kantin satu ucapan

4
NAMA:SHALINI GNNASEKARAN KELAS:3 KURSHIAH TAJUK:AMALAN KEBERSIHAN SEMASA BERADA DI KANTIN SEKOLAH Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis.Yang Berusaha Tuan Pengetua,Puan Hajah Che Azizah binti Ismail,Yang Dihormati,Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Hajah Maimunati binti Lebai Mohamad,Penolong Kanan Kokurikulum,Encik Sim Ah Siong,barisan guru ketua bidang,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua.Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak sekolah yang telah memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan tentang amalan kebersihan semasa berada di kantin. Hadirin sekalian, Sejak kita kecil lagi,kita telah pun dididik dan diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru kita tentang kepentingan menjaga kebersihan semasa berada di kantin.Namun demikian,jika kita mengamati senario belakangan ini,kebanyakan pelajar tidak menjaga kebersihan diri semasa di kantin.Hal ini demikian kerana mereka berpendapat bahawa kebersihan diri tidak penting serta tidak menjejaskan kesihatan mereka.Pandangan ini dapat disangkal dengan mudah kerana kajian terkini mendapati bahawa 33% pelajar sekolah di Malaysia mengalami keracunan makanan yang

Upload: puvaneswari-punis

Post on 19-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

teks ucapan

TRANSCRIPT

NAMA:SHALINI GNNASEKARANKELAS:3 KURSHIAHTAJUK:AMALAN KEBERSIHAN SEMASA BERADA DI KANTIN SEKOLAH

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis.Yang Berusaha Tuan Pengetua,Puan Hajah Che Azizah binti Ismail,Yang Dihormati,Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Hajah Maimunati binti Lebai Mohamad,Penolong Kanan Kokurikulum,Encik Sim Ah Siong,barisan guru ketua bidang,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua.Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak sekolah yang telah memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan tentang amalan kebersihan semasa berada di kantin.Hadirin sekalian, Sejak kita kecil lagi,kita telah pun dididik dan diingatkan berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru kita tentang kepentingan menjaga kebersihan semasa berada di kantin.Namun demikian,jika kita mengamati senario belakangan ini,kebanyakan pelajar tidak menjaga kebersihan diri semasa di kantin.Hal ini demikian kerana mereka berpendapat bahawa kebersihan diri tidak penting serta tidak menjejaskan kesihatan mereka.Pandangan ini dapat disangkal dengan mudah kerana kajian terkini mendapati bahawa 33% pelajar sekolah di Malaysia mengalami keracunan makanan yang berpunca daripada sikap tidak mengamalkan kebersihan diri semasa di kantin. Sebenarnya,terdapat banyak amalan kebersihan yang perlu kita ikuti semasa berada di kantin.Salah satu amalan kebersihan yang telah dikenal pasti ialah kita haruslah mencuci tangan sebelum dan selepas makan.Kita perlu mengikuti ketujuh-tujuh langkah yang ditetapkan ketika mencuci tangan.Kita juga haruslah menggunakan sabun tangan dan air yang bersih ketika mencuci tangan untuk membasmi kuman-kuman pada tangan.Seiring dengan itu,kita haruslah mencuci tangan selepas menggunakan tandas sebelum menyentuh makanan.Namun,apa yang saya lihat ialah terdapat beberapa pelajar yang tidak mencuci tangan mereka dan terus pergi ke kantin untuk membeli makanan. Selain itu,kita tidak seharusnya bercakap dengan rakan-rakan kita semasa makan.Hal ini demikian kerana apabila kita makan sambil bercakap dengan rakan,air liur kita akan terkena pada makanan rakan kita.Kesannya, kemungkinan besar rakan kita akan mengalami keracunan makanan kerana air liur kita mengandungi bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan.Hadirin yang dihormati, Rentetan itu,kita juga haruslah membuang sisa-sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.Apabila sikap ini diamalkan oleh semua pelajar,kantin sekolah kita akan menjadi bersih dan tidak akan dikunjungi oleh haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lalat dan lipas.Makanan yang dijual di kantin tidak akan terdedah kepada haiwan-haiwan perosak ini yang boleh membawa penyakit seperti taun. Di samping itu,pelajar sewajarnya mengikat rambut mereka dengan kemas.Sikap ini bukan sahaja menampilkan diri kita sebagai seorang pelajar yang kemas,tetapi dapat menjaga kebersihan diri.Apabila kita tidak mengikat rambut kita dengan kemas,rambut kita akan jatuh ke dalam makanan rakan kita.Akibatnya,keadaan ini akan menimbulkan rasa tidak keselesaan terhadap rakan kita. Seterusnya,kita tidak seharusnya meninggalkan tisu-tisu yang telah digunakan di atas meja.Sebagai contoh,kebanyakan pelajar meninggalkan tisu yang telah digunakan untuk mengelap mulut atau hidung di atas meja tanpa membuangnya ke dalam tong sampah.Mereka tidak tahu bahawa amalan ini merupakan satu amalan yang jijik. Sebagai intihanya,sudah terang lagi bersuluh bahawa semua pelajar seyogianya manjaga kebersihan diri semasa berada di kantin sekolah supaya tidak dijangkiti oleh sebarang penyakit yang berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Disediakan oleh,____________________(SHALINI GNNASEKARAN)