kashmir

6
Kashmir Syurga Dunia Oleh Zulina Hassan Kashmir merupakan antara tempat terindah di dunia. Gunung-ganangnya diliputi salji, lembah-lembahnya dihiasi sungai-sungai yang mengalir deras dan tasik-tasik yang bening airnya. Manakala lereng-lereng gunungnya dipenuhi rumput menghijau yang menjadi makanan ternakan pada musim panas dan menjadi ladang bunga yang memercup indah pada musim bunga. Kerana keindahannya itu, wilayah ini telah digelar “syurga dunia” dan juga “Switzerland Timur”. Kedudukan Wilayah Kashmir terletak di hujung barat banjaran Pergunungan Himalaya. Wilayah ini bersempadan dengan India di selatan, Pakistan dan Afghanistan di barat, dan China di timur. Sejarah Kashmir merupakan salah satu wilayah rebutan terkenal di dunia. Apabila British memerdekakan India dan Pakistan pada tahu 1947, Kashmir diberi pilihan untuk menyertai India atau Pakistan. Malangnya, India telah menawan wilayah Kashmir. Perebutan yang berlaku antara India, Pakistan dan China menyebabkan wilayah ini terpecah kepada tiga bahagian.

Upload: ummunajah

Post on 25-Jul-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kashmir

Kashmir Syurga Dunia Oleh Zulina Hassan

Kashmir merupakan antara tempat terindah di dunia. Gunung-ganangnya diliputi salji,

lembah-lembahnya dihiasi sungai-sungai yang mengalir deras dan tasik-tasik yang

bening airnya. Manakala lereng-lereng gunungnya dipenuhi rumput menghijau yang

menjadi makanan ternakan pada musim panas dan menjadi ladang bunga yang

memercup indah pada musim bunga.

Kerana keindahannya itu, wilayah ini telah digelar “syurga dunia” dan juga

“Switzerland Timur”.

Kedudukan

Wilayah Kashmir terletak di hujung barat banjaran Pergunungan Himalaya. Wilayah ini

bersempadan dengan India di selatan, Pakistan dan Afghanistan di barat, dan China di

timur.

Sejarah

Kashmir merupakan salah satu wilayah rebutan terkenal di dunia. Apabila British

memerdekakan India dan Pakistan pada tahu 1947, Kashmir diberi pilihan untuk

menyertai India atau Pakistan. Malangnya, India telah menawan wilayah Kashmir.

Perebutan yang berlaku antara India, Pakistan dan China menyebabkan wilayah ini

terpecah kepada tiga bahagian.

Page 2: Kashmir

Pada hari ini, rakyat Kashmir bangun memberontak untuk mendapatkan kemerdekaan

daripada India dan menubuhkan sebuah negara yang merdeka.

Ekonomi

Suasana politik yang bergolak di wilayah Kashmir bagaimanapun tidak menjejaskan

aktiviti ekonomi di sini. Aktiviti ekonomi yang utama di sini ialah pelancongan. Setiap

tahun, beribu-ribu pelancong mengunjungi Kashmir untuk menikmati pemandangannya

yang indah itu. Rakyat Malaysia merupakan antara pelancong yang paling ramai

melawat Kashmir sehinggakan Ringgit Malaysia diterima dalam urusan jual beli di

sana.

Selain aktiviti pelancongan, Kashmir terkenal sebagai pengeluar bulu kambing

Cashmere yang dieksport ke seluruh dunia, pengeluar barangan kraf tangan seperti

selendang, permaidani sutera, tembikar, ukiran kayu dan banyak lagi. Penduduk Islam

Kashmir terkenal sebagai tukang ukir yang tiada tandingannya dalam menghasilkan

ukiran kayu, barangan logam, dan kraf tangan yang rumit dan cantik. Selain berniaga,

mereka turut menggembala biri-biri dan lembu di lereng-lereng gunung yang dipenuhi

rumput-rumput yang subur.

Walau bagaimanapun, ekonomi Kashmir terjejas dengan teruk apabila gempa bumi

yang dahsyat melanda wilayah ini pada tahun 2005 yang menyebabkan lebih 70000

orang terkorban.

Budaya

Page 3: Kashmir

Nasi dan daging merupakan makanan ruji penduduk Kashmir. Kashmir terkenal dengan

masakan daging lembu yang dimasak dengan pelbagai cara. Selain itu Kashmir juga

terkenal dengan minuman teh yang dipanggil kahva, iaitu campuran daun teh hijau yang

diperkaya dengan pelbagai jenis herba seperti buah pelaga, badam dan kayu manis. Teh

ini dihidang bersama gula tanpa susu. Tedapat juga teh lain yang dipanggil shir chai

yang dicampur garam dan susu.

