kajian tindakan

19
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK BENTUK DAN RUANG PROGRAM BIJAK DIMENSI PROGRAM 2D BESTARI AHMAD FADHIL BIN MUSTAFFA SK ULU BERANANG 71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

Upload: faridah-azizan

Post on 14-Dec-2014

184 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

assg KAJIAN TINDAKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK

BENTUK DAN RUANG

PROGRAM BIJAK DIMENSI

PROGRAM 2D BESTARI

AHMAD FADHIL BIN MUSTAFFA

SK ULU BERANANG

71750 LENGGENG,

NEGERI SEMBILAN

Page 2: Kajian Tindakan

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN

2 ABSTRAK

3 REFLEKSI P & P YANG LALU

4 ISU KEPRIHATINAN

5 OBJEKTIF KAJIAN

6 KUMPULAN SASARAN

7 PELAKSANAAN KAJIAN

8 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

9 BIBLIOGRAFI

10 LAMPIRAN

(i) Pra-Ujian

(ii) Pos Ujian

Page 3: Kajian Tindakan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya amat bersyukur kepada tuhan kerana dapat menyiapkan kajian ini

dengan baik tanpa ada masalah-masalah yang kritikal. Justeru itu, apa yang saya jalankan

dapat mencapai objektif seperti yang telah diharapkan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya pada

Guru Besar, Pn. Zulaini Bt. Nordin kerana telah membantu saya dalam menjalankan kajian ini.

Beliau banyak memberi gambaran persekitaran sekolah dan pandangan yang bernas.

Akhirnya, dengan bantuan beliau saya dapat menjalankan kajian ini dengan baik walaupun

terdapat murid yang tidak hadir ke sekolah.

Disamping itu juga, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih pada pihak sekolah

kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya amat

gembira kerana diberi kepercayaan dalam kajian ini.

Saya juga mengucapkan ratusan terima kasih pada sesiapa sahaja yang membantu saya

ketika atau selepas kajian ini dijalankan samaada secara langsung ataupun tidak.

Sekian terima kasih.

Page 4: Kajian Tindakan

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan pada 18 orang murid tahun 3 Jannatul Firdaus untuk

meningkatkan kemahiran matematik mereka terutama dalam kemahiran mengenal bentuk 2D

dengan lebih cekap dan pantas. Ini memandangkan mereka amat lemah dalam masalah

tersebut. Pada tinjauan awal saya telah menjalankan sesi soal jawab di dalam kelas, namun

begitu hampir keseluruhan murid masih tidak faham untuk mengenali bentuk 2D dengan baik.

Mereka sering keliru diantara nama-nama polygon tersebut . Setelah diajar dan berbincang di

dalam kelas, saya telah mengadakan ujian pantas untuk mengenalpasti kefahaman mereka.

Namun segelintir besar daripada mereka dapat menjawab dengan baik tetapi 6 orang murid

masih tidak dapat menjawab dengan baik. Sebilangan daripada mereka adalah murid dari

kelas pemulihan. Kemudian saya telah terfikir untuk menjalankan kajian bagi meningkatkan

kefahaman mereka dalam kemahiran mengenali bentuk-bentuk 2D dengan cekap. Setelah

menjalankan aktiviti kaedah latih tubi yang menggunakan gambarajah bentuk 2D dan

persembahan. Saya juga meminta mrid membentangkan jawapan mereka di hadapan kelas

secara individu. Akhirnya, setelah dijalankan ujian pos 6 orang murid tersebut dapat mencapai

objektif saya.

Page 5: Kajian Tindakan

Nama Pengkaji

En Ahmad Fadhil Bin Mustaffa

Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan Ulu Beranang, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Secara keseluruhannya objektif pengajaran saya tercapai, semua murid dapat mengenali

dengan lebih jelas setiap ciri-ciri bentuk 2D yang diajar. Mereka tahu nama-nama bentuk 2D

dan mengenali cirinya seperti bilangan sisi, sudut dan bucu. Ini secara tidak langsung dapat

merakamkan imej bentuk 2D tersebut dengan lebih jelas lagi. Namun begitu ada beberapa

murid yang masih keliru dengan bentuk 2D dan nama-namanya.

