kasyaf dan ilham sufi

Upload: zizothehiro

Post on 07-Mar-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

qq

TRANSCRIPT

  • Kasyaf dan ilham sufi

    13. Kasyaf dan ilham sufi

    Setiap makhluk yang diciptakan Tuhan dilengkapkan-Nya dengan fitrah. Fitrah menerbitkanbakat dan keupayaan semulajadi yang membolehkan setiap kejadian itu berfungsi menurutkejadiannya. Fitrah matahari mengheret matahari untuk bergerak pada satu landasan sambilmengeluarkan cahaya yang mengandungi tenaga yang diperlukan oleh kejadian di bumi.Haiwan, tumbuh-tumbuhan, galian dan lain-lain semuanya mempunyai fitrah masing-masingdan setiap satunya bergerak menurut peraturan fitrahnya. Di antara semua kejadian, manusiadikurniakan fitrah yang paling sempurna kerana manusia berkewajipan memerintah danmentadbir sekalian makhluk. Malaikat sendiri tunduk kepada manusia. Malaikat yangmenguruskan bidang penglihatan tidak menghalang manusia menggunakan penglihatanmatanya sekalipun yang dilihat olehnya itu diharamkan oleh Allah s.w.t. Malaikat yang menjaganyawa tidak mencabut nyawa itu sekalipun manusia melakukan kejahatan dan kedurhakaankepada Allah s.w.t. Fitrah manusia merupakan sebaik-baik persediaan dalam melaksanakan tugas-tugaskehambaan kepada Allah s.w.t. Melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t dan menguruskankehidupan di bumi merupakan kewajipan manusia. Dalam melaksanakan hal yang demikian itufitrah manusia dikurniakan sesuatu yang sangat luar biasa iaitu keupayaan untuk membuatpilihan. Hanya manusia dan jin yang memiliki keupayaan memilih. Makhluk lain tidak diberikanbakat tersebut. Dalam membuat pilihan fitrah manusia boleh menggunakan bakat-bakatnyaiaitu fikiran, ilham dan kasyaf. Melalui bakat berfikir manusia boleh membuat pilihan dalam menguruskan kehidupan lahiriahmereka. Kekuatan fikiran yang ada dengan manusia mengangkat manusia kepada darjat yangtinggi. Mereka mampu menguasai daratan, lautan dan udara. Mereka mampu mengambilmanfaat daripada anasir alam yang ada di sekeliling mereka. Sempadan bagi kekuatan fikiranadalah jangkauan pancaindera dan logik. Apa yang tidak mampu dijangkau oleh pancainderaakan menimbulkan kesulitan kepada fikiran dan apa yang tidak termasuk dalam bidang logikakan mengelirukan fikiran. Bidang yang tidak dapat diterokai oleh fikiran mampu diterokai oleh ilham. Fikiran sangat mahirdalam menyusun sesuatu yang bersangkutan dengan kebendaan. Kebendaan yang menjadibidang fikiran ini bertindak sebagai hijab kepada bidang ilham. Pengaruh dan tarikankebendaan menjadi tembok yang menghalang manusia daripada memperolehi ilham. Pengaruh dan tarikan kebendaan tertuju kepada hati. Jika hati dapat keluar daripadakekuasaan dan ikatan kebendaan hati akan mampu mengeluarkan sinar cahayanya untukmemperluaskan bidang yang dapat diterokai oleh akal fikiran melalui cetusan ilham. Akal fikiranyang dibantu oleh ilham dapat keluar dari bidang logik dan sempadan kebendaan. Manusiadapat menerima kewujudan kuasa ghaib yang menguasai anasir alam yang nyata.

