kaq1033 persekitaran pembelajaran yang responsif untuk bayi dan kanak-kanak

Upload: cik-siti

Post on 15-Jul-2015

1.157 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

1.0

Penghargaan

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Azila binti Alias , Pensyarah Persekitaran Pembelajaran yang Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak (KAQ1033), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan yang banyak membantu saya secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renungrenungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terusmenerus.

1

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

2.0

Pengenalan

Tadika : Tadika Kemas Balai Polis Tanjung Malim Tarikh : 11,12,13,14/07/2011 Jumlah Murid : 25 orang Guru : 2

Berdasarkan maklumat diatas, saya telah menjalankan kajian penyelidikan terhadap salah seorang daripada kanak-kanak di tadika tersebut bagi melihat tahap perkembangan kanak-kanak. Perkembangan yang dapat di lihat ialah fizikal, sosial, kognitf, emosi, bahasa, motor halus dan motor kasar . Tadika tersebut berdekatan dengan UPSI, apabila tiba di tadika tersebut saya meminta kebenaran daripada pembantu tadika untuk menjalankan kajian penyelidikan. Pada awalnya saya memerhatikan keadaan tadika itu. Keadaan kanak-kanak di tadika tersebut agak tidak terkawal ini kerana guru tadika tidak ada pada ketika itu kerana ada urusan luar, manakala pembantu guru sibuk menguruskan urusan di dapur. Kanak-kanak tersebut dibiarkan begitu sahaja membuat hal sendiri, ada yang bermain, berlari, ada pula yang membaca, keadaan tersebut amat bising sekali. Setelah memerhati selama beberapa minit saya memilih salah seorang kanakkanak perempuan yang bernama Aida. Aida merupakan kanak-kanak yang suka bercakap, bergaul serta boleh menyesuaikan diri pada keadaan di sekelilingnya. Tahap perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan,melalui perkembangan kita dapat mengenalpasti proses atau sifat seseorang oleh sebab itu

perkembangan amatlah penting bagi menilai tahap penilaian diri bagi kanak-kanak. Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan fizikal kanak-kanak bermula sejak lahir hingga ke peringkat umur enam tahun yang merupakan satu tahap yang amat penting kerana tumbesaran pada peringkat ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak pada masa akan datang. Perkembangan fizikal ini dapat dilihat dari perubahan berat, tinggi, perubahan saiz badan dan kepala, rangka tulang dan gigi.

2

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

Oleh itu makanan yang bernutrisi tinggi dan seimbang perlu diberikan kepada kanak-kanak ini agar perkembangan fizikal mereka berlaku dengan sihat seiring dengan peningkatan umur mereka.

Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanakkanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Kanak-kanak juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan ibu bapa, rakan

sebaya dan masyarakat sekaligus memperkembangkan lagi hubungan sosial dalam kalangan mereka. Perkembangan kognitif kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget (1896) dalam Suppiah et al. (2008), perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan). Kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna seterusnya mereka mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk mengembangkan pengalaman hidup. Perkembangan Emosi pula merupakan suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. Emosi juga berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi.

3

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama. Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku mengikut urutan yang sama tanpa mengira bangsa dan jantina. Umumnya, perbendaharaan kata kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun meningkat daripada 1,000 hingga 10,000 patah perkataan. Aktiviti bercerita membantu kanak-kanak meningkatkan keupayaan mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Oleh itu, orang dewasa harus berkemahiran menjalankan aktiviti bercerita.

4

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

3.0

Laporan Kajian Penyelidikan Kanak-kanak

3.1

Gambar Pelajar

5

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

3.2

Biodata Pelajar

Nama Umur Tarikh lahir Jantina Bangsa Agama Bil Adik-beradik Anak ke Nama bapa Nama ibu Tempat tinggal Hobi

: Wan Norhaida Narieeyna binti Wan Mohd Rahim : 6 tahun : 14 Mei 2005 : Perempuan : Melayu : Islam : 2 orang :1 : Wan Rahim bin Wan Abdul Rahman : Norhaida binti Mohd : NOD 201, jalan kmp 1/7, studio prima blok D Kota Malim Prima 35900, Tanjong Malim. : Bermain basikal dan Membaca

Makanan kegemaran : Nasi Ayam Minuman kegemaran ; Milo Ais Warna kesukaan Jenis Kecacatan : Biru dan Merah : Tiada

