kajian tindakan..hehe

17
ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan - Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 2.0 Fokus kajian / Isu keperihatinan - Tinjauan dan analisis masalah 3.0 Objektif kajian / Soalan Kajian 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Tindakan Yang Dicadangkan 5.1 Perancangan Tindakan 5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan - Jadual Pelaksanaan Kajian - Kos Kajian

Upload: amir-hebat

Post on 20-Jun-2015

4.963 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan..hehe

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan

- Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

2.0 Fokus kajian / Isu keperihatinan

- Tinjauan dan analisis masalah

3.0 Objektif kajian / Soalan Kajian

4.0 Kumpulan Sasaran

5.0 Tindakan Yang Dicadangkan

5.1 Perancangan Tindakan

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

- Jadual Pelaksanaan Kajian

- Kos Kajian

Senarai Rujukan

Lampiran

Page 2: Kajian tindakan..hehe

KESAN LATIHAN MEMANASKAN BADAN MENINGKATKAN

KETEPATAN MENJARING BOLA BALING

Oleh :

Mohammad Amir bin Udin

[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

31150, Hulu Kinta Perak Darul Ridzuan

1.0Pengenalan

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Bola baling merupakan satu permainan yang memerlukan sebuah pasukan

yang terdiri daripada tujuh orang setiap pasukan. Bola baling memerlukan sebiji

bola baling yang dihantar menggunakan tangan dan dibaling ke dalam gol.

Pasukan yang menjaringkan gol pasling banyak akan dikira pemenang. Tempoh

masa permainan bola baling selama 30 minit untuk dua masa perlawanan. Bola

baling moden biasanya dimainkan di dalam dewan atau di padang. Bola baling

juga dimainkan di tepi pantai dan dikenali sebagai ‘sandball’. Permainan ini

dimainkan dengan laju termasuklah ‘body contact’ dari pemain pertahanan untuk

menghentikan serangan dari penyerang yang cuba untuk menjaringkan gol.

Page 3: Kajian tindakan..hehe

Bola baling mempunyai kemahiran-kemahiran asas iaitu, kemahiran hantaran

dan menangkap bola, menggelecek, mengacah, menghadang, menjaring gol dan

menjaga gol. Kemahiran menghantar dan menangkap bola merupakan

kemahiran yang paling penting kerana permainan bola baling banyak

menggunakan kemahiran ini. Kemahiran hantaran merupakan hantaran yang

mudah dilakukan dan dikuasai. Pemain perlu memegang bola di atas tapak

tangan. Ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri dan bahu kiri menhadap

sasaran. Berat badan di atas kaki kanan dan bola dibawa ke belakang, siku

dibengkokkan. Bola dibawa ke hadapan, kilaskan badan ke hadapan semasa

membaling. Berat badan dipindahkan ke kaki kiri semasa melakukan balingan

dan ikut lajak. Berat badan terletak di atas kaki kiri sementara tumit kaki kanan

diangkat.

Menjaringkan gol adalah kemahiran yang penting di dalam sukan ini. Jaringan

gol yang terbanyak menentukan pasukan mana yang akan menang setelah wisel

penamat ditiup oleh pengadil perlawanan. Cara untuk menjaringkan gol adalah

dengan bergerak kearah gol dengan bola dibawa ke atas kepala. Tangan pelaku

diluruskan jauh ke belakang. Hayunkan tangan ke hadapan dalam aksi

membaling bola. Baling bola seberapa kuat yang boleh kearah gol. Hala tuju bola

ke mana-mana empat penjuru gol. Tenaga jaringan ialah gabungan kekuatan

otot-otot dada, bahu dan lengan, hayunan lengan, aksi jentikan/sentakan

pergelangan tangan dan kekuatan otot-otot jari. Badan dan tangan pelaku ikut

lajak setelah bola dilepaskan.

Page 4: Kajian tindakan..hehe

Diperingkat sekolah, bola baling merupakan satu sukan yang diminati dan

melalui pemerhatian penyelidik di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, sukan ini

menjadi salah satu sukan yang sangat digemari oleh murid-murid disana. Ini

kerana penglibatan aktif dari murid dan galakan dar guru-guru di sekolah

berkenaan. Adalah menjadi satu kebiasaan, diperingkat sekolah rendah.