Murid-murid saya telah melibatkan diri secara aktif malah ada beberapa murid yang

yang produktif. Mereka telah dapat menyiapkan aktiviti kumpulan dengan cepat dan tanpa

mempunyai masalah. Selain itu juga, ketika membuat persembahan ada murid-murid saya kini

lebih yakin untuk bersuara dan menyampaikan persembahan mereka namun begitu, masih

terdapat beberapa orang murid yang masih belum yakin.

Di dalam sesi pengajaran ini saya terpaksa mengubah rancangan pengajaran saya iaitu

ketika aktiviti lembaran kerja individu. Lembaran kerja tersebut sepatutnya disiapkan di dalam

kelas supaya saya boleh menilai sejauh mana pencapaian murid-murid saya di dalam aktiviti

P&P hari ini. Oleh kerana kekangan masa, saya terpaksa mengubahnya sebagai latihan di

rumah dan menilainya pada keesokan harinya.

Untuk pengajaran ini, saya boleh meningkatkan lagi pengajaran saya sekiranya saya

dapat selitkan permainan untuk menjadikan pengajaran saya lebih menarik. Saya juga berasa

saya lebih gemar menggunakan ICT sebagai medium pengajaran saya untuk menjimatkan

masa dan lebih menarik pada masa akan datang.

Sekiranya saya berpeluang untuk mengulang semula pengajaran ini, saya akan jalankan

aktiviti pertandingan di antara kumpulan bagi menggalakkan persaingan sihat antara murid-

murid saya. Saya juga akan menggunakan ICT dalam pengajaran saya supaya lebih menarik.

Page 6: Kajian Tindakan

REFLEKSI UMUM

Sewaktu saya mengajar Matematik Tahun 3 Jannatul Firdaus, saya dapati ada murid-

murid yang masih tidak mengenali bentuk-betuk 2D dengan baik

Ketika menjalankan proses pengajaran, murid ini memberikan respons yang baik

dengan kelihatan menumpukan perhatian kepada pengajaran saya. Namun begitu apabila diuji

dengan lembaran kerja, mereka masih tidak memahami pengajaran yang telah saya jalankan.

Saya bimbang selama ini mereka segan dan takut untuk bertanya atau memberikan respon

yang sebenarnya. Oleh itu, saya perlu mengambil tindakan proaktif dalam memastikan mereka

benar-benar faham dan mahir dalam mengenali bentuk 2D

Selain itu juga, mereka mudah memahami bentuk-bentuk yang mempunyai sisi yang

sedikit seperti segitiga, segiempat dan bulatan. Tetapi apabila melibatkan bentuk-bentuk seperti

heksagon, heptagon dan oktagon, mereka akan rasa keliru. Daripada pemerhatian saya,

mereka mengalami masalah dalam komunikasi dan untuk memahami pengajaran saya. Ini

menyebabkan mereka tidak berminat setiap kali kelas matapelajaran Matematik.

Page 7: Kajian Tindakan

2 ISU / FOKUS UTAMA

Topik bentuk dan ruang adalah penting di dalam matapelajaran matematik. Topik ini

bukan sahaja sekadar di tahun 3 sahaja, malah topik ini akan berterusan sehingga ke sekolah

menengah. Oleh itu, sekiranya pada tahap ini mereka haruslah tidak mengalami masalah untuk

memahami dengan jelas supaya ia tidak berlarutan ke tahun-tahun yang seterusnya. Oleh itu,

dengan penguasaan di peringkat awal untuk topik bentuk dan ruang ia akan memudahkan

murid untuk mengesuasai topik yang lain selepas ini. Memandangkan murid saya kurang

penguasaan mengenali bentuk-bentuk 2D dengan lebih jelas. Fokus kajian saya adalah untuk

meningkatkan kemahiran murid tentang mengenali bentuk-bentuk 2D dengan memahami setiap

bahagian-bahagiannya. Ini juga dapat memupuk minat murid terhadap Matematik. Sekiranya

murid tidak dapat mengatasi masalah ini, mereka akan terus mengalami masalah di tahun-

tahun yang akan dating.

