kajian tindakan..kj

9

Click here to load reader

Upload: sppro

Post on 29-Jun-2015

800 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

NI PUN PINJAM SAT DR BLOGGER

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan..kj

Tajuk Buku : Action Research in the Classroom

Pengarang : Vivienne Baumfield, Elaine Hall and Kate Wall 

APA maksud KAJIAN TINDAKAN(KT)

Kajian Tindakan Merupakan satu kajian yang wujud daripada permasaalahan yang

diutarakan oleh guru bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di

dalam kelas. Hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan kajian tindakan akan

dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang

sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)). Ianya melibatkan 2 proses iaitu persoalan dan hasil

daripada persoalan yang dikemukakan pengkaji akan menjalankan proses kajian tindakan.

Bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.

Struktur Utama Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui

kajian tindakan untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar

dan proses pembelajaran.

MENGAPA guru melakukan KT?

Page 2: Kajian tindakan..kj

1) Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik

pengajaran.

2) Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi

Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan

proses P&P mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam

kelas.

3) Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian

murid.

Amalan mengajar yang berkesan penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru

melakukan kajian tindakan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap amalan pengajaran

yang digunakan.

BILA guru melakukan KT

# Apabila guru merasakan wujud permasaalahan yang perlu di perbaikai dan dilakukan

penambahbaikan.

# Apabila guru ingin mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru dan

difikirkan sesuai terhadap topik yang di ajar.

DI MANA guru melakukan KT?

Kajian ini dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar yang terdiri daripada bakal guru

dalam sistem pendidikan.

Kajian ini dilakukan di sekolah

BAGAIMANA guru melakukan KT? 

Page 3: Kajian tindakan..kj

( Kemmis and Mc Taggard (1988))

Melibatkan proses " plan- do- review.

1) Merancang

2) Melakukan

3) Mengkaji Semula

Model reka bentuk kajian tindakan

(Model dinamik kitaran kajian tindakan)

Prosedur

1) Cadangan pertanyaan atau persoalan

# "Agency"- cara tindakan melakukan sesuatu. Ianya merujuk kepada pengetahuan sedia

ada penyelidik/guru terhadap kawalan fokus pertanyaan atau persoalan, kaedah dalam

melakukan kajian, analisis dan tafsiran data dan cara di mana projek itu dilaksanakan.

Page 4: Kajian tindakan..kj

# Dorongan - dorongan terhadap penyataan masalah bagi kajian tindakan di ransang oleh

sumber-sumber yang berbeza, berpunca daripada guru, sekumpulan teman-teman, seluruh

sekolah atau kumpulan sekolah.

2. Proses yang mana pertanyaan itu di teruskan

# Alatan - merujuk kepada kaedah penyelidikan yang dilakukan seperti pemerhatian, soal

selidik, temubual atau markah ujian dan setiap kaedah yang di gunakan ialah untuk

mendapatkan data.

# Analisis - data yang dipeolehi di analisis untuk membuktikan kesahannya. Ianya

dilakukan untuk menjana satu gambaran dan satu hipotesis baru.

3. Penonton/ peserta

# Suara

# Masyarakat kritikal

Pengumpulan dan penganalisisan data

1) Data Kualitatif - data yang merujuk kepada perkataan, seperti transkrip temubual.

2) Data Kuantitatif - data yang merujuk kepada nombor seperti markah ujian.

Page 5: Kajian tindakan..kj

2) Tajuk Buku : Teacher as Reflective Practitioner and Action Researcher

Pengarang : Richard D. Parsons, dan Kimberlee S. Brown

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

# Kajian tindakan ialah satu bentuk penyiasatan yang membolehkan guru melakukan

refleksi terhadap tindakan yang dilakukannya dalam P&P (Tomlinson, 1995)

# Merupakan satu kajian yang melibatkan pelaksanaan sesuatu kajian yang dilakukan oleh

seseorang atau sekumpulan, dikenali sebagai pengkaji. Pengkaji menggunakan kajian

untuk membuat refleksi amalan mereka untuk melakukan penambahbaikan.

