kandungan betulkah kristus bangkit daripada...

40
1 BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA KEMATIAN? awapan kepada soalan ini amat penting kerana mempengaruhi hal- hal yang berkaitan. Iaitu kebolehpercayaan Alkitab, jawapan kepada erti hidup yang anda sedang cari. Tujuan hidup manusia. Semua ini bergantung kepada kenyataan sama ada Yesus hidup atau tidak. Adakah jenazah-Nya benar-benar keluar dari kubur? Sama ada anda percaya pada mukjizat kebangkitan Yesus atau tidak, namun kami berharap buku kecil ini dapat membantu anda. Kajilah bersama-sama kami sebabnya kita boleh percaya pada kejadian yang diceritakan di dalam Alkitab tentang Hari Kebangkitan yang pertama. Dave Branon, RBC Ministries KANDUNGAN Kenapa Mengimbas Kembali? 2 Kenyataan atau Cerita Rekaan? 4 Bukti Kebangkitan Yesus Pengesahan Kematian Yesus 8 Kubur Yang Kosong 11 Yesus Menampakkan Diri 15 Reaksi Pegawai-Pegawai Yahudi 20 Pandangan Pengikut-Pengikut Yesus 22 Permulaan Gereja Kristian 26 Jangkaan Kedatangan Kristus Semula 28 Apa Kata Pihak Pembantah 29 Saksi-Saksi Milik Penyelamat 32 Kenapa Ini Sangat Penting? 35 Ini Adalah Keputusan Anda 38 J J

Upload: others

Post on 28-Jun-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

1

BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA KEMATIAN?

awapan kepada soalan ini amat penting kerana mempengaruhi hal-

hal yang berkaitan. Iaitu kebolehpercayaan Alkitab, jawapan kepada erti hidup yang anda sedang cari. Tujuan hidup manusia. Semua ini bergantung kepada kenyataan sama ada Yesus hidup atau tidak. Adakah jenazah-Nya benar-benar keluar dari kubur? Sama ada anda percaya pada mukjizat kebangkitan Yesus atau tidak, namun kami berharap buku kecil ini dapat membantu anda. Kajilah bersama-sama kami sebabnya kita boleh percaya pada kejadian yang diceritakan di dalam Alkitab tentang Hari Kebangkitan yang pertama.

Dave Branon, RBC Ministries

KANDUNGANKenapa Mengimbas Kembali? . . . . . . . . . . . . . 2

Kenyataan atau Cerita Rekaan? . . . . . . . . . . . . . . 4

Bukti Kebangkitan Yesus

Pengesahan Kematian Yesus . . . . . . 8

Kubur Yang Kosong . . . . . . . . . . . 11

Yesus Menampakkan Diri . . . . . . . . . . . . . . 15

Reaksi Pegawai-Pegawai Yahudi . . . . . . . . . . . . 20

Pandangan Pengikut-Pengikut Yesus . . . . . . . . . . . . 22 Permulaan Gereja Kristian . . . . . . 26 Jangkaan Kedatangan Kristus Semula . . . . . 28

Apa Kata Pihak Pembantah . . . . . . 29

Saksi-Saksi Milik Penyelamat . . . . . . 32

Kenapa Ini Sangat Penting? . . . . . . . 35

Ini Adalah Keputusan Anda . . . . . . 38

JJ

Page 2: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

2

KENAPA MENGIMBAS KEMBALI?

ertimbangkan untuk seketika apakah yang telah dicapai oleh

umat manusia. Kita telah membina kapal angkasa yang boleh meninggalkan sistem solar. Kita telah menjalankan pemindahan jantung untuk bayi yang baru berusia seminggu. Kita telah menggunakan komputer dalam semua bidang, iaitu dari bidang jurubina sehingga ke bidang zoologi. Kita juga telah membuat perkembangan yang hebat dalam banyak aspek kehidupan. Oleh itu, kenapa mengimbas kembali? Kenapa melangkah balik ke 2,000 tahun yang lalu dan meletakkan iman dalam peristiwa yang melanggar hukum sains? Kenapa menegaskan bahawa

kebangkitan Yesus bukan satu cerita rekaan belaka? Tambahan lagi, bukankah tajuk seperti Orang Mati Hidup SeMula selalu didapati dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang yang berpendidikan dan berbudi, dalam abad ke-21 ini diyakinkan bahawa Yesus benar-benar bangkit daripada kematian? Ramai orang menjawab ‘tidak boleh.’ Mereka berpendapat kita telah berkembang terlalu maju sehingga tidak dapat menerima kebangkitan Yesus sebagai suatu peristiwa sejarah yang benar. Semua pihak yang meraguinya menyatakan: “Mukjizat tidak saintifik.” Bagi orang yang percaya kepada ilmu sains, kematian bermaksud tidak bernyawa lagi. Mereka tidak ada bukti bahawa sesuatu yang sudah mati pernah hidup kembali secara spontan. Oleh sebab itu,

PP

Page 3: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

3

mereka tidak akan yakin dengan mudah bahawa proses pereputan yang biasa dihentikan dalam kes khas ini. Ini bertentangan dengan data terbukti bahawa orang mati boleh kembali hidup. “Peristiwa itu adalah kebangkitan rohani, bukan kebangkitan jasmani.” Sesetengah pihak yang ragu-ragu pada masa kini berpegang kepada tanggapan bahawa sebenarnya pengikut-pengikut Yesus tidak “melihat” Yesus dengan mata mereka; mereka melihat Dia dengan hati. Mereka mengalami kebangunan rohani kerana pengorbanan Yesus yang besar, dan itulah yang telah menggiatkan mereka untuk berkhutbah mengenai-Nya. Oleh itu, Dia boleh “dibangkitkan” dalam hati sesiapa pun yang menerima ajaran-Nya. Kepada mereka yang berpegang kepada pandangan ini, Yesus

merupakan seorang guru yang hebat tetapi pelayanan-Nya berakhir di kayu salib, walaupun pengaruh-Nya masih berterusan melalui firman serta falsafah-Nya. “Kisah-kisah dalam Alkitab mempunyai banyak percanggahan.” Sesetengah orang berpendapat bahawa sekiranya penulis-penulis kitab Berita Baik tidak sependapat dalam segala butiran, maka kita tidak boleh pasti sama ada mereka menyampaikan maklumat dengan betul. Sebagai contoh, mereka telah menyatakan bahawa catatan setiap empat buah kitab Berita Baik adalah berbeza tentang bilangan wanita yang berada di kubur pada pagi kebangkitan Yesus. “Pemikir masa kini,” kata mereka, “tidak akan menerima cerita ini kerana terdapat banyak percanggahan.

Page 4: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

4

“Peristiwa-peristiwa sejarah tidak boleh dipercayai.” Sudah pasti tidak terdapat wartawan Jerusalem Star yang berada di taman pada pagi kebangkitan Yesus untuk merekodkan peristiwa tersebut. Oleh itu, catatan sejarah yang bukan tertulis di dalam Alkitab mengenai kebangkitan Yesus telah ditulis beberapa lama selepas kejadian tersebut. Bagi orang yang sudah biasa dengan berita segera, mereka tidak akan mempercayai penulisan sebegitu. Jadi, persoalan masih timbul. Bolehkah satu masyarakat yang telah maju dari segi teknologi dan terus-menerus membuka wawasan baru dalam pengetahuan sains, mempercayai suatu mukjizat yang tidak dapat diulang semula selepas membuat kajian selama 2,000 tahun?

KENYATAAN ATAU CERITA REKAAN?

ebenaran tidak boleh dikurangkan atau ditambah.