    1 / 6

  • Kasyaf dan ilham sufi

    Terdapat dua golongan manusia yang menguasai bidang ilham. Mereka adalah ahli falsafahdan ahli sufi. Ahli falsafah yang menggunakan kekuatan diri sendiri hanya mampu mengambililham pada bahagian permukaan sementara ahli sufi berkeupayaan untuk menyelam ke dasarlautan ilham. Walaupun berbeza darjat ilham tetapi oleh kerana ia masih di dalam satu daerah,maka terdapat tolak-ansur di antara sufi yang di dalam daerah ilham dan ahli falsafah yang jugadi dalam daerah ilham. Sufi yang begini beranggapan ahli falsafah adalah juga ahli sufi. Begitujuga anggapan ahli falsafah terhadap ahli sufi. Fahaman ahli falsafah dan fahaman ahli sufitahap ilham banyak persamaan. Sufi pada tahap ini boleh bekerjasama dengan ahli falsafahdalam mengwujudkan kepercayaan atau agama sejagat. Agama sejagat ini mengambilnilai-nilai murni kemanusiaan sebagai peraturan hidup dan keikhlasan sebagai kehambaankepada Tuhan. Setiap individu diperlukan mempratikkan nilai-nilai murni kemanusiaan danbebas melakukan keikhlasan menurut kemampuan dan bakat yang ada dengannya dalammenyatakan khidmatnya kepada Tuhan. Golongan ini sangat mengasihi manusia dan sangatbertolak ansur dengan sesama manusia. Mereka menganggap semua agama adalah baik danbenar. Mereka berfahaman semua agama menyembah Tuhan yang sama walaupun caranyaberbeza. Mereka tidak mengutuk perbuatan memyembah Tuhan dengan menggunakanperantaraan seperti patung-patung. Kebanyakan agama dalam dunia hari ini telah diolahsemula oleh golongan sufi-falsafah. Maksud sufi di sini termasuklah ahli agama yang selainIslam yang mengamalkan bidang kerohanian dan melatih diri dalam bidang tersebut. Darikalangan merekalah muncul orang-orang yang membina tempat patung-patung dalamtempat-tempat ibadat agama Nasrani dan Yahudi. Orang yang beragama menyembah berhalatidak berasa janggal apabila mereka memasuki rumah ibadat orang Nasrani dan Yahudi.Pengaruh yang demikian juga menjalar ke dalam masyarakat Islam. Orang-orang Islam yangberjiwa falsafah gemar membina sesuatu yang menonjol dan tersergam di dalam masjid-masjid.Jika penyembah berhala melihat kaum Muslimin sedang sujud mungkin mereka menyangkakaum Muslimin sujud kepada benda yang menonjol dan tersergam itu. Sufi seterusnya masuk ke dalam bidang kasyaf. Penyaksian mata hati dan pengalaman rasamerupakan bidang kasyaf. Hati menyaksikan dan merasakan suasana ghaib dan hal-hal yangberhubung dengan ketuhanan. Walaupun sufi menyaksikan dan merasakan hal ketuhanantetapi ia bukanlah Tuhan. Apa yang dibukakan kepada sufi itu adalah ibarat kunci yangmembuka pintu makrifat untuk sufi mengenali Tuhan. Kasyaf tahap tertinggi hanyalahpengalaman rasa tanpa penyaksian tentang hal ketuhanan itu. Pengalaman rasa atau zauktanpa penyaksian membawa sufi bermakrifat tentang Allah s.w.t yang Maha Esa, tiada sesuatuyang menyerupai-Nya. Makrifat cara begini menanamkan kefahaman yang tidak mampudihuraikan. Penghuraian yang lengkap tentang Allah s.w.t hanya terdapat dalam wahyu. Apa yangditerangkan oleh wahyu tentang Allah s.w.t dapat difahami oleh seseorang manusia menuruttahap pemikiran, ilham dan kasyafnya. Orang yang mempunyai ke tiga-tiga bakat-bakat fitrahitu secara sempurna akan mengenal Allah s.w.t dengan sempurna. Wahyu menerangi kasyaf,kasyaf menerangi ilham dan ilham menerangi fikiran. Nur wahyu yang menerangi kasyaf, ilhamdan fikiran itu membuka simpulan pada lidah sehingga lidah boleh berucap dengan fasihtentang Allah s.w.t, menurut kadar yang Dia izinkan. Apabila sekalian bakat-bakat fitrah itu sudah disinari oleh nur wahyu baharulah fitrah