Kemahiran menghantar, menerima dan menjaring bola menjadi satu kemahiran

yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

Sepanjang pelaksanaan praktikal fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Sultan

Idris II, penyelidik telah banyak membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ramai di antara murid tidak dapat

menguasai sepenuhnya kemahiran menjaring. Seramai 16 orang murid di dalam

kelas tersebut. 10 murid tidak dapat menjaring setelah 10 kali percubaan

diberikan hanya dua jaring gol menepati sasaran. Ini membuatkan penyelidik

ingin membuat satu kajian bagaimana perkara ini berlaku.

Melalui pemerhatian penyelidik, sebelum percubaan dilakukan murid-murid

telah diarahkan untuk melakukan regangan dan latihan memanaskan badan.

Sewaktu penyelidik mengajar Pendidikan Jasmani mengenai menjaring bola

baling murid Tahun 4. penyelidik rasa sungguh terkejut kerana mendapati

walaupun murid-murid telah didedahkan dengan permainan bola baling sebelum

ini, tahap penguasaan menjaring bola ke gawang gol masih tidak mencapai

tahap yang memuaskan dan pergerakan mereka tidak berkembang. Selain itu,

mereka juga banyak melakukan kesilapan yang berulang-ulang. Setelah

membuat satu ujian menjaring, iaitu meminta murid untuk menjaring bola baling,

Page 5: Kajian tindakan..hehe

saya dapati 35% daripada jumlah pelajar ini tidak dapat menjaring dengan betul.

Apabila saya tanyakan kepada para pelajar bagaimana perkara ini terjadi,

dengan mudah mereka menjawab “ cikgu tidak mengajar pun kemahiran ini…..”.

murid-murid saya juga seolah-olah telah patah semangat untuk menjaring

dengan tepat. Saya perlu sedari bahawa ramai dikalangan murid saya tidak

dapat menguasai kemahiran-kemahiran bola baling. Perlukah saya ajarkan

semua kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam permainan bola baling untuk

meningkatkan kemahiran menjaring dikalangan para murid-murid? Adakah cara

saya mengajar selama ini dapat membantu murid saya menambah kemahiran

menjaring mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menambah minat

mereka kepada permainan bola baling. Mampukah saya menjalankan aktiviti

meningkatkan kemahiran murid saya secara bersendirian untuk membantu murid

saya?. Apabila saya berbincang dengan guru panitia dan guru kokurikulum bola

baling, mereka bersepakat murid tidak serius dalam menjalani aktiviti

meningkatkan kemahiran dan mengambil mudah dalam setiap aktiviti.

Walaubagaimanapun, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangai

masalah ini?

Latihan memanaskan badan merupakan satu aktiviti yang penting sebelum

seseorang atlet memulakan latihan atau pertandingan. Menurut B.P. Garfoot

(1967) sebagai suatu persediaan khas yang terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang

dirancang dan dilakukan pada permulaan sesuatu aktiviti fizikal dalam sesi

latihan atau sebelum sesuatu perlawanan dengan tujuan menghasilkan prestasi

kerja yang optima (“optimum work performance”).

Page 6: Kajian tindakan..hehe

Menurut Unitas J. Dan Dintiman G. (1979) pembekalan nutrien secara

menyeluruh dan penyahan bahan kumuh dapat ditingkatkan dan keadaan ini

pula akan mempertingkatkan fungsi-fungsi otot. Latihan memanaskan badan

memberi faedah yang lebih kepada sukan yang melibatkan pergerakan-

pergerakan yang tepat. Oleh itu, memanaskan badan juga dapat meningkatkan

kesediaan untuk bertindak balas, metaboisme, koordinasi dan kelonggaran di

bahagian sendi dan otot. Kecederaan sukan juga berlaku semasa bersukan,

beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang

kepada kecerderaan itu juga termasuk latihan yang yang tidak sempurna atau

alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut

disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan

yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan.