Kenyataan daripada sejarah tidak terbuka untuk dipersoalkan. Contohnya, apabila kita membaca kisah tentang George Washington mengharungi musim sejuk yang teruk di Lembah Forge pada tahun 1777 dengan rombongannya, kita berasa wajib untuk mempercayainya. Walaupun tidak ada seorang pun antara kita pernah menyaksikan musim sejuk yang lama dan berbahaya ini, namun kita tahu bahawa kisah ini disokong oleh kesaksian yang ditulis oleh mereka yang pernah ke tempat tersebut, serta para penyelidik yang mengkaji Perang Revolusi. Catatan peperangan ini mungkin

KK

Page 5: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

5

berbeza dalam beberapa butiran kecil, tetapi kita tahu rekod ahli sejarah boleh dipercayai. Dari segi sejarah, bukti kebangkitan Yesus berasas pada dasar yang kukuh seperti cerita musim sejuk George Washington di Lembah Forge. Saksi-saksi yang boleh dipercayai telah menulis mengenai perjumpaan ini serta berbual dengan Yesus selepas kematian-Nya. Musuh-musuh yang tidak percaya pun melihat bahawa jenazah-Nya tidak lagi berada di dalam kubur. Selain catatan Alkitab, laporan sejarah juga membuktikan kebangkitan-Nya. Saksi-saksi yang melihat penampakan Yesus selepas kematian-Nya, rela mati untuk mempertahankan kepercayaan tersebut. Untuk memastikan seorang ahli sejarah yang jujur yakin bahawa sesuatu kejadian benar-

benar berlaku, dia perlu memastikan dua asas yang spesifik dapat dipenuhi: (1) Peristiwa yang dipersoalkan mesti disokong oleh kesaksian orang yang boleh dipercayai dan jujur. Dan (2) bukti-bukti dalam keadaan mestilah tulen. Apabila kedua-dua asas tersebut jelas disokong oleh bukti-bukti yang ada, para penyelidik wajib percaya bahawa peristiwa tersebut benar-benar berlaku. Kita akan melihat bahawa setiap asas tersebut dipenuhi oleh perkara-perkara yang kita tahu mengenai kebangkitan tersebut. Walau bagaimanapun, masih ada yang tidak mempercayai kebangkitan Yesus Kristus. Untuk menafikan kenyataan ini, seseorang bukan sahaja menolak laporan para saksi dan bukti yang terperinci, tetapi dia mesti membuat satu penafian yang lebih besar. Orang yang

Page 6: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

6

memikirkan kebangkitan itu satu penipuan mestilah menolak seluruh Perjanjian Baru. Anda tiada pilihan lain dalam hal ini. Jika kebangkitan Yesus adalah satu tipu helah, maka begitu juga dengan Perjanjian Baru dan segala sesuatu yang diperkatakan dan dilakukan oleh Yesus. Sementara mengakui bahawa Yesus ialah seorang guru atau nabi yang agung tetapi menafikan kebangkitan-Nya, ini mustahil menjadi pendirian yang boleh dipercayai. Pertimbangkan kata-kata Yesus semasa pelayanan-Nya—sebelum Dia disalib:

Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan (Lukas 9:22).

“Penyelamat orang Kristian

pernah hidup dan bergaul dengan

sekumpulan orang yang memahami Dia,

pekerjaan dan keperibadian-Nya . Para saksi ini telah

menyampaikan pengetahuan mereka

secara langsung, dan mereka telah

menjadi saksi dalam kehidupan Yesus

Kristus dan ajaran-Nya . Yesus memang

muncul dalam sejarah,

Dia bukan mitos .” Clifford Moore

Page 7: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

7

(yang telah percaya kepada Kristus walaupun dipukul, dipenjarakan serta dipulaukan oleh bekas rakan sekerja), dan sejarah gereja selama 2,000 tahun (yang berasaskan semata-mata di atas kebangkitan Yesus) juga harus ditolak.

“Boleh dikatakan bahawa bukti sejarah bagi

kebangkitan itu adalah lebih kuat daripada mukjizat lain yang pernah

diceritakan .” William Lyon Phelps,

Yale University

Bukti-bukti yang akan dibentangkan dalam beberapa muka surat seterusnya adalah berdasarkan Alkitab dan sejarah yang kita tahu. Kita akan melihat sebabnya para

Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi (Matius 12:40).

Fikirkan tentang perkara ini. Bukankah kita menganggap seseorang yang membuat pengakuan yang berlagak itu tidak boleh dipercayai sekiranya dia tidak dapat menepati ramalan-Nya? Daripada memanggil seseorang seperti itu Guru yang hebat, bukankah kita memanggil orang sebegini penipu dan ancaman kepada manusia? Tidak boleh ada jalan tengah. Jika Yesus tidak melakukan apa yang dikatakan-Nya, Dia mesti ditolak sepenuhnya. Selain Dia, Perjanjian Lama (asal usul ramalan-ramalan mengenai kedatangan Penyelamat), kebolehpercayaan Paulus

Page 8: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

8

cendekiawan sekular dan beragama mendapati Yesus seorang tokoh sejarah yang menarik. Jadi, marilah kita berfikir secara logik. Marilah kita meneliti bukti-bukti yang memberi kita alasan untuk percaya bahawa Yesus bangkit daripada kematian.

BUKTI KEBANGKITAN KRISTUSPemerhatian 1: PENGESAHAN KEMATIAN YESUSKita perlu bermula dengan khabar buruk. Konfrontasi Yesus dengan para pemimpin agama Israel telah mengorbankan diri-Nya. Apabila askar-askar Roma menurunkan jenazah Yesus dari salib yang buruk di Golgota, Dia sudah mati. Walaupun kenyataan ini amat dahsyat, namun kebangkitan Yesus berdasarkan kesahan ini.

Seperti dikatakan oleh sesetengah pengkritik, sekiranya Yesus cuma pengsan disebabkan oleh kesakitan, maka tidak perlu ada kebangkitan. Jika seseorang bangkit daripada kematian, dia mestilah mati terlebih dahulu. Untuk menafikan kematian Yesus, maka mestilah menolak semua kemungkinan tentang kebangkitan. Tetapi Alkitab mengajar bahawa Dia telah mati. Dalam keempat-empat catatan yang direkod di dalam kitab Berita Baik berkenaan penyaliban Yesus, kematian-Nya disebutkan dalam dua istilah yang berlainan. Dalam Matius 27:50 dan Yohanes 19:30, penulis-penulis mengatakan bahawa Dia “menghembuskan” atau “menyerahkan” roh-Nya. Peristiwa-peristiwa lain pula merekodkan bahawa Dia “menghembuskan nafas yang terakhir” (Markus 15:37;

Page 9: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

9

Lukas 23:46). Secara luar biasa, Matius, Markus dan Lukas masing-masing merekodkan peristiwa yang berlaku serentak dan agak jauh dari Kalvari. Mereka telah menulis bahawa semasa Yesus mati, “Tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai” (Markus 15:38). Peristiwa yang penuh mukjizat ini menandakan berakhirnya zaman Perjanjian Lama yang terdiri daripada persembahan korban binatang serta peluang yang terhad untuk menghadap Tuhan. Tetapi itu bukan sahaja yang dimaksudkannya. Ia juga mengesahkan bahawa kematian Yesus menunjukkan bahawa pengorbanan-Nya yang sempurna telah memenuhi permintaan Tuhan. Selama berabad-abad, Tuhan meminta seekor anak domba yang tidak cacat

dipersembahkan sebagai penebusan dosa kita. Kini, Yesus, Anak Domba yang tidak berdosa telah menjadi korban yang baru. Tirai tidak diperlukan lagi, kerana hak menghadap Tuhan telah diberi kepada semua yang percaya kepada Kristus. Peristiwa-peristiwa berikut di tempat penyaliban membantu mengesahkan bahawa Yesus sudah mati:• Askar-askar Roma tidak

mematahkan kaki Yesus, sebab “mereka melihat bahawa Dia sudah meninggal” (Yohanes 19:33).

• “Seorang askar menusuk rusuk Yesus dengan tombak, dan pada ketika itu juga keluarlah darah dan air” (Yohanes 19:34). Pakar-pakar perubatan menyatakan bahawa jika Dia belum mati lagi, cara ini pasti akan membunuh-Nya. Orang lain telah menyimpulkan bahawa air dan darah

Page 10: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

10

pegawai yang berpangkat tinggi seperti Pilatus.

• Yusuf dan Nikodemus menyediakan jenazah tersebut untuk pengebumian mengikut adat Yahudi. Ini termasuklah membalut jenazah Yesus dengan “kain linen baru” (Matius 27:59), melumuri jenazah dengan “ramuan mur dan gaharu” (Yohanes 19:39), “lalu meletakkan jenazah itu di dalam sebuah kubur baru yang dipahat di bukit batu” (Markus 15:46). Jika Yesus masih hidup, kawan-kawan-Nya yang mengalami kehilangan besar itu akan mengesan sebarang tanda Dia hidup. Tentu sekali mereka tidak akan mengebumikan Yesus yang masih bernafas.