    2 / 6

  • Kasyaf dan ilham sufi

    kemanusiaan itu melonjak kepada fitrah Muslim. Manusia yang fitrahnya belum mencapai tahapfitrah Muslim, walaupun pintar menggunakan akal namun, dia masih belum bersesuaiandengan kehendak Allah s.w.t. Daya nilai fitrah manusia banyak bersesuaian dengan daya nilaifitrah Muslim dalam bidang akhlak tetapi tidak dalam bidang ketuhanan. Kebenaran yang sejatiberada pada fitrah Muslim. Apa yang dinilaikan baik oleh fitrah manusia jika bercanggahdengan penilaian fitrah Muslim, maka fitrah manusia mesti akur dengan kebenaran fitrahMuslim. Orang Islam yang bijak sekalipun tidak akan dapat melihat hikmah di sebalik suruhandan tegahan agama, sekiranya fitrahnya tidak naik kepada tahap fitrah Muslim atau pun jikaakalnya enggan tunduk kepada kebenaran yang dinyatakan oleh wahyu. Apabila fitrah manusiamencapai tahap fitrah Muslim, akan ujudlah penyerahan yang sejati kepada Allah s.w.t, tanpahujah dan tanpa takwil. Dia akan tunduk kepada peraturan Allah s.w.t yang dibawa olehRasul-Nya. Dalam jiwanya akan lahir keghairahan beragama. Dia akan cemburu jika Allah s.w.t,Rasulullah s.a.w, al-Quran dan agamanya dipersendakan apa lagi kalau dikhianati. Semua bakat-bakat fitrah mestilah menjadi Muslim. Akal fikiran menjadi Muslim, ilham menjadiMuslim dan kasyaf menjadi Muslim. Bila semua bakat itu sudah menjadi Muslim, akanbercahayalah Roh Islam seseorang itu. Roh Islam akan hanya mengeluarkan yang Muslim,tidak ada percanggahan dengan Islam. Roh Islam yang paling sempurna adalah Roh NabiMuhammad s.a.w. Jibrail a.s membacakan wahyu dan Roh Islam Nabi Muhammad s.a.wmentafsirkannya. Apa yang baginda s.a.w tafsirkan menepati apa yang wahyu maksudkan,tanpa sedikitpun percanggahan. Jika mahu melihat al-Quran dalam rupa manusia, maka NabiMuhammad s.a.w adalah al-Quran' yang hidup, berkata-kata dan bergerak dalam daerahkehidupan manusia. Selain Nabi Muhammad s.a.w darjat persamaan dengan wahyu itubertingkat-tingkat menurut darjat akal, ilham dan kasyaf masing-masing. Fikiran, ilham dan kasyaf sufi bukanlah satu sumber ilmu yang menyamai wahyu atau punbebas daripada wahyu. Bakat-bakat tersebut hanyalah alat untuk mentafsirkan wahyu yangdisampaikan oleh Rasulullah s.a.w mengenai sesuatu perkara yang diimani. Bakat-bakattersebut walaupun boleh digunakan sebagai alat bagi menterjemah wahyu tetapi ia bukanlahsecara sempurna. Ia berkedudukan seperti ijtihad para mujtahid yang mungkin benar danmungkin silap. Dalam pembinaan hukum dan fatwa yang mengenai orang ramai, kedudukanijtihad ahli mujtahid lebih kuat daripada ilham dan kasyaf sufi. Ilham dan kasyaf sufi lebih bersifat peribadi, berguna untuk sufi itu sendiri dalam menentukanarah tindakannya. Kesan mabuk yang berlaku pada jalan kewalian sufi sukar terpisah daripadaseseorang sufi itu dan kesan tersebut boleh mempengaruhi ilham dan kasyafnya. Apa yangdiperolehi oleh sufi yang dipengaruhi oleh mabuk mungkin tidak menepati kebenaran yang asli.Sufi tersebut mungkin mengeluarkan pendapat yang kurang benar dan meninggalkan yanglebih benar. Oleh yang demikian kebenaran ilham dan kasyaf sufi itu mesti diuji dengankebenaran al-Quran dan as-Sunah. Kedudukan seseorang sufi itu diukur dengan melihat sejauhmana ilham dan kasyafnya bersesuaian dengan ajaran al-Quran dan as-Sunah. Sufi yang telahmencapai tahap kewalian peringkat tertinggi, yang telah terlepas daripada kesan mabuk, fanadan bersatu dengan Tuhan, tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunah. Al-Quran dan Hadis telah memberi penjelasan yang lengkap mengenai perkara-perkara yangbersangkutan dengan akidah. Perkara yang sudah cukup terang dan jelas ini tidak boleh