2.0Fokus Kajian/ Isu Keperihatinan

Walaupun penyelidik mengesan begitu banyak masalah yang timbul dan

dihadapi oleh murid saya dalam permainan bola baling. Penyelidik hanya akan

memberi fokus kajian ini kepada masalah latihan memanaskan badan.

Kebanyakan murid tidak mengambil berat terhadap latihan memanaskan badan.

Murid juga tidak mempedulikan kepentingan latihan memanaskan badan.

Latihan memanaskan badan yang biasa adalah untuk memastikan sistem

kardiovaskular dan otot bersedia dalam permainan bola baling. latihan

memanaskan badan yang lebih progresif adalah menumpukan kepada

pergerakan dan kemahiran yang diperlukan ketika menjaring bola baling. Jika

kita bandingkan kedua-dua teknik melalui ketepatan menjaringkan gol dalam

permainan bola baling, maka kita akan mengetahui adakah latihan memanaskan

badan boleh mempengaruhi ketepatan jaringan gol. Dengan lebih jelas lagi

Page 7: Kajian tindakan..hehe

kajian ini mengkaji tentang kesan latihan memanaskan badan terhadap

ketepatan menjaringkan gol dalam permainan bola sepak di kalangan pemain-

pemain bawah umur 12 tahun Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala

Kangsar, Perak. Dengan membantu pelajar untuk menguasai kemahiran

menjaring bola baling, penyelidik yakin murid boleh menjaring dengan betul dan

tepat. Hal ini seterusnya dapat membantu mereka dalam kehidupan serta

menyahut seruan kerajaan ‘satu murid satu sukan’.

3.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan untuk mencapai

objektif berikut :

Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran

menjaring dalam permainan bola baling melalui latihan pemanasan badan.

Objektif khusus :

3.1.1 Meningkatkan kemahiran motor halus murid.

3.1.2 Mengenal pasti kekurangan murid dalam melakukan kemahiran

menjaring dalam permainan bola baling.

3.1.2 Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menjaring

bola baling.

3.1.3 Meningkatkan kesedaran intrinsik murid terhadap kepentingan latihan

memanaskan badan yang betul.

Page 8: Kajian tindakan..hehe

3.2 Soalan Kajian

Kesan latihan memanaskan badan dapat meningkatkan ketepatan

menjaring bola baling.

4.0 Kumpulan Sasaran

10 orang murid lelaki dan perempuan SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak

Darul Reazuan.

5.0 Perancangan Tindakan

5.1 Perancangan Tindakan

Sepanjang perlaksanaan kajian ini dijalankan, tinjauan dibuat melalui

pemerhatian, ujian pra pos, ujian pos dan temu bual.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap sekumpulan murid semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani permainan bola baling

sebelum membuat keputusan untuk membuat kajian. Pemerhatian lebih

berfokus kepada kesan latihan memanaskan badan dalam menjaring. Hasil

pemerhatian penyelidik, murid yang membuat latihan memanaskan badan

dalam keadaan yang tidak serius dan bergurau senda menyebabkan mereka

tidak dapat melakukan jaringan dengan tepat. Ini dapat dilihat apabila mereka

hanya boleh menjaring dua kali melepasi gawang dalam 10 kali percubaan.

Page 9: Kajian tindakan..hehe

5.1.2 Ujian Pra

Ujian pra merupakan ujian awal untuk memperoleh data tinjauan awal

bagi mengenal pasti masalah kemahiran menjaring. Sebanyak 10 kali

percubaan menjaring diberikan kepada setiap murid. Seramai lima orang

murid akan melakukan latihan memanaskan badan sementara lima orang

murid yang lain akan terus melakukan percubaan sebanyak 10 kali tanpa

latihan memanaskan badan. Selepas itu, murid yang telah melakukan latihan

memanaskan badan akan membuat percubaan untuk menjaring. Borang skor

akan disediakan bagi menilai setiap murid semasa ujian pra pos dijalankan.

Apabila ujian selesai dilaksanakan, borang skor akan disimpan dan dianalisa.

Keputusan borang skor tidak akan dibincangkan bersama murid. Selesai

membuat ujian, saya akan mengajar latihan memanaskan badan dan

mengajar semula teknik menjaring bola baling.