• Orang Farisi dan ketua-ketua imam telah berjumpa dengan Pilatus

yang mengalir keluar dari badan Yesus adalah bukti bahawa Yesus tidak lagi hidup.

• Apabila Yusuf dari Arimatea meminta jenazah Kristus supaya dia dan Nikodemus dapat mengebumikan-Nya, Pontius Pilatus memerintah seorang ketua askar untuk mengesahkan bahawa Yesus sudah mati. (Markus 15:43-45). Gabenor Roma tidak mahu menyerahkan jenazah Yesus kepada Yusuf sehingga ketua askar tersebut memastikan bahawa semua tanda Yesus bernyawa sudah tidak ada lagi. Anda boleh yakin bahawa seorang ketua askar dalam tentera Roma tidak akan membuat sebarang kesilapan berkenaan hal penting seperti ini, dalam laporannya kepada

Page 11: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

11

untuk membincangkan perkara yang telah berlaku. Mereka membuat kenyataan seperti “semasa penipu

itu masih hidup” (Matius 27:63). Askar-askar telah diperintahkan untuk memeterai kubur itu dan mengawalnya. Tambahan pula, ramai askar telah ditugaskan di kubur itu supaya pengikut-pengikut-Nya “tidak dapat mencuri jenazah Yesus” (ayat 64). Pemimpin-pemimpin Yahudi dan pihak berkuasa Roma tahu dengan pasti bahawa Yesus sudah mati.

Pemerhatian 2: KUBUR YANG KOSONGHari Sabat sudah berlalu, dan rakan-rakan Yesus kini boleh datang melawat kubur. Apabila fajar menyingsing pada hari keesokannya, kaum wanita yang sudah nampak Yusuf dan Nikodemus mengebumikan Yesus, kini datang untuk melumuri jenazah-Nya. Hari itu hari Ahad, dan bagi kaum

“(Yesus) telah disalibkan dan mati

di bawah arahan Pontius Pilatus .

Dia benar-benar, dan bukan sekadar pada rupa sahaja, telah disalibkan,

dan mati, dengan saksi-saksi di syurga dan di bumi, serta di bawah bumi…

Dia juga telah bangkit semula

dalam masa 3 hari” . Ignatius,

ahli sejarah pada abad-2

Page 12: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

12

wanita itu, hari itu hari yang muram, dan keadaan itu akan berterusan untuk seberapa lama. Mereka pasti penziarahan sedih seperti ini akan berterusan. Mereka tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan untuk orang yang dikasihi, selain berkabung di kubur-Nya serta melumuri jenazah-Nya dengan ramuan mur dan gaharu. Namun sesuatu yang amat memeranjatkan sedang menanti mereka! Sementara mereka berjalan ke arah taman, mereka berbincang dengan risaunya mengenai orang yang dapat menggulingkan batu penutup yang berat supaya mereka dapat masuk ke dalam kubur untuk melumuri jenazah Yesus. Tetapi apabila mereka sampai, batu tersebut sudah dialihkan! Mereka dialu-alukan oleh satu malaikat yang memberitahu mereka bahawa Yesus sudah bangkit.

Dengan latar belakang ini sebagai panduan, mari kita melihat bukti di kubur yang kosong. Pertama, kita boleh percaya pada rekod sejarah. Tentu sekali pihak berkuasa pada zaman Yesus mahukan Yesus berada di tempat Yusuf telah meletakkan-Nya. Tambahan lagi, mereka memeteraikan kubur tersebut serta menugaskan askar-askar untuk mengawal kubur tersebut. Ini adalah satu perbuatan yang amat luar biasa—yang menunjukkan bahawa mereka bertekad untuk menyimpan jenazah di belakang batu penutup pintu kubur yang besar itu. Katakan mereka berjaya menyimpan jenazah Yesus di situ, anda boleh pasti bahawa ketua-ketua imam dan para pegawai yang lain akan menjadi kumpulan yang pertama untuk membuktikan bahawa jenazah Yesus masih ada di dalam kubur, sementara pengikut-pengikut Yesus

Page 13: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

13

mula mengumumkan kepada semua orang bahawa mereka telah melihat Yesus hidup. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti-bukti sejarah yang mencadangkan

bahawa pegawai-pegawai tersebut tahu di mana mayat itu berada. Seperti yang kita lihat, bukti-bukti itu menunjukkan bahawa

jenazah Yesus tidak ada di dalam kubur itu. Kedua, terdapat sesuatu yang lebih meyakinkan daripada pegawai-pegawai yang tidak mengambil sebarang tindakan—tindak balas beberapa orang saksi. Saksi pertama yang melihat dan melaporkan kubur yang kosong adalah golongan wanita yang menyediakan ramuan. Catatan di dalam kitab Markus menggambarkan kejadian tersebut:

Mereka masuk ke dalam kubur itu dan di sebelah kanan mereka nampak seorang lelaki muda memakai jubah putih duduk di situ. Mereka terkejut. Lelaki muda itu berkata, “Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus orang Nasaret yang telah disalibkan. Dia tidak ada di sini. Dia sudah dibangkitkan! Lihatlah, inilah tempat mereka

Pengisytiharan berkenaan

kebangkitan Yesus tidak akan dapat

dikekalkan di Yerusalem walaupun untuk sehari, untuk

sejam, sekiranya kubur yang kosong tidak dibuktikan

sebagai satu fakta .” Paul Althus

Page 14: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

14

meletakkan Dia” (16:5-6).

Yohanes and Petrus adalah golongan kedua yang melihat Yesus sudah bangkit. Apabila mereka terdengar berita baik yang sukar dipercayai daripada Maria dan wanita-wanita yang lain, mereka berlari ke kubur Yesus. Yohanes sampai di situ dahulu tetapi dia tidak masuk. Sebaliknya, dia menjenguk ke dalam dan melihat kain linen yang ditinggalkan oleh Yesus. Menurut keperibadian Petrus yang tidak puas dengan pandangan dari jauh, dia terus masuk ke dalam kubur serta ternampak kain linen dan kain pengikat kepala tergulung dengan kemas. Kemudian Yohanes masuk dan ternampak kain pembungkus. Sila ambil perhatian, kerana Yohanes telah menulis peristiwa ini di dalam fasal 20 kitab Yohanes. Sekiranya anda memerlukan seorang saksi

untuk meyakinkan anda bahawa kubur Yesus adalah kosong, maka Yohanes adalah saksi itu. Dia berada di situ, and dia menulis apa yang dilihatnya. Itulah bukti sejarah yang kukuh dalam apa-apa buku.

Bukti ketiga yang kukuh mengenai kubur yang kosong adalah reaksi daripada pihak berkuasa apabila askar-askar melaporkan mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di taman. Mereka ingin menghancurkan kebolehpercayaan dan

Sekiranya anda memerlukan

seorang saksi untuk meyakinkan anda

bahawa kubur Yesus adalah kosong, maka

Yohanes adalah saksi itu .

Page 15: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

15

pengaruh Yesus. Oleh itu, mereka tentu sekali amat bodoh untuk menyebarkan khabar angin bahawa pengikut-pengikut telah mencuri jenazah Yesus— sekiranya Dia masih ada di dalam kubur. Tidak, kehilangan Yesus menjadi faktor utama kebimbangan mereka. Sudah pasti pakatan sulit di antara pihak berkuasa dan askar-askar itu adalah bukti yang kukuh bahawa tidak ada jenazah di dalam kubur. Kita berdepan dengan dua fakta. (1) Yesus mati serta dikebumikan. (2) Dalam jangka masa yang singkat, kubur-Nya adalah kosong. Persoalan timbul: Di manakah Yesus berada?