3 OBJEKTIF KAJIAN

(i) Objektif Umum

Dapat menyatakan dengan tepat nama-nama bentuk 2D.

(ii) Objektif Khusus

Menyatakan nama-nama bahagian bentuk-bentuk 2D.

Menjawab 8 daripada 10 soalan melibatkan bentuk 2D

.

Page 8: Kajian Tindakan

4 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan ini melibatkan 6 orang murid tahun 3 Jannatul Firdaus yang terdiri daripada

4 orang murid Melayu dan 2 orang murid Asli.

5 PELAKSANAAN

5.1 Tinjauan awal masalah :-

Sebelum mengkaji masalah ini, saya telah menjalankan satu ujian untuk

mengenalpasti masalah tersebut agar dapat menangani masalah tersebut kelak. Ada 3

aktiviti yang sedang dijalankan untuk mencapai objektif kajian ini. Ujian ini dilakukan

untuk :-

Menentukan tahap pemahaman murid.

Menyusun strategi kaedah yang akan di gunakan.

Menentukan jenis soalan dan kemahiran yang akan digunakan

Jadual Perlaksanaan Aktiviti

5.1.2 Jadual Perlaksanaan Aktiviti

Page 9: Kajian Tindakan

BIL AKTIVITI TEMPOH

PELAKSANAAN

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan

data awal.

4 Oktober 2011

2 Menulis proposal kajian 5 Oktober 2011

3 Merancang tindakan 6 Oktober 2011

4 Menjalankan Ujian Pra 7 Oktober 2011

5 Melaksanakan tindakan ( Aktiviti 1 )

Program Bijak Dimensi

10 Oktober 2011

6 Membincangkan masalah yang timbul dalam

Aktiviti1 dan membuat penambahbaikan 13 Oktober 2011

7 Melaksanakan tindakan ( Aktiviti 2 )

Program 2D Bestari

17 Oktober 2011

8 Membincangkan masalah yang timbul dalam

Aktiviti 2 dan membuat penambahbaikan 20 Oktober 2011

11 Menjalankan Ujian Post 21 Oktober 2011

12 Rencana untuk mengesan pencapaian murid 10 November 2011

13 Ujian pengesanan pencapaian murid 13 November 2011

14 Refleksi kajian 15 November 2011

15 Menulis laporan Kajian 18 November 2011

16 Pembentangan dapatan kajian

Page 10: Kajian Tindakan

5.2 Pelaksanaan Program

5.2.1 Program Bijak Dimensi

Guru menggunakan kemudahan TMK bagi mengambarkan dengan lebih

jelas pembinaan bentuk-bentuk 2D melibatkan pergerakan imej. Murid

juga akan menjawab soalan latih tubi menggunakan komputer sehingga

mereka benar-benar mahir dengan bentuk 2D.

Pemerhatian Aktiviti 1

Murid lebih mudah memahami dan meningkatkan motivasi murid kerana menggunakan

kemudahn TMK. Murid juga lebih seronok belajar dengan kaedah ini dan dapat

memahami bentuk-bentuk 2D setelah menjawab soalan latih tubi berulang kali.

Refleksi

Page 11: Kajian Tindakan

Penyampaian guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan

bahan bantu mengajar yang berjaya menarik minat murid.

5.2.2 Program 2D Bestari

Guru membekalkan soalan pada lembaran kerja dan pelajar menjawab

soalan. Soalan pada lembaran kerja ini diasingkan mengikut aras

kemahiran bermula dari mudah ke sukar.