5.1.3 Ujian Pos

Ujian Pos merupakan ujian untuk mendapatkan data dari hasil

pembelajaran yang telah dilaksanakan bagi menilai tahap penguasaan

murid terhadap kemahiran yang telah diajar. Ujian pos masih

menggunakan borang skor. Semasa mereka melakukan ujian tersebut,

penyelidik akan mencatatkan skor yang disediakan. Hasil ujian ini akan

dibandingbeza dengan ujian pra pos bagi menganalisis sama ada

pendekatan yang telah digunakan berkesan atau tidak. Pengumpulan

data untuk ujian pos akan dianalisis dan dibandingkan dengan ujian pra

pos. Jika terdapat peningkatan maka ujian dikira berjaya dan mencapai

objektif. Sekiranya tidak terdapat peningkatan atau data tidak berubah

Page 10: Kajian tindakan..hehe

melalui ujian pos maka pendekatan yang digunakan perlu diubah dan

diperbaiki lagi.

5.2 Perancangan cara mengumpul data

5.2.1 perancangan langkah-langkah tindakan

Beberapa langkah telah dikenal pasti bagi melaksanakan kajian

ini. Antara langkah yag diambil adalah, dengan melakukan

pembacaan jurnal-jurnal dan kajian-kajian yang telah

dilaksanakan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Ini bagi

mendapatkan idea dan perbandingan yang terbaik sekaligus

dijadikan sebagai panduan untuk penyelidik. Pemerolehan

maklumat ini diperoleh melalui pelbagai sumber.iaitu sumber

elektronik dan sumber bercetak. Segala maklumat yang diperoleh

semasa perancangan tindakan kajian dilaksanakan akan

disimpan sebagai rujukan semasa kajian dijalankan. Setelah

maklumat dari perancangan tindakan diperoleh, langkah

seterusnya adalah untuk melaksanakan kajian. Berikut adalah

langkah-langkah kajian yang dilakukan :

1. Menyediakan proposal kajian.

2. Memohon kebenaran dari pihak pentadbiran Sekolah

Kebangsaan Sultan Idris II bagi menjalankan kajian.

3. Menyediakan surat kebenaran ibu bapa bagi membenarkan

anak jagaan mereka terlibat untuk kajian tindakan.

4. Membuat soalan untuk kaji selidik responden.

5. Responden akan diberi soalan kaji selidik.

Page 11: Kajian tindakan..hehe

6. Responden akan diberi taklimat untuk melaksanakan ujian.

7. Subjek akan melakukan latihan memanaskan badan terlebih

dahulu.

8. Subjek seramai 10 orang akan dibahagikan kepada dua

kumpulan.

9. kan berdiri di luar kotak D dan menjaring dalam kawasan 1

meter di luar kotak D.

10.Seramai 5 orang responden akan mengambil ujian terlebih

dahulu.

11. 10 biji bola akan diberikan kepada subjek.

12.Murid akan beratur secara lurus.. subjek akan berlari tiga

langkah dan cuba untuk menjaringkan gol.

13.Skor dikira berdasarkan sasaran yang dicapai oleh subjek

dalam kawasan gol.

Page 12: Kajian tindakan..hehe

5.3 Perancangan cara menganalisa data

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk melaksanakan kajian

ini. Perkara yang diambil kira adalah jantina, umur, ketinggian, bangsa dan

pengalaman serta pencapaian dalam sukan. Maklumat yang diperoleh akan

disimpan dan dianalisa berdasarkan lima proses iaitu :

1. Tahap pra-analisis

2. Tahap Kemasan data

3. Tahap pamiran data

4. Tahap verifikasi data

5. Tahap dapat (termasuk interprestasi data)

5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan

5.4.1 Jadual pelaksanaan tindakan

5.4.2 Kos kajian

Page 13: Kajian tindakan..hehe

Senarai Rujukan

Amran Lee Abdullah. (2007). Bola Baling & Bola Keranjang.

Petaling Jaya: Sutrapadu.

MyHEALTH PORTAL. (2008). Kecerderaan Sukan, Muat turun pada 31 March

2011, di

http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?

lang=dewasa&storymaster=1155039170429&storyid=1155378714212&substoryi

d=1144822963871