Pemerhatian 3: YESUS MENAMPAKKAN DIRIRakan-rakan Yesus tidak menjangka apa yang mereka akan lihat. Walaupun mereka

telah mendengar serta mengikut ajaran-ajaran Yesus dengan rapat selama tiga tahun, mereka masih tidak faham dengan sepenuhnya bahawa Dia akan bangkit daripada kematian. Oleh yang demikian, mereka tidak ada alasan untuk mereka-reka cerita dan mengakui bahawa mereka telah melihat Yesus. Sebenarnya, mereka sama sekali tiada pilihan untuk berbuat demikian. Memang mereka merindui Yesus. Sama seperti sesiapa yang telah kehilangan seseorang yang dikasihi, atau kawan yang sangat ingin berjumpa dengannya, mereka juga amat ingin melihat Yesus. Tetapi mereka tidak menyangka mereka akan melihat-Nya lagi (lihat Yohanes 20:9). Namun mereka melihat Dia juga! Pertama, di kubur. Kemudian di sepanjang jalan Emaus yang berdebu. Kemudian di bilik tingkat atas. Yesus menampakkan

Page 16: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

16

diri kepada rakan-rakan-Nya berulang kali di tempat yang berlainan. Selama 40 hari, Dia menampakkan diri di seluruh negara. Mari kita lihat siapa yang melihat Yesus dan di mana Dia menampakkan diri. Ini adalah satu lagi bukti tentang kebangkitan-Nya. Di Hadapan Maria Magdalena Di Kubur (Yohanes 20:11-18) . Maria telah berdiri di luar kubur yang kosong serta menangis sambil berkata, “Jenazah Tuhan saya telah diambil dan saya tidak mengetahui tempat Dia diletakkan!” (ayat 13). Kematian Yesus bersama dengan ketakutan bahawa jenazah-Nya telah dicuri, telah melanda hati Maria dengan perasaan putus asa yang mendalam. Tetapi apabila Yesus mengejutkan Maria dengan panggilan “Maria!”, dia terus menuju kepada-Nya dengan gembira dan rasa lega. Kemudian dia berlari untuk memberitahu

pengikut-pengikut Yesus bahawa dia sudah melihat Tuhan. Di Hadapan Beberapa Wanita Yang Lari Dari Kubur (Matius 28:9-10) . Wanita-wanita ini terdengar bahawa Yesus masih hidup, walaupun mereka belum melihat-Nya. Mereka baru sahaja meninggalkan kubur, selepas satu malaikat memberitahu mereka bahawa Yesus telah “bangkit dari kematian.” Apabila mereka melihat Yesus, mereka “memegang kaki-Nya, dan menyembah Dia” (ayat 9). Yesus memberitahu mereka untuk menyebarkan berita bahawa Dia masih hidup serta memberitahu pengikut-pengikut-Nya untuk bertemu dengan-Nya di Galilea. Di Hadapan Dua Orang Pengikut Di Jalan Emaus (Lukas 24:13-32) . Bayangkan adegan drama ini. Dua orang pengikut sedang berjalan

Page 17: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

17

kira-kira 11km di jalan yang berdebu dari Yerusalem ke Emaus. Apabila seorang pengembara ikut bersama, mereka memulakan perbualan sambil bertanya apa yang sedang dibualkan. Rupanya, mereka sedang berbincang tentang kematian dan pengebumian Yesus, kerana mereka amat hairan bahawa orang yang tidak dikenali itu tidak tahu tentang topik tersebut. Oleh itu mereka berkata, “Maksud anda, anda tidak tahu tentang kematian Yesus?” Kemudian mereka berdua menjelaskan kenapa mereka begitu sedih—walaupun beberapa orang wanita telah melihat kubur yang kosong serta mengisytiharkan bahawa Yesus masih hidup, mereka sendiri belum melihat-Nya. Pengikut-pengikut tersebut tidak akan percaya selagi mereka belum melihat bukti-bukti dengan mata sendiri.

Suatu kejutan yang menarik sedang menanti dua orang pengikut tersebut apabila mereka tiba di Emaus. Mereka bertiga berhenti untuk makan, dan sambil mereka makan, mata pengikut-pengikut “terbuka” dan mereka mulai mengenal orang asing yang misteri itu ialah Yesus. Tetapi sebelum mereka boleh berkata lagi, Dia “lenyap daripada pandangan mereka” (ayat 31). Kepada Petrus Di Suatu Tempat Yang Tidak Diketahui (Lukas 24:33-35) . Dalam fasal ini, kita tidak diberi satu gambaran yang langsung tentang perjumpaan di antara Petrus dan Yesus. Apa yang kita ketahui adalah apabila pengikut-pengikut yang pergi ke Emaus itu kembali, mereka mendapati bahawa Petrus juga telah berjumpa dengan Yesus. Cuba bayangkan keterujaan yang dirasakan di tempat tersebut!

Page 18: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

18

Di Hadapan 10 Pengikut Di Bilik Tingkat Atas (Lukas 24:36-43) . Tiba-tiba perjumpaan kesyukuran para pengikut itu terganggu. Apabila mereka duduk berkongsi pengalaman mereka yang menakjubkan ketika mereka melihat Yesus, tiba-tiba Yesus menampakkan diri. Seperti dijangka, mereka terkejut kerana “menyangka mereka nampak hantu” (ayat 37). Dengan segera Yesus mengesahkan identiti-Nya dengan menghulurkan tangan dan kaki untuk disentuh oleh mereka, serta makan bersama dengan mereka. Kepada 11 Pengikut Di Bilik Tingkat Atas (Yohanes 20:26-31) . Ini merupakan minggu yang panjang bagi Tomas. Sepuluh orang pengikut yang lain telah berjumpa dengan Yesus di bilik tingkat atas, tetapi Tomas belum jumpa dengan

Yesus. Tentu sekali mereka mengambil masa untuk cuba meyakinkan Tomas bahawa mereka benar-benar telah melihat Yesus. Tetapi dia mempunyai tindak balas yang sama dengan mereka apabila mereka mula-mula mendengar golongan wanita yang pertama sekali melihat Yesus. Mereka tidak yakin tanpa bukti yang kukuh, begitu juga dengan Tomas. Tetapi sekarang dia akan mendapatkannya. Tiba-tiba Yesus menampakkan diri di depan mereka serta berkata dengan Tomas, “Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku” (ayat 27). Lalu Tomas percaya dan berseru “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” (ayat 28). Kepada Tujuh Orang Di Tasik Galilea (Yohanes 21:1-25) . Keadaan sudah kembali seperti biasa untuk para pengikut. Mereka telah kembali bekerja. Ada yang pergi menangkap ikan

Page 19: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

19

sepanjang malam di Tasik Galilea. Tetapi tangkapan ikan pada hari itu tidak seberapa banyak, oleh itu perahu mereka kosong. Apabila matahari terbit di atas permukaan air laut, mereka melihat seorang lelaki berdiri di pantai dan memberi nasihat kepada mereka. Tujuh orang nelayan menurut cadangan lelaki tersebut dan perahu mereka hampir terbalik kerana mereka menangkap terlalu banyak ikan. Apabila Yohanes memberitahu Petrus, “Dia Tuhan!” (Yohanes 21:7), Petrus terjun ke dalam air dan berenang menuju ke pantai. Apabila mereka semua mendarat di pantai, mereka nampak Yesus telah menyediakan sarapan pagi dengan ikan dan roti untuk mereka. Kemudian Yesus menawarkan diri untuk memasak beberapa ekor ikan yang telah ditangkap oleh mereka.

Kepada 11 Pengikut Di Atas Bukit (Matius 28 .16-20) . Ini adalah rekod perjumpaan pertama yang dirancang di antara pengikut-pengikut dan Yesus selepas kebangkitan-Nya. Matius menulis bahawa pengikut-pengikut “pergi ke bukit di Galilea seperti yang diperintahkan oleh Yesus kepada mereka” (28:16). Di situ Dia berjumpa dengan sebelas orang pengikut-Nya, dan mungkin ada orang lain juga. Mungkin juga termasuk “lima ratus orang pengikut-Nya” yang dinyatakan di dalam 1 Korintus 15:6. Apa yang penting adalah walaupun sebelas orang pengikut menyembah Yesus apabila mereka melihat-Nya, ada “yang ragu-ragu” (Matius 28:17). Walaupun ada kemungkinan bahawa beberapa orang pengikut masih ragu-ragu tentang kebangkitan Yesus, namun lebih besar kemungkinan bahawa mereka ragu-

Page 20: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

20

ragu kerana mereka tidak ada kesempatan untuk menyentuh Yesus dan makan bersama-Nya. Sememangnya, mereka teragak-agak untuk percaya bahawa orang ini adalah orang yang telah disalib beberapa minggu yang lepas. Namun nyata sekali bahawa dengan menyebut orang yang ragu-ragu, ini menunjukkan bahawa pengikut Yesus yang menulis peristiwa tersebut tidak takut untuk mengatakan tentang keraguan sesetengah pemerhati. Kepada Pengikut-Pengikut-Nya Dekat Betania (Kisah Rasul 1:9-12) . Penampakan Yesus yang terakhir kepada pengikut-pengikut-Nya berakhir dengan Dia diangkat ke syurga. Semasa Dia memberi perintah kepada para pengikut untuk menjadi saksi-saksi-Nya. “Dia diangkat ke syurga, sementara mereka

memandang Dia. Lalu awan menutupi Dia daripada pandangan mereka” (ayat 9). Ini menjadi satu permulaan untuk pengikut-pengikut-Nya. Hanya beberapa minggu sebelum itu, mereka merupakan sekumpulan orang yang tawar hati apabila ketua mereka telah mati. Kini mereka menjadi penginjil yang bersemangat. Mereka “balik ke Yerusalem dengan penuh kegembiraan” (Lukas 24:52), dan “Pengikut-pengikut Yesus pergi mengkhabarkan Berita daripada Allah di serata tempat” (Markus 16:20). Bukti-bukti adalah jelas. Yesus hidup. Kini kerja mereka adalah pergi memberitahu orang berkenaan-Nya.