6

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

4.0

Hari Pertama

Pada hari pertama Aida melihat dan membelek buku yang dipegangnya, dia melihat gambar pada belakang buku cerita itu. Seterusnya Aida menyusun buku itu, dan mencari buku cerita yang lain. Aida membaca buku cerita mengikut pada gambar bukan pada ayat yang terdapat pada buku itu. Ini kemungkinan Aida menceritakan apa berlaku pada gambar tersebut. Aida juga suka berkongsi buku cerita dan cerita dengan kanak-kanak yang lain. Pada tahap ini Aida akan melalui perkembangan kognitif iaitu dimana Aida akan mentafsir pengalaman. Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Dalam teori perkembangan kognitif Jean piaget, beliau percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri kanak-kanak terhadap persekitaran. Perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui penyeimbangan, keadaan ini menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan dia antara apa yang dialami dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya. Penyeimbangan melibatkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Pada tahap ini juga Aida akan melalui perkembangan sosial iaitu melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak

mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Kanak-kanak juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Contohaya Aida sentiasa memegang banyak buku cerita, setelah kanak-kanak lain sudah membaca Aida akan mengambil buku itu. Selepas itu Aida meminta salam dengan kawannya Tina salam, salam balik. Cara Aida bersalam dengan kawannya agak berkasar. Pada pendapat saya ini kerana Aida sahaja berbuat demikian kerana ingin melepaskan geram kepada kawanya. Salah seorang kanak-kanak meminta buku dengan Aida tetapi Aida tidak mahu memberi kepadanya, Bagi buku,aida cakap tak nak. Berkemungkinan Aida tak nak bagi buku kerana dia inginkan buku itu ada padanya sahaja tanpa ada kanak-kanak lain yang memilikinya. Selepas itu, Aida berbisik dengan kawannya untuk bertanyakan sesuatu, pada waktu itu juga Aida memarahi kawan nya itu dengan berkata kau marah aku kenapa. pada pandangan saya Aida tidak boleh melakukan perkara tersebut, ini mungkin kanak-kanak tersebut tidak memahami apa yang Aida ingin sampaikan atau mungkin juga Aida mengaggap dirinya lebih tua daripada kanak-kanak supaya kanak-kanak itu hormat padanya.

7

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

5.0

Hari Kedua

Pada hari kedua pula Aida kelihatan agak begitu menengking kepada kawannya. Dia berkata ini rumah kita, rumah kau sana. Ini mungkin kerana pengaruh kawannya yang berbisik dengan Aida tadi ataupun Aida sengaja berbuat demikian untuk melepaskan perasaannya terhadap kawanya itu. Pada tahap ini Aida mengalami perkembangan emosi iaitu dengan menenking kawannya. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. Emosi juga berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Ketika sedang menonton televisyen, mendengar nyanyian kawan-kawan Aida menari tetapi Aida sendiri tidak menari, dia sibuk untuk memilih cd iaitu lagu mana yang akan dimainkan sebaik sahaja lagu sebelumnya habis. Aida dan kawannya berebut untuk memasang lagu atau cerita pilihan masing-masing. Kawannya berkata kita nak ipin, Aida menjawab kejaplah, tak nak. Aida masih lagi memengang cd yang ingin dipasangkan olehnya. Aida berkata kita nak pasang cd kereta. Akhirnya cerita daripada cd yang Aida pegang tadi dipasang oleh kawannya. Aida begitu khusyuk sekali melihta cerita tersebut. Pada tahap ini kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk membuat sesuatu perkara. Dalam teori David Elkind menggalakkan kanak-kanak bermain dengan membentuk persekitaran yang bebas daripada stres merupakan amalan sihat dan akan lebih baik perkembangannya. Beliau juga percaya kanak-kanak yang memperolehi pengalaman sedemikian dapat

mengendalikan masalah stress dalam kehidupan dewasa mereka kelak. Seterusnya Aida bermain dengan kawan-kawannya iaitu bermain polis-polis dengan meletakkan kaki dia dengan kawankawannya. Selepas itu dia membuat kiraan huruf pada setiap kaki. Aida begitu lancar menyebut setiap huruf. Perkembangan bahasanya begitu baik sekali, ini mungkin kerana faktor persekitaran iaitu ketika dia berinteraksi dengan ibu bapa, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling serta guru. Dalam teori Lev Semenovich Vygotsky (1896 1934) menekankan pendekatan tersebut. Seterusnya Aida berlari sambil melambaikan tangan dengan kawannya, ini melibatkan pergerakan motor kasar. Selepas itu Aida membuka buku untuk mengeja. Aida mengeja mata dengan melihat tulisan dan gambar yang ada pada buku tersebut. Disposisi ini perlu diteruskan ialah kecenderungan meneruskan aktiviti atau minat. Misalnya, mengajar kanak-kanak proses