Pemerhatian Aktiviti 2

Murid seronok dan memberikan perhatian sehingga akhir ketika menjawab soalan

kerana aras soalan disusun dari mudah ke sukar. Murid lebih berminat dan pengayaan

dapat dijalankan melalui soalan lisan.

Refleksi

Penyampaian guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan

bahan bantu mengajar yang berjaya menarik minat murid.

6 Refleksi kajian

i) Penilaian Pencapaian Pelajar

Jadual menunjukkan perbandingan keputusan ujian pra dan post :

% jawapan betul

Pelajar Ujian pra Ujian post

1 38 90

2 25 100

3 30 80

Page 12: Kajian Tindakan

4 32 90

5 25 100

6 26 100

Berdasarkan kepada keputusan ujian pra dan ujian post mendapati ada peningkatan

yang baik bagi pelajar-pelajar ini. Kesemua murid yang terpilih berjaya menjawab 8 daripada 10

soalan yang diberikan dengan betul. Sekiranya bahan bantu mengajar yang menarik dan dapat

dipelbagaikan lagi semasa proses pengajaran dan pembelajaran tidak mustahil peratus

bilangan pelajar tidak lulus dapat dikurangkan. Ini kerana suasana pembelajaran lebih tertumpu

dan berfokus kepada pelajar kerana mereka berminat dan seronok mencuba mengeluarkan

idea dengan bantuan daripada guru.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat membantu murid dalam mengenali bentuk-

bentuk 2D dengan lebih jelas dan mahir.

ii) Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan

Murid lebih berminat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Murid menjalankan

aktiviti dengan arahan guru. Di samping itu juga murid gemar membuat latih tubi dengan

menggunakan bahan berbantukan komputer.

iii) Refleksi Keseluruhan tentang Proses P&P yang telah Dijalankan

Berdasarkan hasil ujian pra dan post, didapati aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kajian

tindakan ini telah memberi kesan yang baik dalam membantu murid mengenali bentuk-

bentuk 2D dengan lebih baik. Penggunaan TMK di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik dan

berkesan serta mengurangkan risiko kegagalan murid.

Page 13: Kajian Tindakan

7.0 Cadangan untuk Kajian Seterusnya

Kajian ini boleh dipertingkatkan keberkesanannya dengan menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan melibatkan pelajar secara lebih aktif. Ini

dapat dilakukan melalui aktiviti kumpulan, pertandingan dan main peranan. Selain daripada

penggunaan TMK dalam proses P&P, murid juga boleh bermain dengan menggunakan

bentuk-bentuk 2D tersebut untuk membina gambar-gambar objek yang boleh dikenali

disekeliling mereka.

Bibliografi

Ary. D., Jacobs. L.C dan Razavieh. A (2002). Introduction to research in education. (6th ed.).

Wadsworth/Thompson Learning.Belmont: California.

Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan

Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur.

Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to

Theory and Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon

Carr, W. & Kemmis, S., (1986) Becoming Critical: Education, Knowledge and Action Research,

London:Falmer Press

Page 14: Kajian Tindakan

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2003). Research methods in education (5th ed.).

New York: RoutledgeFalmer.

Creswell, J.W. (2003) Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods

Approaches (2nd Ed.), Thousand Oaks:Sage

Elliott, J., (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham:Open University Press

Fontana, A., & Frey, J.H., The Interview: From Structured Questions to Negotiated Text, dalam

Denzin & Lincoln, (2003)(eds) Collecting and Interpreting Qualitative Materials, 2nd Ed.,

Thousand Oaks:Sage

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia:

Deakin University Press.

Miles, M.B., & Huberman, A.M. (1994) Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook

(2nd ed.) Thousand Oaks, CA.:Sage

Othman Lebar, (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod, Tanjong

Malim: Penerbit UPSI

Schensul, S.L., Schensul, J.J. & LeCompte,M.D., (1999) Essential Ethnographic Methods,

Ethnographer’s Toolkit, New York:Altamira Press

Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey:Pearson Prentice Hall