Pemerhatian 4: REAKSI PEGAWAI-PEGAWAI YAHUDISeorang askar Roma bukan penakut. Dia adalah orang yang dilatih khas, berfikiran

Page 21: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

21

tegas serta pejuang yang dilengkapi dengan peralatan. Namun perhatikan askar-askar yang menjaga kubur Yesus apabila mereka merasa gempa bumi dan satu malaikat “menggulingkan batu penutup kubur” (Matius 28:2). “Mereka gementar lalu rebah seperti orang mati” (ayat 4). Mungkin mereka sedar bahawa mereka mempunyai banyak ketakutan lain daripada takut akan satu malaikat. Latihan mereka memberitahu mereka bahawa menjaga sesuatu tempat adalah suatu tugas yang penting. Mereka tahu bahawa pelbagai jenis hukuman akan dikenakan ke atas askar-askar yang tidak sanggup berjaga semasa bertugas. Kadangkala mereka dipukul; ada juga yang dibakar. Namun kebanyakan kali mereka dihukum mati. Orang yang berani serta dilengkapi senjata itu tidak ada cara untuk menghalang

malaikat, oleh itu mereka lebih lagi berasa takut. Tetapi lihat apa yang dilakukan oleh mereka selepas ini. Mereka menyerah diri! Walaupun mereka pasti menghadapi hukuman, mereka masih berpendapat bahawa mereka mesti melaporkan peristiwa yang menakjubkan ini kepada ketua mereka. Selepas mereka membocorkan segala sesuatu kepada ketua-ketua imam dan para pemimpin, ketakutan mereka berubah menjadi kelegaan. Ketua-ketua imam sedar bahawa pembunuhan Yesus tidak dapat mencapai tujuan mereka, oleh itu mereka terus mereka-reka suatu cerita. Mereka memberi rasuah kepada askar-askar pengawal untuk menyebarkan khabar angin bahawa, “pengikut-pengikut Yesus datang pada malam hari dan mencuri jenazah Yesus ketika kamu tidur” (Matius 28:13). Sudah pasti askar-askar

Page 22: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

22

itu melakukan apa yang disuruh, kerana mengikut catatan Matius, “Sehingga hari ini, cerita [yang dimulakan oleh ketua-ketua imam tersebut] itu masih tersebar di kalangan orang Yahudi” (ayat 15). Walaupun kebangkitan Yesus adalah suatu kebenaran yang jelas dinyatakan, namun cerita rekaan yang tersebut di atas terus berkekalan bertahun-tahun di kalangan mereka yang tidak mahu percaya bahawa Yesus telah bangkit. Sebenarnya, menafikan cerita itu tidak susah. Pertama, sekiranya para pengikut yang mencuri jenazah Yesus, bagaimanakah askar-askar tahu bahawa pengikut-pengikut itu yang mencuri? Bukankah cerita itu menyatakan, “ketika kamu tidur”? Kedua, adalah mustahil untuk sekumpulan orang pergi secara senyap ke tempat askar-askar yang terlatih tetapi tertidur,

tanpa mengejutkan mereka. Tambahan pula, adalah tidak masuk akal untuk berfikir bahawa mereka menggulingkan batu yang besar, menanggalkan kain linen yang hampir seberat 45kg, serta melipatkannya dengan kemas, lalu mengangkat jenazah dan membawanya lari sementara askar-askar tidur. Ya, pegawai-pegawai tahu bahawa Yesus sudah bangkit. Reaksi mereka telah membuktikannya. Pemberian rasuah mengesahkannya. Dan cerita yang direka secara terburu-buru juga mengesahkan fakta ini.

Pemerhatian 5: PANDANGAN PENGIKUT-PENGIKUT YESUSKadangkala anda akan berfikir tentang pengikut-pengikut itu. Mereka tentu sekali bukan jenis orang yang anda akan ambil sekiranya anda ingin memulakan satu

Page 23: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

23

revolusi. Sebagai contoh, apabila Yesus cuba menjelaskan kepada mereka apa yang akan berlaku pada masa akan datang, mereka sering salah faham. Apabila Yesus menyuruh sesetengah daripada mereka untuk berjaga bersama-Nya sewaktu doa semalaman, mereka sentiasa tidur. Apabila Yesus berkata tentang pelayanan yang berjiwa hamba, mereka bertengkar mengenai kehebatan mereka. Apabila Yesus cuba memberitahu mereka bahawa Dia akan bangkit semula selepas 3 hari, mereka tidak faham. Pada malam sewaktu Yesus ditangkap, pengikut-pengikut terus melarikan diri masing-masing. Bahkan Petrus juga tidak bertahan di hadapan seorang pembantu wanita apabila dia dikenali sebagai rakan Yesus. Kelihatannya para pengikut bukan orang yang

dikehendaki sekiranya anda ingin memenangi serta mempengaruhi dunia. Tetapi sesuatu telah berlaku untuk mengubah semua itu. Apakah yang telah mengubah sekumpulan penakut yang berkabung, sehingga mereka menjadi penginjil yang berani dan sanggup mempertahankan, serta mengesahkan bahawa Yesus yang sudah disalib itu masih hidup? Apakah yang telah mengubah mereka sehingga bersedia mati untuk iman mereka? Ada sesetengah orang mengatakan bahawa pengikut-pengikut Yesus tidak ada sebarang perangsang kuat selain cerita ini adalah direka-reka sendiri. Tetapi bolehkah anda bayangkan bagaimana hendak percaya semua ini? Cuba bayangkan Petrus berdiri di hadapan pengikut-pengikut yang tersembunyi di belakang pintu berkunci selepas

Page 24: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

24

kematian Yesus, kerana mereka takut nyawa sendiri akan terancam, dan berkata, “Seluruh kuasa kerajaan Roma telah digunakan untuk menyalibkan Yesus. Walaupun Dia sudah mati, kita akan menyebarkan khabar angin bahawa Dia tidak mati. Kita akan berkata bahawa Yesus sudah bangkit dari kubur dan kita semua telah melihat Dia.” Adakah para pengikut mengada-adakan cerita tersebut? Jika ya, mengapa mereka mengorbankan nyawa sendiri untuk perkara yang sia-sia? Jika mereka pun tidak memahami dengan pastinya bahawa Yesus merancang untuk bangkit daripada kematian, kenapa pula mereka memulakan rancangan yang sukar dicapai itu secara terbuka? Kenapa pula mereka merekod rekaan cerita mereka dalam kitab-kitab Berita Baik secara terperinci?

Cerita rekaan tidak mungkin menerangkan perubahan dalam kehidupan para pengikut Yesus. Contohnya perubahan yang berlaku pada Tomas.