8

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

membaca dan cara-cara melakukannya, tetapi juga memupuk disposisi mereka dalam pembacaan supaya mereka terus terlibat dalam tingkah laku membaca walaupun ia tidak diperlukan (Teori Lilian Katz). Keadaan Aida ketika mengeja tidak sesuai kerana Aida duduk di atas meja. Ini akan memepengaruhi kawan-kawannya yang untuk berbuat sedemikian. Selain itu juga tiada nasihat atau perhatian yang diberikan terhadap Aida. Aida terus melompat dan meniarap di atas meja. Selepas itu Aida menyanyi lagu bahasa inggeris yang bertajuk Twinkle Littler Start sambil meniarap. Selepas habis menyanyi Aida mengambil buku lain untuk di lihatnya, dia mengeja kakak. Dia memerahi kawannya yang naik diatas meja dengan memakai kasut getah, Aida menolak kawannya itu untuk suruh turun daripada meja itu. Aida mengulangi nyanyian yang dia menyanyi tadi, beberapa kawannya melihat dia menyanyi. Ketika sedang leka Aida dengan memilih buku-buku lain, kawan-kawanya asyik bermain. Apabila Aida tersedar Aida terus mendapatkan teropong untuk teropong kawan-kawannya yang asyik bermain. Aida berebut dengan kawannya untuk melihat teropong dan akhirnya Aida berkongsi teropong tersebut dengan kawannya dimana Aida teropong kawannya sendiri yang duduk di hadapan teropong tersebut. Kini teropong itu menjadi milik Aida, Aida enggan berkongsi lagi dengan kawannya. Setelah puas bermain dengan teropong itu barulah dia memberikan kepada kawannya. Selepas itu Aida pergi dekat rak buku dan mengambil alat permainan yang berhuruf abjad untuk tujuan menembak kawan-kawannya porm, porm, porm. Selepas itu Aida naik semula di atas meja dan membaringkan dirinya dengan memeluk tedy bear yang kecil. Aida mengeluh mengantuknya. Ini mungkin Aida tidak cukup tidur atau keletihan bermain seketika tadi. Selepas itu Aida menghalang kawannya ketika bermain dengan menyekat tangannya dan menyebut kena tutup kena tak boleh masuk. Aida memberitahu kawanya bisinglah, bising nak tidurlah. Selepas itu Aida merebut teropong daripada kawannya untuk bermain dan pada masa yang sama juga Aida bermain dengan kawannya sambil berlari untuk meghalang kawannya untuk mengelilingi meja.

9

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

6.0

Hari Ketiga

Pada hari ketiga Aida bermain dengan kawan-kawannya, ketika itu dia memengang beberapa buah buku. Dia mengusun buku itu dengan kawannya dan membawa buku tersebut keluar, selepas itu Aida dan kawan-kawannya berlari mengelilingi meja. Selepas itu Aida melakukan persembahan berbentuk fizikal, iaitu bergantungan di monkey bar dengan menaiki kerusi

yang bertingkat tingginya dan berjalan diatas tempat itu. Pada pandangan saya Aida melakukan perkara tersebut seolah-olah bangga dengan apa yang dilakukannya atau untuk menguji kekuatan dan kemahiran otot. Ini mungkin kerana dia sudah biasa melakukannya dan tidak takut dalam keadaan situasi tersebut. Aida berulang-alik diatas tampat tersebut dan setelah turun daripada tempat tersebut Aida bergayut pula. Perbuatan Aida boleh dianggap sama dengan teori Bandura ini kerana perbuatan Aida di ikuti ditiru oleh kawan-kawannya yang lain. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak bertambah kuat untuk sesuatu perkara, contohnya bermain dengan kawankawannya. Disamping itu juga kanak-kanak mula membentuk sahsiah sendiri dimana kanakkanak penuh dengan perasaan ingin tahu. Kanak-kanak juga akan egoistik dan mula meneroka persekitarannya dan akan belajar melalui pencaindera secara terus dengan persekitaran. Mereka memikir tentang diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadang-kandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesama mereka. Mereka lakukan ini kerana dua sebab iaitu membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan kanakkanak lain. Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka inginkan kasihsayang daripada ibu bapa. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran, membina citarasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan.

