

    B terkapai- kapai

    C terhuyung-hayang

    D terkontang-kanting

  • 2

    4 _________ saya melecur apabila menghirup kuah sup yang baru direneh

    oleh ibu.

    A Jejari

    B Sesiku

    C Lelangit

    D Rerambut

    5

    Rambut adik __________ selepas bangun daripada tidur.

    A compang camping

    B comot momot

    C serbah serbih

    D kusut masai

    6 Seekor pelanduk lari __________ apabila dikejar oleh seekor singa.

    A lintang- pukang

    B gopoh-gapah

    C kelam-kabut

    D kucar-kacir

    7 Perasaan para peserta pertandingan itu __________ menunggu

    keputusan para hakim.

    A berdecit-decit

    B berdebar- debar

    C berdenyut-denyut

    D berdentam-dentum

  • 3

    8 Pramugara yang bertugas di dalam kapal terbang _________ belaka.

    A gagah-gagah

    B kuat-kuat

    C lawa-lawa

    D segak- segak

    9 Rumah itu dipasang dengan __________ pada tingkap untuk menjamin

    keselamatan.

    A jejari

    B kekisi

    C sesiku

    D kekuda

    10 Fikirlah perkara ini __________ sebelum kamu membuat keputusan,

    kata ayah kepada abang.

    A bulat-bulat

    B cepat-cepat

    C benar-benar

    D masak-masak

  • 4

    Soalan Topikal ( Penjodoh Bilangan)

    Soalan 1- 10

    Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

    1

    Danish menebar __________ jala untuk menangkap ikan.

    A sehelai

    B sekeping

    C serawan

    D selembar

    2 Pengacara majlis memulakan majlis dengan _________ pantun.

    A sebaris

    B sepatah

    C selembar

    D serangkap

    3 Dua ________ tembakan polis berjaya menewaskan se _________

    perompak.

    A das ... orang

    B laras ... pasukan

    C butir ... kumpulan

    D pucuk ... gerombolan

    4 Dia berasa sakit perut selepas makan __________ nangka di kantin pagi

    tadi.

    A sebiji

    B seketul

    C secubit

    D seulas

  • 5

    5

    Beberapa __________ anggur dan _________ pisang dijual oleh Pak Ali

    dengan harga yang berpatutan.

    A tongkol ...tandan

    B gugus ... sisir

    C biji ... tandan

    D longgok ... ikat

    6 Ibu menyalakan _________ ubat nyamuk sebelum tidur.

    A sebatang

    B segelung

    C selingkar

    D segulung

    7 Ayah memotong tebu itu kepada beberapa _________ untuk diberikan

    kepada adik - adik

    A ruas

    B batang

    C berkas

    D tangkai

  • 6

    8

    Danish membawa _________ kayu api sementara Daniel memadam

    beberapa ________ kayu api.

    A sepohon ... puntung

    B selonggok ... batang

    C seberkas ... seberkas

    D seberkas ... puntung

    9

    Se _________ tentera sedang berkawat di padang itu.

    A kawan

    B pasukan

    C kumpulan

    D gerombolan

    10 Gulai itu cukup perisa apabila ibu menambah se________ garam ke

    dalam gulai itu.

    A biji

    B butir

    C cubit

    D ketul

  • 7

    Jawapan Kata Ganda: 1. A 2. C 3. A 4. C 5. D 6. A 7. B 8. D 9. B 10. D Jawapan: 1. C 2. D 3. A 4. D 5. D 6. C 7. A 8. D 9. B 10. C