Berbanding dengan pengikut-pengikut lain, dia kelihatan orang yang paling sukar diyakinkan. Sikap negatifnya mula-mula sekali ditonjol, apabila Yesus menyatakan rancangan-Nya untuk pergi ke Betania. Lazarus baru sahaja mati di sana. Tomas bercadang kepada pengikut

“Tiada yang dapat meyakinkan seorang saksi yang hampir mati untuk tetap berkata bahawa Yesus itu hidup, kecuali Kristus

sudah dibangkitkan .” Charles Corson

Page 25: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

25

yang lain, “Marilah kita pergi dengan Guru, supaya kita mati bersama-sama-Nya!” (Yohanes 11:16). Walaupun kenyataan ini mungkin menunjukkan keberanian, ia juga bermaksud Tomas bersedia untuk mati kerana imannya. Jika itulah jawapannya, maka tidak hairanlah apabila dia menjawab pengikut-pengikut lain apabila mereka berkata mereka telah melihat Yesus. Tomas berkata, “Kecuali aku melihat . . . aku tidak mahu percaya” (Yohanes 20:25). Adakah ini kedengaran seperti kata-kata yang diungkapkan oleh seseorang yang sanggup membangkitkan kemarahan pegawai-pegawai Roma dengan berkata bahawa Yesus masih hidup walaupun Dia sebenarnya sudah mati? Sekarang lihat pada Tomas seminggu kemudian. Dalam bilik di tingkat atas, ketika dikelilingi oleh 10 orang rakan yang telah

melihat Yesus, dia berjumpa dengan Penyelamat secara bersemuka. Akhirnya, Tomas yakin. Kenyataannya, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”(Yohanes 20.28) adalah perisytiharan yang amat penting tentang kepercayaannya pada kebangkitan Yesus. Di sini kemenangan hanya diperolehi melalui bukti yang kukuh. Inilah sahaja yang mengubah seorang yang ragu-ragu menjadi seorang yang percaya. Tidak, pengikut-pengikut Yesus bukanlah orang yang sanggup hidup dengan pembohongan seperti kenyataan bahawa seorang yang mati sudah hidup semula. Mereka mungkin salah faham dengan kata-kata Yesus kadang-kadang, tetapi pada asasnya, mereka merupakan orang yang jujur. Mereka tidak ada alasan untuk mengada-adakan suatu rancangan seperti itu, dan mereka

Page 26: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

26

tidak ada keberanian untuk mempertahankan pembohongan sebegitu. Petrus tidak akan digantung secara terbalik untuk penipuan seumpama itu. Markus pula tidak akan ditarik di tengah jalan sehingga mati jika dia cuma mempertahankan cerita rekaan ini. Yakobus tidak akan dipancung untuk satu pemalsuan. Tomas tidak akan ditikam dengan lembing untuk penipuan. Tetapi tradisi mengatakan kesemua lelaki ini mati dengan dahsyatnya seperti yang dijelaskan di atas. Inilah kesaksian yang sungguh benar atas kenyataan-kenyataan mereka! Mereka sanggup mati untuk Peribadi yang mengalahkan kematian untuk mereka—dan kita!

Pemerhatian 6: PERMULAAN GEREJA KRISTIANGereja Kristian tidak lahir ataupun wujud pada hari ini

berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus. Gereja yang bermula kurang dari 2 bulan selepas kematian Yesus adalah hasil daripada sesuatu yang lebih bermakna daripada firman-firman Yesus yang hebat, perumpamaan serta falsafah-Nya. Gereja dimulakan oleh sekumpulan orang di Yerusalem yang memberi kesaksian bahawa Yesus hidup selepas Dia dibunuh. Tanpa kepercayaan para saksi tentang kebangkitan Yesus, dan iman baru orang yang percaya kepada kesaksian tersebut, gereja Kristian tidak akan wujud pada hari ini. Marilah kita melihat apa yang diberitahu kepada mereka apabila mereka pertama sekali diberi peluang untuk memeluk iman baru ini. Ini akan membantu kita tahu apa yang menyebabkan gereja ditubuh pada abad pertama. Ketika berdiri di khalayak orang ramai dari seluruh

Page 27: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

27

Empayar Roma, termasuklah orang dari Yerusalem, Petrus menghuraikan Yesus sebagai “yang dibangkit oleh Tuhan” (Kisah Rasul 2:24). Dia juga mengatakan, “Yesus inilah yang dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Kami semua sudah menyaksikan hal itu” (ayat 32). Hasil daripada pemberitaan yang jelas dan terus terang, 3,000 orang percaya kepada kesaksian Petrus dan dibaptis pada hari itu juga. Dalam khutbah selepas itu, orang yang telah menafikan Yesus sebelum ini, kini memanggil Yesus sebagai “Dia yang memberikan hidup sejati kepada semua orang! Tetapi Allah sudah membangkitkan Dia daripada kematian” (Kisah Rasul 3:15). Selepas mendengar kesaksian Petrus, ketua-ketua imam dan pemimpin agama di Yerusalem menangkap dia untuk dibicarakan. Walaupun dia berhadapan dengan ketua-

ketua agama yang marah, Petrus tetap berpegang kepada penyataannya, iaitu “Yesus yang tuan-tuan salibkan, sudah dibangkitkan daripada kematian oleh Allah yang disembah nenek moyang kita” (Kisah Rasul 5:30). Inilah jenis kenyataan yang membawa permulaan gereja. Tidak ada sesiapa pun boleh mencari alasan untuk melemahkan semangat Petrus. Dia bukannya mengkhutbahkan sesuatu fahaman atau menyokong suatu falsafah. Dia memberitahu orang bahawa Kristus yang disalibkan telah hidup. Itulah inti pemberitaannya. Itu juga satu-satunya pemberitaan yang diperlukan oleh gereja Kristian untuk membarakan api pemulihan. Selama 2,000 tahun, itulah kuasa yang menggerakkan gereja.

Page 28: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

28

Pemerhatian 7: JANGKAAN KEDATANGAN KRISTUS SEMULASalah satu aktiviti yang paling penting di gereja awal adalah mengongsi apa yang kita sekarang namakan Perjamuan Tuhan. Ia adalah masa untuk mengenang kematian Yesus dan mengimbas kembali pengorbanan-Nya. Ia adalah masa perayaan. Tetapi adakah orang Kristian pada zaman awal akan mengadakan perayaan jika Yesus masih mati? Kumpulan orang ini hidup pada zaman Yesus. Mereka pasti tahu jika cerita kebangkitan itu tidak benar. Tetapi mereka mendengar serta mematuhi apabila Paulus mengatakan:

Oleh itu setiap kali kamu makan roti ini dan minum dari cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan, sehingga Dia datang (1 Korintus 11:26).

Jelas dari ayat ini bahawa

pengikut-pengikut Yesus pada abad pertama tidak sabar-sabar menunggu kedatangan Yesus semula. Mereka tidak mungkin percaya pada kedatangan-Nya yang kedua kali tanpa mengetahui bahawa Dia masih hidup terlebih dahulu. Jika tidak, bagaimanakah Dia boleh kembali? Idea berkenaan kedatangan semula Yesus untuk bersama dengan umat-Nya diajar di seluruh Perjanjian Baru. Yesus sendiri mengajarkan hal ini apabila Dia mengatakan:

Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku (Yohanes 14:3).

Paulus menekankan tema yang sama apabila dia mengatakan:

Tetapi kewarganegaraan kita di syurga. Dengan penuh harapan kita menanti-nantikan

Page 29: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

29

kedatangan Penyelamat kita, Tuhan Yesus Kristus dari syurga (Filipi 3:20).

Dan Yohanes berkata:Lihatlah, Dia datang dengan awan! Semua orang akan melihat Dia (Wahyu 1:7).

Tanpa kebangkitan Yesus daripada kematian, semua pengakuan ini adalah tidak berguna, remeh dan merupakan penipuan yang tidak berasas. Tidak ada orang yang berani meramalkan satu peristiwa seperti kedatangan Yesus sekiranya Dia masih baring di dalam kubur, atau jika jenazah-Nya telah dicuri keluar dan disembunyikan. Tidak, Yohanes dan Paulus betul-betul tahu apa yang berlaku pada hari kebangkitan itu. Apa pula tujuan mereka untuk memberitahu orang lain tentang kedatangan-Nya jika mereka menyimpan ‘kebenaran’ tentang Yesus yang mati?