10

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

7.0

Hari Keempat

Pada hari keempat Aida menulis namanya, pada tahap ini penggunaan motor halus berlaku. Setelah siap menulis namanya Aida berkata dah siap dah. Seterusnya Aida melukis gambar puteri. Aida melukis apa yang dia bayangkan dalam fikiran dia. Pada tahap ini kanak-kanak perlu diberi sokongan dan dorongan untuk dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya guru. Guru sebagai pendidik haruslah memberi tunjuk ajar dan teladan yang baik untuk di contohi oleh pelajar.oleh kerana sekolah merupakan institusi sosial dan masyarakat, maka guru memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan sosial kanak-kanak. Sekiranya perkembangan sosial ini tersekat, maka kanak-kanak akan mengalami masalah interpersonal dan gangguan emosi. Seterusnya aktiviti berkumpulan dimana empat orang satu kumpulan. Aida melakukan aktiviti iaitu dimana Aida dan beberapa kawannya menyusun puzzle. Pada tahap ini kanak-kanak saling membantu, bekerjasama antara satu sama lain. Dalam Model Respons Kognitif Anthony G. Greenwald teori memberi fokus kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan pemikirannya terhadap maklumat tersebut. Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba memberi mesej tentang sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap maklumat yang diterima seperti bagaimana Aida ingin menyusun puzzle tersebut mengikut turutan gambar yang diberikan disini Aida akan berfikir secara kreatif. Disamping itu, guru perlu memberi tunjuk ajar bagi membantu kanak-kanak tersebut. Secara tidak langsung kanak-kanak akan meningkatkan lagi tahap komunikasi antara kanak-kanak yang lain serta guru dan ibu bapa. Disamping itu kanak-kanak akan meningkatkan lagi perkembangan sosial yang dapat dilihat dari aspek persahabatan antara hubungan dua-hala dimana kedua-dua pihak menerima kepuasan. sahabat dianggap sebagai teman sepermainan iaitu tinggal berhampiran serta senang dimulakan dan mudah dilupakan. Pada tahap ini juga kanak perlu selalu diberikan sokongan, perhatian, pujian untuk menjaga perkembangan emosi yang baik. Kanak-kanak juga akan berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain di sekitar rumahnya serta belajar peranan ikut jantina. Seterusnya kanak-kanak mula membentuk pandangan terhadap diri sendiri iaitu teori kendiri melalui perkembangan moral peringkat awal kanak-kanak berkelakuan baik untuk mengelakkan hukuman (kohlberg, 1976). Akhirnya Aida dapat menyiapkan susunan puzzle itu

11

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

dengan bantuan guru, kumpulan Aida mendapt no 2 Aida berkata yeah kita menang,kita no 2, Aida begitu gembira sekali. Aktiviti seterusnya ialah Aida mengeja buku mnegenai anggota badan bersama dengan kawannya seperti mengeja tangan ta angan=tangan, kuku, selepas itu kawan menyuruh Aida mngeja siku si ku, pergelangan tangan pe ran. Aida tidak dapat mengeja perkataan tersebut ini kerana perkataan tersebut terlalu panajang dan mnyukarkan untuk Aida menyebut setiap suku kata perkataan itu. Aida dibantu oleh guru dan kawannya untuk mengeja perkataan tersebut per ge langan ta ngan. Selepas itu, Aida mengeja ejaan lutut lu tu bunyinya lutut,Aida tertinggal satu huruf iaitu huruf t, kawan Aida membetulkan sebutan Aida dengan menyatakan ejaan yang sebanar lutut bunyinya lutut, Aida mngeja sebutan ja ri=jari, ka ik=kaki Aida tersalah menyebut perkataan ka ik sepatutnya ka ki, ini mungkin Aida keliru dengan ejaan tersebut.. Akhirnya Aida dapat menyebut suku kata perkataan tersebut berkata kepada Aida. Selepas itu cikgu Aida menyuruh Aida mengulangi apa yang telah Aida baca tadi contohnya ma ta = mata, hi dung=hidung Aida tidak dapat menyambungkan perkataan hi kepada dung, dengan bantuan guru dan kawan Aida dapat menyebut perkataan tersebut. Kawan Aida menunjukkan hidung pada muka Aida dan Aida mebalasnya kembali kepada kawannya itu. Aida begitu gembira sekali. Seterusnya Aida mengeja mulut mu lut=mulut, gi gi=gigi, li da=lidah, Aida teringgal satu huruf iaitu h di belakang. Ini kerana Aida mungkin sudah terbiasa mengeja perkataan tersebut li da, pu st=pusat sebutan perkataan ini juga sama dengan ejaan li da tadi. Aida tetinggal huruf a. te li nga=telinga, le her=leher Aida menyebutnya dengan bunyi leher gurunya membetulkan ejaan yang disebut oelh Aida. ta angan=tangan Aida di bantu oleh gurunya untuk mengeja ejaan tangan. kawan Aida mengajar Aida mengeja pergelangan tangan, pe r = per, g e=ge, l a=la, n g a n=ngan pergilangan, kawan Aida tersalah menyebut pergelangan pergilangan, ta angan=tangan, pergelangan tangan. Guru menanya kepada Aida dan kawannya dimana pergelangan tangan, Aida dan kawanya menunjukkan ia. Guru Aida memperingat kepada Aida dan kawannya bahawa setiap anggota badan. Dalam teori Konteks Budaya oleh Lev Vygotsky (1896-1943) menyatakan pemikiran kanak-kanak berkembang akibat daripada pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak belajar belajar daripada pengalaman contohnya kanak-kanak berinteraksi dengan ibu bapa, guru