Pakaian penduduk pula berbeza-beza. Secara umum, penduduk beragama Islam

memakai pheran, sejenis gaun yang besar dan labuh sehingga ke bawah lutut bersama

seledang, shalwar dan sejenis kasut yang dipanggil gurgabi.

Tempat-tempat menarik

Aktviti pelancongan di Kashmir tertumpu di Lembah Kashmir kerana di sinilah

terserlahnya keindahan alam semula jadi yang tiada tolong bandingnya. Pelancong-

pelancong yang ingin melancong ke Kashmir perlu masuk melalui New Delhi dengan

permit dari kerajaan India kerana sebahagian besar Lembah Kashmir terletak di bawah

kawalan India.

Srinagar

Srinagar ialah bandar utama di Kashmir. Srinagar juga menjadi ibu negeri bagi musim

panas, manakala pada musim dingin ibu negeri berpindah ke Jammu.

Srinagar terkenal dengan keindahan semula jadinya. Di sini terdapat Danau Dal dan

Nagin yang sangat indah.

Page 4: Kashmir

Di atas Danau Dal didirikan rumah sampan sebagai tempat penginapan para pelancong

yang bertamu di sini. Rumah-rumah sampan dihias dengan begitu cantik. Terdapat kira-

kira 2800 buah rumah sampan, setiap satunya memiliki keunikan dan keistimewaan

yang tersendiri.

Kebiasaannya, rumah sampan terdiri daripada tiga bilik dengan masing-masing bilik

mempunyai bilik air sendiri. Dalam setiap rumah disediakan seorang pembantu yang

akan mengemas rumah dan memasak makanan.

Keindahan Srinagar boleh dinikmati dengan berdayung sampan di Danau Dal atau di

Sungai Jhelum yang membelah kota Srinagar. Dari situ para pelancong akan menikmati

panorama alam yang dikelilingi pergunungan yang diliputi salji, yang memisahkan

Kashmir dari dunia luar.

Di pinggir tasik, tersedia sampan-sampan yang terhias indah yang dipanggil shikara

yang membawa para pelancong ke rumah sampan atau ke tempat-tempat membeli belah

terapung yang memenuhi tasik. Selain shikara, sampan-sampan biasa juga tersedia

untuk digunakan oleh para pelancong yang ingin berdayung sendiri sambil menikmati

pemandangan waktu petang dan senja yang mengasyikkan di Srinagar.

Srinagar juga terkenal dengan keindahan dan kehalusan seni permaidaninya. Di sini

terdapat kilang permaidani yang menunjukkan cara-cara membuat permaidani.

Permaidani buatan tangan di sini dijual dengan harga yang berbeza-beza, bergantung

kepada tempoh masa membuatnya, misalnya sebulan, tiga bulan, enam bulan atau

sehingga setahun. Semakin lama masa membuatnya, semakin mahal harga permaidani

itu.

Page 5: Kashmir

Gulmarg

Gulmarg terletak tidak kira-kira 60 kilometer dari Srinagar. Gulmarg terletak di

kawasan tinggi yang sentiasa di selubungi salji. Kawasan ini termasuk antara tempat

bermain ski dan glof yang terbaik di dunia.

Di sini tersedia aktiviti seperti menaiki kereta kabel ke puncak gunung, meluncur salji,

menunggang kuda, bermain ski dan bermain golf.

Gulmarg dikenali sebagai Meadow of Flowers iaitu padang rumput yang dipenuhi

bunga.

Sonamarg

Sonamarg yang disebut meadow of gold (padang rumput emas) menawarkan

pemandangan glasier yang sangat indah dan padang rumput yang dipenuhi bunga-

bungaan. Pohon-pohon pain, fir dan birch memenuhi lembah-lembah di Sonamarg.

Fakta

1. Jumlah penduduk 12 juta orang. 85 peratus beragama Islam, selebihnya Hindu,

Buddha dan Sikh.

2. Ibukota: Srinagar (musim panas) dan Jammu (musim dingin).

3. Keluasan Wilayah 222.236 kilometer persegi.

4. Sumber ekonomi: Pelancongan, pertanian seperti penanaman padi, jagung dan

epal, kraf tangan seperti permaidani, ukiran kayu, selimut dan selendang.

5. Bahasa: Kashmiri, Urdu, Hindi dan Inggeris

Page 6: Kashmir

6. Makanan ruji: Padi