APA KATA PIHAK PEMBANTAH

esuatu hujah yang tidak dapat bertahan dengan pandangan

yang bertentangan adalah tidak layak untuk dipercayai. Oleh itu, adalah adil untuk menyatakan beberapa teori yang telah dicadangkan untuk membantah kebangkitan. Apabila idea-idea ini ditinjau dengan teliti, kita dapat melihat progres idea-idea itu apabila dibandingkan dengan bukti-bukti yang telah dibentangkan. TEORI: Jenazah dicuri dari kubur. Dalam teori ini, pengikut-pengikut Yesus adalah pencuri. Mereka menyelinap pergi ke batu penutup kubur, menggulingkannya ke tepi, dan membawa keluar jenazah Yesus. Itulah sebabnya jenazah itu tidak ada apabila sekumpulan wanita, Yohanes dan Petrus

SS

Page 30: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

30

sampai ke kubur pada hari pertama minggu tersebut. BANTAHAN: Kenapa pengikut-pengikut mahukan jenazah Yesus? Siapakah yang menampakkan diri kepada semua orang itu kemudian? Bagaimanakah pengikut-pengikut Yesus berjalan lalu askar-askar pengawal secara senyap-senyap? Kenapa pula seorang malaikat berbohong tentang kubur yang kosong? TEORI: Pihak berkuasa mengambil jenazah tersebut. Oleh sebab mereka tahu bahawa pengikut-pengikut Yesus mempunyai minat yang luar biasa terhadap Yesus, pihak berkuasa—termasuklah pihak kerajaan dan keagamaan—memastikan mereka tidak akan melihat Dia lagi. Oleh itu, mereka membuka kubur itu dan mengambil jenazah Yesus. BANTAHAN: Kenapa pihak berkuasa tidak menyerahkan jenazah

Yesus untuk membuktikan dakwaan Petrus dan yang lain-lain adalah salah beberapa minggu kemudian? Apakah yang mengubah pengikut-pengikut Yesus yang putus asa itu kepada penyokong-penyokong yang bersemangat jika mereka tidak melihat Yesus lagi? TEORI: Rakan-rakan Yesus pergi ke kubur yang salah. Ini adalah minggu yang menakutkan bagi pengikut-pengikut Yesus, dan juga mereka yang rapat dengan Yesus. Oleh itu, mereka menjadi keliru dan pergi ke kubur yang salah. Itulah sebabnya mereka mendapati kubur itu kosong. BANTAHAN: Kain linen siapakah yang dijumpai oleh Yohanes dan Petrus? Apakah yang dilakukan oleh malaikat di kubur orang lain? Adakah mungkin mereka semua lupa arah dan jalan pada masa yang sama? TEORI: Yesus cuma pengsan. Teori

Page 31: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

31

ini mengatakan bahawa Yesus tidak mati disalibkan. Sebaliknya, Dia berada dalam keadaan pitam. Kemudian, apabila Dia dimasukkan ke dalam kubur, Dia disedarkan oleh udara yang sejuk dan lembap. Ini menjelaskan penampakan-penampakan-Nya selepas itu. BANTAHAN: Apakah yang menyebabkan para askar salah sangka dengan bukti-bukti yang mengesahkan Yesus sudah mati? Kenapa Yusuf tidak sedar bahawa Yesus masih hidup ketika dia membungkus-Nya dengan kain linen? Bagaimanakah Yesus, yang nyaris-nyaris mati beberapa hari yang lalu, menolak batu ke tepi serta berjalan-jalan di pekan dalam keadaan kesihatan yang baik? TEORI : Rakan-rakan Yesus berkhayal. Mengikut teori ini, kebangkitan merupakan satu cerita yang bagus. Tetapi

pengikut-pengikut tidak melihat apa-apa yang mereka ingat. Sebenarnya, ada yang mengatakan bahawa mereka berkhayal. Mereka melihat imej-imej dalam fikiran mereka yang ada kaitan dengan apa yang mereka hendak lihat. BANTAHAN: Adakah bukti yang mencadangkan bahawa kesemua 11 orang boleh berkhayal dan melihat imej yang sama? Bagaimanakah dengan 500 khayalan yang sama dilihat pada masa yang sama? Bolehkah orang memperlihatkan khayalan-khayalan di banyak tempat dan dalam pelbagai keadaan sepanjang 7 minggu?

Page 32: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

32

bahawa mereka telah melihat Yesus bangkit daripada kematian. Apakah itu ada kaitan dengan skandal Watergate? Saya akan memberitahu anda. Pada Jun 1972, saya berada di rumah bersama isteri dan anak-anak saya waktu hujung minggu. Kami ada beberapa hari cuti kerana Presiden Nixon berada di Key Biscayne, Florida. Telefon saya yang dihubungkan dengan Rumah Putih berbunyi. Orang yang memanggil ialah John Erlichmann. Dia memberitahu saya bahawa ada beberapa orang telah memecah masuk ibu pejabat Demokratik Nasional di Washington. Saya mula ketawa tanpa berhenti-henti sebab saya fikir pada diri sendiri, “Antara semua tempat di Washington, DC, tempat itu mustahil diceroboh.” Saya meletakkan gagang telefon sambil

SAKSI-SAKSI MILIKPENYELAMATBekas peguam presiden Amerika Syarikat, Charles Colson memberitahu bagaimana pengalamannya dalam skandal Watergate boleh digunakan untuk menyokong kesaksian orang-orang abad pertama yang mengatakan bahawa mereka melihat Yesus bangkit daripada kematian.

agaimanakah kita tahu Yesus telah dibangkitkan? Kita

ada kesaksian daripada 11 orang rasul yang bersama dengan Dia dan, sudah tentunya, rasul Paulus telah melihat Dia. Mereka bersama dengan Yesus sebelum penyaliban-Nya, dan untuk 40 hari di antara kebangkitan-Nya dan Dia diangkat ke syurga. Mereka hidup kira-kira sepanjang 40 tahun selepas itu, tanpa menafikan walaupun sekali,

BB

Page 33: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

33

menggelengkan kepala serta berasa sedikit kecewa. Saya berfikir, “Sekarang kita sedang menjalankan kempen presiden, masalah ini akan hilang selepas pilihan raya.” Tetapi, seperti yang anda tahu, ia tidak! Mengikut buku log, dalam bulan-bulan seterusnya selepas pilihan raya pada tahun 1972, saya menghabiskan masa yang panjang bersama dengan Presiden Nixon, lebih lama daripada pembantu yang lain. Masa itu skandal Watergate belum timbul lagi. Kami mula membincangkan kes ini pada Februari 1973, apabila pembicaraan Ervin bermula. Pada 21 Mac 1973, John Dean masuk ke pejabat Oval dan berkata, “Tuan Presiden, suatu masalah besar sedang merebak dan mengancam kedudukan presiden.” Itulah pertama kalinya Presiden benar-benar tahu ada konspirasi di Rumah Putih. Itulah

pertama kalinya jenayah berlaku di Rumah Putih. Kisah kenangan John Dean mencatatkan bahawa 3 hari selepas perjumpaan tersebut di Pejabat Oval, dia mula berasa khuatir tentang peranannya sendiri. Itulah masa dia mengupah seorang peguam. Pada 8 April, Dean pergi ke pihak pendakwa untuk berunding mendapatkan kekebalan supaya tidak didakwa. Sebaliknya, dia memberikan keterangan menentang Presiden. Kemudian dia berkata, “Saya berbuat demikian untuk menyelamatkan diri saya sendiri.” Apabila dia pergi ke pihak pendakwa untuk meminta kekebalan, semua sudah berakhir. Selepas itu, pembantu-pembantu yang lain mula pergi juga. Saya mengambil satu ujian pengesan bohong, dan peguam-peguam saya membocorkan berita ini kepada surat khabar New

Page 34: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

34

York Times. Semua orang mula berebut-rebut untuk melindungi diri sendiri. Penyembunyian skandal Watergate sebenarnya sudah tamat sebab kerjaya Presiden Nixon sudah binasa. Kini, jika anda berhenti dan cuba fikirkan, anda akan sedar bahawa penyembunyian skandal Watergate sebenarnya hanya berlangsung untuk 3 minggu atau kurang daripada itu—dari Mac 21 hingga 8 April 1973. Sekarang, bayangkan anda berada dalam kedudukan kami. Kami, 12 orang yang paling berkuasa di Amerika Syarikat. Segala kuasa kerajaan ada di hujung jari kami, tetapi kami tidak dapat menyembunyikan sesuatu bohong untuk 3 minggu. Orang yang paling berkuasa di dunia pun tidak dapat berpegang kepada satu pembohongan. Manusia memang tidak berdaya dalam hal ini.