    3 / 6

  • Kasyaf dan ilham sufi

    digugat oleh apa sahaja, termasuklah fahaman, ilham dan kasyaf sufi. Jika terjadipercanggahan di antara ucapan ahli sufi dengan kenyataan al-Quran dan as-Sunah mengenaiperkara akidah, ia mestilah ditolak dan perkataan al-Quran dan as-Sunah itu yang wajibdiimani. Ucapan sufi yang demikian hendaklah dianggapkan sebagai ucapan yang lahirdaripada suasana hati yang dipengaruhi oleh mabuk dan fana dan sufi berkenaan belum lagimenghabiskan perjalanannya. Jika perkataan sufi menyokong kenyataan al-Quran danas-Sunah, maka perkataan tersebut hendaklah dibenarkan. Dalam memahami maksudal-Quran dan as-Sunah, aliran Ahli Sunah wal Jamaah hendaklah diikuti. Ada perkara-perkara yang al-Quran dan al-Hadis hanya memberi maklumat secara sepintaslalu atau pun tidak memberi maklumat sedikitpun. Perkara-perkara berkenaan termasuklahsoal-soal syurga, neraka, bumi, alam maya, malaikat, jin, makhluk rohani dan lain-lain. Ahli sufibanyak memperkatakan soal-soal yang demikian berdasarkan ilham dan kasyaf mereka, tanpasokongan nas yang sahih. Dalam soal ini orang ramai tidak dituntut untuk mengimani perkataansufi. Ilham dan kasyaf sufi boleh jadi benar dan boleh jadi juga tidak benar. Nabi-nabi diperakuioleh Allah s.w.t sebagai maksum, dijamin terpelihara daripada gangguan syaitan dan tidakterjadi kesalahan pada ilham dan kasyaf mereka. Apa juga kekeliruan yang timbul akibatgangguan syaitan diperbetulkan dengan segera dan kebenaran perkataan Nabi-nabiditetapkan. Jaminan yang demikian tidak diberi kepada golongan yang bukan Nabi. Namunbegitu, perkataan sufi mengenai soal-soal yang tidak bersangkutan dengan akidah itu bolehdijadikan iktibar dan mempercayainya tidak menjadi kesalahan. Melalui perkataan merekaorang-orang yang ingin memahami perkara-perkara tersebut mendapat sedikit pemahamanyang boleh dikembangkan melalui kekuatan akal fikiran. Sufi memperolehi maklumat melalui kasyaf. Kadang-kadang kasyaf berlaku kepada sufi dalambentuk ibarat atau pembukaan secara umum tanpa perincian. Kasyaf yang demikian perluditafsirkan. Biasa terjadi tafsiran yang dibuat oleh sufi itu tidak menepati gambaran atau ibaratyang dibukakan kepadanya Bila sufi menerima berita secara umum maka tafsiran secara umumjuga yang diberikannya. Maklumat yang diperolehi secara umum, tanpa perincian, tidak dapatmenceritakan sesuatu perkara dengan tepat. Sufi juga mungkin mendapat maklumat mengenaisesuatu kejadian dan maklumat tersebut datangnya daripada sumber takdir yang akanberubah, sedangkan perubahan yang akan berlaku tidak dibukakan kepadanya. Allah s.w.tberfirman:Apa sahajat ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau yang Kami tinggalkan(atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebandingdengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiapsesuatu? ( Ayat 106 : Surah al-Baqarah ) Ayat di atas memberitahukan tentang takdir yang di dalam perbatasan yang boleh berubahdengan kehendak dan perintah Allah s.w.t.Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada(sebarang) perubahan pada kalimat (janji-janji) Allah; yang demikian itulah kejayaan yangbesar. ( Ayat 64 : Surah Yunus )