# Dalam konteks guru, kajian tindakan terbentuk daripada pengetahuan sedia ada. Guru

mengaplikasikan semua persoalan berkaitan pengalaman dan pengendalian bilik darjah

untuk melakukan kajian tindakan. Bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

# Kajian tindakan dilakukan di bilik darjah dan bergantung kepada isu dan masalah dalam

bilik darjah itu sendiri. Hasil dapatan kajian akan digunakan untuk melakukan

penambahbaikan dalam P&P guru.

Page 6: Kajian tindakan..kj

MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?

1) Membaikpulih dan mempertingkatkan

Perlaksanaan P&P

Melalui pelaksanaan kajian tindakan guru dapat melakukan penambahbaikan dan

mempertingkatkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya (P&P) yang

dapat membantu pelajar.

2) Alat untuk meningkatkan Profesionalisme seorang guru.

Melalui kajian tindakan, guru mampu membentuk strategi dalam menyelesaikan sebarang

masalah dan mengembangkan personaliti dan profesionalisme seseorang guru. Di samping

dapat membentuk keyakinan diri, kebolehan dan kemahiran dalam diri, kesediaan

melakukan kajian dan daya kreativiti yang unggul.

3) Mempertingkatkan Kemudahan Perlaksanaan dan Kesahan Penyelidikan

Kajian tindakan dilakukan dengan menggabungkan dua perkara penting iaitu ilmu

pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Strategi yang diperolehi dari hasil dapatan kajian

digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap responden kajian tersebut.

4) Perlaksanaan Sosial dan Membuat Polisi

Melalui kajian tindakan, guru akan menghasilkan ilmu pengetahuan baru mengenai sistem

sosial dan pada masa yang sama guru melakukan perubahan penambahbaikan terhadap

sasaran yang dikenalpasti.

5) Mengambil kira Aspek Etika

Kajian tindakan dapat membantu guru membentuk sikap bertanggungjawab sebagai

seorang pendidik yang unggul. Guru akan sentiasa melakukan refleksi terhadap

Page 7: Kajian tindakan..kj

keberkesanan amalan strategi P&P guru dan melakukan penambahbaikan untuk memenuhi

keperluan pelajar.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

1) Apabila guru merasakan perlu melakukan penambahbaikan dari amalan P&P atau

budaya pengajaran dalam bilik darjah.

2)Terdapat isu atau permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

3)Untuk mengembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

4) Mengubah pendekatan dan strategi P&P

DIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

# Dalam dan luar kelas

# Sekolah

BAGAIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

Page 8: Kajian tindakan..kj

PROSEDUR MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN:

Mengenalpasti Masalah Pertama sekali, guru mengenalpasti masalah yang di hadapi bagi

menentukan strategi kajian yang perlu dilaksanakan. Melalui permasaalahan ini, guru

dapat melihat sama ada objektif kajian tersebut tercapai atau tidak.

Kajian Kepustakaan

Sumber rujukan yang berkaitan dengan permasalahan kajian tindakan amat penting bagi

seseorang guru pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan dan rujukan bagi

menghasilkan kajian yang berkualiti.

Menyatakan hipotesis

Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukan untuk

membina ramalan hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil

dari jangkaan yang dibuat.

Membina dan Melakukan Reka Bentuk

Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak

untuk mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu

mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan /

hasil kajian

Pengumpulan dan Penganalisian Data

Page 9: Kajian tindakan..kj

Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian

tindakan dan merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara

menganalisa data yang diperolehi.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Maklumat yang dikumpul oleh guru sebagai penyelidik terdapat dalam banyak bentuk iaitu

skor markah ujian, kekerapan tingkah laku pelajar, laporan individu pelajar, artifak dan

dokumen

Sumber data dapat dikategorikan samada :

Kuantitatif: Berdasarkan pada nombor dan kekerapan

Kualitatif: Abstrak dan sesuatu ciri situasi atau peristiwa