Adakah anda akan memberitahu saya bahawa rasul-rasul yang tidak berkuasa dan merupakan orang buangan di tempat sendiri, boleh direjam batu, dianiaya dan dipukul, serta sesetengah mereka sanggup bertahan untuk 40 tahun, namun tidak sekali pun menafikan Yesus bangkit daripada kematian? Mustahil, mustahil demi manusia—kecuali jika mereka pernah melihat Kristus yang dibangkitkan secara bersemuka. Sekiranya tidak, rasul Petrus akan menjadi seperti John Dean juga. Dia boleh mengubah keterangannya tentang Yesus, kerana dia telah melakukannya sebanyak tiga kali sebelum ini. Jadi, adakah kemungkinan komplot yang disembunyikan secara sengaja ini, serta suatu penipuan yang didasarkan kebangkitan, mungkin bertahan di sepanjang penganiayaan

Page 35: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

35

rasul-rasul, dan penyingkiran beribu-ribu penganut abad pertama yang dicampakkan

kepada singa, kerana mereka tidak mahu menolak Kristus? Mungkinkah sekurang-kurangnya salah seorang rasul “mengaku salah” daripada dipancung kepala atau direjam? Mungkinkah ada dokumen yang “tersembunyi” dihasilkan untuk mendedahkan “komplot Paska” ini?

Tentu sekali salah satu pengkomplot akan membocorkan “kebenaran” ini. Jika Yesus telah dibangkitkan daripada kematian, sebagaimana yang saya amat pasti—dengan bukti sejarah yang kukuh—ia bukan hanya berkenaan dengan isu iman tetapi berkenaan dengan isu keyakinan rasional yang paling mendalam.

Diambil daripada ucapan dan buku Charles Colson, Loving God, Zondervan©1983.

KENAPA INI SANGAT PENTING?

ikirkan peristiwa-peristiwa dunia yang penting beberapa

dekad yang lepas ini. Kejatuhan Tembok Berlin, Perang Teluk Parsi, Konflik di Bosnia, peristiwa-

Kami, 12 orang yang paling berkuasa di Amerika Syarikat .

Segala kuasa kerajaan ada di hujung jari kami,

tetapi kami tidak dapat

menyembunyikan sesuatu bohong untuk 3 minggu .

FF

Page 36: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

36

Penciptaan pencetakan. Penandatanganan Carta Magna. Peperangan di

Hastings dan Kejatuhan empayar Roma. Setiap

peristiwa cuaca El Nino dan pemusnahan bangunan Twin Towers di New York dan penyerangan atas Pentagon oleh pengganas. Ataupun berbalik kepada satu era yang lebih awal. Kejadian Watergate. Krisis minyak pada tahun 70-an. Perang Vietnam. Manusia mendarat di bulan. Mungkin anda cukup tua untuk mengimbas kembali pembunuhan Presiden Kennedy, pengeboman Hiroshima, pembunuhan besar-besaran orang Yahudi dan serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Apa pun yang anda fikirkan, anda tentu boleh pasti bahawa tidak ada peristiwa dalam 100 tahun yang lepas mampu mempengaruhi setiap manusia di bumi ini—tidak mengira di mana dia tinggal. Sekarang fikir kembali di sepanjang sejarah. Perang Saudara. Kejatuhan Bastille. Revolusi Amerika Syarikat. Penemuan Dunia Baru.

“Seperti yang ditegaskan oleh kebangkitan itu, sekiranya Yesus

adalah Tuhan sendiri yang datang untuk menyelamatkan kita, maka inilah kebodohan untuk menolak ataupun mengenepikan-Nya . Oleh sebab

itulah Yesus bukan semata-mata seorang ketua agama untuk

manusia .” Micheal Green

Page 37: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

37

peristiwa ini mempunyai kepentingan sejarah yang luar biasa. Tetapi tidak ada satu pun yang ada kesan yang berkekalan, menyeluruh dan hebat seperti peristiwa yang berlaku lebih daripada 2,000 tahun yang lalu. Apakah peristiwa ini? Kebangkitan Yesus Kristus. Alkitab menyatakan bahawa Tuhan menjadi manusia untuk membayar hukuman mati bagi dosa dunia (Yohanes 1:1-29: Roma 6:23). Namun Alkitab juga mengatakan bahawa sekiranya Yesus tidak mengalahkan genggaman kematian untuk melepaskan diri dari kubur yang sejuk dan berbatu, Dia tidak dapat memberikan kita kemenangan atas kematian (1 Korintus 15:12-19). Akibat kebangkitan Yesus Kristus mesti dipertimbangkan secara jujur. Kesemuanya bergantung di atas fakta ini. Inilah yang diperkatakan oleh Paulus:

Allah tidak mahu mengingat masa kita tidak mengenal Dia dahulu, tetapi sekarang Dia menyuruh semua orang di seluruh dunia bertaubat daripada cara hidup yang jahat. Hal itu demikian kerana Dia sudah menetapkan suatu hari untuk mengadili seluruh dunia ini dengan adil. Tugas itu akan dilakukan oleh satu orang yang sudah dipilih-Nya. Supaya semua orang yakin akan hal itu, Allah sudah membangkitkan orang itu daripada kematian!”(Kisah Rasul 17:30-31).

Menurut Alkitab, kesudahan setiap manusia berada dalam bahaya. Oleh sebab perkara yang dilakukan oleh Yesus, setiap orang ada dua pilihan. Sama ada kita boleh hidup selama-lamanya di bawah berkat Tuhan di syurga, ataupun kita dipisahkan

Page 38: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

daripada-Nya selama-lamanya dalam kesengsaraan neraka. Ia terpulang kepada tindak balas kita terhadap kebangkitan Yesus. Hidup kita berada dalam tangan Tuhan. Hanya Tuhan yang boleh memenuhi jiwa kita. Bukan ahli sains. Bukan ahli falsafah. Bukan ahli pendidik. Itulah sebabnya apa yang anda percaya berkaitan dengan kebangkitan adalah berkenaan dengan hidup abadi atau kematian abadi.

INI ADALAH KEPUTUSAN ANDA

ungkin saat yang paling cemas dalam perbicaraan

mahkamah adalah keputusan juri. Hakim akan memanggil ketua juri semasa dia berdiri di hadapan juri, hakim, para hadirin, peguam-peguam dan defendan dengan rasa 38

gelisah. Tidak ada bunyi akan kedengaran kecuali kedutan kertas apabila dia membuka lipatan keputusan juri. Tanpa suara yang teragak-agak, dia mengemukakan nasib defendan kepada para hadirin yang hampir-hampir tidak bernafas ketika mendengar pengumuman hakim. Selepas membaca bukti-bukti dalam buku ini, anda juga bersedia untuk membuat satu keputusan. Tetapi Hakim yang menunggu keputusan anda bukan seorang manusia yang bekerja keras untuk mencapai kedudukan tersebut. Dia yang ingin tahu keputusan anda mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman yang boleh memenjarakan anda untuk selama-lamanya di penjara yang dipanggil neraka. Kenapa? Ini kerana anda adalah yang tertuduh. Anda telah dituduh berdosa (Roma

MM

Page 39: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

3:23), dan anda berdepan dengan satu hukuman yang tidak boleh ditarik balik (Roma 6:23). Namun anda boleh mengubah identiti di sini. Anda juga merupakan anggota juri. Anda boleh membuat keputusan berdasarkan bukti-bukti. Oleh itu, kini adalah masa untuk anda membuat keputusan. Adakah anda percaya bahawa Yesus mati sebagai korban kerana dosa anda? Adakah anda percaya yang Dia bangkit dari kubur untuk membuktikan bahawa Dia Tuhan dan pengantara di antara Tuhan dan anda? Ini adalah pilihan anda. Anda telah membaca bukti-buktinya. Anda telah melihat kenyataan-kenyataan Alkitab yang berdasarkan sejarah. Adakah anda bersedia untuk mempercayai Yesus? Adakah anda bersedia menerima hadiah-Nya untuk anda? Dia sedang menunggu jawapan anda.

Penterjemah: Peter Looi

Editor: Stemmah Sariau, Lydia Ng

Buku Asli: “Did Christ Really Rise From The Dead?

Reka Bentuk Kulit: Alex Soh

Petikan Alkitab daripada Alkitab Berita Baik, © 1996 Bible Society of Malaysia .Hak Cipta Terpelihara . © 2010 RBC Ministries, Grand Rapids, Michigan .

Dicetak di Malaysia .

39

Page 40: KANDUNGAN BETULKAH KRISTUS BANGKIT DARIPADA …cdn.pedomanharian.org/files/MY-DS-Christ-Rise-Frm-Dead-19102015.… · dalam surat khabar di luar pintu masuk pasar raya? Bolehkah orang

Renungan

40