    4 / 6

  • Kasyaf dan ilham sufi

    Ayat di atas ini pula memberitahukan tentang daerah takdir yang tidak akan berubah keranaAllah s.w.t telah menetapkannya. Kasyaf seorang sufi mungkin hanya sampai kepada daerahtakdir yang mungkin berubah, tidak sampai kepada daerah takdir yang tetap. Oleh yangdemikian apa yang disaksikannya mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku. Perlu juga diketahui bahawa seseorang sufi melalui peningkatan kerohanian secara sedikitdemi sedikit, bukan sekaligus. Suasana kerohanian atau makam mempengaruhi fahaman danpegangan sufi. Seorang sufi boleh mengeluarkan beberapa pendapat yang berbeza mengenaiperkara yang sama. Pendapatnya di awal perjalanan, pertengahan dan di akhir perjalananmungkin bertentangan di antara satu sama lain. Pendapatnya yang paling benar adalahpendapat yang diberikannya setelah dia kembali kepada kesedaran sepenuhnya dan berkamildengan syariat sepenuhnya. Sufi yang masih di dalam perjalanan menemui beberapa fahaman yang bercanggah denganprinsip syariat. Di antara yang demikian adalah konsep tauhid af'al, tauhid sifat dan tauhidwujud. Konsep tauhid yang demikian membawa Tuhan ke dalam perbatasan alam danmengadakan persamaan di antara Tuhan dengan makhluk. Sufi yang sedang dikuasai olehsuasana kerohanian yang demikian menafikan perbuatan dirinya, sifatnya dan wujudnya.Semuanya diisbatkan kepada Allah s.w.t. Muncullah ungkapan seperti: "Tiada yang berbuatmelainkan Allah. Tiada yang hidup melainkan Allah. Tiada yang maujud melainkan Allah" danlain-lain ungkapan yang seumpamanya. Ungkapan yang paling popular dikaitkan dengankesufian adalah: "Ana al-Haq!" Ada golongan yang beranggapan kononnya sufi yang belummengucapkan "Ana al-Haq" belum lagi mencapai makam yang paling tinggi. Golongan sufiikutan menggunakan ungkapan yang demikian bagi memukau kesedaran diri sendiri dengancara mengulangi ucapannya sebanyak mungkin dan menghayati maknanya sehingga terpahatkepercayaan yang demikian dalam jiwa mereka. Golongan yang mengikut secara membuta tuliinilah yang menyebarkan kesesatan, berselindung di sebalik perkataan sufi yang sedangmabuk. Manusia yang masih ada keupayaan untuk membuat pilihan, berfikir dan merasa, mestilahfaham keadaan sufi yang fitrah mereka menerima kejutan alam ghaib sehingga keupayaannyauntuk membuat pilihan, berfikir dan merasa hilang. Sufi yang demikian dikatakan berada didalam jazbah. Orang yang berada dalam jazbah adalah umpama orang yang keluar ke lautmenaiki perahu kecil. Bila dipukul gelombang dia menjadi mabuk dan meracau. Setelah diasampai ke tengah laut, ombak sudah tenang, mabuknya berkurangan dan akhirnya dia kembalinormal. Bila dia sudah sedar dia tidak meracau lagi. Pengalaman jazbah berguna kepada sufiberkenaan kerana pengalaman yang demikian menanggalkan sifat-sifat yang keji dari hatinyadan sifat ikhlas menjadi sebati dengannya. Pengalaman jazbah itu juga berguna kepada guruyang menjadi pembimbing kerana dengannya guru dapat mengetahui suasana dan stesenkerohanian muridnya. Ia juga menjadi tanda bahawa murid berkenaan mempunyai harapanuntuk menjadi cemerlang kesudahannya. Guru yang arif akan membimbing muridnya supayamelepasi peringkat-peringkat zauk sehingga sampai kepada penghujung jalan yang tenang dandamai. Murid yang sudah melepasi peringkat jazbah dan kembali kepada kesedarankemanusiaan biasa akan menyedari akan kekeliruan yang muncul dalam fahamannyasepanjang perjalanannya. Dia bertaubat daripada pegangan yang lalu. Kini dia menyaksikansatu kebenaran sahaja iaitu kebenaran kehambaan kepada Allah s.w.t. Manusia dan jin

    5 / 6

  • Kasyaf dan ilham sufi

    diciptakan untuk mengabdikan diri kepada-Nya, bukan untuk bersatu dengan perbuatan, sifatatau wujud-Nya. Fahaman yang keluar dari ilham dan kasyaf sufi sekiranya menyalahi syariat wajiblah ditolak.Jika orang yang mengetahui tentangnya ada kebolehan, ucapan latah sufi haruslahditerjemahkan menurut stesen kerohanian sufi berkenaan dan penjelasan harus diberi kepadaorang ramai agar latah sufi tidak disalahertikan. Sufi yang mengeluarkan ucapan latah ketikadalam jazbah haruslah dimaafkan, walaupun ucapannya menyalahi syariat. Harus diingatbahawa sufi tidak terlepas sepenuhnya daripada suasana mabuk sebelum dia sampai kepadamakam siddiqiyat. Semua makam di bawah daripada makam siddiqiyat tidak terlepas daripadapengaruh mabuk sedikit atau banyak. Kesimpulannya pendapat sufi yang bertentangan dengansyariat wajib ditolak tetapi peribadi sufi itu sendiri tidak boleh dikutuk kerana dia dikuasai olehmabuk.

    6 / 6