12

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

dan masyarakat. Guru juga perlulah mengajar kanak-kanak menggunakan bahan yang wujud dan member arahan yang pendek, jelas ringkas dan beserta dengan contoh. Gunakan contoh-contih yang berkait dengan pengalaman kehidupan kanak-kanak serta memberi peluang kepada kanakkanak melakukan aktiviti sendiri. Selain itu, kanak-kanak juga perlu menggelakkan pembelajaran secara paksa sebelum kanak-kanak bersedia. Teori Ibnu Khaldun pernah menyatakan bahawa Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara berperingkat-peringkat, mengadakan latih tubi, menggunakan bendabenda maujud, menggunakan bahan-bahan bantu mengajar dan kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar, dan mencerca pengajaran yang diberi. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan. . Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

13

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

8.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya ialah, setiap kanak-kanak akan melalui tahap perkembangan yang berbeza setiap umur kanak-kanak ini bergantung faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak tersebut. Pelbagai faktor yang dapat di kaitkan seperti faktor baka keturunan ibu bapa iaitu semulajadi atau pengaruh daripada alam persekitarannya iaitu pemupukan. Faktor baka atau keturunan amat menpengaruhi perkembangan seseorang individu. Terdapat banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Aidan mungkin mempengaruhi salah satu daripada ibu atau bapanya contoh warna kulit Aida yang agak bewarna sawo matang. Selain itu, ibu bapa atau orang dewasa haruslah memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan kanak-kanak seperti keperluan asas, kasih sayang, kebajikan dan memberi kata semangat atau keyakinan kepada kanak-kanak untuk peringkat yang seterusnya. Adalah penting untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan dengan suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia begini sangat mengembirakan hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna kepada orang-orang dewasa. Kata-kata dorongan dan pujian haruslah diberikan kepada kanak-kanak ini sebagai inisiatif terhadap pembangunan diri mereka. Dalam teori Iman Al-Ghazali pernah menyatakan kanak-kanak awal ibarat kain putih, ibu bapalah menjadi pencorak kain tersebut. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Bimbingan dan didikan yang betul akan mempengaruhi corak pemikaram kanak-kanak. Justeru itu, wajarlah kiranya kanak-kanak dibentuk berdasarkan kemampuan intelektualnya. Jika kanak-kanak itu dibentuk dengan baik, maka kanak-kanak- itu akan menjadi insan yang mulia. Seterusnya kemahiran bercakap dan menyatakan kehendak mereka berkembang dengan amat pantas. Kejayaan di sekolah adalah penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu. Mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka boleh mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan. Selalunya pada umur 6 tahun, mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.14

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

9.0

Rujukan

Tadika Kemas Tanjung Malim. Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio Rohani Abdullah (2001). Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang. Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

10.0

Lampiran

Gambar 10.1.1

Aida sedang membaca

15

KAQ1033 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI & KANAK-KANAK

Gambar 10.1.2 Aida sedang berkomunikasi dengan kawannya

Gambar 10.1.3 Aida sedang berjalan diatas tempat bergayut

Gambar 10.1.4 Aida sedang menyusun puzzle

16